Makin lama saya tengok budak ni, makin dia menjadi-jadi.
Buku jatuh atas lantai, dia minta mak kutip. Selipar tercabut minta mak kutip dan pakaikan balik.
Sekali anak ni minta nak minum, mak dia keluarkan botol susu dari beg.
“Dah darjah 1, minum pakai botol lagi ke?”
Maknya cuma tersengih-sengih
“Dia tak nak pakai gelas. Kalau paksa sangat, nanti sampai bergaduh.”
Selidik punya selidik, rupanya mak ni dah serupa bibik di rumah. Semua kerja rumah, dia yang buat. Apa anak nak, dia ikutkan semuanya
Saya pun cakap jangan manjakan sangat anak lelaki ni.
Anak bawah 2 tahun memang kita jaga macam anak raja. Tapi bila dah masuk umur 2 tahun, kita dah boleh latih anak sama-sama buat kerja rumah (house chores).
Boleh guna teknik single step command (satu arahan):
✅ Contoh: Tolong ambilkan tuala mandi.
Atau guna teknik 2 steps command (2 arahan dalam 1 ayat):
✅ Contoh: Tolong ambil pampers ni dan buang ke dalam bakul / tong sampah.
Dua-dua teknik ni sesuai untuk kanak-kanak usia 2 tahun. Senang je kan.
Bila anak tak dilatih:
❌ Dia hilang rasa bertanggungjawab.
❌ Dia tak pandai urus masa.
❌ Keyakinan diri jadi rendah.
❌ Tak pandai jaga kebersihan.
Anak usia 2-3 tahun ni:
✔️ Kena tahu wajib kemas mainan sendiri.
✔️ Biar dia belajar lap meja dan lantai.
✔️ Biar dia biasa letak baju kotor dalam bakul.
✔️ Letak pinggan dan cawan plastik dalam sinki lepas makan.
✔️ Galakkan dia angkat barang yang ringan.
Lepas mereka buat, kita ucapkan terima kasih, bagi pelukan dan puji anak best-best tau.
Barulah anak lelaki tahu, kerja-kerja rumah ni bukan kerja orang perempuan semata.
Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Kita nak anak lelaki kita jadi pemimpin hebat untuk keluarga mereka kelak.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Tabiat saya ni memang saya dah amal sejak 6 tahun yang lepas.
Setiap kali jumpa budak lelaki atau perempuan di klinik, saya suka tanya 3 soalan ni.
“Makan apa pagi tadi”
“Siapa yang masak?”
“Dah cakap terima kasih kat mak?”
Boleh kata hampir semua budak akan jawab mak yang masak. Untuk soalan yang ketiga, cuma ada seorang je budak yang mengaku dia cakap terima kasih.
Yang lain cuma geleng kepala sambil tersengih-sengih.
Selalunya, saya akan terus minta mereka cakap terima kasih pada mak masing-masing. Tersenyum lebar mak bila anak cakap terima kasih. Mudahnya nak buat hati mak gembira.
Saya takut membaca beratus fail kanak-kanak yang menjadi mangsa Sexual Grooming.
Bermula dengan 1 klik dari apps WeChat, ia diakhiri dengan cabul, rogol, tekanan jiwa dan trauma bertahun lamanya.
Ini 6 fasa Sexual Grooming yang mak ayah wajib tahu.
#1 Memilih mangsa
- yang lemah
- yang sangat nakkan perhatian
- yang kurang keyakinan diri
- kurang berpendidikan
- anak istimewa
#2 Mengumpul maklumat mangsa
- Mangsa akan selalu diperhatikan untuk tahu
apa keinginan dan kelemahan terbesar mangsa.
#3 Mula dapatkan kepercayaan mangsa.
- mula tawarkan diri untuk bantu mangsa dengan niat untuk dapatkan kepercayaan mangsa.
- mula memadam sempadan antara perlakuan yang betul dan salah.
- mula guna ayat :
“Ini rahsia kita berdua, mak ayah tak boleh tahu.”
Bila saya baca mesej dari kawan saya pagi semalam, rasa ralat sangat sebab saya lambat balas.
Dia mesej saya waktu malam dan saya pula dah tidur awal.
Ceritanya, adik dia tengah seronok main skateboard dengan kawan. Bila meluncur laju, terus dia lompat dari tangga dan jatuh tertiarap. Kepala terhantuk ke lantai.
Berdentum bunyi dia. Dumm!
Sunyi sepi sekejap lepas tu terus menangis adik dia. Selalu adiknya jenis kuat. Tapi kali ni dia memang menangis tak berhenti.
Bila abangnya datang periksa, bahagian kiri kepala dah bengkak besar. Kawan-kawan kata kepala yang cecah lantai dulu. Allahu.
“Papa, tadi abang belajar pasal Siphonophore. Besar sangat haiwan tu!”
"Betul ke ada nama haiwan macam ni?” Pertama kali dengar nama ni, ragu-ragu juga jadinya.
Cepat-cepat dia Google dan tunjuk pada saya.
Wah, wujud rupanya. Saya pun duk dengar dia cerita macam-macam sampai 15 minit. Sampai satu ketika tu, saya perasan yang dia beriya-iya nak bagi saya faham.
Kemuncaknya bila dia cerita yang Siphonophore ni akan meletup kalau berenang dekat dengan permukaan air. Sebab tu mereka hanya tinggal di laut dalam.