My Authors
Read all threads
Kematian Allahyarham Syed Umar Mukhtar atau dikenali sebagai Abam Bocey, sangat2 dicemburui.

Begitu ramai yg hadir dalam sesi solat jenazah beliau, dan amat ramai orang mendoakan keampunan untuknya, & menceritakan kebaikan2nya.

Apakah amalan beliau yang boleh kita contohi?
1. Beliau BANYAK BERSEDEKAH.

Dia banyak bantu keluarga dia. Tolong adik beradik dia kahwin. Bantu dan sedekah pada anak-anak yatim. Itu amalan yang cukup hebat!
Beliau bantu keluarga, isteri, mak, adik beradiknya, bahkan beliau juga banyak sedekah pada anak-anak yatim.

MasyaAllah😭
Nabi saw bersabda:

"Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi)

Semoga berkat sedekah beliau, Allah mengampuni semua dosa beliau dan meninggikan darjat beliau!
2. Beliau RAJIN MENGHADIRI MAJLIS ILMU.

Beliau dikenali sebagai orang yang sering pergi majlis ilmu. MasyaAllah.

Tahukah kita, betapa besarnya ganjaran dan pahala yang Allah sediakan andai kita kerap menghadiri majlis ilmu?
Nabi saw bersabda:

“Tidaklah duduk suatu kaum(dalam satu majlis), kemudian mereka berzikir kepada Allah تَعَالىَ dalam duduknya hingga mereka berdiri, melainkan dikatakan (oleh malaikat) kepada mereka:....
..."Berdirilah kalian, sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosa kalian dan keburukan-keburukan kalian pun telah diganti dengan berbagai kebaikan.”

(HR.Ath-Thabrani)
Bermakna, ganjaran bagi orang yang menghadiri majlis ilmu ialah ALLAH AKAN MENGAMPUNKAN SEMUA DOSA-DOSANYA.

Subhanallah😭
3. Beliau ANAK YANG BAIK DAN MENJAGA IBUNYA.

Ketika ibunya sakit, beliau tak pernah jemu menjaga ibunya, bahkan, beliau berniat untuk membawa ibunya pergi umrah. MasyaAllah!
Tahukah kita, betapa besarnya pahala dan ganjaran menjaga ibu yang sakit, dan menjadi anak yang berbakti pada ibu bapa?

Nabi saw bersabda:

Nabi saw:

"Barang siapa yang menziarahi kedua2 org tuanya, maka Allah mencatat utknya setiap langkahnya dengan 100 kebaikan....
.... dan menghapuskan 100 kejahatan serta mengangkat untuknya 100 darjat, apabila dia duduk di hadapan kedua-dua orang tuanya serta bercakap dengan perkataan yang baik, maka kelak pada hari kiamat Allah Taala akan memberi kepadanya nur cahaya yang memancar di hadapannya.....
.... Apabila dia kembali dari ziarahnya itu, maka kembalilah dia dengan mendapat keampunan."
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Allah bukan sekadar menjanjikan pahala yang sangat banyak, bahkan Allah menjanjikan keampunan untuk anak yang berbakti pada ibu ayahnya🥺
4. Beliau MENJAGA SOLAT 5 WAKTU.

Isterinya berkata, bahawa beliau sedar akan kematian allahyarham ketika beliau sedang mengejut allahyarham solat subuh.

Kat sini kita boleh nampak bahawa mereka suami isteri amat menjaga solat 5 waktu.
Terlalu banyak pahala yang Allah janjikan untuk orang yang menjaga kewajipan solat 5 waktu.

Nabi saw bersabda:

“Siapa yang menjaga solat lima waktu, baginya cahaya, bukti dan keselamatan pada hari kiamat.
(HR. Ahmad)
5.Beliau sering MEMAAFKAN ORANG LAIN.

Orang kutuk badan beliau, bash beliau sini sana, menghina keluarga beliau, tapi beliau masih kekal kuat, positif dan tak putus asa memberi manfaat dan mencari rezki yang halal serta menjaga keluarganya.
Kat sini kita kena contohi kecekalan beliau. Tak putus asa walau banyak halangan.

Bukan tu je, beliau memaafkan orang yang mengutuk beliau.

Tahukah kita, apakah ganjaran untuk orang yang sering MEMAAFKAN orang lain?
Allah berfirman dalam surah Annisa' ayat 22:

"Dan hendaklah kamu memaafkan dan berlapang dada. Tidakkah kamu mahu agar Allah mengampuni kamu?"
Ulama kata, bila kita memaafkan kesalahan orang, Allah akan ampunkan dan maafkan segala dosa kita. Subhanallah.

Nampak mudah nak memaafkan, tapi susah. Sebab tu ganjarannya sangat besar.
Itulah antara kebaikan-kebaikan beliau.

Kita doakan agar Allah menerima semua amalan kebaikannya, dan mengampunkan semua dosanya, dan moga beliau ditempatkan dalan syurga tanpa hisab.

Kagum dan sebak melihat lautan orang mendoakan beliau.
Yang paling penting, kita yang masih hidup ni, contohilah segala kebaikan-kebaikan beliau.

Dan, semoga Allah matikan kita semua dalam keadaan husnul khatimah🤲😭

Wallahua'lam.
Salam takziah juga buat keluarga Allahyarham. Semoga kalian diberi kekuatan, ketabahan, kesabaran, dan moga kalian sekeluarga dikumpulkan dalam syurga firdaus tanpa hisab insyaAllah🤲

#AdninBERCERITA
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with ADNIN ROSLAN

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!