Kalian tahu Gunung Olympus yang menjadi kediaman dewa dalam Mitologi Yunani, maka dengarkanlah kisah Kayangan Mitologi Nusantara ini... asal-usul gunung. Bangsa Awan.

LEGENDA SANTUBONG & SEJINJANG

Mohon RT kisah legenda Nusantara ini.
Ilmu kita kongsikan. ImageImage
Legenda Bumi Kenyalang disusun semula dalam bentuk prosa moden untuk santapan... dengan harapan kalian akan kongsikan.
.
LEGENDA PUTERI-PUTERI NUSANTARA ; Episod 2
Ceritakanlah kepada anak di kala malam, sebelum beradu.

Mari! Kita mengembara ke dunia mayang! Image
Suatu ketika di paksina Selat Karimata, wujudlah dua kampung saling berbalah yang berbeza pasirnya. Hanya alur laut sahaja yang memisahkannya. Kampung Pasir Kuning dan Kampung Pasir Putih. Pasir Kuning dipimpin oleh Sabang Kuning, sedangkan Pasir Putih diketuai oleh Sang Bualang. Image
Pada alur laut yang memisahkan dua kampung ini, tersimpan satu relung yang menyemai awan-awan di langit. Awan yang menjadi kediaman kayangan. Bangsa Mayang dan Inderaloka. Eswandia. Saling berbalah manusia di tepi pantai, terabai akhirnya keindahan alam. Dibakar huma dan rumah.
Kontang akhirnya tanah. Berserak pesak di atas pesak. Pencak sumbang tanpa benang. Cemar jadinya Negeri Kayangan. Image
Raja Dewata Mulia, Raja Kayangan. Geram hatinya melihat manusia berbalah. Jika dibiar lama kelak hancur Inderaloka. Kelak perangnya naik ke Negeri Kayangan. Image
Duduk gagah di atas singgahsana awan, Raja Dewata Mulia mengatur perancangan. Dipanggil satu persatu serdadu awan memberi pandangan. Bangsa Awan bukan akal raja sahaja yang digunakan. Negeri Kayangan itu didiami oleh pahlawan. Puteri dan Putera. Setiap satunya ada kemahiran.
“Manusia yg sudah lama berperang tidak boleh kita diamkan dengan kekerasan”

“Maka kita utuskanlah perempuan yang lebih penuh kelembutan.”

“Lembut sahaja tidak berguna. Akal manusia mudah senang melihat tenang.”

“Maka kita turunkan yang paling pesona. Santubong dan Sejinjang.”
Diundang datang Santubong dan Sejinjang. Dipersiapkan turun ke dunia. Selayaknya puteri dewa Kayangan, molek paras mereka sangat cerlangnya. Laksana purnama menghias malam, begitu jugalah nantinya Santubong dan Sejinjang di kampung pepasir.
Ekor mata seperti seroja kolam madu, kelak membawa kacau pulang beradu.

“Santubong dan Sejinjang. Hendaklah kalian turun ke permukaan. Tenangkan tanah yang bergolak di tepian laut itu.”

“Baiklah ayahanda. Kelak kami tidurkan amukan yang melata.” Image
“Kekalkan amalan Negeri Kayangan. Jadilah aur dan tebing. Jangan sesekali bertingkah anjing dan kucing! Kelak pawana bawa petaka!”

Galak Raja Dewata Mulia menyampaikan titah. Garang benar nada suaranya. Tidak mahu anak-anaknya dimakan sumpah. Perlu tegas bahana dilemparkan. Image
Malam menjelang di paksina Karimata. Dengan iringan kain lelayang, Santubong dan Sejinjang membelah bumantara, turun ke dunia. Salng menggeleng kepala mereka berdua tatkala melihat geringnya tanah di Pasir Putih dan Pasir Kuning. Hangus terbakar tanah. Gigi laut bertukar merah. Image
Manusia pula saling beradu tenaga. Terbang melayang tombak dan anak panah.

