Disebabkan salah faham ni, ramai orang takut nak bercakap berkaitan SE ni.
Dan golongan liberal pula, sibuk nak MEMISAHKAN (sekularkan) antara SE dan islamic teaching. Mereka ejek dan kata,
"lebai jangan sibuk2 bab sex education. Tahu nak kahwin ramai je. Pervert."
Ini pun LAGILAH SALAH dan ke laut.
Mereka sangka, SE yang betul hanyalah berkiblatkan Barat saja. Tu yang di Netflix contohnya banyak series berkaitan seks, dan mereka sangka itulah SE.
Itu lagilah mengarut. Ia bukan sex education kawan, itu namanya video lucah versi "legal"!
Sedangkan Islam ini agama yang sgt menyeluruh (syumul), sampai tahap merangkumi hal ehwal pendidikan seks.
Apa buktinya?
Buktinya adalah, Islam telah ajar SE ni sejak daripada seseorang itu SEBELUM LAHIR hinggalah dia MATI. Ini contoh berkaitan SE yang diajarkan oleh Islam.
1. Sebelum bayi lahir.
Lelaki & perempuan yang bersetubuh WAJIB bernikah terlebih dahulu. Haram bersetubuh di luar nikah. Tak kisahlah pakai condom ke, safe sex ke, premarital sex ke, atau apa pun nama.
Haram tetap haram. Jangan normalize zina yang terkutuk.
2. Ketika bersetubuh.
Islam mengajarkan supaya baca doa sebelum bersama, jangan buat anal sex, jangan zihar, tak boleh bersetubuh ketika haid dan nifas, ihram, puasa ramadhan, tak boleh buka rahsia di bilik tidur pada orang lain, dan lain2.
Lepas bersama, kena mandi wajib.
3. Dalam al-Quran kemudiannya ada cerita berkaitan bagaimana sperma dan ovum disenyawakan secara terperinci.
Perkara ini diceritakan oleh al-Quran SEBELUM manusia temui secara saintifik benda ni. Antaranya boleh rujuk surah Mukminun ayat 12-14.
4. Lepas bayi lahir, kena khatankan (ni subjektif bila nak buat. Lagi awal lagi bagus). Taraf najis bayi lelaki & perempuan pun berbeza.
Bab berkhitan wanita ni pun gol liberal tak suka. Mereka salah faham antara khitan & female genital mutilation.
5. Bila meningkat usia, kena putus susu, asingkan tempat tidur, tak boleh mandi sama, pakaian kena sesuai dengan jantina, anak2 tak boleh masuk bilik mak ayah tanpa izin, dll.
6. Bila lelaki dah berusia, akan tiba fasa ihtilam (mimpi basah). Masa ni, kena mandi wajib. Perempuan pula akan datang fasa haid. Pun kena mandi wajib. Masa ni aurat dah wajib kena jaga.
Perasaan malu pun kena tinggi. Sebab malu itu akan menjaga maruah.
7. Aurat bukan setakat kena jaga di luar rumah je, dalam rumah pun sama. Walaupun dgn adik beradik sendiri. Ramai yang ambil ringan perkara ni. Itu yang akhirnya berlaku sumbang mahram.
Berdosa bergurau lucah, sama ada kata2 ataupun fizikal. Berdosa juga melawakkan lucah.
8. Lepas tu, lelaki & perempuan wajib jaga pandangan, jaga ikhtilat, aurat, dosa bercouple, dosa tukar jantina, etc. Lelaki haram tgk video lucah, onani, gangguan seksual, dll
Couple pun berdosa, apatah lagi "ringan2" seperti pegang tgn, kising, hantar nudes, etc. Lagi berdosa.
Begitu juga tak boleh MSM (men who have sex with men), atau lesbian. Ni dosa besar dan dilaknat.
Hari ni, seperti yang didedahkan oleh KKM, faktor HIV tertinggi di Malaysia adalah disebabkan MSM, bukan lagi IVDU, blood transfusion, etc.
9. Bila fasa nak berkahwin, wajib jaga pandangan, tak boleh dating macam laki bini, proses taaruf, bertunang, dan akhirnya kahwin. Saya ada buat thread sebelum ni tentang "macam mana nak kahwin tanpa couple."
Lepas berkahwin, mula proses seperti nombor 2.
10. Then, bila dah meninggal dunia, mayat wanita dewasa mesti dimandikan oleh suami & kerabat wanita SAHAJA. Begitu juga lelaki, mesti dimandikan oleh isteri & kerabat LELAKI sahaja.
Melainkan jika dah tak ada kerabat yang terdekat, barulah tergolongan dlm exceptional case.
Dan ada banyak lagi sex education yang telah diajarkan oleh Islam sejak daripada kita kecil, sampailah masuk kubur sana. Cuma kita tak perasan, atau tak kaji je. Saya tak sempat nak nukilkan di sini.
Malah, saya pun banyak yang tak tahu. Kita semua kena sama2 belajar dgn jujur.
