"Drama Bersiri Dan Filem Tentant Tamadun Melayu."

Sebenarnya terlalu banyak event menarik dalam sejarah bangsa kita yang kita boleh filem atau sirikan. Nak tahu sejarah yang mana? Ikuti thred ini.

Oleh: @helmieffendytp
Sebenarnya orang Malaysia ni minat jer drama/filem sejarah. Buktinya filem Bahubali pernah jadi bualan kita semua. Dan tayangan semula Puteri Gunung Ledang di Netflix tempoh hari meletup habis!
Drama-drama sejarah berlatarkan Joseon, Goryeo dari Korea ditonton penuh takjub oleh kita seisi rakyat Malaysia. Bahkan kadang-kadang kerana drama ini, orang kita kenal sejarah Korea berbanding Melayu itu sendiri.
Jadi, kalau kita nak angan-angan ada sejarah kita didramakan persis Korea, atau jadi filem sehebat epik Hollywood, kami nak cadangkan beberapa peristiwa dibawah:
1. Adrujha Wijayamala Singha

Kisah mengenai srikandi Melayu mengetuai para janda dan anak dara menentang penjajah Sukhothai yang cuba menjajah kerajaan Melayu Ligor di Selatan Thailand hari ini. Keberanian srikandi Melayu harus diwayangkan dan disirikan.
Boleh kita membayangkan bagaimana srikandi ini mempin askar elit yang terdiri dari anak dara dan janda ke medan perang, bertempur dengan gajah-gajah Thai, mencari kepala Raja Ramkhaeng (raja terbaik Thai) dan memenggal raja penakluk agung itu.
2. Kejatuhan Empayar Melayu Melaka

Menceritakan mengenai saat-saat terakhir kejatuhan empayar ini. Menggambarkan sebenar-benarnya situasi yang terjadi pada saat Melaka. Menggambarkan bagaimana askar Melayu ketika itu melawan armada Portugis dengan senjata api dan meriam.
Menggambarkan pada rakyat Malaysia bagaimana gambaran Kota Melayu Melaka yang sebenarnya, bukannya perkampungan kecil yang rajanya bertakhta di hujung kampung, sebaliknya istana kayu bersalut emas yang setinggi 7 tingkat!
3. Ratu Unggu Mempertahankan Pattani

Dalam sejarahnya, zaman keemasan Pattani ialah ketika era pemerintahan ratu-ratu perempuannya termasuk Ratu Unggu. Ada dalam sejarah, dicatatkan bahawa Ratu Unggu berjaya mempertahankan Pattani daripada angkatan 60 ribu orang tentera Thai.
Selain itu, yang paling mengagumkan tentang kota Pattani ketika itu adalah diceritakan bahawa kubu pertahan Pattani dibina sepuluh lapis dan di mana pada setiap satunya diletakkan sebuah Meriam dan antaranya ialah Meriam Seri Patani, Meriam Seri Negara dan juga Meriam Mahalela.
Kan menarik kalau dapat tengok ratu-ratu perempuan kita bangkit memimpin sebuah tamadun? Biografi Ratu Unggu mungkin boleh menjadi pembakar semangat perempuan Melayu kita!
4. Kisah Hidup Laksamana Hang Nadim

Selepas kejatuhan Melaka, ada satu figura yang tidak pernah menyerah kalah demi menuntut bela ke atas Melaka. Figura itu ialah Laksamana Hang Nadim yang memimpin saki-baki tentera Melaka menggempur Portugis.
Dicatatkan Laksamana Hang Nadim wira menentang Portugis untuk sekurang-kurangnya 32 buah pertempuran! Bayangkan kalau kita filemkan kisah Laksamana Hang Nadim ini. Pasti jati diri anak bangsa kita marak menontonnya.
5. Singapura Purba Menahan Gempuran 200 ribu tentera Majapahit

Apabila Parameswara, raja Melayu terakhir kerajaan Singapura Purba menghukum seorang dayang tanpa selidik, maka ianya telah mengundang pengkhianatan seorang bangsawan bernama Sang Rajuna Tapa.
Sang Rajuna Tapa telah mengirimkan surat kepada Raja Jawa menjemput raja Jawa itu untuk menakluk Singapura Purba. Maka bala askar paling besar dalam sejarah nusantara digerakkan untuk menakluk kota Singapura Purba.
Sejarah mencatatkan bahawa terdapat lebih 200 000 orang askar Jawa mara dari Pulau Jawa untuk menjatuhkan Singapura Purba. Hebatnya, Kota Melayu Singapura Purba ini mampu bertahan lebih daripada sebulan gempuran daripada Majapahit.
Bayangkan betapa kukuhnya pertahanan kota ini. Kita boleh buat sebuah filem yang menggambarkan bagaimana Raja Majapahit berusaha sehabis baik untuk pastikan segala-galanya mampu menjatuhkan Singapura Purba.
Gelombang askar demi askar, cara pelbagai cara untuk menjatuhkan kota ini digunakan tetapi berhasil dengan kegagalan sehinggalah Sang Rajuna Tapa, menjadi pengkhianat apabila membuka pintu untuk askar Jawa masuk lalu membumihanguskan kota itu.
6. Melaka Menewaskan 90 Ribu Tentera Dai-Viet

