😱 BAGAIMANA STOCK PRICE BEREAKSI TERHADAP SETIAP JENIS CORPORATE EXERCISE?

Terdapat banyak sbb kenapa sebuah syarikat melaksanakan corporate exercise. Sebab utamanya ialah utk mendapatkan dana tambahan daripada shareholder-shareholder untuk mengembangkan syarikat.
Namun, ada juga syarikat yang melaksanakan corporate exercise untuk menonjolkan imej, ada juga yang mahu mengelak daripada dikuasai syarikat lain.
Walauapapun pilihan corporate exercise yg dilakukan syarikat, ia akan memberikan kesan paling tidak pun kepada stock price serta kedudukan shareholder-shareholder di dlm syarikat. Oleh itu, penting utk memahami kesan setiap corporate exercise agar kita boleh bertindak sewajarnya.
Terdapat 2 kategori corporate exercise.

1. Mandatory corporate exercise.

Ia bermaksud apabila syarikat melaksanakan corporate exercise ini, shareholder-shareholder tiada pilihan melainkan harus menerima corporate exercise ini.
Contohnya : stock split, stock consolidation, merging & acquisition dan dividen & bonus share.
2. Voluntary corporate exercise.

Ia bermaksud apabila syarikat melaksanakan corporate exercise ini, shareholder-shareholder mempunyai pilihan sama ada mahu menerima atau menolak corporate exercise ini. Contohnya : right issue dan warrant.
Berikut adalah senarai utk beberapa corporate exercise.

1. Bonus.

2. Right issue.

3. Private placement.

4. Dividend.

5. Share buyback.

6. Stock split.

7. Stock consolidation/reverse stock split.

8. Acquisition.

9. Merging.
BONUS.

Bonus ialah pemberian hadiah oleh syarikat kepada pelabur-pelaburnya utk menghargai dan mengekalkan sokongan shareholder-shareholder kepada syarikat.
Terdapat beberapa cara syarikat berikan bonus kepada pelabur-pelabur.

1. Bonus tunai (cash bonus)/dividen.

2. Warrant.

3. Bonus issue/share.
Pemberian bonus tunai dan warrant menunjukkan syarikat berada di dalam keadaan yang sihat. Kebiasaannya harga saham akan naik selepas pengumuman bonus kerana ia akan menarik keyakinan pelabur-pelabur terhadap syarikat tersebut.
Bonus issue pula ialah apabila syarikat memberikan share tambahan kepada shareholder-shareholdernya percuma sebagai satu bentuk bonus. Kebiasaannya, bonus diberikan dalam bentuk dividen.
Tetapi, adakalanya syarikat nak preserve cash level mereka lalu mereka memilih utk membayar bonus dalam bentuk share pula. Selain itu, bonus issue juga menambahkan kecairan kepada stock tersebut.
Walaupun bonus issue menjimatkan cash, ia sebenarnya lebih mendatangkan kos kepada syarikat berbanding membayar dividen.
Ini kerana jika pada masa akan datang syarikat nak mengekalkan jumlah dividen per share, ia perlu berbelanja lebih banyak disebabkan pertambahan jumlah share di dalam market.
Disebabkan berlaku dilution share dan kebimbangan ttg prestasi pembayaran dividen pada masa akan datang, kebiasaannya bonus issue akan menyebabkan kejatuhan stock price sebelum ia kembali mengikut fundamental syarikat.
RIGHT ISSUE.

Right issue ialah apabila syarikat menawarkan shareholder-shareholdernya utk membeli saham syarikat pada harga diskaun. Tujuan utama right issue ialah sbb syarikat nak mintak modal tambahan daripada shareholder-shareholder.
Right issue menyebabkan berlaku dilution share di dalam market. Oleh itu, kesan sementara right issue ialah kebiasaannya berlaku kejatuhan stock price. Selain itu, stock price juga boleh jatuh berdasarkan tujuan apa modal tambahan itu mahu digunakan.
Jika ia digunakan utk membayar hutang, market mungkin tidak suka dan ini menyebabkan kejatuhan stock price yang lebih besar. Jika ia digunakan utk projek tertentu yang mempunyai prospek yang baik, market mungkin suka dan ini menyebabkan kejatuhan stock price bersifat sementara.
Apabila shareholder-shareholder mendapat tawaran ini, mereka boleh buat 3 perkara.

