Profile picture
, 24 tweets, 4 min read Read on Twitter
Sambungan Kontrak Sosial (part 2).

Pilihanraya Persekutuan 1955, MCA dan MIC mengalah kepada kehendak UMNO untuk tidak memasukkan soal kerakyatan (Jus Soli) dalam manifesto mereka, sebagai umpan bagi meraih sokongan 84 peratus pengundi Melayu pada masa itu.
Akhirnya, strategi diorang membuahkan hasil di mana Parti Perikatan (gabungan UMNO,MCA,MIC) telah menang besar dalam pilihanraya tersebut.
1956, daripada isu hak kerakyatan ni timbullah pembentukan testamen politik perikatan. Dalam tu mengandungi 20 mukasurat disediakan oleh beberapa pemimpin penting UMNO, MCA dan MIC.
MCA dan MIC main tarik tali minta ruang tolak ansur bagi tuntutan kaum bukan Melayu dalam testamen ni selepas mrk mengalah pd kehendak UMNO pd pru lepas.
ISU KERAKYATAN DALAM SURUHANJAYA REID

Suruhanjaya Reid ditubuhkan utk rangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu utk dapatkan kemerdekaan dari British. Ada 5 syarat kerakyatan yang terkandung dlm Suruhanjaya Reid:
Kategori 1: Orang yang dah mmg ada hak kerakyatan sebelum merdeka
berdasarkan kuat kuasa undang-undang (berasaskan klausa 126 Perjanjian
Persekutuan 1948) akan terus mempunyai hak kerakyatan.
Kategori 2: Mana-mana yang lahir dalam Persekutuan semasa atau
selepas hari Merdeka turut dicadangkan memperolehi hak kerakyatan berasaskan kuatkuasa undang-undang (by operation of law).
Kategori 3: Layak beri hak kerakyatan dengan syarat, tinggal
tetap di dalam Persekutuan selama 5 tahun daripada tempoh 7 tahun yang
lalu, berumur 18 tahun ke atas, berkelakuan baik dan mempunyai pengetahuan yang asas dalam bahasa Melayu.
Kategori 4: Yang tinggal di Persekutuan pada hari Merdeka
tapi tak lahir kat Tanah Melayu, syaratnya tinggal di dalam Persekutuan selama 8 tahun daripada tempoh 12 tahun dan mengambil ujian bahasa
Melayu yang asas.
Kategori 5 (Masukan atau Naturalisation): 6 syarat;
1. Berumur 21 tahun
2. Berkelakuan baik
3. Sudah mendiami Persekutuan selama 10 tahun daripada tempoh 12 tahun sebelumnya
4. Berniat hendak bermastautin di Persekutuan secara tetap
5. Mempunyai pengetahuan bahasa Melayu yang memadai
6. Angkat sumpah kesetiaan kepada Negara.
Jus Soli ni dalam kategori ke-2 (mereka yang lahir kat Tanah Melayu lepas merdeka boleh dpt hak kerakyatan walau parent diorang masih takde kerakyatan). Hat ni dapat banyak respon dan kritikan dari parti politik, organisasi dan pemimpin-pemimpin Melayu.
BANTAHAN ORANG MELAYU TERHADAP SURUHANJAYA REID
Bagi PAS, cadangan Suruhanjaya Reid ni boleh jatuhkan negara dan bawa malapetaka. Seperti membuka kerakyatan kpd sesiapa sahaja yang lahir kat sini akan lahirkan warganegara yang tak setia pada negara.
PAS pun kritik Laporan Suruhanjaya Reid sebab tak tegaskan bahawa Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu dinamakan sebagai Kebangsaan Melayu. Dato Onn juga pernah berucap di Padang Muar Club sbb dia rasa bimbang dgn nasib masa depan bangsa Melayu berkenaan implikasi Laporan Reid.
Tapi still orang Cina tak puas hati terhadap Suruhanjaya Reid sebab tak terapkan syarat kerakyatan secara terbuka.
Bagi Cina, asas nak bina negara adalah kesaksamaan hak-hak kerakyatan dan imply cara yang mudah utk dapatkan kerakyatan, kena terbuka. Bukannya melalui syarat2 yg menyusahkan dan selektif.
Syarat bertutur bahasa Melayu dengan baik antara syarat yang puak imigran tak puas hati sebab menyusahkan.
Editorial akhbar China Press pada 3 Julai 1957, telah menulis "We feel that the most important thing in citizenship is the question of loyalty, and a knowledge of the Malay language is only of secondary importance”.
The heck la chinese&Indian zaman ni, dah dapat undi orang Melayu masih dabik dada. Orang Melayu dah beralah banyak kali.
Selepas proses penyusunan perlembagaan yang panjang, terdapat satu asas penting yang menjadi rujukan atau asas utama kepada perlembagaan Negara yang merdeka sehingga hari ini, yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.
Akhirnya dalam pergelutan yang panjang dimeterai dengan kontrak sosial. Kontrak Sosial merupakan satu permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.
Kontrak sosial adalah watikah asas keadilan sosial untuk Negara. Walaupun tiada dalam peruntukan dalam perlembagaan, ia merupakan tiang asas perpaduan dalam pembentukan negara baru yang akan merdeka, Malaysia.
Selepas 5 tahun merdeka apa kata presiden PAS, Dr Burhanuddin Al-Helmy?

Beliau ulangi prinsip bahawa perlembagaan Negara seharusnya meletakkan orang Melayu sebagai bangsa yang memiliki kedaulatan penuh di Tanah Melayu atau disebut sebagai ketuanan Melayu.
Ucapan ini seharusnya mengingatkan kita kembali akan hak sebenar yang dimiliki dan diamanahkan kepada orang Melayu di Negara ini.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Zarr
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!