Dalam kroniel Dinasti Ming ada mencatatkan bagaimana Kesultanan Melayu Melaka pernah menghantar askar memerangi Vietnam. Dalam sejarah, Maharaja Vietnam yang dimaksudkan diatas adalah Le Than Tong.
Dipendekkan cerita, konflik pun tercetus antara dua kerajaan ini, di mana melibatkan kejayaan Melaka mengalahkan Dai-Viet di medan perang dan tentera Melaka jauh lebih kecil daripada tentera Dai Viet.
7. Pakatan tentera Johor-Belanda Mengalahkan Portugis Dan Menawan Melaka

Ini penting kerana ini menggambarkan sifat diplomasi orang Melayu dalam mendapatkan bantuan musuh Portugis sendiri di Nusantara iaitu Belanda sehingga Belanda bersetuju untuk bersama Johor.
Boleh digambarkan askar-askar Melayu bertungkus lumus menuntut bela di atas apa yang terjadi pada nenek moyang mereka, Melaka. Akhirnya, dendam terbela dan Portugis berjaya ditundukkan hasil kebijaksanaan Laksamana Tun Abdul Jamil!
8. Serangan Rajendra Chola ke atas Empayar Srivijaya

Kisah ini perlu difilemkan bagaimana Chola sebuah Empayar di Selatan India menyerang sebuah kerajaan Melayu iaitu Srivijaya yang ketika itu dipercayai berpangkalan di Kedah Tua.
Bayangkan bagaimana pada awalnya kekalahan tentera Melayu sebelum serangan balas dilakukan menghalau saki baki Chola di bumi Melayu. Gambarkan perjuangan mereka menuntut kemerdekaan dan perjuangan mereka memastikan bahawa tanah air tidak dijajah oleh kuasa luar!
9. Kisah 300 Melayu

Dalam konflik antara Kedah-Siam, ada sebuah peristiwa besar ketika Kota Kuala Kedah dikepung oleh British dan Siam. Hanya berkuatan dengan 200 orang, tentera Melayu dalam kota berdepan 15, 000 tentera Siam. Di laut, HMS Hyacinth dan 3 bot menunggu.
Tidak sesekalipun 200 orang pendekar Melayu ini menyerah, tidak sesekali mereka memilih mengkhianati agama, bangsa dan tanah air mereka iaitu Kedah ketika itu. Mereka memilih syahid daripada menjadi pengkhianat.
Alangkah indahnya kalau kisah keperwiraan mereka pada tahun 1838 itu dikronikelkan semula dalam bentuk visual un untuk tatapan anak bangsa. Semoga mereka tahu kemerdekaan mereka hari ini bayarnya dengan darah!
*typo: tentang

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with The Patriots

The Patriots Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @thepatriotsasia

18 Nov
"Ilmuwan Salaf Abbasiyah: Bumi Itu Bulat!"

Memang dalam Al Quran tidak ada dalil qat'ie tentang bentuk muka bumi. Para ulama berdalilkan secara zhon perkataan يُكَوِّرُ dalam surah Az Zumar : 5 untuk menyokong pendapat bahawa bumi ini bulat.

#IniThread
Namun sebelum kurun ke-3 Hijrah (sekitar 200 Hijrah/ 800 Masihi), Khalifah Abbasiyah iaitu Khalifah Ma'mun (wafat 218 H) pernah mengumpulkan pakar-pakar ilmu falak dan geografi di Baitul Hikmah untuk membuat peta dunia.
Ternyata para ilmuwan Abbasiyah ini telah membuat sebuah glob bagi membuktikan bumi ini bulat. Peta Alam Melayu/ Nusantara turut dilakarkan dalam glob ini.
Read 10 tweets
21 Sep
"Siapakah Yang Membina Piramid Giza?"

