, 18 tweets, 4 min read
APA KESAN KETAGIHAN VIDEO LUCAH?

Dulu, saya pernah buat satu survey di sekolah menengah tentang isu video lucah & hasilnya adalah, hampir 80-90% pelajar lelaki menonton video lucah, dan 60% daripadanya dalam skala ketagih!! 😢😭

Pelajar perempuan pula...

#IniAdalahThread
Pelajar perempuan pula sekitar 50-60% pernah menonton video lucah, dan 30% daripadanya dalam skala ketagih. Nak kata, majoriti yang ketagih adalah LELAKI. Dan lebih kritikalnya, perempuan pun ada juga walaupun tidaklah sebanyak lelaki.

Tetapi tetap ada juga! Sedih..😭
Isu ketagihan video lucah ini bukan sekadar merebak di sekolah menengah sama ada aliran sains, sastera ataupun agama, malah di universiti, yang bekerja, bahkan sekolah rendah pun ramai yang terlibat dengan ketagihan video lucah..
Korang kena faham, bila saya sebut “ketagih”, ia bermaksud mereka menonton video lucah dalam skala yang KERAP. Seminggu mungkin mereka tengok 5 kali, isnin sampai jumaat, tetapi sabtu ahad cuti.

Mungkinlah.
Dan di sesetengah sekolah, ketagihan video lucah dianggap sebagai NORMAL. Mereka yang x pernah tgk video lucah dianggap nerd, kampung, skema, suci, etc.

Dan yang pernah tengok dianggap dewasa, macho, cool, normal etc. Dah seperti masalah rokok pula! 😭
Jadi apa kesannya?

Masa saya buat survey since tahun 2016 hingga 2018, saya jumpa dgn hampir ribuan pelajar yg terlibat ketagihan video lucah. Mereka semuanya seakan ada patern atau trend yg sama.

Apa dia? Pelajar yang ketagih video lucah ni akan lalu 4 fasa yang menakutkan..
Fasa 1 : Fasa 'Penafian'

Fasa pertama saya panggilnya sebagai ‘in denial state’ atau fasa menafikan. Masa fasa ini, ramai pelajar yg rasa geli atau x selesa bila kali pertama didedahkan dgn video lucah.
Contoh mudah, masa kita sekolah rendah dulu, bila ada aksi berciuman di dalam drama or movie dlm TV, kita akan tutup mata sebab geli or malu.

Sebab apa? Sebab itu memang fitrah manusia yang bencikan dosa.

Tapi...
Tapi..

Bila dah terbiasa tengok, akhirnya kita rasa biasa & tak ada masalah bila tgk aksi berciuman.

Begitu juga dgn pelajar yg tengok video lucah. Pada awalnya, mereka tak akan rasa apa2. Sampailah dah berkali-kali tengok, akhirnya mereka akan rasa normal..
Fasa 2 : Fasa Justifikasi

Masa fasa kedua ini, org yang ketagih video lucah dah pandai mencari alasan utk 'MENGHALALKAN' dosa yang mereka buat.

Bila ditanya kenapa tengok video lucah, mereka akan kata,

“apa salahnya, bukan rogol orang pun.”
Atau yg akademik sikit, bila ditanya kepada tengok video lucah, alasannya,

“alaa, ini kan sains.”

Wah wah.

Tapi apa saya nak sebut, fasa ini biasanya mereka akan ketagihan menonton video lucah, seterusnya akan memberikan sebarang alasan untuk ‘membenarkan’ perbuatan mereka.
Fasa 3 : Mata 'Meliar'

Bila masuk fasa ketiga, saya sebut sebagai fasa scanning. Iaitu fasa di mana mereka sudah meliar melihat perempuan seksi, sama ada di shopping complex, di tv, iklan youtube, etc.
Bila ditegur, alasan yang diberikan ‘nak cuci mata’.

Dan fasa ni juga, ada sebahagiannya yg ketagih tengok anime atau baca manga yang bergenre manhwa, echi, yaoi, etc. Alasannya,

"Ala, kartun je pun."

Padahal tengok nak melempias nafsu. Sebab ini semua genre separa lucah.
Fasa 4 : Melihat perempuan sebagai OBJEK SEKS SEMATA-MATA.

Dan pada fasa terakhir, mereka akan melihat perempuan semata-mata sebagai OBJEK SEKS. Bukan sebagai seorang perempuan, sebagai seorang mak, kakak, adik, mahupun kawan!😭😭
Sebahagian tu, suka sgt tengok bahagian private part perempuan sambil berborak lucah. Menyedihkan!

Sebab itu, di Malaysia berlaku macam2 kes rogol yg tak masuk akal. Ayah rogol anak usia 12 bulan, pelajar darjah 6 merogol pelajar darjah 3, atuk rogol cucu yg sekola rendah, etc.
Itu belum lagi budak sekolah yg sanggup berzina dgn pasangan berlainan secara bergilir2.

Macam mana semua ini terjadi? Berzina, rogol dan sebagainya TAK AKAN berlaku secara tiba-tiba. Dan salah satu puncanya bermula dengan ketagihan video lucah!
Sebab benda ni la, salah satu sebab saya tulis buku bertajuk #AjariAkuTinggalkanMaksiat yg mana dalam buku ni saya sebut tentang kesan ketagihan video lucah, cara nak tinggalkan video lucah, kalau terlanjur nak buat apa, isu gay lesbian, etc.

Sebab benda ni dah parah! Serius😭
Usahalah utk berhenti. InsyaAllah, lain kali, saya akan kongsi macam mana tips nak tinggalkan video lucah.

Moga bermanfaat. Retweet la moga bagi manfaat pada org lain.

#ShukeryAzizan,
Penulis buku #AjariAkuTinggalkanMaksiat

Bole dapatkan di kedai buku mcm POPULAR, MPH, etc.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Shukery Azizan

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!