Tabiat saya ni memang saya dah amal sejak 6 tahun yang lepas.

Setiap kali jumpa budak lelaki atau perempuan di klinik, saya suka tanya 3 soalan ni.

“Makan apa pagi tadi”

“Siapa yang masak?”

“Dah cakap terima kasih kat mak?”
Boleh kata hampir semua budak akan jawab mak yang masak. Untuk soalan yang ketiga, cuma ada seorang je budak yang mengaku dia cakap terima kasih.

Yang lain cuma geleng kepala sambil tersengih-sengih.
Selalunya, saya akan terus minta mereka cakap terima kasih pada mak masing-masing. Tersenyum lebar mak bila anak cakap terima kasih. Mudahnya nak buat hati mak gembira.

Dulu, saya pun hanya nampak sarapan biasa je.
Tapi bila isteri saya tak sihat beberapa tahun yang lepas, sayalah yang banyak ambil alih kerja di rumah dan dapur.

Baru saya tahu, apa yang anak-anak saya akan makan minggu ni, rupa-rupanya isteri dah rancang sejak minggu lepas.
Kemudian barulah pergi beli barang-barang untuk memasak. Kadang-kadang, pergi 2-3 kedai barulah lengkap bahannya.

Setiap hari, kena bangun awal. Sebab bila anak dah bangun, memang macam-macam ragam anak ni.
Seorang nak makan cepat, seorang nak tukar pampers, seorang lagi minta nak mandi.

Tengah nak sediakan bahan, anak kecil tu tumpahkan susu ke lantai. Dah nak kena lap lantai.
Baru nak masuk dapur, anak lagi seorang meragam pula. Kena pergi tengok dan pujuk dulu. Yang lagi seorang pula minta berdukung.

Bila saya betul-betul nak ke dapur, nampak pula baju kotor bertimbun, bilik mainan bersepah teruk dan macam-macam lagi.
Rasa otak ni dibelah-belah sebab kena fokus pada banyak benda pada satu-satu masa.

Sejak tu, saya dah tak pandang sarapan yang isteri sediakan hanya sarapan semata-mata.
Pada setiap sarapan yang mak atau isteri kita sediakan ni ada suka, duka, air mata, kepenatan melampau, kesakitan, gembira, tawa, cinta, dan pengorbanan yang saya tak pernah nampak.
Sebab tu setiap kali isteri saya sediakan sarapan, saya wajibkan diri saya dan anak-anak cakap terima kasih pada dia.

Saya nak mereka faham mak mereka bukan bibik yang boleh disuruh-suruh.
Saya nak anak saya faham betapa susahnya menjadi seorang mak.

Saya nak mereka bersyukur ada mak yang menjaga makan minum mereka.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Follow TikTok saya sekali ya ▶️ vt.tiktok.com/ZSWCp4WP/

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Redza Zainol

Redza Zainol Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DrRedzaZainol

22 Feb
Makin lama saya tengok budak ni, makin dia menjadi-jadi.

Buku jatuh atas lantai, dia minta mak kutip. Selipar tercabut minta mak kutip dan pakaikan balik.

Sekali anak ni minta nak minum, mak dia keluarkan botol susu dari beg.
“Dah darjah 1, minum pakai botol lagi ke?”

Maknya cuma tersengih-sengih

“Dia tak nak pakai gelas. Kalau paksa sangat, nanti sampai bergaduh.”

Selidik punya selidik, rupanya mak ni dah serupa bibik di rumah. Semua kerja rumah, dia yang buat. Apa anak nak, dia ikutkan semuanya
Saya pun cakap jangan manjakan sangat anak lelaki ni.

Anak bawah 2 tahun memang kita jaga macam anak raja. Tapi bila dah masuk umur 2 tahun, kita dah boleh latih anak sama-sama buat kerja rumah (house chores).
Read 11 tweets
19 Feb
Bila anak sentiasa “takut” pada mak ayah sendiri, anak tu cenderung untuk membuat semua perkara sendiri.

