Siri #MistikAlamMelayu : Pocong
*Ini adalah bebenang*
Penafian: Tulisan-tulisan dalam siri ini bukan bertujuan mengajak pembaca mempercayai hal-hal khurafat,tahayul serta syirik,sekadar membincangkan hal berkaitan perihal Mistik dalam Alam Melayu dahulu kala.
1)Pocong menurut Kamus Dewan Edisi ke 4 membawa maksud sejenis hantu yang berupa mayat yg dibalut dgn kain kafan.Perkataan 'pocong' juga merujuk kepada secekak padi.Namun di kepulauan Nusantara, pocong juga merujuk kepada tali pengikat kafan mayat.
2)Terdapat pelbagai teori berkenaan asal usul Pocong.Pada hakikatnya kewujudannya tidak lebih daripada sekadar jelmaan jin atau syaitan yang bertujuan hendak menakutkan manusia serta menjauhkan mereka dari Allah,dan tidak ada kena mengena dengan roh orang mati sama sekali.
3)Teori Pertama: Pocong adalah jelmaan arwah si mati yang tidak dibukakan tali pocong kafannya,lalu merayau-rayau untuk meminta tali kafannya dibuka.
Melepaskan tali kafan pada asalnya adalah untuk memberikan keselesaan kepada jenazah berserta pengharapan (sambung ke no 4)
4)agar mayat itu diberi keringanan dari siksa dan ujian di dalam kubur.Seperti yang disebut oleh Imam Ar Ramli didalam 'Nihayah' dan Imam Asy-Syubramalisi di dalam 'Hasyiyyah' .Hukumnya hanya makruh seandainya tali itu tidak dibuka,bukanlah suatu kewajiban agar ia dibuka.
5)Teori Kedua:Pocong adalah jelmaan arwah yang mempunyai urusan yang belum selesai dengan orang yang masih hidup semisal hutang, dan sebagainya.Jadi ia akan bangkit dan berkeliaran menuntut kemaafan.
6)Teori ketiga: Pocong adalah jelmaan jin yang menyerupai arwah yang mati dizalimi.Jin yang diseru dalam ritual pemujaan oleh bomoh atau dukun adalah untuk menuntut bela dan menakutkan pelaku kezaliman tersebut yang mungkin terlepas dari hukuman undang-undang
7)Disertasi Chery L.Nicholas memetik dari kajian Mc Hugh pada tahun 1955 tentang pengkelasan 'Hantu' Melayu, menyokong teori ketiga tentang asal-usul pocong,iaitu berpunca dari aktiviti pemujaan.
8)Di Indonesia pula terdapat ritual 'Sumpah Pocong' iaitu seseorang bersumpah dalam keadaan berpocong(dikafan) dengan Mushaf Al-Quran diletak dikepalanya.Kononnya jika 'Sumpah Pocong' ini dilanggar,pelakunya akan mati serta-merta.
9)Menurut sumber-sumber lisan, penampakan pocong adalah pelbagai.Ada yang melihat pocong meloncat-loncat,berjalan,terbang dan bergolek-golek.Namun semuanya dalam keadaan berkafan kesemuanya disertakan dengan aroma bau kapur barus dan bangkai.
Sekian,terima kasih kerana sudi membaca.Mohon ulangciap(RT) perkongsian ini,sesi #MistikAlamMelayu kembali minggu hadapan.
Jangan lupa intai jendela,takut ada peneman ketika membaca :)

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mohammad Faeez Harith

Mohammad Faeez Harith Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @H_Bakkaniy

24 Oct
Hukuman Salang: Cara Hukum Bunuh Melayu Lama.

Abang akan ceritakan secara ringkas berkenaan hukuman salang ini sebab dalam perbualan dengan @NadiKitarasmi kelmarin, kurang terperinci.
Ini adalah bebenang. Image
1)Hukuman Salang adalah salah satu bentuk hukuman bunuh yang dijalankan pada zaman dahulu.Definisi Salang menurut Kamus Dewan Edisi Keempat seperti di dalam tangkap layar di bawah : Image
2)Berikut pula ilustrasi keadaan tikaman keris ketika perlaksanaan Hukuman Salang. Image
Read 12 tweets
23 Oct
Senarai buku-buku berkaitan Sirah (Kisah Hidup Rasulullah ﷺ) yang telah Abang baca(samada sebahagian sahaja dan ada yang sudah dikhatamkan) dan Abang cadangkan kalian untuk baca juga untuk mengelakkan salah petik fakta tentang Baginda ﷺ.
Ini adalah bebenang.
1)Sirah Ibn Hisham, ini antara sumber primer dan tertua selain kitab-kitab hadith dan Tarikh At-Tabari.Sudah ada terjemahan Bahasa Melayu,Inggeris dan Bahasa Indonesia

2)Bidayah wa Al-Nihayah oleh Imam Ibn Kathir.Sudah ada terjemahan Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris.
3)Zaad Al-Ma'ad fi Hadyi Khairil 'Ibad oleh Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah.Sudah ada terjemahan Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris.

4)Dalaail An Nubuwwah oleh Imam Al Baihaqi.

5)Dalaail An Nubuwwah oleh Imam Abu Nuaim Al Asbahani.
Read 8 tweets
23 Oct
Rabi'ul Awwal bermulanya musim bunga,
Tidaklah dimuliakan Arab sebelum Islam;
Di dalamnya diputerakan Nabi mulia,
Membawa Rahmat ke seluruh alam.
Rabi'ul Awwl tanggal dua belas,
Hari Isnin di waktu dinihari;
Abdul Mutalib berasa sangatlah belas,
Cucundanya lahir tanpa bapa di sisi.
Berkeliling Ka'abah dikelek cucunya,
Seluruh Makkah habis dicanang;
Nama Muhammad dipilih sang nenda,
Isyarat akan jadi manusia cemerlang.
Read 17 tweets
22 Oct
Malam hening bayu menyapa,
Sejuknya terasa sampai ke tulang;
Berkalam nan genting jangan sesedap rasa,
Tentang Rasulullah ﷺ jangan bicara sembarang
Gelapnya malam tanpa rembulan
Teraba-raba berjalan bagai si buta;
Teramatlah jahat kalammu tuan,
Mengata Baginda tidak berharta.
Dua puluh ekor unta bertukar tangan,
Maharnya Sayyidah Khadijah bonda kita tercinta;
Demikianlah Ibn Hisham meriwayatkan,
Bacalah dulu tuan sebelum lajak berkata.
Read 5 tweets
21 Oct
Peribahasa-peribahasa Melayu yang menggambarkan situasi kes Menteri ini:
1)Bagai limau masak sebelah, perahu karam sekerat.
Maksudnya;
Hukuman yang berat sebelah kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya.
2)Bagai membelah betung
Maksudnya: Pendirian yang berat sebelah.
Read 9 tweets
19 Oct
Jawapannya: PENDING!
(E disitu ialah 'e pepet' selerti sebutan 'Emak',Enam')
Ini adalah bebenang berkenaan
Pending sebagai pelengkap busana dan pelindung diri.
1)Pending merupakan kepingan logam yang biasanya terbuat dari bahan seperti Tembaga yang biasa dipakai di bahagian pinggang dan kedudukannya benar-benar terletak pada bahagian pusat pemakainya.Terkadang ada Pending kebesaran yang dibuat daripada emas atau bersadur emas
2)Terdapat pelbagai bentuk dan rupa pending,samada bujur,empat segi dan bulat.Namun bentuk daun atau mata lebih terkenal dan paling kerap ditemukan. ImageImageImageImage
Read 17 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!