"Doktor, jari anak saya ni tersepit pintu. Jadi hitam kuku dia. Bahaya tak?"

Tersepit jari pada pintu adalah kecederaan yang lazim untuk kanak-kanak. Sama ada pada pintu rumah, tingkap atau pintu kenderaan.

Thread #MedTweetMY Image
Bergantung pada berat pintu dan kekuatan hentaman, kecederaan boleh ringan mahupun berat.

Berikut adalah jenis kecederaan yang boleh berlaku dan cara merawatnya untuk menjamin kesembuhan yang optimum.
1. Bengkak: ini terjadi kerana tisu yang tercedera mengalami keradangan (inflamasi). Cara nak kurangkannya, adalah dengan melakukan tuaman ais pada bahagian yang bengkak pada hari pertama dan kedua kecederaan.
2. Luka: kulit pada jari boleh terkoyak dan berlaku pendarahan. Jika kukuh pecah dan isi di bawah kuku terbelah, maka perlu jumpa doktor untuk jahitan. Jika isi bawah kuku itu tak dijahit, maka kuku akan tumbuh tidak sempurna.
3. Kuku hitam: ini terjadi kerana berlaku pendarahan dibawah kuku, dan ia tiada tempat untuk mengalir keluar. Kuku perlu ditebuk(trephination) untuk buang darah di bawah kuku. Jika tidak, jari akan sakit berdenyut-denyut.
4. Sendi terkehel: Ini berlaku sekiranya tulang terkeluar dari sendinya. Tulang boleh dimasukkan semula (reduction) ke sendinya dengan prosedur tanpa pembedahan, tetapi perlu menggunakan ubat bius atau penahan sakit.
5. Patah tulang: Jika pintu itu berat dan hentamannya kuat, ada kebarangkalian tulang jari(phalanges) boleh retak atau patah. Jika ini berlaku, jajaran tulang perlu dibetulkan, kemudian dipasangkan bidai(splint).
Jika tidak pasti tahap kecederaan jari si anak, eloklah bawa berjumpa doktor untuk penilaian. Kecederaan jari yang tidak dirawat sempurna akan mengganggu perkembangan kecekapan tangan anak-anak, dan potensi mereka.
Salah satu cara untuk kurangkan risiko jari anak tersepit pintu, adalah dengan memasang pelindung pada kawasan engsel pintu, atau memasang sendal pintu agar pintu tak terhempas tutup bila ditiup angin.

Semoga bermanfaat! Image
Untuk lebih banyak tip kecemasan, boleh dapatkan ebook 'Formula Kecemasan Untuk Si Kecil' di link ini:
kitkecemasan.onpay.my/order/form/kec…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Kamarul Ariffin Nor Sadan

Kamarul Ariffin Nor Sadan Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @dr_chaku

25 Nov
Jika anak terjatuh dan terhantuk kepala ada beberapa perkara yang ibubapa perlu periksa pada anak. Mohon ingat perkara-perkara ini dengan baik.

Bebenang #MedTweetMY
1. Lebam/lebam: ini tanda kecederaan tisu badan seperti otot, tendon, lemak, kulit dan kapilari(salur darah halus). Jika ia sangat keras, besar, dan berwarna sangat gelap, bawa jumpa doktor. Khuatir berlaku hematoma, pendarahan di bawah kulit.
2. Luka: jika nampak darah, periksa saiz luka. Jika lebih lebar dari lebar satu jari, perlu bawa jumpa doktor. Sementara itu, cuci sekali dengan air bersih, kemudian tekap. Tak usah cuci berulang kali. Darah hanya akan berhenti bila kita tekap luka.
Read 13 tweets
13 Jun
Malam ni aku nak kongsi kisah seram dekat wad warga emas (geriatrik) di sebuah hospital tempat aku pernah kerja. RT thread seram ni! Jom baca!
Tak semua hospital ada wad geriatrik. Hanya hospital besar atau berstatus tertiari sahaja ada wad sebegini. Alhamdulillah aku sempat bekerja di wad geriatrik di sebuah hospital sebelum aku berhenti bekerja dan buka klinik sendiri.
Wad geriatrik adalah wad yang menempatkan warga emas. Selain memerlukan rawatan yang lebih terperinci dan komprehensif, mereka juga sangat memerlukan perhatian. Kebanyakan mereka di sini berada di dalam wad dalam jangka masa yang lama.
Read 26 tweets
13 Sep 19
KENTANG YANG TELAH BERTUKAR WARNA HIJAU DAN TUMBUH TUNAS, SELAMAT ATAU TIDAK DI MAKAN?

Tak selamat! Ikuti thread ni!
Kentang yang telah bertukar warna kepada warna hijau dan telah tumbuh tunas mengandungi toksik semulajadi dikenali sebagai glycoalkaloids iaitu solanin dan chaconine.

Toksik ni berada pada jumlah tinggi pada kulit kentang yang hijau dan bertunas.
Kentang bertoksin ini rasanya pahit, dan memakannya boleh sebabkan cirit-birit, muntah, dan sakit bahagian abdomen. Simptom ini akan berlaku dalam beberapa jam dan berlarutan sehingga satu hari.

Membakar, merebus, dan menggoreng kentanv ini tidak menghapuskan toksin ini.
Read 4 tweets
13 Jun 19
Siapa tahu beza susu segar, susu penuh krim, susu skim, susu rendah lemak, susu isian, susu sejat, susu pekat dan sebagai?

Kalau tak tahu, kena follow thread ni!
1. Susu Segar (Fresh Milk)
Susu mentah yang dipasteurkan untuk bunuh kuman. Ia dijual dalam bentuk aslinya(cecair). Jika ia susu import, maka ia diimport dalam bentuk cecair. Oleh itu, harganya lebih mahal sedikit.
2. Susu Penuh Krim (Full Cream Milk)
Susu yang mengandungi komposisi lemak seperti susu segar iaitu sekitar 3.8%. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.
Read 12 tweets
25 Jan 19
"Doktor, lipas masuk telinga saya!"

Kes serangga masuk dalam telinga ni kes yang lazim berlaku. Kalau ia berlaku pada kau orang, tahu tak apa nak buat?

Nak tahu? Baca thread ni! #MedTweetMY
Tanda-tanda serangga masuk telinga:
✅Berdengung
✅Bunyi keritik
✅Pergerakan
✅Sakit
✅Kurang dengar
✅Keluar air/nanah
✅Berdarah
Apa nak buat jika syak serangga mausk telinga?

1. BERTENANG
memanglah ngeri dan geli geleman, tapi cuba untuk tenang. Petgerakan yang terlalu banyak mungkin akan menyebabkan serangga masuk lebih dalam.
Read 11 tweets
27 Dec 18
“Doktor, tapak tangan saya berpeluh banyak sangat sampai tak boleh buat kerja. Kenapa, ya?”

Ada tak antara kau orang alami masalah macam ni? Meh baca! #thread #MedTweetMY
Kondisi ini dinamakan hiperhidrosis, iaitu peluh berlebihan adalah keadaan di mana terdapat peluh di luar keperluan fisiologi badan. Kondisi ini tidak membahayakan nyawa, namun boleh memberi kesan yang ketara ke atas kualiti hidup individu yang mengalaminya.
Antaranya:
— Kerap mengelap tangan
— Sukar pegang barang, menulis dan bermain alat muzik
— Sukar beriadah atau bersukan
— Malu bersosial kerana badan dan ketiak berpeluh
— Bau busuk di bahagian ketiak dan kaki
Read 13 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!