Sesekali boleh nak marah anak tapi kena pastikan 5 perkara ini. #threadparenting.
1. Pastikan yang kita marah tu sekadar untuk mendidik dan nasihat. Cepat-cepat jauhkan diri dari anak kejap bila kita rasa tak boleh kawal emosi kemarahan tu sebab biasanya kita akan menyesal masa dah sejuk nanti.
2. Jangan kerap sangat marah anak. Kita tak nak otak anak terbiasa dengan kemarahan kita hingga dia jadi tak kisah dan dia buat tak dengar apa kita kata. Nak marah anak dengan berkesan, kena marah jarang-jarang.
3. Marah macam mana sekalipun, jangan sampai kita jerkah dan tengking si kecil tu. Anak yang kerap diperlakukan begitu, mindanya akan mula rasa terancam. Akhirnya anak berubah jadi seorang yang perengus dan pemarah.
4. Sebelum nak marah, kita kena sedar yang anak ada perasaan macam kita juga. Anak boleh faham samada kita marah untuk mendidik, atau sebab nak lepaskan tekanan. Perasaan anak akan tercedera dan mula berdendam jika kita tersalah niat dalam mendidiknya.
5. Sebab tu bila kita tersasar marah anak dengan emosi melampau, penting sangat untuk kita cepat-cepat minta maaf, peluk si comel kita tu, dan beritahu dia yang kita sangat sayangkan dia dan kita marah sebab nak betulkan dia.
Tak salah pun kita jatuhkan sikit ego dan amarah kita. Si kecil kita tu akan mulai faham yang mak ayahnya marah bukan kerana benci namun marah sekadar untuk mendidik.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @dr_chaku

2 Feb
Kau orang ingat tak Yaashwin, budak 15 tahun dari Malaysia yang menang tempat ke-2 rancangan Asia Got Talent sebab kebolehan dia mengira dengan cepat.

Dia punya pantas tu, sampai dia digelar "human calculator" oleh netizen seluruh dunia. Image
Tahu tak? Yashwin ada buat buku, di mana dia ajar teknik yang dia gunakan untuk mengira sepantas kalkulator. Buku ni dibuat khas untuk kanak-kanak dan remaja, jadi ia dalam bentuk komik. Anak-anak mesti suka! ImageImage
Komik ni seronok dibaca, sambil berhibur sambil belajar. Pengisian dia cukup trendy yang boleh buatkan anak-anak teruja nak cuba dan amalkan teknik yang disampaikan. Ibubapa pun boleh belajar teknik mengira ni. ImageImage
Read 4 tweets
20 Dec 20
Ramai orang selalu rasa dirinya tak sempurna, terutamanya dari aspek fizikal.

Tahu tak? Jika kita risau tentang penampilan fizikal kita secara berlebihan, ia boleh mengundang kepada satu masalah kesihatan mental yang digelar Body Dysmorphic Disorder (BDD). Ikut thread ni! Image
BDD adalah satu keadaan di mana seseorang itu mempercayai bahawa terdapat kecacatan atau kekurangan pada tubuh badannya, tetapi tidak dianggap begitu oleh orang lain.
Apa punca BDD?

Faktor utamanya masih belum dikenalpasti. Diketahui bahawa ia melibatkan pelbagai faktor antaranya biologi, psikologi dan sosial.
Read 12 tweets
12 Dec 20
"Doktor, boleh terangkan pasal penyakit yang Faye Kusairi (artis) kena tu?"

Sejak semalam ramai yang minta jelaskan tentang Bell’s Palsy ni selepas artis berkenaan siarkan video mengenainya. Jadi hari ni kita lihat thread, apa itu Bell’s Palsy. Image
Bell's palsy adalah kelumpuhan sebelah muka akibat saraf kranium VII (CNVII) terjejas. Saraf ini melibatkan otot mimik muka, sebahagian deria lidah, kelenjar air mata dan air liur.
Gejala-gejala Bell’s Palsy adalah:
◾Muka senget / tak simetri
◾Kebas pada muka
◾Air liur meleleh tak terkawal
◾Mata sukar ditutup dan berair
◾Pertuturan tak jelas
◾Kurang deria rasa pada lidah
◾Sakit telinga
Read 9 tweets
27 Nov 20
"Doktor, jari anak saya ni tersepit pintu. Jadi hitam kuku dia. Bahaya tak?"

Tersepit jari pada pintu adalah kecederaan yang lazim untuk kanak-kanak. Sama ada pada pintu rumah, tingkap atau pintu kenderaan.

Thread #MedTweetMY Image
Bergantung pada berat pintu dan kekuatan hentaman, kecederaan boleh ringan mahupun berat.

Berikut adalah jenis kecederaan yang boleh berlaku dan cara merawatnya untuk menjamin kesembuhan yang optimum.
1. Bengkak: ini terjadi kerana tisu yang tercedera mengalami keradangan (inflamasi). Cara nak kurangkannya, adalah dengan melakukan tuaman ais pada bahagian yang bengkak pada hari pertama dan kedua kecederaan.
Read 10 tweets
25 Nov 20
Jika anak terjatuh dan terhantuk kepala ada beberapa perkara yang ibubapa perlu periksa pada anak. Mohon ingat perkara-perkara ini dengan baik.

Bebenang #MedTweetMY
1. Lebam/lebam: ini tanda kecederaan tisu badan seperti otot, tendon, lemak, kulit dan kapilari(salur darah halus). Jika ia sangat keras, besar, dan berwarna sangat gelap, bawa jumpa doktor. Khuatir berlaku hematoma, pendarahan di bawah kulit.
2. Luka: jika nampak darah, periksa saiz luka. Jika lebih lebar dari lebar satu jari, perlu bawa jumpa doktor. Sementara itu, cuci sekali dengan air bersih, kemudian tekap. Tak usah cuci berulang kali. Darah hanya akan berhenti bila kita tekap luka.
Read 13 tweets
13 Jun 20
Malam ni aku nak kongsi kisah seram dekat wad warga emas (geriatrik) di sebuah hospital tempat aku pernah kerja. RT thread seram ni! Jom baca!
Tak semua hospital ada wad geriatrik. Hanya hospital besar atau berstatus tertiari sahaja ada wad sebegini. Alhamdulillah aku sempat bekerja di wad geriatrik di sebuah hospital sebelum aku berhenti bekerja dan buka klinik sendiri.
Wad geriatrik adalah wad yang menempatkan warga emas. Selain memerlukan rawatan yang lebih terperinci dan komprehensif, mereka juga sangat memerlukan perhatian. Kebanyakan mereka di sini berada di dalam wad dalam jangka masa yang lama.
Read 26 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!