Maksud Dan Kisah Di Sebalik Ungkapan : "#DaulatTuanku "

Bersempena mesyuarat khas KDYMM Raja-Raja Melayu hari ini,abang ingin bercerita tentang maksud ungkapan yang selalu diucapkan ini.

Ini adalah bebenang.
1)Perkataan Daulat ini merupakan perkataan pinjaman daripada bahasa Arab, iaitu Ad-Daulah yang membawa maksud Kerajaan, atau gugusan jajahan.Sementara itu,Daulat ditakrifkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka seperti berikut:
2)Daulat dan Tulah sering beriringan,iaitu dikatakan Tulah adalah kecelakaan yang menimpa seseorang yang melanggar 'Daulat' seorang Raja Melayu.
Ini kerana Daulat terbina atas persefahaman janji pada permulaan dilantiknya Raja Melayu.
3)Persefahaman janji itu adalah di antara Demang Lebar Daun,yang asalnya adalah Raja Palembang yang merendahkan dirinya untuk menjadi rakyat dan mengangkat bakal menantunya, Sang Sapurba sebagai satu-satunya Raja bagi orang-orang Melayu.
4)Perjanjian keduanya ini terakam di dalam Sulalatus Salatin karya Tun Sri Lanang seperti berikut:
5)Ringkasan janji daripada Demang Lebar Daun sebagai wakil bagi rakyat Raja adalah;
Jika ada dari kalangan hamba Raja yang berbuat salah silap maka dihukum sewajarnya atau dibuangkan negeri tetapi jangan dipermalukan.
6)Manakala Sang Sapurba atau Seri Teri Buana pula menuntut janji agar jangan ada dari kalangan rakyatnya menderhakai atau membunuh Raja meski ia zalim, akan tetapi memadailah menjadikan Raja itu berundur dan diganti.
7)Maka setelah kedua-dua belah pihak bersetuju,janji itu diperteguh dengan sumpah bahawa kalau curang salah satu pihak akan janji keduanya maka diterbalikkan Allah rumahnya.
8)Demang Lebar Daun kemudiannya yang mula-mula mengungkapkan kepada Sang Sapurba; "Barang Daulat Tuanku bertambah-tambah"
9)Ia membawa maksud ; Kebahagiaan, keselamatan dan panjang umur Tuanku,selama mana kedua-dua pihak berpegang teguh kepada janji mereka.Maka itu sebabnya mereka yang derhaka kepada Raja tanpa sebab dikatakan akan ditimpa 'tulah' kerana melanggar janji tersebut.
10)Maka ungkapan 'Daulat Tuanku' semenjak hari itu seringkali disebut-sebut bagi mengingatkan pihak rakyat dan Raja akan janji setia kedua belah leluhur mereka suatu masa dahulu.
Oleh kerana itu,ucapan "Daulat Tuanku" bukanlah bermaksud pengangungan kepada Raja.
11)Justeru ungkapan ini tidaklah wajar ditukarkan mahupun diganti kerana maksud sebenar yang terkandung didalamnya sebenarnya mengingatkan kedua-dua pihak Raja dan Rakyat akan tanggungjawab masing-masing.
Demikianlah secara ringkas.Semoga Allah mengurniakan taufiq dan hidayah yang berkekalan kepada KDYMM Raja-Raja Melayu dalam pemerintahan.
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mohammad Faeez Harith

Mohammad Faeez Harith Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @H_Bakkaniy

27 Oct
Bukan Salah Serban Atau Songkok

Konon,ada pensyarah Arab menegur budak Melayu berserban kerana serban tak sunnah berbanding songkok maka eloklah kita kenal apa itu 'serban' sebab kekeliruan bila semua lilitan kepala keAraban disebut rata sebagai 'Serban'.

Ini adalah bebenang. Image
1)Yang disebut sebagai 'imamah dan dihukumkan sunnah dalam hadith merujuk kepada keumumuman takrifnya sebagaimana yang disebut Imam Ibrahim Al Bajuri رحمة الله عليه sebut dalam Mawahib Al Laduniyyah beliau, 'Imamah secara umum ialah apa-apa kain yang dililit atas kepala.
2)Lilitan kepala ini biasa disebut sebagai Dastaband dalam bahasa Parsi dan Urdu, Dulbānd dalam salah satu dialek bahasa Parsi, Thulband dalam dialek Turki,disebut 'Turban' oleh orang-orang Perancis dan Inggeris dan diserap masuk ke dalam Bahasa Melayu dengan sebutan 'Serban'
Read 13 tweets
24 Oct
Hukuman Salang: Cara Hukum Bunuh Melayu Lama.

