Pernah tak kita terfikir, setiap kali maksiat yang kita buat, apa kesannya pada diri kita? Sama ada jangka pendek atau panjang.
Kita kena faham, antara ciri2 maksiat ini adalah,
1. Ia pasti ada PUNCANYA.
2. Ia akan beri kesan sampingan. Pasti.
Jadi apa kesan2 maksiat yang kita buat? Ini adalah #Thread pnjang. Moga kita sama2 muhasabah dan usaha tinggalkan maksiat masing2. 😭
#IniThreadTS
#ShukeryAzizan
Bila hidup dlm maksiat, secara tak langsung nafsu tidur bertambah dgn mendadak. Disebutkan oleh Imam Hassan al Basri,
"Sesungguhnya ketika seorang hamba melakukan dosa, dia akan terhalang melakukan solat malam dan puasa di siang hari".
(Al-Maqrizi)
Ini bukan andaian sesuka hati, tapi dah dibuktikan sejak zaman sahabat lagi. Contohnya, surat Saidina Umar kpd Saad Abi Waqqash sblm perang Qadisiyyah, iaitu sebelum pembukaan Parsi.
Antaranya sebahagian isi surat Saidina Umar adalah ;
Kata Ar Robi’ semasa menambah kata2 Imam Syafie,
"Kerana yang namanya kenyang membuat badan menjadi berat, hati menjadi keras, kecerdasan berkurang, lebih banyak tidur dan malas ibadah.”
(Siyar A’lamin Nubala)
Maksiat juga buat banyak kerja terbengkalai & sebahagian besarnya langsung tak jadi. Allah sebut,
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit.."
(Surah Taha ayat 124)
Maksiat menjadi penyebab kenapa rezeki kita terasa sempit. Ianya disebabkan ditariknya keberkatan rezeki. Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud,
“Seorang hamba dicegah daripada rezeki akibat dosa yang diperbuatnya.”
(Riwayat Imam Ahmad)
Pesanan seorang salaf tentang kesan maksiat yang berlaku pada dirinya sendiri,
"Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang (kenderaan) dan isteriku.”
(Al-Jawabul kafi)
Pesanan Ibnu Abbas,
“.. perbuatan buruk (maksiat) itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk.”
(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)
Kata Imam Malik,
“Aku melihat Allah telah menyiratkan dan memberikan cahaya di hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat.”
(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)
Kata seorang ulama salaf,
"Perbuatan dosa & maksiat mampu merosakkan akal fikiran manusia kerana dalam akal fikiran ada cahaya, manakala perbuatan derhaka dapat memadamkan cahaya. Apabila cahaya itu padam, akal fikiran menjadi lemah.."
(Al-Jawabul kafi)
Masa kita pun akan menjadi tidak berkat sebab kita telah penuhi dengan aktiviti maksiat. Sebab itu Ibnu Qayyim pernah sebut,
"Sungguh! Maksiat itu adalah sebab hilangnya keberkatan rezeki dan waktu."
Ia sama seperti mana disebutkan oleh Ar Robi’,
"Kerana yang namanya kenyang membuat badan menjadi berat, hati menjadi keras, kecerdasan berkurang, lebih banyak tidur dan malas ibadah.”
(Siyar A’lamin Nubala)
Kata Imam Ibnu Qayyim,
"Jika sudah seperti itu, hati kita akan melihat maksiat begitu indah. Tidak ada keburukan sama sekali."
(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)
Allah berfirman dalam surah al-Muthaffifiin ayat 14,
“Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.”
Maksiat membuatkan kita ego, hingga menganggap kitalah yang paling hebat & betul. Ini yang berlaku kpd bani Israel. Peristiwa ini dirakamkan oleh Allah di dalam surah as soff ayat 5,
Allah sebut dlm surah al Maarij ayat 19-21,
“Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); Bila ditimpa kesusahan, dia sgt resah gelisah,
Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sgt bakhil kedekut;”
Allah sebutkan di dalam al-Quran,
“Sebenarnya! (Ayat2 Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.”
