'Mazhab bagi orang awam adalah mazhab mufti mereka...'
Persoalannya sering kali kita mendengar kaedah fiqh ini diucapkan dan dituturkan oleh kebanyakan para asatizah dan agamawan, namun kefahaman disebalik kaedah fiqh ini sering kali juga disalahertikan oleh mereka,
Thread . .
budaya palatao makin menjadi-jadi kebelakangan ini dalam kalangan mereka tersendiri sedangkan umat kini sedang tenat dengan erti keberagaman yang sebenar, tidak kurangnya netizen dan marhean yang bersikap sentiasa mengeksploitasi dan memprovokasi kefahaman agama,
orang awam menurut istilah para fuqaha' dan usuliyyin adalah mereka yang tidak sampai kepada tahap mampu memahami secara mendalam dalil-dalil syarak & mentarjih (preponderantly) dalil-dalil syarak yang manakah lebih kuat keberhujahannya untuk dijadikan sandaran hujjah bagi hukum,
maka mereka adalah muqallid, dan bukanlah mujtahid seperti para mufti, Al-imam Zarkasyi (1) menjelaskan seorang mujtahid adalah seorang yang mempunyai kepakaran yang mendalam terhadap pentarjihan dalil-dalil syarak,
namun begitu tidak semua para mufti marcapada kini khususnya realiti di Malaysia mempunyai kepakaran dan kelayakan sepatutnya sebagai seorang mujtahid, tanggungjawab dan tugas mereka di tampuk bidang dan jabatan pemfatwaan negara hanyalah sebagai pemberitahu,
atau penjelas selok belok hukum hakam syarak sahaja sebagaimana telah saya telah kongsikan dalam perkongsian saya terlebih dahulu perbezaan antara mufti dan mujtahid menurut perspektif para ulama Mutaqaddimin dan Mutaakhirin,
sehubungan itu terdapat khilaf antara Al-Imam Az-zarkasyi dan beberapa tokoh ulama terkemuka dalam usul fiqh berkenaan adakah ikutan orang awam terhadap pendapat mufti mereka dalam permasalahan fiqh merupakan suatu bentuk ijtihad ataupun ia hanyalah taqlid?,
saya tidak sentuh secara terperinci perbahasan berkenaannya dalam perkongsian ringkas saya edisi bahasa Melayu kalian bolehlah membacanya di perkongsian yang berbahasa Arab...
2. Adakah orang awam wajib bagi mereka mengikuti mazhab tertentu?,
Para ulama berpendapat (pendapat yang shahih) tidak lazim bagi orang awam mengikuti mazhab tertentu tetapi mereka diperwajibkan dan dipertanggungjawabkan mengikuti mazhab mufti mereka,
pendapat ini disokong oleh Al-imam Juwaini dalam Al-burhan dan Al-imam Nawawi dalam Raudhoh dan Al-rawabidh Fil Usul Wal Dhawabid, pendapat yang kedua dinukilkan oleh Ibn Najjar Al-hanbali dalam Syarh Kawkab Al-munir,
menyatakan orang awam diperwajibkan dan dipertanggungjawabkan mengikuti mazhab tertentu daripada mazhab-mazhab muktabar yang empat.
Justeru meskipun Al-imam Juwaini berpendapat demikian, ia sama sekali tidak menjejaskan keutuhan binaan mazhab islami semasa yang sudah menjadi ikutan berzaman, di mana melalui perundangan hukum hakam syarak yang termaktub dalam mazhab,
kita dapat membezakan ibadah manakah yang menerima pensyariatan rukhsah ataupun tidak, bahkan jika diamati dengan teliti dan mata hati yang celik kita akan fahami bahawasanya seorang awam atau mustafti tidak boleh (haram) baginya sesuka hati berpindah-randah mazhab . . .
