Bukan Salah Serban Atau Songkok

Konon,ada pensyarah Arab menegur budak Melayu berserban kerana serban tak sunnah berbanding songkok maka eloklah kita kenal apa itu 'serban' sebab kekeliruan bila semua lilitan kepala keAraban disebut rata sebagai 'Serban'.

Ini adalah bebenang.
1)Yang disebut sebagai 'imamah dan dihukumkan sunnah dalam hadith merujuk kepada keumumuman takrifnya sebagaimana yang disebut Imam Ibrahim Al Bajuri رحمة الله عليه sebut dalam Mawahib Al Laduniyyah beliau, 'Imamah secara umum ialah apa-apa kain yang dililit atas kepala.
2)Lilitan kepala ini biasa disebut sebagai Dastaband dalam bahasa Parsi dan Urdu, Dulbānd dalam salah satu dialek bahasa Parsi, Thulband dalam dialek Turki,disebut 'Turban' oleh orang-orang Perancis dan Inggeris dan diserap masuk ke dalam Bahasa Melayu dengan sebutan 'Serban'
3) Itulah yang asal perkataan 'Serban' yang ada disebutkan di dalam Hikayat Raja Pasai,Hukum Kanun Melaka dan Sulalat As Salatin.

Antara contoh serban dengan definisi di atas adalah sebagaimana yang dipakai oleh Syeikhuna Muhammad Nuruddin Al-Banjari حفظه الله ورعاه ini
4)Toilasan atau Toyalisah pula merujuk kepada kain yang dipakai menutup kepala samada dipakai di atas kopiah sahaja atau dipakai atas 'imamah (serban).
5)Dan Toyalisah sepertimana huraian para ulama' juga sunnah hukumnya jika dipakai bersama 'imamah seperti yang dipakai oleh Baba Ismail Sepanjang atau dililitkan pada kedua-dua bahu yang disebut sebagai 'Al Muhannak' seperti yang dipakai oleh Habib 'Umar Ben Hafiz حفظهما الله
6)Syemagh (kebiasaannya merujuk kepada yang warna merah) atau Ghutrah(putih) nama kain segi empat yang dilipat menjadi segi tiga,biasanya dipakai orang-orang Arab di atas kopiah tanpa dililitkan.Terkadang dipakai bersama lilitan tali hitam disebut Igal/Egal.
7) Pemakaian Syemagh/Ghutrah tanpa 'Imamah,dengan kedua hujungnya atau salah satunya dibiarkan melepasi bahu itu dibincangkan oleh sebahagian para ulama' sebagai cara pakai 'Thoilasan/Thoyalisah' yang makruh kerana adanya unsur tasyabbuh (penyerupaan) dengan 'Tallit' Yahudi.
8)Fabrik syemagh dan ghutrah ini juga dipakai secara berlilit yang dipanggil 'Serban' di Nusantara, sedangkan gaya pemakaian asalnya di tanah Arab sedikit berbeza.
9)Dikeranakan ia sudah biasa digelar 'kain serban' maka timbullah kekeliruan bahawa pemakaian Syemagh/Ghutrah dengan gaya Arab kontemporari itu adalah 'Serban' juga.Maka ia juga dianggap 'sunnah' oleh sebahagian orang.
10)Justeru penting bagi kita benar-benar memahami istilah sebelum membuka cerita yang boleh mendatangkan fitnah terhadap pakaian sunnah kerana kekeliruan kita terhadap konsep pengamalan Sunnah
11)Ini kerana ada Sunnah yang berbentuk Sunnah Jibliyyah (kebiasaan/adat) dan Sunnah adalah sumber hukum yang masih tertakluk kepada hukum taklifi yang lima,iaitu Wajib, Sunat,Harus,Makruh,Haram.1
12)Yang termustahak ialah cara kita memahami dan mengamalkan Sunnah baik dalam bentuk Ittiba' Suri(ikutan sebenar tanpa perubahan/adaptasi) atau Ittiba' Haqiqi (adaptasi/penyesuaian) agar tidak sekadar ikut-ikutan tanpa ilmu.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mohammad Faeez Harith

Mohammad Faeez Harith Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @H_Bakkaniy

25 Oct
Maksud Dan Kisah Di Sebalik Ungkapan : "#DaulatTuanku "

Bersempena mesyuarat khas KDYMM Raja-Raja Melayu hari ini,abang ingin bercerita tentang maksud ungkapan yang selalu diucapkan ini.

