Peribahasa-peribahasa Melayu yang menggambarkan situasi kes Menteri ini:
1)Bagai limau masak sebelah, perahu karam sekerat.
Maksudnya;
Hukuman yang berat sebelah kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya.
2)Bagai membelah betung
Maksudnya: Pendirian yang berat sebelah.
3)Pipit yang makan padi,merbah terbawa rendong
Maksudnya: Seseorang mendapat kesenangan,orang lain mendapat akibatnya.
4)Karam berdua basah seorang
Maksudnya : Dua orang yang sama-sama bersalah namun seorang sahaja yang dihukum.
5)Beranak kandung, beranak tiri: ada bersudu daun labu, ada bersudu daun lalang.
Maksudnya: Sikap yang tidak adil
6)Tiba di perut dikempiskan, tiba di mata dipicingkan, tiba di dada dibusungkan.
Maksudnya: Perbuatan atau sikap yang tidak adil
7) Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak.
Maksudnya: Hukuman yang kurang adil
Selamat membaca dengan nada Karam Singh Wallia,dan silakan mengulangciap(RT) bebenang ini sekiranya anda setuju dengan peribahasa yang dikemukakan.

Sumber Peribahasa: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mohammad Faeez Harith

Mohammad Faeez Harith Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @H_Bakkaniy

23 Oct
Rabi'ul Awwal bermulanya musim bunga,
Tidaklah dimuliakan Arab sebelum Islam;
Di dalamnya diputerakan Nabi mulia,
Membawa Rahmat ke seluruh alam.
Rabi'ul Awwl tanggal dua belas,
Hari Isnin di waktu dinihari;
Abdul Mutalib berasa sangatlah belas,
Cucundanya lahir tanpa bapa di sisi.
Berkeliling Ka'abah dikelek cucunya,
Seluruh Makkah habis dicanang;
Nama Muhammad dipilih sang nenda,
Isyarat akan jadi manusia cemerlang.
Read 17 tweets
22 Oct
Malam hening bayu menyapa,
Sejuknya terasa sampai ke tulang;
Berkalam nan genting jangan sesedap rasa,
Tentang Rasulullah ﷺ jangan bicara sembarang
Gelapnya malam tanpa rembulan
Teraba-raba berjalan bagai si buta;
Teramatlah jahat kalammu tuan,
Mengata Baginda tidak berharta.
Dua puluh ekor unta bertukar tangan,
Maharnya Sayyidah Khadijah bonda kita tercinta;
Demikianlah Ibn Hisham meriwayatkan,
Bacalah dulu tuan sebelum lajak berkata.
Read 5 tweets
22 Oct
Siri #MistikAlamMelayu : Pocong
*Ini adalah bebenang*
Penafian: Tulisan-tulisan dalam siri ini bukan bertujuan mengajak pembaca mempercayai hal-hal khurafat,tahayul serta syirik,sekadar membincangkan hal berkaitan perihal Mistik dalam Alam Melayu dahulu kala. Image
1)Pocong menurut Kamus Dewan Edisi ke 4 membawa maksud sejenis hantu yang berupa mayat yg dibalut dgn kain kafan.Perkataan 'pocong' juga merujuk kepada secekak padi.Namun di kepulauan Nusantara, pocong juga merujuk kepada tali pengikat kafan mayat.
2)Terdapat pelbagai teori berkenaan asal usul Pocong.Pada hakikatnya kewujudannya tidak lebih daripada sekadar jelmaan jin atau syaitan yang bertujuan hendak menakutkan manusia serta menjauhkan mereka dari Allah,dan tidak ada kena mengena dengan roh orang mati sama sekali.
Read 11 tweets
19 Oct
Jawapannya: PENDING!
(E disitu ialah 'e pepet' selerti sebutan 'Emak',Enam')
Ini adalah bebenang berkenaan
Pending sebagai pelengkap busana dan pelindung diri.
1)Pending merupakan kepingan logam yang biasanya terbuat dari bahan seperti Tembaga yang biasa dipakai di bahagian pinggang dan kedudukannya benar-benar terletak pada bahagian pusat pemakainya.Terkadang ada Pending kebesaran yang dibuat daripada emas atau bersadur emas
2)Terdapat pelbagai bentuk dan rupa pending,samada bujur,empat segi dan bulat.Namun bentuk daun atau mata lebih terkenal dan paling kerap ditemukan. ImageImageImageImage
Read 17 tweets
19 Oct
Peribahasa Melayu yang boleh memggambarkan situasi Air Selangor kebelakangan ini. Image
1)Malang tak berbau.
Maksudnya: Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.
2)Mujur sepanjang hari, malang sekejap mata.
Maksudnya: Malang yang tak dapat dielakkan
Read 9 tweets
10 Oct
"Biar Mati Anak Jangan Mati Adat" ini bukan konsep bodoh.Yang bodoh jika tak faham apa yang dimaksudkan dengan pepatah ini.Jadi mari abang terangkan dalam bebenang yang sederhana panjang ini.1
1)Adat pada orang Melayu ini ada empat pecahan,
i.Adat Sebenar Adat
ii.Adat Yang Diadatkan
iii.Adat Yang Teradat
iv.Undang Adat.

Adat yang sebenar-benarnya dimaksudkan dalam hal ini adalah Adat Sebenar Adat
2)Adat sebenar Adat merujuk kepada kebiasaan-kebiasaan asas yang dijadikan pegangan dalam membentuk suatu kerangka pedoman dalam hidup,yang intinya berasaskan agama.Sepertimana yang disebut dalam ungkapan;
"Adat bersendi syarak,Syarak bersendi Kitabullah".
Read 12 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!