setelah ia mengikuti mazhab tertentu atau mazhab yang diamalkannya tanpa alasan munasabah dan sebab yang logikal, setiap kali ia menghadapi permasalahan fiqh, di mana ia tidak mengetahui tentangnya secara jelas, maka ia perlu merujuk kepada mereka yang mempunyai keahlian,
kepakaran dan berautoriti dalam menyelesaikan dan merungkaikan permasalahan fiqh mereka antaranya para mufti sepertimana saranan dalam surah Al-nahl ayat ke 43 ; bermaksud 'Tanyakanlah mereka yang berkeahlian dalam kalangan kamu jika kamu tidak mengetahui sesuatu perkara tersebut
3. Adakah orang awam tidak mempunyai mazhab?...
Dinukilkan oleh Al-imam Ar-ra'fie daripada Imam Abi Fath Mohamed Ibn Ata' Al-harwiy daripada kota Al-ha'arah (الهَرَاة) adalah merupakan salah seorang Ashab Syafieyyah yang terulung,
menyatakan bukanlah maksud yang dikehendaki sebalik kaedah yang disebutkan oleh Imam Syafie ini adalah bahawasanya orang awam tidak mempunyai mazhab yang dijadikan ikutan keberamalan dan sandaran hukum hakam bagi mereka sebaliknya ia bermaksud,
orang awam yang tidak mempunyai kepakaran dalam ijtihad maka ia diperbolehkan memilih mana-mana mazhab yang muktabar untuk dijadikan ikutan keberamalan dan sandaran hukum hakam berbeza dengan mujtahid,
Al-imam Ibn Hajar Al-Haitami turut menjelaskan makna kaedah ini dalam Fatawa Fiqhiyyah Al-kubra miliknya (2)...
Selain itu, walaupun syarak membenarkan orang awam memilih mazhab yang sesuai dijadikan ikutan keberamalan dan sandaran hukum hakam bagi mereka, namun syarak juga menjelaskan mereka (orang awam) yang memilih mazhab sewenang-wenangnya,
tanpa displin dan aturan yang betul akan menatijahkan kepada kefasikan berikut perincian pendapat para ulama terhadap golongan orang awam yang bersikap sebegini ;
1. Ia tergolong dalam golongan orang yang fasiq secara mutlak menurut Al-imam Marwazi.
2. Ia tergolong dalam kalangan orang yang fasiq, jika ia memilih-milih mazhab sedia ada menurut hawa nafsu tanpa sandaran alasan munasabah dan sebab yang logikal (Tatabu' Al_rukhas) demi mencari Rukhsah, kesenangan dalam beribadah semata-mata dan matlamatnya,
menurut Al-imam Ahmad Ibn Hanbal dan disokong oleh Imam Nawawi dalam fatwanya...(3).
Peringatan ;
Makna yang sahih disebalik hadis yang bermaksud 'Tanyakanlah pada hati kamu, dan jika kamu berfatwa kepada individu tertentu..' adalah berkenaan soal warak apabila mendepani perkara yang syubhat, dan menjaga diri daripada terjatuh dalam kancah noda dosa & kemaksiatan
solusinya hadis ini tidak pantas difahami secara literal, sebaliknya ia perlu difahami dengan kefahaman yang jelas dan betul, sebagaimana disebutkan oleh Al-imam Az-zarkasyi, Al-imam Ghazali (4) dan Al-imam Munawi (5) hadis ini memberikan gambaran yang jelas,
emosi dan perasaan tidak dapat dijadikan panduan dan sandaran utama dalam menentukan kesahihan hukum hakam syarak...
Wallahua'lam, @izzalazhary
Rujukan ;
(1). Tasynif Masami' Lil Zarkasyi m/s (3/75), Al-fusul Fil Usul Lil Abi Bakr Jassas m/s (3/281),
Al-faqih Wal Mutafaqqih Lil Khatib Baghdadi m/s (2/68).
(2). Fatawa Fiqhiyyah Al-kubra Lil Haitami m/s (4/135).
(3). Raudhah At-tholibin m/s (11/117)
(4). Bahrul Muhith Lil Zarkasyi m/s (8/117)
(5). Faidhul Al-qadir m/s (1/495)
قلت :- اتفق الفقهاء من المذاهب الأربعة على وجوب نفقة الزوجة على زوجها، ووجوب تقديمها على أهله ما لم تكن زوجته مُمْتنعةً منه، ويبدأ وقت هذا الحكم بعد أن تمكن زوجها من نفسها...
