Abang akan ceritakan secara ringkas berkenaan hukuman salang ini sebab dalam perbualan dengan @NadiKitarasmi kelmarin, kurang terperinci.
Ini adalah bebenang.
1)Hukuman Salang adalah salah satu bentuk hukuman bunuh yang dijalankan pada zaman dahulu.Definisi Salang menurut Kamus Dewan Edisi Keempat seperti di dalam tangkap layar di bawah :
2)Berikut pula ilustrasi keadaan tikaman keris ketika perlaksanaan Hukuman Salang.
3)Keris yang digunakan untuk Hukuman Salang biasanya dipanggil sebagai 'Keris Penyalang' yang berbilah lurus,tidak berlok dan berukuran sekitar 19-27 inci,dengan ciri khasnya termasuklah hulu yang dipanggil 'Tapak Kuda' yang berbeza dengan hulu keris kebiasaannya.
4)Antara kesalahan yang dihukum dengan kaedah salang ialah membunuh,merompak,merogol dan sebagainya.Ada perselisihan berkenaan kepada siapa hukuman ini dijalankan.Sumber lisan yang abang terima menyatakan ia dilaksanakan khusus buat orang-orang bergelar atau kerabat raja sahaja.
5)Manakala,sumber bertulis seperti dalam catatan pengembara Eropah dan Barat ke Tanah Melayu pula menyatakan hukuman Salang dilaksanakan ke atas setiap lapisan masyarakat tanpa mengira status sekiranya didapati bersalah.
6) Antara catatan yang ada berkenaan perlaksanaan hukuman ini ialah catatan Frank Marryat dalam bukunya; "Borneo and the Indian archipelago, Wiith drawings of Costume and Scenery"
7)Catatan lain yang lebih terperinci boleh ditemukan ialah catatan "Thomas John Newbold; Political and Statistical Account of the British Settlements in the Straits of Malacca"
8) Catatan T.J Newbold ini telah diterjemahkan dan diulas oleh tuan @AshrafMhd dalam tulisan beliau bertajuk: "Hukuman Salang Terakhir" di portal @thepatriotsasia :
9)Ringkasnya; hukuman ini dilakukan bagi memastikan pesalah dibunuh dengan cara yang paling cepat mematikan dengan meminimumkan kecacatan pada tubuh pesalah supaya ia dapat dikebumikan dengan sempurna,berbanding hukuman gantung yang mematahkan tengkuk.
10)Demikian juga berbanding hukuman sula yang lebih menyiksakan atau hukuman pancung yang memisahkan terus kepala dengan badan.
Sekian terima kasih kerana sudi membaca.Mohon ulangciap (RT) ya!
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Maksud Dan Kisah Di Sebalik Ungkapan : "#DaulatTuanku "
Bersempena mesyuarat khas KDYMM Raja-Raja Melayu hari ini,abang ingin bercerita tentang maksud ungkapan yang selalu diucapkan ini.
Ini adalah bebenang.
1)Perkataan Daulat ini merupakan perkataan pinjaman daripada bahasa Arab, iaitu Ad-Daulah yang membawa maksud Kerajaan, atau gugusan jajahan.Sementara itu,Daulat ditakrifkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka seperti berikut:
2)Daulat dan Tulah sering beriringan,iaitu dikatakan Tulah adalah kecelakaan yang menimpa seseorang yang melanggar 'Daulat' seorang Raja Melayu.
Ini kerana Daulat terbina atas persefahaman janji pada permulaan dilantiknya Raja Melayu.
Senarai buku-buku berkaitan Sirah (Kisah Hidup Rasulullah ﷺ) yang telah Abang baca(samada sebahagian sahaja dan ada yang sudah dikhatamkan) dan Abang cadangkan kalian untuk baca juga untuk mengelakkan salah petik fakta tentang Baginda ﷺ.
Ini adalah bebenang.
1)Sirah Ibn Hisham, ini antara sumber primer dan tertua selain kitab-kitab hadith dan Tarikh At-Tabari.Sudah ada terjemahan Bahasa Melayu,Inggeris dan Bahasa Indonesia
2)Bidayah wa Al-Nihayah oleh Imam Ibn Kathir.Sudah ada terjemahan Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris.
3)Zaad Al-Ma'ad fi Hadyi Khairil 'Ibad oleh Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah.Sudah ada terjemahan Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris.
4)Dalaail An Nubuwwah oleh Imam Al Baihaqi.
5)Dalaail An Nubuwwah oleh Imam Abu Nuaim Al Asbahani.
Gelapnya malam tanpa rembulan
Teraba-raba berjalan bagai si buta;
Teramatlah jahat kalammu tuan,
Mengata Baginda tidak berharta.
Dua puluh ekor unta bertukar tangan,
Maharnya Sayyidah Khadijah bonda kita tercinta;
Demikianlah Ibn Hisham meriwayatkan,
Bacalah dulu tuan sebelum lajak berkata.
Siri #MistikAlamMelayu : Pocong
*Ini adalah bebenang*
Penafian: Tulisan-tulisan dalam siri ini bukan bertujuan mengajak pembaca mempercayai hal-hal khurafat,tahayul serta syirik,sekadar membincangkan hal berkaitan perihal Mistik dalam Alam Melayu dahulu kala.
1)Pocong menurut Kamus Dewan Edisi ke 4 membawa maksud sejenis hantu yang berupa mayat yg dibalut dgn kain kafan.Perkataan 'pocong' juga merujuk kepada secekak padi.Namun di kepulauan Nusantara, pocong juga merujuk kepada tali pengikat kafan mayat.
2)Terdapat pelbagai teori berkenaan asal usul Pocong.Pada hakikatnya kewujudannya tidak lebih daripada sekadar jelmaan jin atau syaitan yang bertujuan hendak menakutkan manusia serta menjauhkan mereka dari Allah,dan tidak ada kena mengena dengan roh orang mati sama sekali.