❗BERHATI-HATILAH JIKA EXTERNAL AUDITOR SYARIKAT ANDA RESIGN.
External auditor ialah mereka yang dilantik oleh pihak syarikat utk mengaudit laporan kewangan syarikat agar ianya telus dan memenuhi piawai yang ditetapkan sebelum laporan kewangan tersebut didedahkan kepada umum.
Pentingnya external auditor kerana mereka sebenarnya menjaga kepentingan kita sebagai pelabur dengan cuba memastikan syarikat memberikan maklumat yang cukup dan lengkap serta mudah difahami kita, walaupun mereka sebenarnya dilantik oleh pihak syarikat itu sendiri.
Sebuah syarikat yang bagus seharusnya mempunyai pengurusan yang juga berkualiti dan ini termasuklah bagaimana mereka mengurus dan menjaga kewangan mereka.
Bagi syarikat yang menguruskan kewangan mereka dengan bagus, mereka seharusnya tidak mempunyai masalah utk mematuhi kehendak external auditor.
Namun, bagi syarikat sudah pun bermasalah, mahu menguruskan syarikat pun susah, inikan pula mahu melaporkan kewangan mereka mengikut piawai pelaporan yang ditetapkan.
Oleh itu, tindak-tanduk external auditor juga sebenarnya boleh menjadi petunjuk keadaan syarikat.
Apabila external auditor selesai mengaudit laporan kewangan syarikat, mereka akan mengeluarkan salah satu daripada 2 jenis report ini, yg mana akan turut dilampirkan sekali di dlm laporan kewangan syarikat. Jenis-jenis laporan itu ialah
1. Unqualified report. 2. Modified report.
Unqualified report ialah laporan audit yang paling dikehendaki syarikat kerana ia membawa maksud bahawa laporan kewangan syarikat adalah lengkap dan memenuhi piawaian yang ditetapkan,
yang kemudian membawa maksud bahawa syarikat menguruskan kewangannya dengan baik dan seterusnya memberikan imej yang baik kepada syarikat.
Namun, jika external auditor mengeluarkan modified report, ia bermaksud laporan kewangan syarikat mungkin tidak memenuhi piawaian dengan baik, atau laporan kewangan tersebut kurang telus, atau laporan kewangan tersebut mengingkari prinsip perakaunan yang ditetapkan,
atau syarikat sendiri tidak mahu memberi kerjasama kepada external auditor sehingga external auditor tidak dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna.
Semua ini memberi maksud kepada pelabur-pelabur bahawa syarikat seperti ini bermasalah.
Malah, oleh kerana tidak mampu menjalankan tugasnya dengan baik, ada external auditor yg resign daripada menjadi external auditor syarikat tertentu, lantaran mengambil tanggungjawab gagal utk melaksana audit dengan baik - semua ini adalah petunjuk syarikat-syarikat yg bermasalah.
Oleh itu, jika external auditor sesebuah syarikat itu resign, berjaga-jagalah dengan syarikat tersebut.
Apabila external auditor mmg sedar yang mereka memang tidak mampu menjalankan tanggungjawab menyudahkan audit di atas sebab-sebab yang antaranya seperti berikut
1. Mungkin disebabkan laporan kewangan yang terlalu bermasalah.
2. Mungkin disebabkan audit yang tidak mendapat kerjasama.
3. Mungkin disebabkan external auditor dihalang dari menjalankan tugas-tugasnya.
4. Mungkin disebabkan opinion nya tidak boleh diterima syarikat sehingga laporan auditnya tidak boleh dimasukkan ke dalam laporan kewangan.
Maka, mereka akan resign.
Ini menyebabkan kebiasaannya market akan mempunyai persepsi negatif terhadap stock tersebut.
KENAPA PERLUNYA EXTERNAL AUDITOR?
Section 169, Akta Syarikat 1965 menyatakan pengarah-pengarah syarikat bertanggungjawab menyediakan laporan kewangan yang telah DIAUDIT sblm setiap annual general meeting yang mana laporan kewangan tu harus sedaya upaya menepati setiap ...
... accounting standard yang telah ditetapkan serta setiap keperluan yang tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965.
Oleh itu, syarikat wajib melantik external auditor untuk mengaudit laporan kewangan mereka yang mana external auditor ni kemudian akan mengeluarkan opinion sama ada laporan kewangan tersebut adalah ...
... "true and fair view" serta memenuhi keperluan-keperluan yang tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965 dan menepati setiap accounting standard yang ditetapkan MASB (Malaysia Accounting Standard Board).
True & fair view ialah satu konsep di dalam accounting yang menyatakan setiap laporan kewangan harus mempunyai 4 prinsip accounting berikut
1. Understandability - laporan kewangan haruslah tidak mengelirukan dan boleh difahami.
2. Relevance - laporan kewangan haruslah relevan dan membantu dalam pelabur membuat keputusan dan menganalisa keadaan masa lepas, kini dan akan datang.
3. Reliability - laporan kewangan haruslah objektif, tidak bias dan bebas dari sebarang kesilapan yang bersifat material.
4. Comparability - laporan kewangan haruslah dilaporkan dalam bentuk format yang consistent agar boleh dibuat perbandingan.
Oleh itu, tujuan external auditor ialah untuk melindungi anda dari sebarang cubaan financial statement fraud dari syarikat dan memastikan syarikat melaporkan kewangannya dalam keadaan yang paling jujur.
Apabila seorang pelabur meneliti laporan kewangan yang telah diaudit, perkara pertama yang dilihat ialah
ADAKAH LAPORAN KEWANGAN TERSEBUT MODIFIED ATAU UNQUALIFIED REPORT?
Unqualified report bermaksud laporan kewangan syarikat tersebut tidak "melayakkan" external auditor untuk memberikan pendapatnya.
