Kelas ODL sebenarnya boleh jadi seronok dan kita fokus sepenuhnya, kalau dapat lecturer yang pandai kendalikan sesi.
Saya ada seorang lecturer yang sangat best dan tak pernah saya hilang fokus dalam kelas online bersama dia.
Nak tahu apa dia buat?
A thread.
1. Setiap kali mulakan kelas, selepas buka dengan Al Fatihah dan doakan agar semua pelajar cerah hati untuk ilmu, beliau akan ajak semua pelajar buat latihan pernafasan dan mindfulness.
Selama 2 minit, kami hanya diam, just fokus pernafasan masing-masing.
🥰
2. Satu jam pertama kami ialah sesi self-learning.
Bermaksud, beliau sudah berikan slide siap-siap, pautan video yang berkaitan, handouts dll in advance.
Jadi sejam pertama, kami baca sendiri topik itu depan laptop. Kemudian, baru kelas live bermula.
🥰
3. Setiap kali ada orang bagi respons dengan soalan dia, sama ada melalui Chat mahupun audio (tak kisah buka video atau tak),
Beliau akan ucapkan terima kasih yang ikhlas. Serius.
Every. Single. Time.
Sampaikan kami jadi excited nak bagi jawapan selepas-selepas itu.
🥰
4. Beliau tak paksa pelajar beri jawapan, dengan sebut nama dan suruh jawab.
Beliau akan beri hint indirectly, contohnya,
"Saya teringin nak dengar suara yang tak keluar lagi sejak awal kelas. Ada sesiapa nak kongsikan?"
🥰
5. Setiap point, jawapan atau hujah yang pelajar berikan, beliau akan jadikan itu sebagai bahan dalam diskusi dan kaitkan dengan silibus asal.
Jadi, kami terasa didengari, sebab ayat yang kami beri, dijadikan topik perbincangan.
🥰
6. Beliau kadang-kadang ada buat kuiz interaktif mengenai silibus yang dah cover sebelum ini, sebagai revision semula sebelum masuk topik baru.
Jadi, kami jadi sentap juga kadang-kadang, untuk baca balik apa yang dah belajar sebelum ini.
🥰
7. Beliau akan beri rehat 5-10 minit bagi setiap 1-1.5 jam kelas. Untuk kami pergi tandas, minum air, ambil nafas, layan YouTube atau apa saja.
Penat woo kalau berterusan 3-4 jam kelas online. Rehat kecil begitu sangat efektif untuk elakkan burnt out.
🥰
8. Beliau tak segan untuk stretching depan skrin, sambil mengajar atau menjawab soalan pelajar.
Rileks je tengah-tengah kelas, tiba-tiba dia tegakkan tangan atas kepala, buat macam posisi yoga etc.
Sempoi gila sampai kadang-kadang kami pun join stretching haha.
🥰
9. Pada pertengahan kelas, beliau suka buat aktiviti praktikal.
Contohnya dah belajar sesuatu topik, beliau akan minta kami buat sesuatu tugasan dalam 10-15 minit dan bincangkan semula dalam kelas masing-masing punya jawapan.
Jadi, pebih interaktif.
🥰
10. Kelas online ini memenatkan, dan nak cover banyak topik itu bpleh jadi tepu.
Jadi beliau pandai pecah-pecahkan topik kepada kecil-kecilan, supaya kami tak jauh ketinggalan kalau dia teruskan saja sesi.
Jadi, satu kelas dapat follow rentak beliau.
🥰
Sebenarnya ada banyak teknik dan tricks untuk jadikan sesi online ini menarik dan interaktif.
Semuanya terletak pada skil dan pengalaman lecturer tersebut.
Musim pandemik ini, memang nak tak nak, kita perlu terima hakikat yang kelas akan berjalan secara online.
Lebih cepat kita terima hakikat ini, lebih cepat kita boleh hidup pada realiti.
Sebab ramai yang stres dan sedih sebab masih mengharap untuk kelas seperti biasa.
Semoga urusan kita semua dipermudahkan, dan semoga hati kita semua cerah dan tenang untuk terima ilmu sepanjang pandemik ini.
Insya Allah.
Dan kita juga perlu lebih proaktif untuk dapatkan ilmu itu, bukan semata-mata mengharap daripada lecturer kita.
🥰
Sekain.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Pesanan saya untuk para guru, pensyarah dan pelajar yang ODL, untuk keadaan internet yang stabil, laburkan sedikit wang dengan beli 3 objek ini untuk laptop anda.
(Tip ini hanya terpakai untuk mereka yang menggunakan wifi di rumah)
Di Shopee, Lazada etc banyak jual yang murah.
Menggunakan internet melalui Wifi laptop memang okay, tetapi akan ada batasan sebab signal itu mungkin ada yang sudah tertapis dengan dinding rumah, pintu bilik dll,
Jadi tak 100% dapat kelajuan internet itu pada laptop anda.
Jadi, menggunakan kabel Ethernet jauh lebih baik.
Ini USB adapter Ethernet untuk sambung kabel ethernet ke laptop/komputer melalui lubang USB.
Melainkan laptop/komputer anda sudah sedia ada Ethernet port, anda tak perlu ada benda ini.
Macbook pula biasanya ada thunderbolt adapter sendiri untuk kabel ini, tetapi mahal lah.
“Kalau dua-dua introvert pula? Tak ke senyap je hubungan itu nanti?"
“Dua-dua ekstrovert berkahwin, mesti nanti bising dan kecoh je rumah tangga!”
Ini ialah thread, topik personaliti manusia dari perspektif hubungan romantik.
Pengenalan sikit,
Introvert ialah golongan yang seronok bersendirian dan tak suka bersosial dengan orang lain. Mereka lebih sensitif dalam memproses stimuli luaran seperti bunyi-bunyi, lampu-lampu, suasana bising dan kehadiran kesesakan orang, lampu.
Mereka cepat penat.
Ekstrovert pula ialah mereka yang lebih suka bersosial, berinteraksi dan sangat bertenaga apabila perlu berborak dan beramah mesra dengan orang lain.
Mereka dapat tenaga melalui stimuli luaran.
Berbeza dengan introvert yang mendapat tenaga daripada stimuli dalaman (me-time).