Ini adalah bebenang.
1)Perkataan Daulat ini merupakan perkataan pinjaman daripada bahasa Arab, iaitu Ad-Daulah yang membawa maksud Kerajaan, atau gugusan jajahan.Sementara itu,Daulat ditakrifkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka seperti berikut:
2)Daulat dan Tulah sering beriringan,iaitu dikatakan Tulah adalah kecelakaan yang menimpa seseorang yang melanggar 'Daulat' seorang Raja Melayu.
Ini kerana Daulat terbina atas persefahaman janji pada permulaan dilantiknya Raja Melayu.
Read 13 tweets
24 Oct
Hukuman Salang: Cara Hukum Bunuh Melayu Lama.

Abang akan ceritakan secara ringkas berkenaan hukuman salang ini sebab dalam perbualan dengan @NadiKitarasmi kelmarin, kurang terperinci.
Ini adalah bebenang.
1)Hukuman Salang adalah salah satu bentuk hukuman bunuh yang dijalankan pada zaman dahulu.Definisi Salang menurut Kamus Dewan Edisi Keempat seperti di dalam tangkap layar di bawah :
2)Berikut pula ilustrasi keadaan tikaman keris ketika perlaksanaan Hukuman Salang.
Read 12 tweets
23 Oct
Senarai buku-buku berkaitan Sirah (Kisah Hidup Rasulullah ﷺ) yang telah Abang baca(samada sebahagian sahaja dan ada yang sudah dikhatamkan) dan Abang cadangkan kalian untuk baca juga untuk mengelakkan salah petik fakta tentang Baginda ﷺ.
Ini adalah bebenang.
1)Sirah Ibn Hisham, ini antara sumber primer dan tertua selain kitab-kitab hadith dan Tarikh At-Tabari.Sudah ada terjemahan Bahasa Melayu,Inggeris dan Bahasa Indonesia

2)Bidayah wa Al-Nihayah oleh Imam Ibn Kathir.Sudah ada terjemahan Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris.
3)Zaad Al-Ma'ad fi Hadyi Khairil 'Ibad oleh Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah.Sudah ada terjemahan Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris.

4)Dalaail An Nubuwwah oleh Imam Al Baihaqi.

5)Dalaail An Nubuwwah oleh Imam Abu Nuaim Al Asbahani.
Read 8 tweets
23 Oct
Rabi'ul Awwal bermulanya musim bunga,
Tidaklah dimuliakan Arab sebelum Islam;
Di dalamnya diputerakan Nabi mulia,
Membawa Rahmat ke seluruh alam.
Rabi'ul Awwl tanggal dua belas,
Hari Isnin di waktu dinihari;
Abdul Mutalib berasa sangatlah belas,
Cucundanya lahir tanpa bapa di sisi.
Berkeliling Ka'abah dikelek cucunya,
Seluruh Makkah habis dicanang;
Nama Muhammad dipilih sang nenda,
Isyarat akan jadi manusia cemerlang.
Read 17 tweets
22 Oct
Malam hening bayu menyapa,
Sejuknya terasa sampai ke tulang;
Berkalam nan genting jangan sesedap rasa,
Tentang Rasulullah ﷺ jangan bicara sembarang
Gelapnya malam tanpa rembulan
Teraba-raba berjalan bagai si buta;
Teramatlah jahat kalammu tuan,
Mengata Baginda tidak berharta.
Dua puluh ekor unta bertukar tangan,
Maharnya Sayyidah Khadijah bonda kita tercinta;
Demikianlah Ibn Hisham meriwayatkan,
Bacalah dulu tuan sebelum lajak berkata.
Read 5 tweets
22 Oct
Siri #MistikAlamMelayu : Pocong
*Ini adalah bebenang*
Penafian: Tulisan-tulisan dalam siri ini bukan bertujuan mengajak pembaca mempercayai hal-hal khurafat,tahayul serta syirik,sekadar membincangkan hal berkaitan perihal Mistik dalam Alam Melayu dahulu kala.
1)Pocong menurut Kamus Dewan Edisi ke 4 membawa maksud sejenis hantu yang berupa mayat yg dibalut dgn kain kafan.Perkataan 'pocong' juga merujuk kepada secekak padi.Namun di kepulauan Nusantara, pocong juga merujuk kepada tali pengikat kafan mayat.
2)Terdapat pelbagai teori berkenaan asal usul Pocong.Pada hakikatnya kewujudannya tidak lebih daripada sekadar jelmaan jin atau syaitan yang bertujuan hendak menakutkan manusia serta menjauhkan mereka dari Allah,dan tidak ada kena mengena dengan roh orang mati sama sekali.
Read 11 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!