Jawapannya: PENDING!
(E disitu ialah 'e pepet' selerti sebutan 'Emak',Enam')
Ini adalah bebenang berkenaan
Pending sebagai pelengkap busana dan pelindung diri.
1)Pending merupakan kepingan logam yang biasanya terbuat dari bahan seperti Tembaga yang biasa dipakai di bahagian pinggang dan kedudukannya benar-benar terletak pada bahagian pusat pemakainya.Terkadang ada Pending kebesaran yang dibuat daripada emas atau bersadur emas
2)Terdapat pelbagai bentuk dan rupa pending,samada bujur,empat segi dan bulat.Namun bentuk daun atau mata lebih terkenal dan paling kerap ditemukan. ImageImageImageImage
3)Bagi pending yang berbentuk seperti daun atau mata ini pula mempunyai 'jantina'nya tersendiri.Bagi pending yang tidak memiliki lekuk atau gerigi pada bahagian birainya,ia disebut sebagai 'Pending Jantan' dan jika sebaliknya, ia adalah 'Pending Betina'. Image
4) Pending Diraja pula merupakan sebahagian daripada pakaian istiadat KDYMM Raja-Raja Melayu dengan motif yang berbeza,kecuali bagi negeri Pahang kerana keunikan Ikat Samping Pahang yang berbengkung dalam,dan juga Johor kerana perbezaan bentuk pakaian istiadat di sana. Image
5)Pending dipakai oleh orang lelaki dengan tali pengikat yang dipanggil 'anak bengkung' atau talipinggang kulit,kayu dan sebagainya ,sebelum dipakai di atas bengkung,dan bagi wanita pula biasanya dikenakan dengan tali pinggang logam yang lebih lebar dari bengkung. ImageImage
6)Namun bagi Pending Diraja atau Pending Pengantin Lelaki ia juga dikenakan dengan tali pinggang logam atau ditekapkan terus pada bengkung. Image
7)Ini kerana saiz bengkung bagi lelaki biasanya berukuran sama saiz telapak tangan.Bengkung lelaki pada asalnya adalah salah satu lapisan kafan yang dilipat dan dipakai, dan sekiranya pemakainya terbunuh dalam perang,bengkung itu akan diguna untuk membalut mayatnya.
8)Bagi wanita pula,bengkung yang dipakai agak kecil dan terkadang bersambung terus dengan Pending yang dipakainya.
9)Ungkapan tentang Bengkung Lelaki;
"Bengkung tunggal sepembelitan
Lebarnya setelempap tangan
Tempat menyisip-nyisip keris
Tempat membunal-bunal kain
Bengkung panjang berlapis-lapis
Untuk masuk dalam gelanggang
Atau merempuh merambah musuh"
10)Ungkapan tentang Bengkung Wanita pula;
"Bengkung betina bertali-tali
Sambung-bersambung dengan pendingnya
Untuk penutup aib malu
Untuj penjaga-jaga badan."
11)Justeru,pemakaian pending bagi lelaki dan wanita berbeza fungsinya dari segi bentuk bengkungnya sebagaimana ungkapan;

"Pending terletak pada pinggang
Kalau jantan penutup bengkung
Kalau betina penutup kain"
12) Kendatipun ada perbezaan dari segi cara pemakaiannya mengikut jantina namun fungsinya tetap sama iaitu;
i.Pelengkap dan hiasan busana
ii.Melindungi bahagian pusat dari dijadikan sasaran tikaman
iii.Menghindarkan gangguan makhluk halus
iv.Mengelakkan sihir
13)Sebagaimana ungkapan;
"Pending berbentuk daun sehelai
Atau bersegi bagai wajik
Pending besar pending tunggal
Pending banyak pending beranak
Lingkar-melingkar keliling pinggang
Untuk penutup pusat perut
(bersambung ke 14)
14) Penutup adat dengan lembaga
Penutup hantu dengan setan
Penutup sihir dengan serapah"
(Selesai ungkapan)
15)Ini kerana bahagian pusat dianggap bahagian yang paling lemah dan boleh dijadikan sasaran tikaman,atau sihir jenis 'tuju' atau 'cuca' serta boleh menjadi tempat laluan masuk makhluk halus.Kerana itu terkadang ada pending yang diukir dengan ayat-ayat dan rajah tertentu.
Terima kasih kerana sudi membaca dan sudikanlah mengulangciap (RT) maklumat ini.Insyaa Allah akan ada sambungan lain tentang busana di lain masa.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mohammad Faeez Harith

