Ketika anggota polis meminta kad pengenalan orang awam, kita boleh minta polis tunjuk kad kuasa mereka terlebih dahulu (penghakiman kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam).
Ekoran kejadian rogol yang berlaku di lokap balai polis Miri, JIPS kini menyiasat anggota suspek yang merupakan anggota polis.
Kes dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tuduhan dibawa ke Mahkamah.
Tindakan tatatertib juga dikenakan kepada pegawai kanan PDRM.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Pakar forensik pada hari ini telah mengesahkan punca kematian Pegawai Kadet Laut UPNM itu adalah kerana jangkitan kuman dan luka lecur utama ‘sequela’.
Kecederaan yang dialami mangsa itu tidak dapat disangkal memang akan menyebabkan kematian.
5 orang suspek dituduh membunuh mangsa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Seorang suspek pula dituduh bersubahat membunuh.
Tuduhan 302 Kanun Keseksaan dan bersubahat membunuh membawa hukuman gantung sampai mati, jika didapati bersalah.
12 suspek lagi dituduh atas kesalahan cederakan mangsa (Seksyen 330 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan-niat bersama).
Kes akan disambung perbicaraan pada 12 Januari 2021.
[KISAH BENAR] Pagi kejadian, seorang budak perempuan menaiki basikal seorang diri pergi ke sekolah.
Dia lalu tempat yang sunyi. Kemudian, ada kereta berhenti. Pemandu kereta tarik budak tu masuk dalam kereta.
Budak tu dibawa ke kubur.
Apa jadi? Sambung malam ni..
Hari kejadian, mangsa menaiki basikal melalui satu jalan yang sempit dan sunyi. Tiba-tiba ada sebuah kereta Proton Saga berhenti di hadapannya. Terkejut budak tu.
Pemandu kereta tu keluar dari kereta dan terus tarik budak tu masuk dalam kereta. Apa hal?
Mangsa diarahkan duduk di bawah stereng. Bayangkan keadaan mangsa ketika itu. Terus dibawa ke satu tempat yang mangsa sendiri tidak tahu.
Mereka pergi ke satu kawasan berdekatan dengan kubur Cina.
Mangsa yang masih berada di bawah stereng berasa takut.
Kuasa isytihar darurat ada pada Agong (Perkara 150(1) Perlembagaan). Tetapi keputusan dibuat Agong bukanlah mutlak. Kena ikut nasihat jemaah menteri diketuai Perdana Menteri.
Final say is on Perdana Menteri. Agong is bound to the advice of PM.
Kenapa perlu adanya darurat? Fuh
Perdana Menteri dijangka mengadap Agong seketika nanti. Fuhhhh
Jika betul ada pengisytiharaan darurat atau 'proclamation of emergency', ianya atas kehendak Perdana Menteri.
Perdana Menteri bertindak atas kuasa budi bicara untuk nasihat YDPA di bawah Perkara 40(1) Perlembagaan.
PM is the decision maker (Privy Council case of Teh Cheng Poh).
Pernah terjadi di Sabah, sorang inspektor terima panggilan dari kawan baiknya. Ada perompak masuk rumah. Cepat-cepat dia selamatkan kawan dia.
Tetapi, polis tu cedera teruk. Terpaksa ke balai minta bantuan. Kawan dia mati dibunuh.
Polis tu pulak dituduh membunuh. Apa dah jadi?
Lebih kurang pada pukul 5 pagi pada hari kejadian, seorang inspektor datang ke ibu pejabat polis tidak berbaju dan berlumuran darah. Dia meminta bantuan rakan sepasukan untuk pergi ke rumah kawannya. Dikatakan ada satu rompakan berlaku.
2 orang polis berpangkat koperal dan lans koperal kemudian bergegas ke tempat kejadian. Ketika itu, mereka nampak seseorang terbaring di ruang tamu. Berlumuran darah. Mangsa merupakan kawan kepada inspekor itu. Terus dibawa ke wad kecemasan hospital dan disahkan meninggal.