Rabi'ul Awwal bermulanya musim bunga,
Tidaklah dimuliakan Arab sebelum Islam;
Di dalamnya diputerakan Nabi mulia,
Membawa Rahmat ke seluruh alam.
Rabi'ul Awwl tanggal dua belas,
Hari Isnin di waktu dinihari;
Abdul Mutalib berasa sangatlah belas,
Cucundanya lahir tanpa bapa di sisi.
Berkeliling Ka'abah dikelek cucunya,
Seluruh Makkah habis dicanang;
Nama Muhammad dipilih sang nenda,
Isyarat akan jadi manusia cemerlang.
Kelahiran Baginda mengundang bahagia,
Tiadalah kecuali si Abu Lahab;
Tsuwaibah dibebasnya dari perhamba,
Jadi sebab dia diringankan azab.
Bonda Aminah yang mula-mula menyusui,
Tsuwaibah juga meski tak lama;
Halimah Sa'diyah si ibu mithali,
Menyusu menjaga hingga enam tahun usia.
Enam tahun berlalu Muhammad kembali,
Meneman sang Bonda berkelana hingga ke Abwa;
Sudah tertulis ajal pada takdir ilahi,
Piatulah Baginda tiada beribu tiada berbapa.
Abdul Mutalib terlalulah kasih,
Cucu nan seorang diambilnya pelihara;
Sukacita Muhammad tiada lagi bersedih,
Dijaga dimanja oleh sang nenda.
Delapan tahun usia Nabi kita,
Meninggal dunia Abdul Mutalib;
Delapan puluh tahun usia sang nenda,
Dititipkan Muhammad pada Abu Talib.
Muhammad diajar menggembala kambing,
Diasuh Abu Talib bagai puteranya sendiri;
Kerana Baginda kelak kan jadi manusia terpenting,
Menuntun manusia menuju Ilahi.
Dua belas tahun usia Baginda,
Dibawa Abu Talib ikut berdagang;
Ke Bumi Syam keduanya berkelana,
Beroleh untung yang bukan kepalang.
Rahib Bahira menilik dari kejauhan,
Kafilah dagang Abu Talib dan anak saudaranya;
Terlihat olehnya pemuda dinaungi awan,
Sungguh membuat Bahira kehairanan.
Kafilah dagang diajaknya singgah,
Bahira menjamu makanan minuman;
Ditiliknya Muhammad ada Khatam Nubuwah,
Petanda Nabi bagi akhir zaman.
Dipesan Bahira bergegaslah pulang,
Agar Muhammad selamat dan aman;
Kerana bimbangkan Yahudi akan menyerang,
Dek hasadkan Arab menjadi utusan Tuhan.
Dua puluh lima usia tahun Baginda,
Dengan Khadijah Baginda bernikah;
Dua puluh ekor unta jadi maharnya,
Demikian Ibn Hisham meriwayatkan sirah.
Gua Hira' tempat Baginda bersunyi diri,
Mencari petunjuk menyuluh kebenaran;
Akhirnya Jibril memunculkan diri,
Membawakan wahyu dari Tuhan.
Tiga belas tahun lamanya dakwah di Makkah,
Bumi Yathrib pula menjemput Baginda;
Wahyu Allah memerintahkan Hijrah,
Yathrib bertukar gelaran jadi Madinah.
Demikian yang termampu sahaya nazamkan,
Tentang Sirah Junjungan sahaya berpantun;
Semoga dengannya sahaya beroleh rahmat Tuhan,
Salah silap kepada-Nya lah sahaya mohonkan ampun.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Abang akan ceritakan secara ringkas berkenaan hukuman salang ini sebab dalam perbualan dengan @NadiKitarasmi kelmarin, kurang terperinci.
Ini adalah bebenang.
1)Hukuman Salang adalah salah satu bentuk hukuman bunuh yang dijalankan pada zaman dahulu.Definisi Salang menurut Kamus Dewan Edisi Keempat seperti di dalam tangkap layar di bawah :
2)Berikut pula ilustrasi keadaan tikaman keris ketika perlaksanaan Hukuman Salang.
Senarai buku-buku berkaitan Sirah (Kisah Hidup Rasulullah ﷺ) yang telah Abang baca(samada sebahagian sahaja dan ada yang sudah dikhatamkan) dan Abang cadangkan kalian untuk baca juga untuk mengelakkan salah petik fakta tentang Baginda ﷺ.
Ini adalah bebenang.
1)Sirah Ibn Hisham, ini antara sumber primer dan tertua selain kitab-kitab hadith dan Tarikh At-Tabari.Sudah ada terjemahan Bahasa Melayu,Inggeris dan Bahasa Indonesia
2)Bidayah wa Al-Nihayah oleh Imam Ibn Kathir.Sudah ada terjemahan Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris.
3)Zaad Al-Ma'ad fi Hadyi Khairil 'Ibad oleh Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah.Sudah ada terjemahan Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris.
4)Dalaail An Nubuwwah oleh Imam Al Baihaqi.
5)Dalaail An Nubuwwah oleh Imam Abu Nuaim Al Asbahani.
Gelapnya malam tanpa rembulan
Teraba-raba berjalan bagai si buta;
Teramatlah jahat kalammu tuan,
Mengata Baginda tidak berharta.
Dua puluh ekor unta bertukar tangan,
Maharnya Sayyidah Khadijah bonda kita tercinta;
Demikianlah Ibn Hisham meriwayatkan,
Bacalah dulu tuan sebelum lajak berkata.
Siri #MistikAlamMelayu : Pocong
*Ini adalah bebenang*
Penafian: Tulisan-tulisan dalam siri ini bukan bertujuan mengajak pembaca mempercayai hal-hal khurafat,tahayul serta syirik,sekadar membincangkan hal berkaitan perihal Mistik dalam Alam Melayu dahulu kala.
1)Pocong menurut Kamus Dewan Edisi ke 4 membawa maksud sejenis hantu yang berupa mayat yg dibalut dgn kain kafan.Perkataan 'pocong' juga merujuk kepada secekak padi.Namun di kepulauan Nusantara, pocong juga merujuk kepada tali pengikat kafan mayat.
2)Terdapat pelbagai teori berkenaan asal usul Pocong.Pada hakikatnya kewujudannya tidak lebih daripada sekadar jelmaan jin atau syaitan yang bertujuan hendak menakutkan manusia serta menjauhkan mereka dari Allah,dan tidak ada kena mengena dengan roh orang mati sama sekali.
Jawapannya: PENDING!
(E disitu ialah 'e pepet' selerti sebutan 'Emak',Enam')
Ini adalah bebenang berkenaan
Pending sebagai pelengkap busana dan pelindung diri.
1)Pending merupakan kepingan logam yang biasanya terbuat dari bahan seperti Tembaga yang biasa dipakai di bahagian pinggang dan kedudukannya benar-benar terletak pada bahagian pusat pemakainya.Terkadang ada Pending kebesaran yang dibuat daripada emas atau bersadur emas
2)Terdapat pelbagai bentuk dan rupa pending,samada bujur,empat segi dan bulat.Namun bentuk daun atau mata lebih terkenal dan paling kerap ditemukan.