My Authors
Read all threads
Pengalaman bercuti di hotel sememangnya akan menjadi kenangan manis. Dilayan begitu mesra pekerja hotel. Tetapi, lain pula jadinya apabila seorang tetamu hotel menyerahkan kunci bilik di kaunter semasa 'check-out'. Kunci bilik ada kesan terbakar.

Nak tau apa jadi?
Semasa check out, pekerja hotel dah rasa ada benda yang tak kena ni. Sebab nampak tetamu seorang ni agak nervous semasa serahkan kunci. Muka pucat dan dalam keadaan tergesa-gesa nak keluar. Apa dah jadi sebenarnya?
Sejam lebih kemudian, loceng kebakaran hotel berbunyi. Ada bilik terbakar. Pekerja hotel terus pergi ke tempat kejadian. Bilik No 321 Hotel Panmour Villa dipenuhi asap. Bilik dirempuh masuk. Penghawa dingin bilik tersebut telah tercabut dan jatuh ke lantai. Yang mengejutkan, ada
seseorang di atas katil. Dengan bantuan rakan-rakan sekerja, api berjaya dipadamkan. Tetapi, mangsa di atas katil ditemui mati. Polis kemudian dipanggil. Mungkinkah mangsa dibunuh atau terkurung di dalam bilik?
Pekerja hotel turun ke kaunter sebab bilik yang terbakar itu adalah bilik yang sama diduduki oleh tetamu yang baru 'check out' tadi. Tetamu tersebut dicari. Tetapi, sudah tidak kelihatan. Pegawai penyiasat PDRM kemudian tiba di tempat kejadian.
Pegawai penyiasat nampak ada kesan terbakar pada tangan dan kaki mangsa. Mangsa, seorang wanita, ditemui terbaring di atas katil. Polis berjaya menemui satu bekas petrol Helix berwarna biru tanpa tudung dan satu beg plastik berwarna merah.
Bekas petrol tersebut ditemui dekat lif dan penutupnya ditemui di atas tangga. 4 putung rokok ditemui dalam plastik merah. Polis arahkan semua barang tersebut tidak disentuh. Pasukan forensik dikejarkan ke tempat kejadian. Ini mungkin kes bunuh.
Pasukan forensik kemudian mengambil 2 puntung rokok untuk analisa DNA. Melihat pada keadaan bilik dan mangsa yang ditemui, ketua pasukan forensik tidak menolak kemungkinan mangsa membunuh diri.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke hospital. Pakar patologi forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang menjalankan bedah siasat ke atas mayat mangsa. Mangsa disahkan mati kerana alami deep coma akibat asphyxia (kelemasan).
'In my opinion, the cause of death is attributable to asphyxia with acute pulmonary oedema as a consequence of suffocation suffered by deceased'. Mangsa dicekik dan dilemaskan dengan bantal. Asap di dalam bilik melemaskan mangsa. Mangsa telah dibunuh!
Suspek iaitu tetamu hotel yang keluar tergesa-gesa pada hari kejadian kemudian berjaya diberkas polis dan didakwa atas kesalahan membunuh mangsa. Mangsa merupakan kekasih suspek. Suspek sudah mempunyai isteri dan mengatakan isterinya yang membunuh mangsa. Adakah benar?
Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan suspek bersalah. Tiada bukti menunjukkan isteri suspek merupakan individu terakhir berjumpa mangsa. Suspek yang kali terakhir berjumpa dengan mangsa. Bukti penemuan air mani suspek menguatkan bukti.
Suspek telah mengadakan hubungan seks dengan mangsa sebelum mangsa dibunuh. Bekas petrol telah dibawa sendiri suspek ke dalam bilik hotel. Yang cuma menjadi misteri ialah, 2 puntung rokok yang ada dalam plastik merah, tiada DNA suspek.
Tetapi, ketiadaan DNA suspek pada puntung rokok tidak mencacatkan kes. 'Even without the cigarette butts, there was abundance of evidence to establish appellant's presence at the crime scene' (kes Abdul Aziz Lela v PP distinguished).
Ketika dibicara, suspek berkata 'selepas 10 minit, saya nyalakan api dengan mancis'. Suspek juga berkata 'dia adalah isteri saya. Saya tidak mahu dia ditangkap kerana sayalah orang yang membakar bilik'.
Bekas petrol sebenarnya diberikan kepada suspek oleh isterinya di luar hotel. Isterinya tidak tahu menahu rancangan suspek untuk membakar bilik dan membunuh mangsa.
Keputusan Mahkamah Tinggi disahkan oleh Mahkamah Rayuan. Suspek memang terbukti bersalah membunuh mangsa.
Pada Mei 2012, kes ini dibawa ke Mahkamah Persekutuan. Suspek bertegas dia tidak membunuh, tetap menyalahkan isterinya. Hujah suspek ditolak. Panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua hakim negara ketika itu, YAA Arifin Zakaria memutuskan suspek bersalah.
Hukuman gantung sampai mati dikenakan kepada suspek. 'Having gone through a maximum evaluation exercise of evidenve, no error in High Court's finding that prosecution had established a case beyond reasonable doubt'. Suspek didapati bersalah membunuh mangsa.
Penghakiman penuh kes boleh dirujuk dalam kes Rusman Sulaiman v Public Prosecutor [2018] supp MLJ 194 - Mahkamah Persekutuan Putrajaya.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Sir kamarul

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!