Pesanan saya untuk para guru, pensyarah dan pelajar yang ODL, untuk keadaan internet yang stabil, laburkan sedikit wang dengan beli 3 objek ini untuk laptop anda.
(Tip ini hanya terpakai untuk mereka yang menggunakan wifi di rumah)
Di Shopee, Lazada etc banyak jual yang murah.
Menggunakan internet melalui Wifi laptop memang okay, tetapi akan ada batasan sebab signal itu mungkin ada yang sudah tertapis dengan dinding rumah, pintu bilik dll,
Jadi tak 100% dapat kelajuan internet itu pada laptop anda.
Jadi, menggunakan kabel Ethernet jauh lebih baik.
Ini USB adapter Ethernet untuk sambung kabel ethernet ke laptop/komputer melalui lubang USB.
Melainkan laptop/komputer anda sudah sedia ada Ethernet port, anda tak perlu ada benda ini.
Macbook pula biasanya ada thunderbolt adapter sendiri untuk kabel ini, tetapi mahal lah.
Daripada adapter, cucuk kabel Ethernet (atau juga dipanggil Kabel Lan) dan sambung ke router wifi rumah anda.
Cucuk di lubang Lan Port di belakang router itu ya (yang bagi signal wifi kat rumah, biasanya jenis ada antena).
Pastikan BUKAN di lubang kuning, sebab itu untuk modem.
Selepas dah cucuk semuanya, akan keluar logo ethernet di sebelah jam laptop (bagi pengguna Windows)
Bagi pengguna Apple pula, kena tengok secara manual melalui Preferences > Network, dsn tengok keluar tak pilihan "Thunderbolt Ethernet" atau "USB Lan"
Konsepnya seperti kabel biru itu.
Laptop/komputer akan dapat hampir 100% kelajuan internet yang sebenar seperti dilanggan, tanpa batasan kelemahan signal Wifi.
Kalau laptop jauh dengan router Wifi, boleh beli kabel Ethernet yang lebih panjang.
Rumah saya kabel 20 meter 😁
Okay, harap tips ini membantu kepada mereka yang struggle dengan internet tak stabil ketika kelas Live.
(Hanya terpakai untuk mereka yang guna Wifi di rumah, bukan mobile data/hotspot telefon).
Sekain.
☺️
PEMBETULAN
2 objek, bukan 3.
- USB Ethernet Adapter
- Ethernet/LAN Cable
(Sebab router wifi gambar ketiga itu memang dah ada sekali bagi pengguna internet wifi di rumah)
Kelas ODL sebenarnya boleh jadi seronok dan kita fokus sepenuhnya, kalau dapat lecturer yang pandai kendalikan sesi.
Saya ada seorang lecturer yang sangat best dan tak pernah saya hilang fokus dalam kelas online bersama dia.
Nak tahu apa dia buat?
A thread.
1. Setiap kali mulakan kelas, selepas buka dengan Al Fatihah dan doakan agar semua pelajar cerah hati untuk ilmu, beliau akan ajak semua pelajar buat latihan pernafasan dan mindfulness.
Selama 2 minit, kami hanya diam, just fokus pernafasan masing-masing.
🥰
2. Satu jam pertama kami ialah sesi self-learning.
Bermaksud, beliau sudah berikan slide siap-siap, pautan video yang berkaitan, handouts dll in advance.
Jadi sejam pertama, kami baca sendiri topik itu depan laptop. Kemudian, baru kelas live bermula.
“Kalau dua-dua introvert pula? Tak ke senyap je hubungan itu nanti?"
“Dua-dua ekstrovert berkahwin, mesti nanti bising dan kecoh je rumah tangga!”
Ini ialah thread, topik personaliti manusia dari perspektif hubungan romantik.
Pengenalan sikit,
Introvert ialah golongan yang seronok bersendirian dan tak suka bersosial dengan orang lain. Mereka lebih sensitif dalam memproses stimuli luaran seperti bunyi-bunyi, lampu-lampu, suasana bising dan kehadiran kesesakan orang, lampu.
Mereka cepat penat.
Ekstrovert pula ialah mereka yang lebih suka bersosial, berinteraksi dan sangat bertenaga apabila perlu berborak dan beramah mesra dengan orang lain.
Mereka dapat tenaga melalui stimuli luaran.
Berbeza dengan introvert yang mendapat tenaga daripada stimuli dalaman (me-time).