“Wajarlah Raja Dewata Mulia murka dengan mereka ini!” geram Santubong menuturkan.
“Terabai huma di Pasir Putih dibuatnya. Habis carik segala pakaian.” Sejinjang berasa sayu tatkala melihat alam yang binasa itu. Habis dijilat api. Masih juga tidak berhenti perang di bumi.
Dengan kelebihan bangsa Kayangan, Santubong dan Sejinjang mengangkat hamparan laut lalu menghempaskannya ke medan perang di bumi. Basah dan tercengang manusia-manusia. Didongakkan kepala ke langit. Image
Tiga cahaya kelihatan. Satu purnama dan dua lagi susuk tubuh wanita yang penuh pesona. Sehelai kain dililitkan di lengan mereka. Kuning dan putih warnanya. Ibarat lentera yang turun ke bumi, menghampiri medan perang. Image
“Siapakah kalian?” Panglima Putih lantang.

“Kami utusan para dewa Kayangan untuk menyampaikan pujian!” Sejinjang berujar sebaik sahaja mereka mendarat di tengah medan perang. Mereka dikelilingi jantan yang sedang mengacukan tombak dan pedang.
“Dewa Kayangan bangga dengan kalian…” Santubong mulakan pemujukan dengan senyuman. Ujaran yang mengudang kerutan hairan di dahi manusia.

“Terlalu hebat kalian berperang sehingga menyala alam.”
“Hebat sangat sehingga anak bini hampir sekarat!” Sejinjang menyambung ujaran sambil jarinya dihalakan ke arah ibu-ibu yang berlari menghampiri medan perang. Ramai yang datang sambil mengendong anak susuan. Semua ingin melihat cahaya kuning dan putih yang turun dari langit.
Ibarat ditampar angin, kepala penduduk Pasir Putih dan Pasir Kuning tertoleh ke arah tunjukan Sejinjang. Tumpah air mata melihat wanita dan anak dara yang menghampiri mereka. Bulatan terbina tanpa sengaja.
Kali ini bulatan anak dan bini mereka. Comot wajah mereka. Basah dengan air mata. Asap tebal di belakang mereka. Jingga warna api sedikit kelihatan.

Benarlah bagai dikata dua puteri kayangan itu. Perperangan hebat antara mereka menyebabkan zuriat sekarat.
Isteri kesayangan kepayahan. Alam terima mudarat. Satu persatu tombak dan pedang jatuh berdentang ke bumi. Busur-busur dibiar patah. Berlari-lari mereka mencari kesayangan hati. Memecah bulatan yang mengelilingi Santubong dan Sejinjang. Berpelukan dalam bulatan . Malu dan insaf.
Malam berganti siang. Santubong diiring Panglima Putih ke Pasir Kuning. Cuba membina kembali kampung yang musnah. Sejinjang ke Pasir Putih bersama Sang Bualang.

“Belebas tenunan siapakah ini?” tersenyum Santubong ketika terjumpa belidah tenunan di bawah satu runtuhan rumah Image
“Halus sungguh buatannya.”

Belebas itu sudah patah dua ketika ditemukan. Dipulihkan dengan kesaktian. Semakin banyak dijelajah runtuhan, semakin banyak lidi belebas ditemukan. Tahulah Santubong bahawa Pasir Kuning ini suka bertenun kain.
Membanting tulang bersama penduduk Pasir Kuning, rumah-rumah didirikan semula. Alat tenunan digunakan semula. Ladang kapas dan sutera disemai semula. Image
Bersatu hati di Pasir Putih, Sejinjang membaiki lesung & antan penduduk Pasir Putih. Sawah padi disemai kembali. Biar bunting penuh isi semua padi. Jerami disusun buat perhiasan. Indah kembali Pasir Putih. Dibina rumah untuk Santubong dan Sejinjang. Di alur laut pemisah dua tanah Image
Purnama beratus kali berlalu pergi. Pasir Kuning dan Pasir Putih kembali gemilang. Negeri Kayangan semakin senang. Kampung pepasir semakin sohor. Beras padinya gemuk dan nyaman. Diberi kepada Pasir Kuning, digantikan dengan busana tenunan yang indah.
Digelar tanah berkembar, Pasir Putih dan Pasir Kuning disinggahi pedagang.

