"Biar Mati Anak Jangan Mati Adat" ini bukan konsep bodoh.Yang bodoh jika tak faham apa yang dimaksudkan dengan pepatah ini.Jadi mari abang terangkan dalam bebenang yang sederhana panjang ini.1
1)Adat pada orang Melayu ini ada empat pecahan,
i.Adat Sebenar Adat
ii.Adat Yang Diadatkan
iii.Adat Yang Teradat
iv.Undang Adat.

Adat yang sebenar-benarnya dimaksudkan dalam hal ini adalah Adat Sebenar Adat
2)Adat sebenar Adat merujuk kepada kebiasaan-kebiasaan asas yang dijadikan pegangan dalam membentuk suatu kerangka pedoman dalam hidup,yang intinya berasaskan agama.Sepertimana yang disebut dalam ungkapan;
"Adat bersendi syarak,Syarak bersendi Kitabullah".
3)Ungkapan lain tentang Adat Sebenar Adat:
Adat tak lekang oleh panas
Adat tak lapuk oleh hujan
Adat berwaris kepada Nabi
Adat berkhalifah kepada Adam
Adat berinduk ke ulama
Adat dianjak layu diumbut mati
Adat ditanam tumbuh dikubur hidup
(Bersambung ke no 4)
5)Adat terconteng di lawang
Adat tersurat di kertas
Adat tersirat dalam Sunnah

Pusaka yang tak dapat dirobah-robah
Warisan yang tak putus oleh cencang.

(Selesai petikan ungkapan)
6) Ungkapan-ungkapan ini memberikan penjelasan dari mana ambilan sebenar kerangka asas Adat Melayu,iaitu dari syariat Islam itu sendiri.Itu sebabnya muncul pepatah;
"Biar Mati Anak Jangan Mati Adat" itu.
7)Baik,pepatah itu datang dari mana pula?
Ia bersumber dari zaman Sultan Iskandar Muda (1590-1636) di Acheh yang mana anakandanya, Putera Mahkota Meuroh Pupok ditangkap kerana berzina.
8)Oleh kerana kedudukannya sebagai Putera Mahkota,sebahagian pembesar takut untuk melaksanakan hukuman walaupun ternyata Meuroh Pupuk bersalah melanggar undang-undang adat Acheh yang berteraskan hukum syarak ketika itu.
9)Sultan Iskandar begitu murka lalu bertitah; "Mate aneuk meupat jeurat gadoh adat pat tamita"

Maksudnya; "Biar mati anak jangan mati adat" dan Baginda sendiri yang memulakan hukuman rejam kepada Meuroh Pupok.
10)Sejak itulah pepatah ini tersebar dan dijadikan salah satu pegangan dalam Alam Melayu pada hal ehwal Adat Sebenar Adat.Dan pada perihal adat yang lain dalam pengkelasan di awal bebenang tadi,ia tidak bersifat statik dan memang sentiasa boleh dibuang atau dimansuhkan.
11)Justeru jika tidak tahu bertanyalah dahulu sebelum membuat kesimpulan melulu agar kita tidak mendapat malu.Adat dan Undang-Undang moden tidaklah jauh bezanya,semuanya sebagai suatu kod moral dalam kehidupan bermasyarakat.
Terima kasih kerana sudi membaca dan diharap penjelasan ini dapat meredam kekeliruan serta amarah terhadap adat lantaran kurangnya maklumat kita berkenaan adat itu sendiri.Silakan ulangciap(RT) sekiranya setuju.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mohammad Faeez Harith

Mohammad Faeez Harith Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @H_Bakkaniy

9 Oct
#SAINS DIBALIK PERASAPAN #KERIS

Masih tak kebah lagi cerita Ayah Long ke ? Mari abang cerita tentang Perasap #Keris dan Sains di Sebaliknya, walaupun iklan acah (teaser) semalam tak cecah matlamat 1,000 ulangciap(RT) pun!