Mohammad Faeez Harith Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @H_Bakkaniy

21 Oct
Peribahasa-peribahasa Melayu yang menggambarkan situasi kes Menteri ini:
1)Bagai limau masak sebelah, perahu karam sekerat.
Maksudnya;
Hukuman yang berat sebelah kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya.
2)Bagai membelah betung
Maksudnya: Pendirian yang berat sebelah.
Read 9 tweets
19 Oct
Peribahasa Melayu yang boleh memggambarkan situasi Air Selangor kebelakangan ini. Image
1)Malang tak berbau.
Maksudnya: Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.
2)Mujur sepanjang hari, malang sekejap mata.
Maksudnya: Malang yang tak dapat dielakkan
Read 9 tweets
10 Oct
"Biar Mati Anak Jangan Mati Adat" ini bukan konsep bodoh.Yang bodoh jika tak faham apa yang dimaksudkan dengan pepatah ini.Jadi mari abang terangkan dalam bebenang yang sederhana panjang ini.1
1)Adat pada orang Melayu ini ada empat pecahan,
i.Adat Sebenar Adat
ii.Adat Yang Diadatkan
iii.Adat Yang Teradat
iv.Undang Adat.

Adat yang sebenar-benarnya dimaksudkan dalam hal ini adalah Adat Sebenar Adat
2)Adat sebenar Adat merujuk kepada kebiasaan-kebiasaan asas yang dijadikan pegangan dalam membentuk suatu kerangka pedoman dalam hidup,yang intinya berasaskan agama.Sepertimana yang disebut dalam ungkapan;
"Adat bersendi syarak,Syarak bersendi Kitabullah".
Read 12 tweets
9 Oct
#SAINS DIBALIK PERASAPAN #KERIS

Masih tak kebah lagi cerita Ayah Long ke ? Mari abang cerita tentang Perasap #Keris dan Sains di Sebaliknya, walaupun iklan acah (teaser) semalam tak cecah matlamat 1,000 ulangciap(RT) pun!

Ini adalah bebenang. Image
1)Keris secara adatnya akan dirawat, dibaikpulih dan dijaga supaya ia dapat berfungsi dengan baik.Dan sebagaimana logam yang memiliki ketumpatan besi yang tinggi, karat hasil daripada pengoksidaan adalah musuh utama kepada keris.
2)Justeru saban tahun,keris akan di'mandi'kan untuk menjaga,merawat dan membersihkan bilahnya daripada karat.Istiadat memandi keris atau melangir keris ini lazimnya dibuat dalam bulan Muharram,untuk memudahkan pemilik keris mengingati tarikh ulangan untuk mencuci kerisnya.
Read 13 tweets
8 Oct
Ciapan @wanyusri16 berkenaan 'adat' makan di rumah Ayah Longnya mendapat kritikan hebat kerana kekeliruan kita memahami apa yang dimaksudkan dengan adat dalam Alam Melayu.
Bawa bertenang,ini mungkin akan jadi satu bebenang yang panjang.
1) Adat merupakan perkataan pinjaman dari bahasa Arab yang merujuk kepada sesuatu perkara yang berulang secara kerap sehingga menjadi suatu kebiasaan.
2)Manakala Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan adat seperti berikut: Image
Read 31 tweets
6 Oct
Metafora Bunga Dalam Ungkapan Melayu

Kehidupan orang Melayu sangat terkait dan bergantung dengan alam persekitaran yang kaya dengan flora dan fauna.

Justeru,kita akan temukan metafora bunga-bungaan dalam ungkapan Melayu.

Ini adalah bebenang.
1) "Berguru kepalang ajar,ibarat bunga kembang tak jadi"

Merujuk kepada ilmu yang belum dipelajari secara matang dari guru,namun sudah hendak ditayangkan kehebatannya,sama seperti bunga yang masih belum sempurna kembang tapi sudah dipetik dan dipamerkan.
2)"Laksana bunga dedap,sungguh merah berbau tidak"
Bunga Dedap biasanya ditanam di halaman rumah kerana kecantikannya,tetapi tidak berapa berguna kerana tidak menghasilkan bauan yang harum.
Demikianlah orang yang cantik fizikal,tetapi tidak elok perangai diibaratkan seperti itu.
Read 9 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!