[UPDATE KES BUNUH ZULFARHAN OSMAN]

Pakar forensik pada hari ini telah mengesahkan punca kematian Pegawai Kadet Laut UPNM itu adalah kerana jangkitan kuman dan luka lecur utama ‘sequela’.

Kecederaan yang dialami mangsa itu tidak dapat disangkal memang akan menyebabkan kematian.
5 orang suspek dituduh membunuh mangsa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Seorang suspek pula dituduh bersubahat membunuh.

Tuduhan 302 Kanun Keseksaan dan bersubahat membunuh membawa hukuman gantung sampai mati, jika didapati bersalah.
12 suspek lagi dituduh atas kesalahan cederakan mangsa (Seksyen 330 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan-niat bersama).

Kes akan disambung perbicaraan pada 12 Januari 2021.
Pendapat pakar forensik hanyalah bertujuan membantu mahkamah bagi menentukan punca kematian mangsa.

Elemen pembunuhan (‘kes prima facie’) telahpun dibuktikan oleh pihak pendakwaan sebelum ini.

Barisan peguam bela akan masuk berhujah selepas ini bagi menafikan adanya pembunuhan.
Kes akan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara, Julia Ibrahim di hadapan hakim Datuk Azman Abdullah.

Pada Julai 2019, mahkamah tinggi telah memutuskan pihak pendakwa berjaya buktikan adanya pembunuhan berlaku.

Ini dikuatkan dengan keterangan
pakar patologi Pusat Perubatan UKM, yang mengesahkan perbuatan menekap seterika wap pada badan mangsa telah mengakibatkan kecederaan teruk.

“Tekapan itu menyebabkan 80% kesan melecur dan sejumlah 90 tekapan ditemui ketika bedah siasat dilakukan”
Isu hangat punca kematian mangsa pernah dibangkitkan peguam bela suspek pertama.

Pada ketika itu, peguam bela berhujah mangsa meninggal dunia kerana faktor luaran, bukan kerana luka dan kesan panas kerana ditekap seterika wap.

Hari ini, pakar forensik membuktikan sebaliknya.
Mangsa meninggal dunia di Hospital Serdang beberapa hari selepas insiden buli terjadi.

Adakah sekiranya ada jarak masa diantara insiden buli berlaku dan tarikh kematian, ianya tidak dianggap membunuh? -Tidak!

Boleh rujuk kes bunuh ini. Mangsa mati 4 hari selepas dibakar

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Sir kamarul

Sir kamarul Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @kamarul14

12 Dec
[KISAH BENAR] Pagi kejadian, seorang budak perempuan menaiki basikal seorang diri pergi ke sekolah.

Dia lalu tempat yang sunyi. Kemudian, ada kereta berhenti. Pemandu kereta tarik budak tu masuk dalam kereta.

Budak tu dibawa ke kubur.

Apa jadi? Sambung malam ni..
Hari kejadian, mangsa menaiki basikal melalui satu jalan yang sempit dan sunyi. Tiba-tiba ada sebuah kereta Proton Saga berhenti di hadapannya. Terkejut budak tu.

Pemandu kereta tu keluar dari kereta dan terus tarik budak tu masuk dalam kereta. Apa hal?
Mangsa diarahkan duduk di bawah stereng. Bayangkan keadaan mangsa ketika itu. Terus dibawa ke satu tempat yang mangsa sendiri tidak tahu.

Mereka pergi ke satu kawasan berdekatan dengan kubur Cina.

Mangsa yang masih berada di bawah stereng berasa takut.
Read 29 tweets
25 Oct
Tiada keperluan untuk isytihar darurat- titah YDPA.

Semua ahli politik perlu segera berhenti bermain politik, titah Baginda.

Full respect to our King ♥️
Kenyataan rasmi daripada Istana Negara ImageImage
Titah Baginda YDPA mengenai tiadanya keperluan darurat seperti yang dimohon oleh Perdana Menteri
Read 7 tweets
23 Oct
Kuasa isytihar darurat ada pada Agong (Perkara 150(1) Perlembagaan). Tetapi keputusan dibuat Agong bukanlah mutlak. Kena ikut nasihat jemaah menteri diketuai Perdana Menteri.