Cuma apa saya nak kata, jangan anggap SE ni hanya berkaitan seks semata2.
Itu neraca dan kiblat Barat. Mereka anggap seks ni hanya tujuan hidup yang utama. Sebab tu ramai yang belum kahwin pun, tapi dah beranak pinak. Mereka rasa berkahwin itu beban yang tak perlu.
Malah ada yang anggap seks ini hanya sebuah industri perniagaan seperti porn hub. Sebab itu, ramai menjadikan wanita khususnya, sebagai alat untuk promote produk, walaupun produk itu takda kaitan dengan wanita.
Contoh iklan tayar, tapi letak model perempuan seksi. Apa menda?
Kita sebagai Muslim, kita semua ada Allah, ada rujukan, dan ada pegangan serta prinsip.
Ikutlah apa yang dah disediakan dan diperintahkan. Kita tutup aurat sempurna bukan sebab takut kena rogol, tapi sebab taat perintah Allah. Lelaki pun kena tutup aurat juga.
Dan tak payah nak sekularkan satu persatu isi kandungan Islam.
Islam ini sempurna, dan dah ada POV tersendiri yang lebih sempurna daripada POV manusia yang sempit dan terhad. Cuma kita je tak kaji dan tak perasan.
Wallahua'alam. Kalau ada kurang, boleh tambah. Sekian.
Kalau rasa tweet ni bermanfaat dan boleh bantu kefahaman orang lain, bolehlah retweet untuk kebaikan bersama.
kalau saya ada salah, tolong betulkan. Saya pun budak baru belajar. Terima kasih. ☺️
Waktu pagi ni adalah waktu pembuka rezeki. Ditambah pula dengan hari Jumaat yang penuh barokah.
So apa nak buat? Ada banyak perkara yang kita boleh buat. Terlalu banyak. Tapi kita buat sikit je dulu. Ok?
Mulakan pagi kita ni dengan..
1. Istighfar sebanyak mungkin. Sebab selain daripada dosa kita yang melambak-lambak hasil dari kita bertangguh taubat, istighfar juga boleh membuka pintu rezeki.
Tapi niat utama kita istighfar memang untuk taubat dan rasa menyesal sebab dosa kita.
Boleh?
2. Baca Quran. Satu muka surat pun jadilah. kalau tak sempat sangat, baca 1/2 muka surat pun boleh.
Nak lagi extra, baca satu muka surat + terjemahan + taddabur seketika. Ambil masa 15 minit gitu.
Kalau betul2 tak sempat, baca apa yang ingat je. Lagi bagus, baca al kahfi. Ok?
Kalau ikut hadith, ada byk sebab sebenarnya kenapa doa tak makbul ni. Tapi InsyaAllah saya nak kongsi 3 SEBAB kenapa doa tak makbul menurut hadith.
Jom kita tengok satu2 dan refleks diri kita sendiri.
1. Doa dalam keadaan TERGESA-GESA nak doa tu di makbulkan secepat mungkin. Contoh,
"Ya Allah, jadikanlah siti colgate sebagai jodohku. Kalau dia bukan jodohku, jodohkan juga. Kalau dia jodoh orang lain, jadikan aku orang lain tu ya Allah.”
Ingat ni drive thru ke?
Nabi sebut,
“Doa seseorang sentiasa akan dikabulkan selama ia tidak berdoa untuk perbuatan dosa ataupun untuk memutuskan tali silaturahim dan TIDAK tergesa-gesa.
"Seorang sahabat bertanya; 'Ya Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan tergesa-gesa? '
Dulu, saya pernah buat satu survey di sekolah menengah tentang isu video lucah & hasilnya adalah, hampir 80-90% pelajar lelaki menonton video lucah, dan 60% daripadanya dalam skala ketagih!! 😢😭
Pelajar perempuan pula sekitar 50-60% pernah menonton video lucah, dan 30% daripadanya dalam skala ketagih. Nak kata, majoriti yang ketagih adalah LELAKI. Dan lebih kritikalnya, perempuan pun ada juga walaupun tidaklah sebanyak lelaki.
Tetapi tetap ada juga! Sedih..😭
Isu ketagihan video lucah ini bukan sekadar merebak di sekolah menengah sama ada aliran sains, sastera ataupun agama, malah di universiti, yang bekerja, bahkan sekolah rendah pun ramai yang terlibat dengan ketagihan video lucah..
a) Golongan LGBT yang TAHU dan SEDAR apa mereka buat tu salah, tetapi susah nak berubah sebab faktor keliling. Mereka tak pernah perjuangkan pun hak nak jadi LGBT.
Contohnya yang diliwat sejak kecil, lalu besar jadi gay. Atau sejak kecil dihiaskan dengan pakaian perempuan sedangkan dia lelaki, dah besar jadilah transgender.
Saya tak nak sebut faktor genetik. Sebab kesannya cuma 1/3 je kepada peribadi seseorang.