, 14 tweets, 11 min read
My Authors
Read all threads
STATISTIK KEHADIRAN DI MSL19 (BAHAGIAN 1) #OPTAJ

Jumlah kehadiran penyokong di seluruh pertandingan (MSL,MPL,FA,PM,CC) pada musim 2019 adalah seramai 1,608,490

Jika dipecahkan mengikut pertandingan, MSL menjadi penyumbang terbesar kehadiran penyokong dgn 730,036 (46%) #OptaJ
Namun setelah diambil kira jumlah penonton & bilangan perlawanan buat setiap pertandingan, kita dpt lihat populariti PIALA MALAYSIA masih tinggi sehingga berjaya tarik penyokong dgn purata 7746 berbanding 5531 di MSL* #OptaJ

*Jumlah perlawanan
MSL 132
MPL 110
PM 61
FA 46
CC 24
Ada beberapa faktor yg boleh diambil kira:
1. Piala Malaysia pertandingan tertua & berprestij di Malaysia
2. Peluang jadi Juara lebih tinggi dlm pertandingan kalah mati berbanding MSL yg didominasi JDT
3. Pertandingan akhir di SNBJ menyumbang kepada kehadiran yg tinggi

#OptaJ
Berbalik pula kepada MSL, JDT kekal cemerlang buat kali ke-5 berturut-turut dlm jumlah kehadiran tertinggi. Stadium Larkin menyumbang sebanyak 18% (131,590) dari jumlah 730,036 pengunjung di MSL19. #OptaJ
Berikut pula pecahan jumlah & purata kehadiran HOME & AWAY buat setiap pasukan yg disusun mengikut kedudukan akhir di MSL19.
Lihat bagaimana prestasi pasukan mempengaruhi jumlah kehadiran penonton ke stadium. #OptaJ
Satu lagi trending yg ketara adalah jumlah penyokong mengikut minggu perlawanan (matchweek). Kehadiran tinggi dicatat pada awal musim tetapi mula merosot selepas LS7.
Ini menunjukkan permintaan itu ada tetapi tidak berkekalan hingga ke akhir musim. #OptaJ
Ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor:
1. Prestasi pasukan merudum
2. Pemain baru tidak menepati sasaran
3. Komitmen kewangan
4. Tiada 'engagement' dari Kelab utk menerima rintihan, komen atau cadangan penyokong

Berikut adalah statistik² yg menarik sepanjang MSL19:
#OptaJ
JDT beri kesan positif kepada kehadiran penyokong dgn 3 pasukan KEDAH, PKNP & SELANGOR merekodkan jumlah tertinggi kehadiran ketika menerima kunjungan Juara bertahan ke stadium masing².

#KEDJDT 23,355
#PKNPJDT 4,351
#SELJDT 21,616

#OptaJ
Perlawanan DERBI juga terima respon yg hangat sehingga berjaya mendapat kutipan tertinggi buat FELDA, KL, PAHANG & PKNS

#FELPAH 15,877
#KLSEL 7,988
#PAHTFC 28,000
#PKNSSEL 2,475

#OptaJ
Rekod kehadiran TERENDAH pula melibatkan salah satu pasukan di zon penyingkiran sama ada KL, PJC, PKNS, PKNP atau Felda

Jumlah kutipan tiket buat pasukan² berstatus 'bukan negeri' sgt corot sehinggakan lagi rendah dari pasukan Negeri di MPL (P.P, Kelantan, Sabah)

#OptaJ
Kehadiran paling TINGGI di MSL19:
PAHANG vs TERENGGANU FC
Stadium Darul Makmur
28,000 orang
#PAHTFC

Paling RENDAH:
KL vs PKNS
Stadium Bolasepak Cheras
120 orang
#KLPKNS

#OptaJ
Jumlah penonton MSL19 boleh dianggap positif kerana tidak banyak beza jika dibandingkan dgn Liga Thailand.

Total Attendance 2019
Thai League 1 = 1,367,681*
MSL = 730,036

Average Attendance 2019
Thai League 1 = 5699
MSL = 5531 (-3%)

*Jumlah perlawanan TL1 = 240
#OptaJ
Melalui #Next50, MFL mensasarkan 2 juta kehadiran penyokong ke stadium menjelang 2030.
Kita kini berada di paras 1.6 juta. Hanya tambahan 20% sahaja lagi yg diperlukan dlm masa 10 tahun.
Tidak mustahil tetapi mungkin juga sasaran KPI ini terlalu rendah.

#OptaJ
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Juan Bapakaw

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!