Piramid Giza ialah salah satu daripada keajaiban dunia. Namun, siapakah yang membina piramid ini? Benarkah dakwaan bahawa pembinanya ialah Nabi Idris A.S?

Oleh: Helmi Effendy
Piramid ini sebenarnya dibina oleh Firaun Khufu dipercayai memerintah Mesir Purba pada sekitar 2609 SM - 2584 SM. Ejaan nama penuhnya ialah Khunum-Khufwy yang membawa maksud "Khnum Melindungi Aku".
Khnum ini untuk pengetahuan kalian merujuk kepada salah satu dewa purba Mesir Purba yang digambarkan bertanduk seperti kambing dan berkuasa ke atas perkara seperti kesuburan, air dan juga hasil peranakan haiwan-haiwan di ladang.
Read 31 tweets
16 Sep
"Diplomasi VS Konfrontasi: Malaysia Dan Indonesia.

Dari gaya Malaysia dan Indonesia menghadapi konflik ini, ia ada banyak kaitan dengan sifat tamadun yang menjadi akar dan imej kepada dua negara ini.

Oleh: @AymanRashdanW
"Awatlah hampa buat aku macam ini?"

Demikian keluhan bercampur sedih Tunku Abdul Rahman selepas dipaksa memijak Pancasila (simbol Indonesia) oleh sekumpulan pemuda yang berdemonstrasi terhadap Indonesia ketika kemuncak Konfrontasi (1963-1966).
Kata-kata Tunku menunjukkan sifat orang Melayu yang lembut, budiman dan mengelak konflik, atau kita panggil sebagai sifat "diplomatik".

Berbeza sekali dengan seruan Sukarno untuk "ganyang" Malaysia:
Read 23 tweets
31 Aug
"Laksamana Hang Nadim: Pejuang Kemerdekaan Melaka."

Anak lelaki Hang Jebat. Anak angkat Hang Tuah. Dan menghadapi Portugis dalam berpuluh pertempuran. Sesuailah dinamakannya sebagai mimpi ngeri Portugis.

Oleh: Helmi Effendy
Laksamana Hang Nadim, satu nama yang entah kenapa sangat sunyi di dalam sejarah bangsa kita padahal beliau bukan calang-calang tokoh. Tiada seorang pun anak Melayu diperkenalkan pada susuk tubuh yang sangat berjasa dalam sejarah Melayu.
Hang Nadim, tak keterlaluan kalau saya katakan beliau ialah kombinasi kualiti yang dimiliki oleh Hang Tuah dan Hang Jebat. Dia memiliki kesetian, kelicikan dan kebijaksanaan yang dimiliki oleh Hang Tuah serta keberanian yang dimiliki oleh Hang Jebat.
Read 34 tweets
30 Aug
"Plotter Atau Pantser: Anda Penulis Yang Mana?"

Korang jenis penulis yang macam mana? Aku sebagai seorang penulis, aku anggap diri aku sebagai seorang Pantser. Tapi ada kategori penulis yang lain dikenali sebagai Plotter.

Oleh: Helmi Effendy
Plotter ialah seorang penulis yang akan merancang bagaimana jalan ceritanya bermula dan berakhir. Dia akan menyediakan draf2 watak novelnya. Dia akan sediakan info2 berkaitan dengan latar tempat, masyarakat etc enting yang akan menjadi butir2 menyiapkan sebuah novel.
Ada dua orang penulis dalam dunia. Penulis pertama, dia kena duduk buat draf setiap bab. Penulis ni dah merancang dulu dari mula dan akhir ceritanya. Dunia penulisan mengenali penulis pertama sebagai plotter. Plotters yang terkenal ialah JK Rowling.
Read 22 tweets
29 Aug
Kita seringkali bising mengenai novel-novel cliche drama pukul 7 tu semua. Suamiku, Isteriku blah-blah. Sebenarnya banyak novel-novel penulis Malaysia yang luar dari cliche di atas, tapi kaki kritik tak pernah nak beli pun.

#IniThread
Siapa sini kenal nama Ahmad Patria Abdullah? Sebenarnya beliau ialah bapa genre Fantasi Malaysia dengan buku-buku seperti Saga Artakusiad. Dah lama dah beliau menulis novel-novel seiras The Lord Of The Ring. Tapi yelah, yang tak baca novel cinta jenis tak baca buku langsung.
Karya-karya Sai-Fai Malaysia pun boleh tahan. Contohnya macam karya-karya dibawah ni. Siapa pernah dengar semua tajuk-tajuk dalam cover ni? Bukan tak pernah penulis kita tulis luar dari cliche drama pukul 7.
Read 15 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!