Soalan yang biasa Admin terima daripada newbie apabila berkaitan dgn financial report ialah
"Boleh percaya ke syarikat punya financial report?"
Soalan ni sebenarnya telah pun dijangka awal-awal oleh MASB sendiri (Malaysia Accounting Standard Board). Mereka tahu kepentingan utk meningkatkan kepercayaan public terhadap financial report. Itulah sebabnya MASB menetapkan accounting standard atau template utk diikuti semua.
Anda juga patut tahu bahawa syarikat wajib melantik auditor utk mengaudit financial report mereka. 2 benda yang auditor nak tgk dalam audit iaitu adakah financial report tersebut
1. True and fair view. 2. Menepati accounting standard.
Setiap kali selepas mengaudit financial report, auditor akan mengeluarkan salah satu daripada 2 jenis report berikut.
1. Unqualified report. 2. Modified report.
UNQUALIFIED REPORT.
Jika auditor mengeluarkan unqualified report, ia bermaksud audit tersebut berjalan tersangatlah lancar - petunjuk bahawa syarikat tersebut bagus.
1. Syarikat memberi kerjasama dlm audit.
2. Syarikat menyediakan financial report menepati accounting standard.
3. Syarikat menyediakan report secara true and fair view.
4. Auditor tidak perlu membuat penjelasan tambahan di dalam audit report.
Namun, jika financial report syarikat tidak mencapai keadaan di atas, auditor terpaksa mengeluarkan modified report. Terdapat 2 jenis modified report iaitu sama ada
1. Report yang tidak memberi kesan kepada auditor opinion. Dikeluarkan jika terdapat sedikit penekanan atau penambahan baikkan daripada auditor.
2. Report yang memberi kesan kepada auditor opinion. Dikeluarkan jika terdapat percanggahan pada financial report.
MODIFIED REPORT YANG TIDAK MEMBERI KESAN KEPADA AUDITOR OPINION.
Hanya EMPHASIS OF MATTER tergolong di dalam modified report jenis ini.
Bermaksud financial report syarikat baik, cuma sedikit penambahan nota oleh auditor menunjukkan ada perkara di dalam financial report yang perlukan lebih penjelasan (emphasization) atau cadangan penambahbaikan kerana kesannya yang tidak boleh diabaikan.
MODIFIED REPORT YANG MEMBERI KESAN KEPADA AUDITOR OPINION.
Sekiranya terdapat percanggahan yang nyata di dalam financial report, auditor akan terpaksa mengeluarkan modified report yang memberi kesan kepada auditor opinion.
Terdapat 3 keadaan bagi modified report jenis ini.
1. Qualified report. 2. Disclaimer of opinion. 3. Adverse opinion.
QUALIFIED REPORT.
Report ini dikeluarkan oleh auditor apabila auditor tidak boleh mengeluarkan unqualified report tetapi pada masa sama, percanggahan tidaklah keterlaluan. Anda boleh kenalpasti report jenis ini apabila auditor keluarkan frasa seperti "... except for...".
DISCLAIMER OF OPINION.
Report ini dikeluarkan oleh auditor apabila auditor mendapati percanggahan yang keterlaluan dan auditor tidak dapat maklumat yang cukup utk merungkai percanggahan ini sehingga menyebabkan auditor tidak boleh mengeluarkan pendapat (disclaimer).
ADVERSE OPINION.
Report ini dikeluarkan oleh auditor apabila auditor mendapati percanggahan yang keterlaluan sehinggakan auditor tidak boleh langsung mengeluarkan qualification kepada financial report tersebut kerana financial report tersebut mengelirukan dan tidak lengkap.
KESIMPULAN.
Biasanya bila dah smpi disclaimer of opinion atau adverse opinion, anda mmg sudah patut berhati-hati dgn syarikat tersebut kerana pasti ada sesuatu yang tidak kena sehinggakan ia bermasalah dgn financial report nya.
Walau apa pun, sekurang-kurangnya financial report telah diaudit supaya ia menepati accounting standard yang telah ditetapkan. Selebihnya bergantung kepada analisis anda sendiri.
😱 BAGAIMANA STOCK PRICE BEREAKSI TERHADAP SETIAP JENIS CORPORATE EXERCISE?
Terdapat banyak sbb kenapa sebuah syarikat melaksanakan corporate exercise. Sebab utamanya ialah utk mendapatkan dana tambahan daripada shareholder-shareholder untuk mengembangkan syarikat.
Namun, ada juga syarikat yang melaksanakan corporate exercise untuk menonjolkan imej, ada juga yang mahu mengelak daripada dikuasai syarikat lain.
Walauapapun pilihan corporate exercise yg dilakukan syarikat, ia akan memberikan kesan paling tidak pun kepada stock price serta kedudukan shareholder-shareholder di dlm syarikat. Oleh itu, penting utk memahami kesan setiap corporate exercise agar kita boleh bertindak sewajarnya.
❗BERHATI-HATILAH JIKA EXTERNAL AUDITOR SYARIKAT ANDA RESIGN.
External auditor ialah mereka yang dilantik oleh pihak syarikat utk mengaudit laporan kewangan syarikat agar ianya telus dan memenuhi piawai yang ditetapkan sebelum laporan kewangan tersebut didedahkan kepada umum.
Pentingnya external auditor kerana mereka sebenarnya menjaga kepentingan kita sebagai pelabur dengan cuba memastikan syarikat memberikan maklumat yang cukup dan lengkap serta mudah difahami kita, walaupun mereka sebenarnya dilantik oleh pihak syarikat itu sendiri.
Sebuah syarikat yang bagus seharusnya mempunyai pengurusan yang juga berkualiti dan ini termasuklah bagaimana mereka mengurus dan menjaga kewangan mereka.
⏳ KITA BELI BARANG BUKAN DENGAN DUIT, TETAPI DENGAN MASA
“The price of anything is the amount of life you exchange for it.” -Henry David Thoreau
Fuh... Selama ini kita duk ingat beli atau bayar sesuatu benda dengan wang ringgit. Tetapi sebenarnya kita bayar dengan masa kita.
Pernah layan movie In Time (2011), mengisahkan tentang masa. Daripada menggunakan wang kertas, sistem ekonomi baru menggunakan masa sebagai ganti kepada mata wang. Setiap orang mempunyai jam di lengan mereka untuk mengetahui berapa lama mereka boleh bertahan untuk hidup.
Malah movie ini juga mempunyai bayangan bahawa orang kaya semakin kekal kekayaan sementara yang lain berusaha untuk keluar dari kesengsaraan hidup.
Apabila dilihat melalui konsep ini, kita akan lebih menghargai masa yang ada. Maka betullah pepatah mengatakan “MASA ITU EMAS”.
Admin agak terkejut kerana menerima banyak reaksi daripada sharing tentang elliot wave hack. Beberapa orang pm Admin utk menyampaikan soalan-soalan mereka 😊
Contohnya,peniaga A jual air soya dengan modal RM 500, kawannya B keluarkan RM 500. Jadi, dalam bisnes ini, sahamnya menjadi 50%.
Bisnes berkembang, peniaga A pun pergi bank minta pembiayaan, Bank luluskan - dapat buka kilang.
Bisnes terus berkembang. A pergi bank. Bank kata, “Kalau bank nak bagi duit boleh, tapi kos pembiayan sekarang agak tinggi. Cara lebih murah adalah jual saham syarikat encik kepada orang awam untuk tambah modal.”
Mereka setuju. 50% dari saham peniaga A dan rakannya B tadi dijual kepada orang ramai. 100,000 unit saham baru akan dijual. Namanya saham terbitan awam atau initial public offering (IPO).