1. Menjual right issue.

2. Menerima tawaran membeli saham syarikat.

3. Tak buat apa-apa.
Kebiasaannya, shareholder-shareholder akan memilih sama ada menjual right issue atau menerima tawaran membeli saham syarikat. Jika shareholder memilih menjual right issue, profit yang mereka dapat sekurang-kurangnya mengurangkan kesan kejatuhan stock price.
Jika shareholder memilih menerima tawaran membeli saham syarikat, saham tambahan yang mereka dapat sekurang-kurangnya mengurangkan kesan dilution ke atas peratus pegangan mereka dalam syarikat.
Yang paling rugi ialah mereka yang tak buat apa-apa. Sudahlah stock price jatuh, pegangan pula menjadi lebih dilute. Mahu tak mahu, shareholder-shareholder mesti berbuat sesuatu ke atas right issue.
PRIVATE PLACEMENT.

Private placement ialah apabila syarikat menawarkan pelabur-pelabur luar tertentu untuk membeli saham syarikat pada harga diskaun. Bukan semua orang akan dapat private placement, hanya orang-orang tertentu sahaja atas jemputan semata-mata.
Tujuan utama private placement ialah untuk mendapatkan modal tambahan. Selain itu, private placement juga digunakan untuk menarik orang-orang korporat yang berpengaruh untuk menjadi shareholder dan seterusnya mengukuhkan lagi shareholder base syarikat.
Disebabkan kesan dilution akibat daripada pertambahan saham-saham syarikat utk membesarkan shareholder base, stock price seharusnya akan jatuh dan pegangan shareholder juga akan dilute.
Tetapi, stock price boleh naik kerana utk menarik shareholder-shareholder baru menerima private placement, stock price perlu naik agar shareholder-shareholder baru boleh memperoleh untung.
Selain itu, stock price juga boleh naik jika market bersetuju modal tambahan akan digunakan utk tujuan pertumbuhan dan market bersetuju jika shareholder baru bakal memberikan kesan positif kepada syarikat.
DIVIDEN.

Dividen juga adalah salah satu corporare exercise yang memberikan kesan yang kuat terhadap pergerakan harga saham. Apabila pengumuman ttg dividen dikeluarkan, kebiasaannya ia akan menaikkan harga saham.
Ini kerana pembayaran dividen memberikan keyakinan shareholder-shareholder dan pelabur-pelabur terhadap kesihatan syarikat.
Dividen ialah jumlah cash yang dibayar oleh syarikat kepada shareholder-shareholder mengikut jumlah pegangan shareholder. Dividen datangnya daripada retained earning syarikat yang mana ia juga bermaksud dividen sememangnya milik shareholder-shareholder.
Apabila syarikat untung, value shareholder equity juga akan meningkat dalam bentuk retained earning. Namun, untuk memulangkan retained earning ini kepada shareholder, syarikat perlu melihat kepada paras cash yang ia ada.
Oleh itu, apabila syarikat mempunyai lebihan cash, ia mempunyai 2 pilihan - sama ada gunakan semula lebihan cash untuk meningkatkan pertumbuhan syarikat dan seterusnya meningkatkan value shareholder equity,
atau gunakan lebihan cash untuk memulangkan semula value shareholder dalam bentuk dividen, atau kedua-duanya sekali.
Walaupun dividen tidak melibatkan dilution pada pegangan shareholder, ia menyebabkan kejatuhan stock price kerana value shareholder yang berkurang setelah pembayaran dividen dibuat.
SHARE BUYBACK.

Share buyback ialah apabila syarikat membeli semula saham-sahamnya daripada shareholder-shareholder.
Apabila syarikat mempunyai lebihan tunai, selain daripada membayar dividen, syarikat juga boleh menghargai shareholder-shareholder dengan cara menambah nilai pegangan shareholder.
Ini kerana apabila syarikat melaksanakan buyback, ia mengurangkan jumlah saham yang terapung, sekaligus menambahkan peratus pegangan shareholder-shareholder yang ada. Oleh itu, jika ada pembayaran dividen pada masa akan datang, dividen per share akan turut meningkat.
Selain itu, syarikat juga melaksanakan buyback utk mengambil kesempatan atas stock price syarikat yang dalam keadaan undervalued.

Atas sebab-sebab ini, maka kebiasaannya share buyback akan menyebabkan stock price meningkat.
STOCK SPLIT.

Stock split ialah apabila syarikat menggandakan bilangan sahamnya yang wujud tanpa mengubah jumlah market capital nya. Oleh itu, apabila berlaku stock split, bilangan saham yang dipegang shareholder-shareholder akan berganda mengikut gandaan stock split.
Disebabkan bilangan saham berganda tetapi market capital tidak berubah, maka kesannya ke atas stock price ialah stock price akan jatuh. Selain itu, stock split tidak menyebabkan dilution kepada pegangan shareholder-shareholder.
Stock split sebenarnya menandakan prestasi syarikat yang cemerlang sehingga stock price meningkat menjadi mahal dan mula menyukarkan jual beli. Oleh itu, syarikat melaksanakan stock split untuk menurunkan stock price supaya ia lebih cair.
Oleh itu, walaupun stock price jatuh selepas stock split, ia akan naik semula disebabkan prestasi syarikat yang cemerlang.
STOCK CONSOLIDATION.