Suatu hari, ketika senang bayu berpuput. Terbang enggang kembali ke hutan. Santubong menenun kain di serambi rumah, Sejinjang menumbuk padi di halaman rumah.
“Sejinjang! Duduk menenun seperti ini terasa senang di hati. Jemari terasa halu, pinggang terasa ramping! Terasa diri ini lebih jelita!” lidi belebas disusun kemas.
“Anak raja lebih gemar kepada Puteri yang perkasa, Santubong! Antan padi ini memperkasa tubuh. Perawan jadi subur menawan. Lihatlah leher aku yang jinjang ini. Betis pula bagaikan bunting padi. Lebih mempersona!”
“Tinggi sungguh mimpi kamu ini, Sejinjang. Jelita seperti kamu itu hanya layak bersama Sang Bualang. Rugi sekali kamu menolak cintanya.”

“Jelita seperti kamu juga tidak layak bersama anak raja, Santubong. Hanya layak bersama panglima seperti Panglima Putih!”
Dalam senda, masing-masing tidak mahu mengalah. Mengaku diri lebih jelita. Sehingga hampir berbalah. Mujurlah tawa berderai di hujung bicara.
Bagai diuji pawana, petangnya datang berlabuh di pelabuhan Pasir Kuning. Bahtera besar dari Tanah Matang. Rombongan anak raja yang terlalu tampan. Putera Serapi Jaya nama gerangannya. Image
Lazimnya orang dagang di tanah orang. Ketua dan pemilik tanah diziarah. Putera Serapi bertemu Santubong. Terpesona mata kedua-duanya. Jatuh cinta dengan molek wajah kedua-dua. Urusan dagang bertukar jadi urusan berkasih sayang.
Berhari-hari memadu kasih di Pasir Kuning, Putera Serapi hendak menikmati hasil padi Pasir Putih yang sohor serantau. Diiring bayangkaya ke sawah, ternampak pula Sejinjang jelita bersama wanita-wanita. Bergelak tawa sambil tangan bermain antan. Ditumbuk-tumbuk padi dengan anggun. Image
Bersua mata Sejinjang dan Putera Serapi Jaya, jatuh ke hati pandangan mereka. Dibawa Putera Serapi melihat padi. Memberi layanan kepada orang dagang. Jatuh kasih Sejinjang, Putera Serapi membalas cintanya. Disatukan jemari tanda berdua memadu kasih.
Suka hatinya Sejinjang tidak terkira. Teruja hendak dikongsikan cerita kepada Santubong. Berlari merentas sawah padi, dilintas pula lading kapas dan sutera. Tercungap Sejinjang di hadapan rumah Santubong. Senyuman mekar masih dibibir. Image
“Santubong! Aku sudah bertemu cinta aku!” laung Sejinjang dengan riang.

Santubong terhenti menyusun belebas. Batang belida itu diangkat bersama. Berlari juga ke laman rumah. Ada khabar bahagia juga di hatinya.

“Aku juga Sejinjang! Cinta sudah datang kepada aku. Anak Raja!”
“Anak Raja?” terkejut Sejinjang. Pudar sedikit senyumannya.

“Putera Serapi namanya!” Santubong menggenggam tangan Sejinjang. Matanya bercahaya bahagia.

“Anak raja cinta hatiku, Putera Jaya namanya.” kembali Sejinjang gembira. Saling berpelukan mereka kedua-duanya.
Tawa berderai bahagia.

“Rupanya jelita kita berdua memang layak untuk anak raja!” ujar Santubong.

“Mari aku kenalkan kamu kepadanya. Putera Jaya sedang menanti aku di rumah.” Sejinjang membawa Santubong ke rumahnya.
Di halaman rumah, putera kesayangan Sejinjang sedang bermain dengan antan dan lesung. Santubong terhenti melangkah gembira sebaik sahaja melihatnya.

