My Authors
Read all threads
Pintu rumah diketuk. Jiran datang membawa baldi untuk mengambil air. Sebab bekalan air di rumahnya terlalu perlahan. Sambil menunggu air penuh diisi, jirannya membelek album gambar yang ada di ruang tamu.

Tiba-tiba, pemilik rumah nampak jirannya membuat sesuatu. Apa yang jadi?
Pemilik rumah turun tangga dari tingkat atas dan menjerit. Jirannya cuba mencuri sesuatu. Jiran itu kemudian diarahkan keluar dari rumah. Tetapi, pemilik rumah kemudian ditenangkan. Tiadapun barang yang dicuri. Dia memujuk pemilik rumah. Semuanya okay.
Tetapi, satu hayunan pisau kemudian dilepaskan pemilik rumah. Dia berasa geram. Tangan kanan jirannya itu cedera. Pisau itu kemudian dirampas. Pemilik rumah tidak berpuas hati. Dia seakan-akan cuba melakukan sesuatu.
Pemilik rumah kemudian pergi ke dapur dan ambil pisau yang lain. Pisau tersebut dihayun pada jirannya. Dia arahkan jirannya keluar. Akibat bergelut sesama mereka, pemilik rumah akhirnya jatuh ke lantai. Pisau dirampas dan diletakkan di atas meja dapur. Apa yang berlaku?
Selepas itu, jirannya itu dipukul oleh seseorang dari arah belakang. Seorang perempuan. Ketika itu, pemillik rumah sudah diikat jirannya menggunakan baju. Dia tidak mahu pemilik rumah bangun melawan. Baik diikat.
Dua telefon bimbit dari atas meja di ruang tamu rumah diambil jirannya itu. Ianya bagi elakkan polis dihubungi. Dan jiran tersebut mengunci grill rumah sebelum keluar. Dia tidak mahu pemilik rumah itu keluar dari rumahnya. Baldi air pula tidak dibawa pulang. Adakah ada sesuatu
yang musykil di situ? Jiran tersebut yang merupakan seorang lelaki wargnegara Singapura kemudian pergi ke klinik. Luka yang dialami perlu dirawat. Darah masih banyak mengalir kerana dia dipukul oleh seseorang tadi.
Tetapi, semua di atas itu adalah cerita rekaan semata-mata oleh jiran tersebut. Apa yang sebenarnya berlaku ialah, seseorang yang dimaksudkan memukul jiran itu adalah anak perempuan pemilik rumah. Anak perempuan tersebut terjaga dari tidur sebab terdengar jeritan ibunya.
Semasa turun dari tingkat atas, anak perempuan itu nampak ibunya(pemilik rumah) sedang terbaring di atas lantai. Darah ada di merata tempat di ruang tamu. Jiran yang masuk ke rumahnya yang ingin mengisi air sebenarnya pembunuh!
Semasa ibunya terbaring di lantai berlumuran darah, jirannya itu sedang memegang dua belah pisau pada kedua-dua tangannya. Anak perempuan tersebut cuba memukul jirannya itu tapi tidak terdaya.
Rambutnya kemudian ditarik dan dia dipaksa dipaksa duduk mencangkung. Apabila anak perempuan itu tak ikut arahannya, jirannya itu menghiris lehernya dengan pisau. Tak guna betul!
Jirannya itu (suspek) kemudian memaksa anak perempuan itu mengikat ibunya sendiri. Suspek ambil jaket dari bilik stor. Jaket itu digunakan untuk mengikat ibunya. Setelah melihat ibunya diikat dengan tidak ketat, suspek kemudian ketatkan ikatkan.
Anak perempuan itu merayu pada suspek jangan bunuh ibunya. Ibunya kelihatan terlalu lemah ketika itu. Suspek kemudian ditanya apa yang dia mahu. Suspek menjawab dia nak wang. (Bodoh punya suspek! menyusahkan orang dahla takda wang). Anak perempuan itu kemudian
naik ke tingkat atas rumah. Mahu mengambil wang. RM500 kemudian diserahkan pada suspek. Tapi, suspek nak lebih lagi. Akibatnya, telefon jenama Nokia diserahkan pada suspek. Suspek dengan selamba menetak kepala anak perempuan itu dengan pisau beberapa kali.
Anak perempuan itu kemudian jatuh pengsan. Sejam kemudian, suspek dilihat oleh pengawal keselamatan meninggalkan kawasan perumahan itu dengan membawa satu beg kecil. Suspek mahu berjumpa isterinya kerana isterinya dikatakan mahu bersalin.
Suami pemilik rumah (mangsa) tersebut kemudian pulang setelah adiknya yang datang pada awalnya tidak dapat masuk disebabkan tiada sesiapa membuka pintu. Kunci pintu grill dibuka dan suami mangsa melihat banyak darah di ruang tamu. Kerusi di ruang tamu kelihatan terbalik.
Bayangkan bagaimana perasaan suami mangsa ketika itu. Pulang dengan perasaan sayu melihat sesuatu di luar akal fikiran. Dia kemudian pergi ke dapur dan mendapati mangsa terbaring. Dia cuba gerakkan isterinya dengan menolak bahu, tetapi tiada tindak balas.
Suami mangsa kemudian naik ke bilik anak perempuannya. Dia menemui anaknya terbaring di atas katil berlumuran darah. Kedua tangan dan kaki diikat dengan tali kasut. Pada masa itu, anaknya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Pada hari yang sama pada jam 3 petang, suami mangsa perginke Hospital Melaka untuk mengecam mayat isterinya.
Pakar forensik mendedahkan mangsa mati akibat tikaman dan tetakan yang berganda. Anak perempuan dapat diselamatkan. Polis kemudian memburu suspek. Suspek cuba melarikan diri ke Johor Bahru. Suspek akhirnya berjaya diberkas polis 2 hari selepas kejadian.
Suspek kemudian didakwa atas kesalahan membunuh di bawah s 302 KK. Mahkamah Tinggi Melaka memutuskan suspek bersalah dan dihukum gantung sampai mati.
Suspek cuba membela diri dengan mengatakan dia diserang terlebih dahulu oleh mangsa iaitu pemilik rumah. Mangsa mengesyaki dia mencuri. Tetapi, cerita suspek ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak mempunyai merit.
Suspek mengatakan di cuba mempertahankan diri, tetapi mahkamah memutuskan perbuatan suspek telah melampaui hak mempertahankan diri yang dibenarkan dalam undang-undang.
'It is clearly the law with regard to the use of force in self defence, that there must be no alternative to its recouse' (kes Lee Thian Beng v Public Prosecutor).
Walaupun tiada orang yang melihat suspek menikam mangsa, namun bukti dari pakar forensik, ahli kimia, pegawai penyiasat dan keterangan anak perempuan mangsa mengatakan sebaliknya. Suspek memang terbukti membunuh.
Mahkamah mendapati suspek gagal timbulkan sebarang keraguan yanf munasabah terhadap kes pendakwaan. Selaras dengan kehendak s 277 Kanun Prosedur Jenayah, mahkamah perintahkan suspek dihukum gantung sampai mati.
Cerita suspek mencuri sesuatu dari rumah mangsa adalah rekaan. Begitu juga dengan dakwaan suspek, mangsa yang menyerangnya terlebih dahulu. Semuanya tidak benar. Suspek berbohong. Segalanya tipu. Suspek wajar dihukum dengan melihat apa yang telah dilakukannya terhadap mangsa.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Sir kamarul

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!