Stock consolidation ialah reverse stock split. Ia adalah apabila syarikat mengurangkan bilangan sahamnya yang wujud tanpa mengubah jumlah market capitalnya.
Oleh itu, apabila berlaku stock consolidation, bilangan saham yang dipegang shareholder-shareholder akan berkurang mengikut nisbah stock consolidation.
Disebabkan bilangan saham berkurang tetapi market capital tidak berubah, maka kesannya ke atas stock price ialah stock price akan naik. Selain itu, stock consolidation tidak menyebabkan dilution kepada pegangan shareholder-shareholder.
Stock consolidation sebenarnya menandakan prestasi syarikat yang buruk sehingga stock price merosot menjadi terlalu murah dan disebabkan kehilangan minat market.
Oleh itu, syarikat melaksanakan stock consolidation untuk menaikkan stock price supaya ia kelihatan lebih menarik dan seolah-olah market masih mempunyai minat terhadap stock.
Oleh itu, walaupun stock price naik selepas stock consolidation, ia akan jatuh semula sebagi reflect kepada keadaan sebenar syarikat.
ACQUISITION.

Acquisition ialah apabila syarikat menguasai syarikat yang lain yang mana syarikat yang dikuasai akan hilang identiti kpd syarikat yang menguasai.
Acquisition ialah satu cara mudah untuk syarikat berkembang. Dengan acquisition, syarikat boleh mendapat customer base, market, aset, human resource dengan lebih mudah tanpa perlu membangunkannya dari awal.
Selain itu, acquisition juga adalah satu cara utk mengurangkan persaingan dan seterusnya menstabilkan industri jika industri tersebut mempunyai terlalu banyak persaingan.

Kesan acquisition terhadap stock price berbeza di antara syarikat yang menguasai dan syarikat yang dikuasai.
Bagi syarikat yg menguasai, acquisition akan menyebabkan stock price nya jatuh.Ini kerana syarikat terpaksa m'bayar pada harga premium agar membolehkan acquisition berlaku. Selain itu,syarikat terpaksa menampung kos tambahan utk meregulasikan semula syarikat selepas acquisition.
Bagi syarikat yang dikuasai pula, acquisition akan menyebabkan stock price nya meningkat. Ini kerana nilai syarikat yang meningkat apabila perlu dibayar premium utk membolehkan acquisition berlaku.
MERGING.

Merging ialah apabila 2 syarikat bersatu menjadi satu syarikat yg mana kebiasaannya kedua-dua syarikat masih boleh mengekalkan identiti masing-masing atau
atau kedua-dua syarikat menghasilkan sinergi identiti baru bagi mewakili entiti baru yg dihasilkan drpd merging 2 syarikat yg berlainan.
Merging biasanya dilakukan utk mengurangkan kos. Dengan merging, syarikat boleh meningkatkan produktiviti serta menyatukan operasi yang mana ini seterusnya membawa kepada pengurangan kos.
Selain itu, merging juga m'bolehkan syarikat memberikan servis yang lebih baik kepada customer. Apabila 2 syarikat memberikan servis yg saling melengkapi kpd customer,adalah lebih baik jika kedua-dua syarikat ini bergabung supaya servis yg diberikan akan menjadi lebih menyeluruh.
Untuk itu, apabila berlaku perubahan di dalam industri atau berlaku keadaan downtrend, 2 syarikat yang bergabung mempunyai lebih peluang utk survive berbanding jika mereka bersendirian.

EmpayarSaham

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Sahabat EmpayarSaham

Sahabat EmpayarSaham Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @stEmpayarsaham

19 Oct
❗BERHATI-HATILAH JIKA EXTERNAL AUDITOR SYARIKAT ANDA RESIGN.

External auditor ialah mereka yang dilantik oleh pihak syarikat utk mengaudit laporan kewangan syarikat agar ianya telus dan memenuhi piawai yang ditetapkan sebelum laporan kewangan tersebut didedahkan kepada umum. Image
Pentingnya external auditor kerana mereka sebenarnya menjaga kepentingan kita sebagai pelabur dengan cuba memastikan syarikat memberikan maklumat yang cukup dan lengkap serta mudah difahami kita, walaupun mereka sebenarnya dilantik oleh pihak syarikat itu sendiri.
Sebuah syarikat yang bagus seharusnya mempunyai pengurusan yang juga berkualiti dan ini termasuklah bagaimana mereka mengurus dan menjaga kewangan mereka.
Read 36 tweets
18 Oct
📜KENAPA FINANCIAL REPORT PERLU DIAUDIT?