Inilah yang dinamakan sebagai Fear Loop. Ia bahaya sebab anak terdedah pada sesuatu yang boleh mengancam nyawa tanpa kita sedar.
Anak bukan tahu bezakan benda bahaya atau tak. Tu yang buatkan Fear Loop ni sangat bahaya.

Bagi anak, sama ada buat sendiri atau kena marah, baik dia buat sendiri.

Ini 5 Tanda awal Fear Loop ada pada anak.
1 - Dia mula menipu

Walaupun perkara tu berlaku depan mata, bila kita tanya dia tak ngaku. Kalau tak menipu, dia senyap tak terkata.

2 - Susah nak meluah

Anak anak jenis jarang susahkan kita. Tapi pernah terfikir tak yang anak tu mungkin takut nak meluah?
Read 10 tweets
16 Feb
Saya takut membaca beratus fail kanak-kanak yang menjadi mangsa Sexual Grooming.

Bermula dengan 1 klik dari apps WeChat, ia diakhiri dengan cabul, rogol, tekanan jiwa dan trauma bertahun lamanya.

Ini 6 fasa Sexual Grooming yang mak ayah wajib tahu.
#1 Memilih mangsa

- yang lemah
- yang sangat nakkan perhatian
- yang kurang keyakinan diri
- kurang berpendidikan
- anak istimewa

#2 Mengumpul maklumat mangsa

- Mangsa akan selalu diperhatikan untuk tahu
apa keinginan dan kelemahan terbesar mangsa.
#3 Mula dapatkan kepercayaan mangsa.

- mula tawarkan diri untuk bantu mangsa dengan niat untuk dapatkan kepercayaan mangsa.
- mula memadam sempadan antara perlakuan yang betul dan salah.
- mula guna ayat :

“Ini rahsia kita berdua, mak ayah tak boleh tahu.”
Read 7 tweets
16 Feb
Bila saya baca mesej dari kawan saya pagi semalam, rasa ralat sangat sebab saya lambat balas. 

Dia mesej saya waktu malam dan saya pula dah tidur awal.
Ceritanya, adik dia tengah seronok main skateboard dengan kawan. Bila meluncur laju, terus dia lompat dari tangga dan jatuh tertiarap. Kepala terhantuk ke lantai. 

Berdentum bunyi dia. Dumm!
Sunyi sepi sekejap lepas tu terus menangis adik dia. Selalu adiknya jenis kuat. Tapi kali ni dia memang menangis tak berhenti. 

Bila abangnya datang periksa, bahagian kiri kepala dah bengkak besar. Kawan-kawan kata kepala yang cecah lantai dulu. Allahu.
Read 12 tweets
15 Feb
Seminggu ni saya tengok anak saya asyik meragam je. Makin lama makin susah nak tidur malam.

Fikir punya fikir, baru saya tersedar.
Dah makin jarang saya bawa anak bermain di luar rumah. Selalunya, hampir setiap hari saya bawa anak naik basikal jauh sampai ke kebun pokok getah.

Kat situlah anak-anak kutip biji getah, ranting kayu dan daun yang menarik coraknya untuk dibawa balik.
Mula-mula saya fikir entah apa yang anak saya ni main.

Lama-lama baru saya faham yang anak saya ni jenis Naturalistic Learner. Dia ni jenis yang lagi cepat belajar bila dikelilingi oleh alam semulajadi.
Read 11 tweets
9 Feb
“Papa, tadi abang belajar pasal Siphonophore. Besar sangat haiwan tu!”

"Betul ke ada nama haiwan macam ni?” Pertama kali dengar nama ni, ragu-ragu juga jadinya.

Cepat-cepat dia Google dan tunjuk pada saya.
Wah, wujud rupanya. Saya pun duk dengar dia cerita macam-macam sampai 15 minit. Sampai satu ketika tu, saya perasan yang dia beriya-iya nak bagi saya faham.
Kemuncaknya bila dia cerita yang Siphonophore ni akan meletup kalau berenang dekat dengan permukaan air. Sebab tu mereka hanya tinggal di laut dalam.
Read 13 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!