“Putera Serapi? Apa yang tuan hamba buat di sini?”

“Inilah Putera Jaya yang aku khabarkan tadi, Santubong.”
“Bukan Sejinjang! Ini Putera Serapi! Kekasih aku!” mula terasa bahang di sekitar Santubong. Sejinjang pula semakin hairan.

“Nama hamba Putera Serapi Jaya. Hamba ingin memperisterikan tuan hamba berdua!” Putera Raja yang menjadi rebutan itu bersuara.
“Mana boleh! Tidak mungkin aku berkongsi kasih dengan Sejinjang! Puteri hodoh itu tidak layak untuk anak raja” Santubong semakin marah. Makian diberi bertali-tali.

Sakit telinga mendengar nista, Sejinjang membalas cercaan.
Pergaduhan tertunda hasil canda disambung semula. Masing-masing tidak mahu mengaku kalah. Mengaku diri lebih indah dan mempersona berbanding yang lain. Terlupa akan Putera Serapi Jaya yang melihat mereka.
Puteri Kayangan saling berbalah. Kelak pawana bawa petaka. Bahang pertarungan semakin merak. Terkejut Putera Serapi Jaya melihat kedua-duanya terapung di udara. Kain layangan masing-masing kelihatan. Santubong mengeluarkan batang belida tenunannya. Dijadikan senjata. Image
Sejinjang turun ke tanah seketika, antan padi dijadikan senjata.

Pertarungan bermula di udara, di bawah awan. Sambar-menyambar kilat setiap kali Santubong dan Sejinjang bersentuhan. Raja Dewata Mulia di Kayangan semakin murka. Puteri-puteri kayangan berbalah di bumi. Image
Serdadu Kayangan hilang pedoman. Dikalamkan sumpahan yang pernah dititahkan.

Bingit langit dengan ngauman guruh. Awan yang putih beransur pergi, digantikan dengan mendung yang sarat. Turunlah hujan dengan derasnya di Kampung Pasir Putih dan Pasir Kuning. Image
Gelora laut undang bahaya. Tinggi badai menghempas pantai. Kasihan penduduk Pasir Putih dan Pasir Kuning. Bergenang kesal melihat puteri kayangan bertarung. Musnah kembali kampung mereka yang sudah tenteram. Image
Tetap juga tidak berhenti Santubong dan Sejinjang. Sedangkan Putera Serapi Jaya rebutan mereka sudah lari melindungkan diri. Pergaduhan puteri-puteri kayangan itu tidak dijangkakannya. Image
Marah sudah bertukar dendam, Sejinjang mengayun antan di tangan. Kuat dan cepat lalu hinggap di Santubong. Patah tulang pipi Santubong, meraung kesakitan. Enggan mengalah, lidi belebas di tangannya dilempar membelah udara. Image
Lidi belebas atau batang belida yang digunakan untuk menenun kain itu tajam di hujungnya, tirus sehingga mudah membelah angin. Tanpa sempat mengelak, tertikamlah batang belidah itu tepat di kepala Sejinjang dan menembusinya.
Memercik darah jatuh ke laut. Sekuat-kuat hatinya menjerit di udara. Terlalu bias tikaman Santubong. Berakhirlah sebuah persahabatan dan persaudaraan yang telah dijalin oleh puteri-puteri kayangan itu.
Sejinjang mengelupur di udara lalu akhirnya jatuh ke dalam laut. Santubong juga semakin lemah. Tidak mampu bertahan di udara, terjatuh juga dia ke dalam laut. Melopong dan bimbang penduduk Kampung Pasir Putih dan Pasir Kuning melihatnya. Image
Belum tenang gelora laut, belum juga surut hujan yang lebat. Sekali lagi guruh dan kilat saling bersabung. Badai di laut semakin tinggi, tubuh Santubong kelihatan. Semakin lama semakin besar, terdampar di atas laut, disambar kilat lalu bertukarlah Santubong menjadi gunung. Image
Lekuk pukulan antan Sejinjang masih kelihatan.