Para Fuqaha' keempat-empat mazhab sudah bersepakat bahawasanya wajib si suami menunaikan nafkah...
kepada si isteri berdasarkan harta pencariannya sendiri, dan wajib baginya mendahulukan nafkah si isteri daripada ahli keluarganya yang lain selama mana si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan ia gagal untuk...
1. ديننا بنيان على النّقول ولا على مناسبة العقول فقط،
Konsep pertama dalam bertadayyūn (erti kata beragama islam), setiap perkara yang membabitkan soal keagamaan ia terbina atas dalil dan bukti yang jelas melalui wahyu, dan bukannya semata-mata...
logikal akal fikiran manusiawi sahaja, walaupun begitu syarak tidak menolak pertimbangan akal secara langsung...
2. Dalam memahami skop pembahagian nafkah menurut perspektif islam, perlu kita fahami hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim tersebut adalah jelas dilalātnya,
والشيء إنما يحمل على حقيقته إذا أمكن...
- Selagi mana sesuatu perkara (nas) itu jelas maknanya dan tidak berhajat kepada takwīlan, maka ia (nas tersebut) ditanggung pada hakikat maknanya...
Berkata Imam Ibn Hajār Al-haitamī tuntutan nafkah itu terbahagi kepada dua bahagian (1):-
1. النفقة الواجبة عليه إذا قدر عليها. 1. Tuntutan nafkah yang wajib keatasnya...
jika ia mampu menunaikannya.
2. النفقة الواجبة على غيره إذا قدر عليها. 2. Tuntutan nafkah yang wajib kepada golongan yang memerlukan selain daripada mereka yang dibawah tanggungannya.
SEPUTAR FIQH BERKENAAN HAD BATASAN AURAT PESAKIT (TRANSVESTISM/TRANSVESTIC DISORDER)
المُخَنَّث هو أن يكون الشَّخص وغيره [الخنوثة الكاذبة] في حقيقته من أحد الجنسين وفيه صفاتٌ جنسيّة ظاهرةٌ من الجنس الآخر ويشبه المرأة في اللين والكلام والحركة وغير ذلك بخلاف الخنثى...
لأنه الشخص الواحد الذي عاش خُنْثيَّة أي إجتماع لديه أعضاء الذُّكورة والأنوثة، سواء كانتا مستعملتين أو أحدهما تستعمل لوحدها فقط، ولا يمكننا أن نفرّق أو نحدد جنسيته بالذات إلا بعد سن التمييز أو سن البلوغ...
Mūkhānñāth (pondan) adalah seorang lelaki yang dilahirkan dengan kemaluan
...seorang lelaki dan sifat seorang lelaki tetapi ia memilih untuk berperwatakan seperti seorang wanita, maka terzahir padanya keperibadian seorang wanita dari sudut keayuannya, lemah gemalai perilakunya, perkataannya dan pergerakannya, adapun Khūnsã adalah seorang insan yang...
Adakah bakal suami anda seorang yang 'Narsistik'?, Kenali pasangan anda...
Seorang yang 'Narcs' atau penghidap penyakit Narcissistic Personality Disorder (NPD) boleh jadi seorang yang tinggi lampai, pendek, kurus mulus, jarang sekali yang gemuk...
(kerana kebiasaannya mereka akan 'workout' untuk mengekalkan bentuk tubuh badan mereka).
Terdapat individu 'Narcs' yang agak cerdik pandai, dan ada juga yang sangat bodoh, namun yang perlu kita berwaspada adalah mereka yang cerdik pandai...
terutamanya si 'Prince Charming Cunning a.k.a PCC', outgoing, funniest dan kacak. Tidak kurang juga adanya yang 'more covert' atau 'introverted'...
Penyakit ini tidak mengira usia, jantina, rupa bentuk, bangsa, keturunan atau latar belakang,