Abang akan ceritakan secara ringkas berkenaan hukuman salang ini sebab dalam perbualan dengan @NadiKitarasmi kelmarin, kurang terperinci.
Ini adalah bebenang.
1)Hukuman Salang adalah salah satu bentuk hukuman bunuh yang dijalankan pada zaman dahulu.Definisi Salang menurut Kamus Dewan Edisi Keempat seperti di dalam tangkap layar di bawah :
2)Berikut pula ilustrasi keadaan tikaman keris ketika perlaksanaan Hukuman Salang.
Read 12 tweets
23 Oct
Senarai buku-buku berkaitan Sirah (Kisah Hidup Rasulullah ﷺ) yang telah Abang baca(samada sebahagian sahaja dan ada yang sudah dikhatamkan) dan Abang cadangkan kalian untuk baca juga untuk mengelakkan salah petik fakta tentang Baginda ﷺ.
Ini adalah bebenang.
1)Sirah Ibn Hisham, ini antara sumber primer dan tertua selain kitab-kitab hadith dan Tarikh At-Tabari.Sudah ada terjemahan Bahasa Melayu,Inggeris dan Bahasa Indonesia

2)Bidayah wa Al-Nihayah oleh Imam Ibn Kathir.Sudah ada terjemahan Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris.
3)Zaad Al-Ma'ad fi Hadyi Khairil 'Ibad oleh Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah.Sudah ada terjemahan Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris.

4)Dalaail An Nubuwwah oleh Imam Al Baihaqi.

5)Dalaail An Nubuwwah oleh Imam Abu Nuaim Al Asbahani.
Read 8 tweets
23 Oct
Rabi'ul Awwal bermulanya musim bunga,
Tidaklah dimuliakan Arab sebelum Islam;
Di dalamnya diputerakan Nabi mulia,
Membawa Rahmat ke seluruh alam.
Rabi'ul Awwl tanggal dua belas,
Hari Isnin di waktu dinihari;
Abdul Mutalib berasa sangatlah belas,
Cucundanya lahir tanpa bapa di sisi.
Berkeliling Ka'abah dikelek cucunya,
Seluruh Makkah habis dicanang;
Nama Muhammad dipilih sang nenda,
Isyarat akan jadi manusia cemerlang.
Read 17 tweets
22 Oct
Malam hening bayu menyapa,
Sejuknya terasa sampai ke tulang;
Berkalam nan genting jangan sesedap rasa,
Tentang Rasulullah ﷺ jangan bicara sembarang
Gelapnya malam tanpa rembulan
Teraba-raba berjalan bagai si buta;
Teramatlah jahat kalammu tuan,
Mengata Baginda tidak berharta.
Dua puluh ekor unta bertukar tangan,
Maharnya Sayyidah Khadijah bonda kita tercinta;
Demikianlah Ibn Hisham meriwayatkan,
Bacalah dulu tuan sebelum lajak berkata.
Read 5 tweets
22 Oct
Siri #MistikAlamMelayu : Pocong
*Ini adalah bebenang*
Penafian: Tulisan-tulisan dalam siri ini bukan bertujuan mengajak pembaca mempercayai hal-hal khurafat,tahayul serta syirik,sekadar membincangkan hal berkaitan perihal Mistik dalam Alam Melayu dahulu kala.
1)Pocong menurut Kamus Dewan Edisi ke 4 membawa maksud sejenis hantu yang berupa mayat yg dibalut dgn kain kafan.Perkataan 'pocong' juga merujuk kepada secekak padi.Namun di kepulauan Nusantara, pocong juga merujuk kepada tali pengikat kafan mayat.
2)Terdapat pelbagai teori berkenaan asal usul Pocong.Pada hakikatnya kewujudannya tidak lebih daripada sekadar jelmaan jin atau syaitan yang bertujuan hendak menakutkan manusia serta menjauhkan mereka dari Allah,dan tidak ada kena mengena dengan roh orang mati sama sekali.
Read 11 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!