Jasad dan darah Sejinjang yang hancur ditikam belidah Santubong juga kelihatan di atas laut. Satu per satu titisan darahnya berubah menjadi pulau. Pulau Kerak. Badannya pula menjadi bukit. Image
Kisah Santubong dan Sejinjang akhirnya menjadi kenangan. Dihikayatkan sebagai legenda sehingga ke akhir zaman.
.
SELESAI...
TRIVIA : Lebih kurang ada 6 versi cerita yang berbeza tentang kisah ini. Dalam Versi lain, Putera Serapi juga disebut sebagai Putera Jaya.
.
Ada juga versi yg mengatakan bahawa puteri2 ini bukanlah dari Kayangan, tetapi hanya puteri Sultan Brunei yang dibunuh. Image
Melarikan diri bersama 7 saudara lelakinya. 7 Putera tersebut lari ke Pulau Pinang bersama burung bayan (Kisah Bayan Lepas).
.
Sebelum Zaman Penjelajahan, Borneo disebut sebagai Kepulauan Karimata oleh beberapa saudagar dari barat dgn merujuk kpd selat selatannya.
Lagu Rakyat Puteri Santubong, nyanyian Norma Alang. Dengarkan dan berdendanglah.

______
SUMBER
- sejarah-sarawak.blogspot.com
- iluminasi.com
- @ninotaziz . 2020. Lipur Lara Nusantara. @thepatriotsasia

‘imaginasi sendiri’
Kisah ini 2/5 daripada siri

'LEGENDA PUTERI-PUTERI NUSANTARA'

yang disiarkan secara bersiri dalam akaun ini.
.
Eps 1 : Gunung Ledang ()

makanya, ketik butang 'follow' deh!
Saya cuba bersemangat utk menulis bebenang SEJARAH & FOLKLORE (kisah dongeng / mitos dan legenda) di Twitter ini.. Jemput follow dan ciap semula.
.
Silakan dibaca bebenang yang lainnya.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Awan Wafdan ⛅️

Awan Wafdan ⛅️ Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @seketulawan

8 Mar
Memoir Pejuang Wanita
.
Sempena Hari Wanita, mari kita singkap perjuangan wanita yg membawa nasionalisme negara ke medan kemerdekaan.
.
Bebenang Sejarah Malaysia.
.
Kongsikan (RT) ilmu. ImageImage
1. AISHAH GHANI (1923-2013)
- berasal dari Sumatera Barat, Aishah Ghani mendapat pendidikan di Sumatera, Selangor dan London.

- awal penglibatan dalam politik, beliau terlibat dalam penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan dilantik menjadi pemimpin wanita AWAS. Image
- bertindak sebagai 'lidah' PKMM melalui akhbar Pelita Malaya dan Berita Harian (UMNO), Aishah Ghani memainkan peranan besar dalam membawa kesedaran kepada golongan wanita di Tanah Melayu agar lebih celik minda tentang kesedaran politik dan kemerdekaan.
Read 25 tweets
7 Mar
ESTODANIA : Karya Sangat Kompleks
.
Dari mana datangnya idea Estodania ini?
.
Pertama… saya terdetik untuk menulisnya saat saya belajar Sejarah Asia Barat pada tahun 2014 dahulu.
.
Di sini, saya cuba cerakinkan epistemologi kisah Estodania. Image
1. SEJARAH ISLAM
.
Estodania.
.
Asal katanya dari euphoria. Kemudian digabungkan dengan satu kisah sejarah yang sangat memberi kesan kepada hidup saya. Sejarah Andalusia. Tetapi, entah dari mana datangnya perkataan Estodania itu. Spontan sahaja munculnya di minda.
Selepas karya ini mula ditulis, barulah saya mencari tahu apa cerakinan untuk makna kata Estodania itu.
.
Manusia macam saya yang agak bibliophile susah sikit. Terlalu taksub dengan perkataan-perkataan yang tertulis dalam buku. Image
Read 18 tweets
6 Mar
Legenda Santubong dan Sejinjang memang sangat sinonim dengan negeri Sarawak. Legenda ini sebenarnya berkait rapat dengan kewujudan kerajaan kuno yang kurang sohor di Sarawak itu sendiri.
.
KERAJAAN MELAYU KUNO DI SARAWAK
.
Bebenang sejarah Malaysia.
.
Kongsikan (RT) ilmu. ImageImage
Sohornya, pensejarahan Sarawak lebih diketahui tentang pemerintahan Keluarga Brooke. Hakikatnya, Sarawak memiliki sejarah awal yang panjang dan megah tentang kerajaan awal seperti tanah Semenanjung.
.
Sejarah ini bukan dilupakan, cuma pengkajian sejarah masih kurang tentangnya. Image
1. KERAJAAN SANTUBONG (SAWAKU)

