Jadi bujang ni kadang bosan juga bila kena #StayHome lagi-lagi duduk rumah bujang.
Jom tengok cadangan aktiviti yang korang boleh buat.
1. Masak-masak
Tak pandai masak? Ini la masanya korang asah bakat memasak korang tu. Lantak la gagal pun, cuba je sebab korang ada banyak hari lagi untuk dilalui. Keep on trying.
2. Baking
Tak ada oven? Geng, cari je kuih muih, kek2 yang korang boleh buat TANPA GUNA OVEN. Banyak kuttt. So cuba la. Tak jadi tu tak apa, korang boleh post dekat FB Masak apa tak jadi hari ini.
3. Membaca
Bagi setengah orang dia tak suka membaca. Tak apa, cuba jer. Cari la buku apa pun. Komik pun tak apa. Tapi sebaiknya buku bermanfaat la. Tak ada buku? Online jer. Ada banyak buku2 yang korang boleh buka untuk membaca secara maya. Nak seribu daya ok.
4. Mengemas
Korang susun la jadual. Hari 1 nak kemas area mana. Esok nya area mana pula. Kemas sekemasnya la..lagi2 almari baju tu. Entah2 ada tikus mati dalam tu tertimbus dengan kain baju korang yang melambak tu. Ok, jangan marah yer.
5. Bersenam
Asyik kata nak senam tapi tak ada masa kan. Ini lah masanyaaaaaa. Simple je. Kalau tak tahu, buka youtube cari la workout untuk beginner ke, zumba ke. Apa2 la asalkan korang boleh ikut. Lagi best ajak member serumah join.
6. Tambah ilmu
Sekarang ni banyak dah bengkel online. Bahkan ada yang percuma lagi. So, join je bengkel yang ada tu. Bengkel menulis, bengkel mengait, bengkel diy. Macam2 la. Cari kat FB atau pun Google.
Jadinya, ini antara cadanga la untuk u guys yang bujang tu. Orang dah kawin pun boleh juga buat. Tak salah pun. Yang penting #StayHome#StaySafe
Kalau ada cadangan lain boleh share.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
1. Pergerakan fizikal
Pkpb kan tak boleh kemana, so memerap je la kan kat rumah. Jadi pastikan setiap hari korang pastikan ada 1 aktiviti fizikal. Berjalan dari dapur ke depan ke, naik turun tangga ke, workout ke. Apa2 la. Asalkan badan korang tu bergerak dan berpeluh.
2. Banyakkan minum air masak
Better korang ada 1 botol sendiri. Botol 1L pun jadi la. Supaya senang korang nak agak dah berapa banyak korang minum. Kelek la botol tu kemana aja. Minimum 2L sehari. Susah? Paksa diri tu. Hanya kita je boleh ubah diri kita.
Baru tahu cerita #kampungpeople2 People 2 dah nak habis. Ketinggalan pula kali ni.
Tahu kenapa orang suka cerita kampung people?
Jom baca.
Telatah pak abu dan minah.
Yezzz, suami isteri ni memang funny walaupun asalnya tak berapa suka cara minah layan suami dia. Tp bila depa selalu discuss masalah sebelum tidur, tu antara cara yang bagus. Suami isteri kena ada komunikasi yang baik.
Gelagat orang kampung.
Part ni best. Orang kampung yang sangat2 tak berkira untuk menolong. Hidupkan suasana surau. Lepak warung. Memang realiti orang kampung la.
Tips tak nak tidur lepas subuh, tips ni untuk orang malas tapi nak buat perubahan.
Ini thread. Jom baca. 😏
First sekali sebelum solat subuh tu korang kena mandi. Ni bukan mandi2 ayam taw. Mandi yang korang nak keluar tu.
Kedua, after solat tu, ni part paling penting. Korg jangan terus baring. Ambil masa. Buat la apa pun. Buat senaman sikit pun jadi la. Lompat bintang pun ok dah.