Final say is on Perdana Menteri. Agong is bound to the advice of PM.

Kenapa perlu adanya darurat? Fuh
Perdana Menteri dijangka mengadap Agong seketika nanti. Fuhhhh
Jika betul ada pengisytiharaan darurat atau 'proclamation of emergency', ianya atas kehendak Perdana Menteri.

Perdana Menteri bertindak atas kuasa budi bicara untuk nasihat YDPA di bawah Perkara 40(1) Perlembagaan.

PM is the decision maker (Privy Council case of Teh Cheng Poh).
Read 9 tweets
30 Aug
Pernah terjadi di Sabah, sorang inspektor terima panggilan dari kawan baiknya. Ada perompak masuk rumah. Cepat-cepat dia selamatkan kawan dia.

Tetapi, polis tu cedera teruk. Terpaksa ke balai minta bantuan. Kawan dia mati dibunuh.

Polis tu pulak dituduh membunuh. Apa dah jadi?
Lebih kurang pada pukul 5 pagi pada hari kejadian, seorang inspektor datang ke ibu pejabat polis tidak berbaju dan berlumuran darah. Dia meminta bantuan rakan sepasukan untuk pergi ke rumah kawannya. Dikatakan ada satu rompakan berlaku.
2 orang polis berpangkat koperal dan lans koperal kemudian bergegas ke tempat kejadian. Ketika itu, mereka nampak seseorang terbaring di ruang tamu. Berlumuran darah. Mangsa merupakan kawan kepada inspekor itu. Terus dibawa ke wad kecemasan hospital dan disahkan meninggal.
Read 28 tweets
25 Jul
Dulu pernah ada kes, pintu rumah jiran diketuk seorang lelaki. Lelaki tu hanya memakai tuala.

Dia kena simbah petrol pada badannya selepas dia selesai mandi di rumahnya. Kena bakar hidup-hidup sampai mati. Pembunuh tengok je lelaki tu cuba padamkan api.

Nak tau apa jadi?
Petang kejadian dalam pukul 6.30 petang, seorang lelaki kelihatan meronta-ronta berlari meminta tolong jirannya. Dia nak pinjam telefon jirannya sebab ada benda dah berlaku di rumahnya. Lelaki tu cuba hubungi adiknya supaya cepat datang ke rumah.
Ketika itu, jirannya dapat melihat lelaki tu berada dalam kesakitan kerana baru sahaja dapat padamkan api. Badannya dibakar oleh seseorang. Jirannya syak yang bakar ialah bekas isteri lelaki tu. Lelaki itu masih tinggal bersama bekas isterinya walaupun mereka sudah bercerai.
Read 22 tweets
10 Jul
Si isteri tinggal berdua dengan orang gaji. Suami pergi outstation. Tiba-tiba jiran terdengar suara orang menjerit. Polis dipanggil.

Polis tanya 'kenapa tangan ada darah?' Dia jawab 'tangan luka sikit, potong ayam'

Kat dapur tiadapun ayam yang dipotong👀

Sambung lepas magrib Image
Pada pagi kejadian, si isteri menghantar suaminya ke Airport Subang untuk pergi outstation di Kota Bharu. Kerana ada urusan bisnes.

Pada petang hari yang sama, ketika si suami ada di Kota Bharu, dia menerima satu panggilan telefon dari setiausahanya. Si suami dimaklumkan ada
polis yang datang ke rumahnya. Polis peronda itu tiba di rumahnya setelah menerima aduan dari jiran. Jiran terdengar bunyi orang menjerit. Seakan-akan ada yang bergaduh.

Risau dengan keadaan isterinya, si suami cuba menelefon isterinya. Tetapi, panggilan tidak diangkat.
Read 29 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!