“Pernah basuh bantal ni?” saya tunjuk pada bantal yang si kecil tengah peluk.

Maknya geleng saja.

Warna bantal tu coklat dan bercapuk. Boleh jadi dah bertahun tak dibasuh. Tak berani saya nak datang dekat, takut tak lalu nak makan malam pula.
Kalau macam ni gayanya, patutlah anaknya asyik masuk ke wad sebab demam dan batuk. Bantal tu dah jadi sarang bakteria.

Selalu juga saya nasihat mak ayah, tak salah nak ada bantal atau selimut busuk. Cuma kenalah basuh selalu.
✔️ Bantal busuk selalunya mula ada sejak usia 8-12 bulan.
✔️ Hanya bersifat sementara.
✔️ Kanak-kanak boleh mula berenggang dengan "bantal busuk" pada usia 2-5 tahun.
Bila anak asyik berjauhan dengan mak ayah, si kecil tu sebenarnya rasa tak selesa dan gelisah. Bukan tu je, dia juga akan rasa tertekan bila dijaga oleh penjaga baru selama beberapa jam setiap hari di tempat baru.
Ada 1 kajian dibuat, si kecil usia 3 tahun yang diletak di rumah pengasuh selama seharian akan cenderung untuk ada bantal/ selimut/ patung busuk berbanding mereka yang cuma pergi selama separuh hari.
Bantal busuk ni sebenarnya mereka gunakan untuk kurangkan rasa tak selamat bila asyik berjauhan dari mak dan ayah.

Bila dapat peluk dan pegang bantal busuk, terus rasa tenang, selesa dan selamat.
Kalau anak dah umur 5 tahun dan masih tak boleh berpisah dengan bantal/ patung/ selimut busuk, boleh cuba 5 cara ni:

✅ Peluklah anak dan beri perhatian setiap hari, supaya anak tak bergantung kepada "bantal busuk" sahaja untuk dapat ketenangan.
✅ Tetapkan had.

Contoh:
👉🏻 "Harini kita tinggalkan Teddy kt rumah ye, kalau bawak keluar nanti Teddy kotor.."
✅ Minta anak tolong jaga "bantal busuk".

Contoh:
👉🏻 "Teddy pon kena mandi barulah wangi macam adik.."
✅ Jangan melekehkan "bantal busuk" anak.

✅ Jangan paksa anak tinggalkan "bantal busuk"nya jika dia belum bersedia.
Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Follow TikTok saya sekali ya ▶️ vt.tiktok.com/ZSWCp4WP/
Image

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Redza Zainol

Redza Zainol Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DrRedzaZainol

3 Mar
3 sifat toksik ni kalau mak ayah buat setiap hari, anak akan hilang keyakinan diri dan perkembangan anak boleh jadi terbantut.
1) Stonewalling

Anak cuba nak berbual tentang sesuatu perkara, tapi kita jauhkan diri kita dengan cara:

❌ Tak menjawab soalan anak
❌ Sengaja lambat jawab soalan anak
❌ Tak cakap apa-apa
❌ Terus tinggalkan anak
❌ Tak ambil serius atau merendah-rendahkan apa yang anak cuba bualkan.
Read 15 tweets
2 Mar
Baru saja mak dan anaknya duduk, saya pun senyum dan bertanya khabar. Kemudian, saya terus tanyakan tentang perkembangan anaknya.

Pada asalnya, mak ni risau yang anaknya lambat bercakap.
“Sekarang dah jauh lebih baik doc, dah pandai sebut 2-3 perkataan dalam 1 ayat. Dah pandai mengadu bila abang dia sakat dia.”

“Apa lagi yang dia boleh sebut sekarang?” saya nak tahu lebih lanjut.
“Lagi dia dah pandai sebut warna merah, biru, hijau. Anggota badan pun banyak yang dia dah tahu.”

Wah, seronok pula saya dengar.

Selalu bila dapat kisah macam ni, saya cuba korek apa rahsia yang mak ayahnya buat di rumah.
Read 16 tweets
24 Feb
Saya betul-betul tergamam bila kawan terdekat saya kongsikan cerita ni.

Bulan lepas, dia baru dapat tahu anaknya didera di sebuah pusat asuhan kanak-kanak. Sebab anaknya ni terlalu aktif, dia dicubit di badan sampai kulitnya merah dan lebam-lebam.
Awalnya, dia fikirkan mungkin si kecil tu cuma terjatuh. Langsung tak terdetik fikiran yang bukan-bukan.

Tapi lepas salah seorang pengasuh tu akhirnya mengaku dia yang dera, kawan saya ni terus jadi trauma. Hancur hati dia.
Sebenarnya dia paling kecewa sebab dia lambat nak kesan tanda-tanda yang anak dia ni dah didera.

Sepanjang minggu, anaknya banyak termenung dan jadi sangat pendiam. Bila berborak, nampak dia tak fokus dan matanya cuma pandang tembus muka mak ayah tanpa perasaan.
Read 13 tweets
23 Feb
“Papa, kakak nak urut kaki papa ya.”

Saya senyum aja.

Lepas dia urut kaki kanan, dia urut kaki kiri pula. Mula-mula saya terkejut juga. Tapi saya ikutkan je apa yang dia nak. Ada lah akal dia tu.
Sebenarnya dia urut tak kuat mana pun, tapi saya tak kisah sebab memang tak lenguh.

Ada juga rasa pelik bila tengok dia bersungguh urut kaki ni. Tapi rasa tu saya abaikan aja.
Sampailah esoknya, dia datang lagi kat saya. Kali ni dia nak jalan dalam rumah sambil pegang tangan saya. Dari bilik depan ke bilik sebelah pun nak berjalan pegang tangan.

Pening saya dibuatnya. Tak faham saya apa yang tengah berlaku.
Read 9 tweets
22 Feb
Makin lama saya tengok budak ni, makin dia menjadi-jadi.

Buku jatuh atas lantai, dia minta mak kutip. Selipar tercabut minta mak kutip dan pakaikan balik.

Sekali anak ni minta nak minum, mak dia keluarkan botol susu dari beg.
“Dah darjah 1, minum pakai botol lagi ke?”

Maknya cuma tersengih-sengih

“Dia tak nak pakai gelas. Kalau paksa sangat, nanti sampai bergaduh.”

Selidik punya selidik, rupanya mak ni dah serupa bibik di rumah. Semua kerja rumah, dia yang buat. Apa anak nak, dia ikutkan semuanya
Saya pun cakap jangan manjakan sangat anak lelaki ni.

Anak bawah 2 tahun memang kita jaga macam anak raja. Tapi bila dah masuk umur 2 tahun, kita dah boleh latih anak sama-sama buat kerja rumah (house chores).
Read 11 tweets
20 Feb
Tabiat saya ni memang saya dah amal sejak 6 tahun yang lepas.

Setiap kali jumpa budak lelaki atau perempuan di klinik, saya suka tanya 3 soalan ni.

“Makan apa pagi tadi”

“Siapa yang masak?”

“Dah cakap terima kasih kat mak?”
Boleh kata hampir semua budak akan jawab mak yang masak. Untuk soalan yang ketiga, cuma ada seorang je budak yang mengaku dia cakap terima kasih.

Yang lain cuma geleng kepala sambil tersengih-sengih.
Selalunya, saya akan terus minta mereka cakap terima kasih pada mak masing-masing. Tersenyum lebar mak bila anak cakap terima kasih. Mudahnya nak buat hati mak gembira.

Dulu, saya pun hanya nampak sarapan biasa je.
Read 13 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!