Maksud lebih mudah, external auditor berpuas hati dengan laporan kewangan tersebut sampaikan dia tak payah cakap apa-apa.
Syarikat kalau boleh tak mau external auditor komen. Biarlah laporan kewangan mereka unqualified. Tak banyak cerita, tak banyak kena tanya dengan shareholder-shareholder.
Kadang-kadang, external auditor terpaksa issue modified report. Modified report ni bermaksud external auditor terpaksa ubahsuai unqualified report. Maksud lebih mudah, mahu tak mahu, external auditor terpaksa jugak bagi komen terhadap laporan kewangan syarikat.
Ada 4 jenis modified report.
1. Emphasis of a matter.
2. Qualified report.
3. Disclaimer of opinion.
4. Adverse opinion.
Emphasis of a matter masih lagi unqualified report. Bezanya cuma external auditor akan bagi sedikit komen untuk penambahbaikan atau memberitahu ttg beberapa perkara yang external auditor tak dapat audit sbb kesannya di luar tempoh audit dan tak serius.
Selain dari emphasis of a matter, modified report yang lain bukan lagi unqualified report.
Qualified report bermaksud external auditor mmg kena bagi komen kerana ada beberapa bahagian di dalam audit tersebut yang tidak memuaskan hati audit, namun ia tidaklah menjejaskan keseluruhan audit (not material and pervasive).
Disclaimer of opinion bermaksud ada bahagian di dalam audit yang external auditor tidak dapat memberikan komen (disclaimer) kerana external auditor tak mampu mengaudit ekoran tidak cukup maklumat untuk diaudit.
Adverse opinion b'maksud ada bahagian di dalam audit yg external auditor tak berpuas hati kerana laporan kewangan tersebut tidak memenuhi keperluan laporan kewangan seperti yg ditetapkan Akta Syarikat 1965 & standard accounting MASB. Dgn kata lain, laporan kewangan tu bermasalah.
Namun, adverse opinion menunjukkan walaupun laporan kewangan bermasalah, external auditor masih lagi mampu menjalankan tanggungjawabnya menyudahkan audit dan memberikan opinion.
Oleh itu, kalau sudah sampai ke tahap external auditor pun resign, maka faham-fahamlah bagaimana keadaan syarikat tu sendiri.
EmpayarSaham
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
😱 BAGAIMANA STOCK PRICE BEREAKSI TERHADAP SETIAP JENIS CORPORATE EXERCISE?
Terdapat banyak sbb kenapa sebuah syarikat melaksanakan corporate exercise. Sebab utamanya ialah utk mendapatkan dana tambahan daripada shareholder-shareholder untuk mengembangkan syarikat.
Namun, ada juga syarikat yang melaksanakan corporate exercise untuk menonjolkan imej, ada juga yang mahu mengelak daripada dikuasai syarikat lain.
Walauapapun pilihan corporate exercise yg dilakukan syarikat, ia akan memberikan kesan paling tidak pun kepada stock price serta kedudukan shareholder-shareholder di dlm syarikat. Oleh itu, penting utk memahami kesan setiap corporate exercise agar kita boleh bertindak sewajarnya.
Soalan yang biasa Admin terima daripada newbie apabila berkaitan dgn financial report ialah
"Boleh percaya ke syarikat punya financial report?"
Soalan ni sebenarnya telah pun dijangka awal-awal oleh MASB sendiri (Malaysia Accounting Standard Board). Mereka tahu kepentingan utk meningkatkan kepercayaan public terhadap financial report. Itulah sebabnya MASB menetapkan accounting standard atau template utk diikuti semua.
Anda juga patut tahu bahawa syarikat wajib melantik auditor utk mengaudit financial report mereka. 2 benda yang auditor nak tgk dalam audit iaitu adakah financial report tersebut
1. True and fair view. 2. Menepati accounting standard.
⏳ KITA BELI BARANG BUKAN DENGAN DUIT, TETAPI DENGAN MASA
“The price of anything is the amount of life you exchange for it.” -Henry David Thoreau
Fuh... Selama ini kita duk ingat beli atau bayar sesuatu benda dengan wang ringgit. Tetapi sebenarnya kita bayar dengan masa kita.
Pernah layan movie In Time (2011), mengisahkan tentang masa. Daripada menggunakan wang kertas, sistem ekonomi baru menggunakan masa sebagai ganti kepada mata wang. Setiap orang mempunyai jam di lengan mereka untuk mengetahui berapa lama mereka boleh bertahan untuk hidup.
Malah movie ini juga mempunyai bayangan bahawa orang kaya semakin kekal kekayaan sementara yang lain berusaha untuk keluar dari kesengsaraan hidup.
Apabila dilihat melalui konsep ini, kita akan lebih menghargai masa yang ada. Maka betullah pepatah mengatakan “MASA ITU EMAS”.
Admin agak terkejut kerana menerima banyak reaksi daripada sharing tentang elliot wave hack. Beberapa orang pm Admin utk menyampaikan soalan-soalan mereka 😊
Contohnya,peniaga A jual air soya dengan modal RM 500, kawannya B keluarkan RM 500. Jadi, dalam bisnes ini, sahamnya menjadi 50%.
Bisnes berkembang, peniaga A pun pergi bank minta pembiayaan, Bank luluskan - dapat buka kilang.
Bisnes terus berkembang. A pergi bank. Bank kata, “Kalau bank nak bagi duit boleh, tapi kos pembiayan sekarang agak tinggi. Cara lebih murah adalah jual saham syarikat encik kepada orang awam untuk tambah modal.”
Mereka setuju. 50% dari saham peniaga A dan rakannya B tadi dijual kepada orang ramai. 100,000 unit saham baru akan dijual. Namanya saham terbitan awam atau initial public offering (IPO).