Bukan sebarang legenda, kisah Santubong dan Sejinjang juga berasas drpd kewujudan kerajaan lama di Sarawak iaitu Kerajaan Santubong.

Dikatakan wujud sekitar abad ke-7 higga abad ke-13, Kerajaan Santubong ini dikuasai oleh Srivijaya dan Majapahit. Image
Read 8 tweets
7 Feb
Kesultanan Perak dicatatkan memiliki hubungan dengan hubungan dengan 7 Kerajaan Jin oleh R.O. Winstedt. Sehingga akhirnya seorang sultan ghaib dibawa lari ke alam ghaib.
.
LEGENDA BETING BERAS BASAH
.
Mohon RT kisah Mitologi Melayu ini.
Kongsikan ilmu.
Kisah ini merupakan legenda lisan. Diprosakan untuk santapan.
.
Mitologi Mistik : Episod 1
.
Disiarkan secara bersiri dlm akaun ini.
Jemput follow saya.
.
Sedekahkanlah 250 RT utk bebenang ini agar berbaloi kelak saya rasa menulis kisah seperti ini di sini.
.
Cerita Kala Beradu.
Dahulukala, ketika 1528. Melaka sudah jatuh di tangan Ferringhi. Ketika Sang Sultan sudah melarikan diri ke Tanah Daksina (selatan). Kemelut diraja semakin tiba di kemuncaknya. Putera Sulung sakit hatinya kerana adindanya diangkat menjadi pengganti raja.
Read 82 tweets
30 Jan
DILEMA MARTABAT BAHASA MELAYU DI MALAYSIA
.
Mari kita telusuri perjuangan ‘survival’ Bahasa Melayu dalam lipatan sejarah negara kita, khususnya pendidikan.
.
Mohon RT sejarah Bahasa Melayu ini
Kongsikan ilmu.
Status Bahasa Melayu selepas kemerdekaan telah mendapat perhatian yang meluas. Dasar Bahasa Kebangsaan memperuntukkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi negara.
Hakikatnya, sejak pemasyhurannya sebagai Bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi lagi, Bahasa Melayu senantiasa menghadapi cabaran dan kekangan dalam menjalankan tanggungjawab tersebut.
Read 45 tweets
30 Jan
Kembali lagi kita dalam episod claim asal-usul.
.
Personally, aku tidak gemar terlibat dalam perdebatan seperti ini sebab belajar sejarah utk melihat perubahan dunia. Bukan untuk mencari siapa yg salah.
.
Dan cendol, dalam catatan sejarah ditulis bermula dari Indonesia.
.
(1/n)
Dahulukala, disebut sebagai dawet.
Dahulukala juga, Indonesia itu tidak wujud. Begitu juga dengan Malaysia.
.
Dahulukala, era pelayaran dan penjelajahan.
.
Situasinya sama macam kini, berkelana ke bumi orang utk berdagang dan belajar.
.
Kelana juga bawa budaya.
Jika budaya itu hanya dibawa oleh seorang, tidak akan beri impak kepada sekitarnya. Tetapi Tanah Jawa dan Tanah Melayu itu laluan ulang-alik MELAYU.
.
Melaka bukan kecil, Srivijaya juga luas.
.
TM bawa budaya ke TJ. Begitu juga sebaliknya.
.
Mengapa perlu berbalah??
Read 10 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!