(Surah al-Muthaffifiin : 14)
Allah berfirman dlm surah Yaasin ayat ke 18 & 19,
“Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas & malang dgn sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu)..
Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu.."
Rasulullah pernah beri amaran dalam satu hadith,
“Jika timbul maksiat pada umatku, maka Allah akan menyebarkan azab (seksa) kepada mereka.” Aku berkata: “Wahai Rasulullah, apakah tidak ada pada waktu itu orang-orang soleh?”
Rasulullah bersabda,
“Sesungguhnya hati manusia itu berkarat spt karatnya besi.” Sahabat2 bertanya, “Apakah penggilapnya wahai Rasulullah?” Rasulullah menerangkan, “Membaca Al-Quran dan mengingati mati.”
(Riwayat al-Baihaqi)
Lihat pada poin nombor 6
Rasulullah bersabda,
“Mintalah fatwa pada jiwamu. (baginda menyatakannya sampai 3 kali). Kebaikan adalah sesuatu yang menenangkan jiwa & menenteramkan hati. Sedangkan keburukan (dosa) selalu menggelisahkan jiwa & menggoncang hati." (Riwayat Ahmad)
Allah berfirman
“Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dgnnya (sehingga lupa daratan); & jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh dgn mereka sendiri, tiba2 mereka berputus asa.” (Rum:36)
Imam Ibnu Qayyim pernah menyebut,
“Maksiat dan lalai membuatkannya lupa zikir kepada Allah, sebagaimana tanaman tumbuh kerana air dan kebakaran terjadi kerana api.”
Rasulullah ﷺ bersabda,
"Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api.."
(Riwayat Abu Daud)
Syaitan itu sifatnya sukakan maksiat. Mana ada syaitan sukakan pahala dan amal soleh.
Rasulullah ﷺ pernah memberikan amaran tentang sifat orang munafik,
“Solat yang paling berat untuk orang munafik adalah solat isyak dan solat fajar (subuh).”
(Riwayat Ibnu Majah)
Imam Syafie berkata,
“Aku pernah mengadu kpd Waki’ ttg terjejasnya hafazanku. Beliau membimbingku utk meninggalkan maksiat. Beliau memberitahu padaku bahawa ilmu adalah cahaya & cahaya Allah tidaklah mungkin diberikan pada ahli maksiat.”
Maksiat biasanya membuatkan kita SENGAJA menjauhkan diri daripada orang-orang soleh sebab takut daripada ditegur atas maksiat yang kita lakukan. Sebab memang sifat orang soleh adalah mencegah kemungkaran.
Kata Ibnu Qayyim,
"Ketahuilah bahawa maksiat dpt mengurangi umur dan pasti dapat pula mengurangi keberkatannya, sebagaimana pula amalan kebaikan dapat menambah umur. Itulah perbuatan dosa dapat mengurangi umur."
(Al-Jawabul kafi )
Maksiat ini seakan seperti berantai. Apabila kita ketagih dengan satu maksiat, ia akan mengheret kita melakukan maksiat yang lain. Seperti mana kata seorang ulama salaf,
(Al-Jawabul kafi)
Kalau ada, sekarang juga istighfar secepat dan sebanyak mungkin. tak susah pun istighfar. Sebab istigfar itu langkah pertama kita bertaubat n minta ampun pada Allah. 😢😭
Sebab ramai org ingat, maksiat ni hanyalah perkara yg melibatkan seksual, ataupun dosa2 besar sahaja. TAK TEPAT tu.
Mengumpat pun maksiat, menipu pun maksiat, meniru assignment orang lepas tu claim kita buat pun maksiat juga. 😢 Allahu..
Boleh retweet thread ni. Moga jadi asbab hidayah pada org lain. Doakan saya yang menulis ni juga😭😭
#TarbiahSentap
#ShukeryAzizan
24. Suka mencarut
Ramai orang kata, biar mulut jahat asalkan hati baik. Sebenarnya, salah. Apabila hidup suka bermaksiat termasuklah mencarut, itu tandanya imannya ada masalah! Rasulullah ﷺ bersabda,
(Riwayat Ahmad)
Ok tamat.