1. Lebam/lebam: ini tanda kecederaan tisu badan seperti otot, tendon, lemak, kulit dan kapilari(salur darah halus). Jika ia sangat keras, besar, dan berwarna sangat gelap, bawa jumpa doktor. Khuatir berlaku hematoma, pendarahan di bawah kulit.
2. Luka: jika nampak darah, periksa saiz luka. Jika lebih lebar dari lebar satu jari, perlu bawa jumpa doktor. Sementara itu, cuci sekali dengan air bersih, kemudian tekap. Tak usah cuci berulang kali. Darah hanya akan berhenti bila kita tekap luka.
3. Retak: jika ada nampak keganjilan dalam bentuk kepala anak, cuba raba kepalanya. Khuatir ada keretakan pada tengkorak. Hanya keretakan sehingga tulang tengkorak terbenam atau terangkat dapat dirasa. Jika tak pasti, bawa jumpa doktor.
4. Menangis tak henti (inconsolable cry): Jika anak kecil(umur kurang 3 tahun) menangis tanpa boleh dipujuk, kemungkinan anak mengalami sakit kepala. Sakit kepala berpanjangan mungkin akibat kecederaan otak. Bawa jumpa doktor.
5. Pandangan kabur: bahagian otak yang memproses penglihatan terletak di bahagian belakang kepala. Jika terhantuk di bahagian belakang kepala dan selepas itu pandangan jadi kabur, mungkin ada kecederaan otak. Bawa jumpa doktor.
6. Pengsan: jika anak tidak sedarkan diri selepas terhantuk, mungkin berlaku kedeceraaan otak. Kecederaan otak yang boleh berlaku adalah: gegaran(consussion), lebam(contusion), atau pendarahan. Bawa jumpa doktor.
7. Muntah: kadang-kadang lepas terhantuk, anak akan muntah. Tetapi jika anak muntah berterusan, ia mungkin tanda ada kecederaan otak. Muntah-muntah ini boleh disebabkan kerana tekanan dalam otat meningkat. Bawa jumpa doktor.
8. Sawan: ini juga salah satu tanda berlakunya kecederaan otak. Simptom sawan adalah, anak mata naik ke atas, mulut berbuih, bibir biru, kejang leher serta tangan dan kaki, terkencing, terberak, dll. Salah satu simptom ini berlaku, jumpa doktor.
Anak-anak perlu dipantau dalam masa 24-48 jam selepas terjatuh. Sebahagian simptom yang disebutkan tadi kadang-kadang tidak terjadi serta merta selepas jatuh, tetapi terjadi lewat sedikit. Maka sekurang-kurangnya seharian.
Jika tiada tanda-tanda yang membimbangkan, boleh beri Paracetamol dan letakkan tuaman ais pada kawasan yang terhantuk untuk mengurangkan sakit dan mengelakkan bengkak yang besar. Boleh tuam selama 5-10 minit dan diulang 3 kali sehari.
Nasihat terakhir: Jika anak jatuh, buatlah keputusan ikutlah naluri hati seorang ibu. Walaupun anak kelihatan elok sahaja tetapi ibu risau dan ragu, maka bawalah jumpa doktor. Tak apa jika terlebih waspada, daripada terlebih ambil ringan.
Malam ni aku nak kongsi kisah seram dekat wad warga emas (geriatrik) di sebuah hospital tempat aku pernah kerja. RT thread seram ni! Jom baca!
Tak semua hospital ada wad geriatrik. Hanya hospital besar atau berstatus tertiari sahaja ada wad sebegini. Alhamdulillah aku sempat bekerja di wad geriatrik di sebuah hospital sebelum aku berhenti bekerja dan buka klinik sendiri.
Wad geriatrik adalah wad yang menempatkan warga emas. Selain memerlukan rawatan yang lebih terperinci dan komprehensif, mereka juga sangat memerlukan perhatian. Kebanyakan mereka di sini berada di dalam wad dalam jangka masa yang lama.
KENTANG YANG TELAH BERTUKAR WARNA HIJAU DAN TUMBUH TUNAS, SELAMAT ATAU TIDAK DI MAKAN?
Tak selamat! Ikuti thread ni!
Kentang yang telah bertukar warna kepada warna hijau dan telah tumbuh tunas mengandungi toksik semulajadi dikenali sebagai glycoalkaloids iaitu solanin dan chaconine.
Toksik ni berada pada jumlah tinggi pada kulit kentang yang hijau dan bertunas.
Kentang bertoksin ini rasanya pahit, dan memakannya boleh sebabkan cirit-birit, muntah, dan sakit bahagian abdomen. Simptom ini akan berlaku dalam beberapa jam dan berlarutan sehingga satu hari.
Membakar, merebus, dan menggoreng kentanv ini tidak menghapuskan toksin ini.
Siapa tahu beza susu segar, susu penuh krim, susu skim, susu rendah lemak, susu isian, susu sejat, susu pekat dan sebagai?
Kalau tak tahu, kena follow thread ni!
1. Susu Segar (Fresh Milk)
Susu mentah yang dipasteurkan untuk bunuh kuman. Ia dijual dalam bentuk aslinya(cecair). Jika ia susu import, maka ia diimport dalam bentuk cecair. Oleh itu, harganya lebih mahal sedikit.
2. Susu Penuh Krim (Full Cream Milk)
Susu yang mengandungi komposisi lemak seperti susu segar iaitu sekitar 3.8%. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.
Tanda-tanda serangga masuk telinga:
✅Berdengung
✅Bunyi keritik
✅Pergerakan
✅Sakit
✅Kurang dengar
✅Keluar air/nanah
✅Berdarah
Apa nak buat jika syak serangga mausk telinga?
1. BERTENANG
memanglah ngeri dan geli geleman, tapi cuba untuk tenang. Petgerakan yang terlalu banyak mungkin akan menyebabkan serangga masuk lebih dalam.
“Doktor, tapak tangan saya berpeluh banyak sangat sampai tak boleh buat kerja. Kenapa, ya?”
Ada tak antara kau orang alami masalah macam ni? Meh baca! #thread#MedTweetMY
Kondisi ini dinamakan hiperhidrosis, iaitu peluh berlebihan adalah keadaan di mana terdapat peluh di luar keperluan fisiologi badan. Kondisi ini tidak membahayakan nyawa, namun boleh memberi kesan yang ketara ke atas kualiti hidup individu yang mengalaminya.
Antaranya:
— Kerap mengelap tangan
— Sukar pegang barang, menulis dan bermain alat muzik
— Sukar beriadah atau bersukan
— Malu bersosial kerana badan dan ketiak berpeluh
— Bau busuk di bahagian ketiak dan kaki