Ini adalah bebenang. Image
1)Keris secara adatnya akan dirawat, dibaikpulih dan dijaga supaya ia dapat berfungsi dengan baik.Dan sebagaimana logam yang memiliki ketumpatan besi yang tinggi, karat hasil daripada pengoksidaan adalah musuh utama kepada keris.
2)Justeru saban tahun,keris akan di'mandi'kan untuk menjaga,merawat dan membersihkan bilahnya daripada karat.Istiadat memandi keris atau melangir keris ini lazimnya dibuat dalam bulan Muharram,untuk memudahkan pemilik keris mengingati tarikh ulangan untuk mencuci kerisnya.
Read 13 tweets
8 Oct
Ciapan @wanyusri16 berkenaan 'adat' makan di rumah Ayah Longnya mendapat kritikan hebat kerana kekeliruan kita memahami apa yang dimaksudkan dengan adat dalam Alam Melayu.
Bawa bertenang,ini mungkin akan jadi satu bebenang yang panjang.
1) Adat merupakan perkataan pinjaman dari bahasa Arab yang merujuk kepada sesuatu perkara yang berulang secara kerap sehingga menjadi suatu kebiasaan.
2)Manakala Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan adat seperti berikut: Image
Read 31 tweets
6 Oct
Metafora Bunga Dalam Ungkapan Melayu

Kehidupan orang Melayu sangat terkait dan bergantung dengan alam persekitaran yang kaya dengan flora dan fauna.

Justeru,kita akan temukan metafora bunga-bungaan dalam ungkapan Melayu.

Ini adalah bebenang.
1) "Berguru kepalang ajar,ibarat bunga kembang tak jadi"

Merujuk kepada ilmu yang belum dipelajari secara matang dari guru,namun sudah hendak ditayangkan kehebatannya,sama seperti bunga yang masih belum sempurna kembang tapi sudah dipetik dan dipamerkan.
2)"Laksana bunga dedap,sungguh merah berbau tidak"
Bunga Dedap biasanya ditanam di halaman rumah kerana kecantikannya,tetapi tidak berapa berguna kerana tidak menghasilkan bauan yang harum.
Demikianlah orang yang cantik fizikal,tetapi tidak elok perangai diibaratkan seperti itu.
Read 9 tweets
6 Oct
Apa maksud #peribahasa ; " Menjaga tepi kain orang?"
Ini adalah bebenang
1)Pertamanya mari berkenalan dengan #anatomi sehelai kain dalam alam #Melayu.
2) Tepi kain atau juga disebut gigi kain adalah bahagian birai yang terletak selepas kawasan kaki kain Biasanya tepi kain ini amat halus dan tersembunyi, kadangkala tidak kelihatan.Coraknya juga tidak menarik berbanding bahagian Kaki,Kepala dan Badan Kain.
Read 8 tweets
6 Oct
Risalah #Jawi #British kepada penduduk Tanah #Melayu, selepas kekalahan #Jepun.
Gambar asal milik Tuan Zafrani Ariffin.

Transliterasi Jawi ke Rumi dalam bebenang berikut.
"KEPADA PENDUDUK² TANAH MELAYU

Tentera² Jepun di serata² tempat telah mengaku kalah.Tenteranya parah dihapuskan oleh tentera British yang ke 14 di Burma.Tentera² yang lain mempertahankan tanah airnya di Filipina,Iwo Jima dan Okinawa telah dikalahkan juga oleh tentera² Amerika.
British dan Amerika berlayar² dekat negeri Jepun membedil bandar²nya di daerah pantai.Bom baharu yang dibuat ahli² sains British dan Amerika 2000 kali kuatnya dari bom biasa telah membinasa 2 buah bandar Jepun.
Read 12 tweets
5 Oct
Mengarang atau Menyolek #Tanjak?

Ini adalah bebenang

1)Perkataan 'mengarang' tanjak adalah yang paling lama digunakan sejak zaman berzaman. Perkataan 'menyolek' adalah perkataan baharu. Perkataan 'menakuk' deta (destar) adalah khusus buat destar Negeri Sembilan.
2)Secara harfiahnya kalau mengarang, adalah dari tiada/kosong pada ada, solek pula difahami sebagai benda yang sedia ada dan ditambah baik.
3)Saya lebih selesa menggunakan 'mengarang' tanjak untuk tanjak-tanjak warisan, 'menakuk' pula jika membuat deta Negeri Sembilan.
Read 6 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!