Soalan yang biasa Admin terima daripada newbie apabila berkaitan dgn financial report ialah

"Boleh percaya ke syarikat punya financial report?" Image
Soalan ni sebenarnya telah pun dijangka awal-awal oleh MASB sendiri (Malaysia Accounting Standard Board). Mereka tahu kepentingan utk meningkatkan kepercayaan public terhadap financial report. Itulah sebabnya MASB menetapkan accounting standard atau template utk diikuti semua.
Anda juga patut tahu bahawa syarikat wajib melantik auditor utk mengaudit financial report mereka. 2 benda yang auditor nak tgk dalam audit iaitu adakah financial report tersebut

1. True and fair view.
2. Menepati accounting standard.
Read 18 tweets
8 Oct
❓KENAPA REMISIER ANDA TIDAK PERNAH MENCADANGKAN BUY UNTUK ANDA?

Kenal siapa remisier anda?

Remisier ialah wakil stockbroker dengan anda. Mereka menjadi orang tengah di antara anda dengan stockbroker.
Kena ada orang tengah kerana anda tak boleh masuk stock market tanpa lesen daripada Security Commission.

Tapi, Admin percaya ada di antara anda sendiri tak kenal pun siapa remisier anda dan apa tugas sebenar mereka. Betul?
Tugas remisier sebenarnya boleh dibahagikan kepada 2 bahagian

1. Khidmat teknikal.
2. Nasihat dan informasi.

Khidmat teknikal bermaksud segala aspek berkaitan dengan akaun, transaksi, fasiliti dan kemudahan yang disediakan oleh stockbroker.
Read 26 tweets
6 Oct
⏳ KITA BELI BARANG BUKAN DENGAN DUIT, TETAPI DENGAN MASA

“The price of anything is the amount of life you exchange for it.” -Henry David Thoreau

Fuh... Selama ini kita duk ingat beli atau bayar sesuatu benda dengan wang ringgit. Tetapi sebenarnya kita bayar dengan masa kita. Image
Pernah layan movie In Time (2011), mengisahkan tentang masa. Daripada menggunakan wang kertas, sistem ekonomi baru menggunakan masa sebagai ganti kepada mata wang. Setiap orang mempunyai jam di lengan mereka untuk mengetahui berapa lama mereka boleh bertahan untuk hidup. Image
Malah movie ini juga mempunyai bayangan bahawa orang kaya semakin kekal kekayaan sementara yang lain berusaha untuk keluar dari kesengsaraan hidup.

Apabila dilihat melalui konsep ini, kita akan lebih menghargai masa yang ada. Maka betullah pepatah mengatakan “MASA ITU EMAS”.
Read 12 tweets
5 Oct
😮 ELLIOT WAVE HACK - PENJELASAN TAMBAHAN.

Admin agak terkejut kerana menerima banyak reaksi daripada sharing tentang elliot wave hack. Beberapa orang pm Admin utk menyampaikan soalan-soalan mereka 😊

Nak jawab semua memang tak laratlah. Oleh itu, admin tawarkan satu post penjelasan semula utk menjawab perkara-perkara yang diajukan kepada Admin.

1. Ni elliot wave ke? Kenapa macam pelik je?
2. Kenapa tak ikut cara asal elliot wave?
3. Kalau ikut chart kajian kes, katakan wave 5 tak jadi, takkan terus jadi wave b? Wave a mana?

Bagi yang mengatakan apa yang Admin sampaikan itu bukan elliot wave, jelaskan kenapa ia bukan elliot wave? Image
Read 16 tweets
1 Oct
😎APA ITU SAHAM?

Saham ni ibarat bisnes.

Contohnya,peniaga A jual air soya dengan modal RM 500, kawannya B keluarkan RM 500. Jadi, dalam bisnes ini, sahamnya menjadi 50%.

Bisnes berkembang, peniaga A pun pergi bank minta pembiayaan, Bank luluskan - dapat buka kilang.
Bisnes terus berkembang. A pergi bank. Bank kata, “Kalau bank nak bagi duit boleh, tapi kos pembiayan sekarang agak tinggi. Cara lebih murah adalah jual saham syarikat encik kepada orang awam untuk tambah modal.”
Mereka setuju. 50% dari saham peniaga A dan rakannya B tadi dijual kepada orang ramai. 100,000 unit saham baru akan dijual. Namanya saham terbitan awam atau initial public offering (IPO).
Read 37 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!