Pernah terjadi kes, si suami pergi ke sebuah rumah untuk jumpa dengan skandal isterinya.

Isterinya pun ada di rumah tu. Terkejut dibuatnya. Si isteri bagitau, si dia keluar beli sarapan dan akan balik sekejap lagi.

Rasa-rasa apa jadi selepas tu? 👀
Sambung selepas maghrib
Jam 8 pagi hari kejadian, semasa si isteri sampai ke bilik di rumah tersebut, dia terkejut sebab suaminya berada di situ.

Patutlah pintu bilik terbuka ketika si isteri sampai. Si suami kemudian tarik isterinya masuk ke dalam bilik.
Bilik itu dikatakan disewa oleh skandal si isteri lebih kurang seminggu sebelum kejadian.

Si skandal merupakan nelayan dan tinggal berdekatan dengan majikannya tetapi dalam bilik yang berasingan.
Fakta ini mungkin membawa maksud si skandal itu tinggal bersama majikannya dalam sebuah rumah yang sama, cuma berasingan bilik.

Si suami datang ke rumah tersebut dan masuk ke bilik skandal isterinya kerana tau isterinya ada di situ.
Ketika berada di dalam bilik, si isteri nampak suaminya memegang pisau. Si suami bagitau isterinya supaya jangan bising. Kalau dia menjerit, dia akan dibunuh.

Si suami kemudian suruh isterinya membuka pakaian. Ketika itulah si suami nampak sesuatu pada badan isterinya.
Si suami nampak ada kesan merah dekat dada isterinya. Kesan ciuman si skandal pada isterinya.

Si suami pun marah. Dia tarik rambut, tampar muka dan cucuh api pada pipi isterinya.

Si suami kemudian tanya isterinya. Mana si dia? Isteri pun jawab, ‘dia pergi bekerja’.
Si suami kemudian bagitau dia akan tunggu skandal isterinya balik ke rumah.

Ketika itu si isteri tahu skandalnya itu akan pulang ke rumah dengan membawa makanan untuk sarapan.

Si suami menjawab pada isterinya ‘kamu jangan risau, saya bukan nak bunuh kamu, saya nak bunuh dia’.
Lebih kurang 20 minit kemudian, si skandal pun pulang. Dengan membawa makanan.

Si isteri cepat-cepat bagitau skandalnya tu, supaya jangan masuk ke dalam rumah. Tetapi sebaliknya berlaku.

Si suami terus menyerang si skandal itu di dalam bilik. Ketika itu, pintu bilik tertutup.
Si isteri ada di dalam bilik dan saksikan segalanya. Dia nampak suaminya memotong leher skandalnya menggunakan pisau. Si suami pegang leher dan potong sehingga skandalnya mati di dalam bilik itu.
Si isteri dikatakan telah pergi berjumpa dengan majikan skandalnya dan minta majikannya menelefon polis.

Si suami cuba ajak isterinya larikan diri tetapi si isteri tidak ikut suaminya. Dia masih kekal berada di dalam bilik tersebut.
Disebabkan fakta ini, kes dibawa ke mahkamah. Si suami ditangkap polis dan kemudian didakwa kerana membunuh skandal isterinya di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Si isteri menjadi saksi utama pihak pendakwaan. Ketika dibicara, ada sesuatu yang mencurigakan berlaku.
Ketika si suami melarikan diri keluar dari bilik, ada saksi yang nampak dia cepat-cepat kayuh basikal. Muka si suami kelihatan pucat dan ketakutan.

Ketika itulah, saksi itu pergi masuk ke dalam bilik dan nampak mayat mangsa. Si isteri ada di dalam bilik itu.
Jadi, fakta si isteri keluar dari bilik dan bergegas berjumpa dengan majikan skandalnya telah dinafikan oleh saksi ini.

Apa yang sebenarnya berlaku?
Ketika dibicara, si isteri menafikan skandalnya tinggal di dalam rumah itu.

Padahal, barang dan pakaian skandalnya itu ada terdapat dalam rumah tersebut. Jadi, si isteri sebenarnya cuba menafikan fakta dia bersedudukan dengan skandalnya itu.

Malangnya, semuanya sudah
terbongkar. Disebabkan keterangan si isteri agak meragukan, mahkamah tidak menganggap si isteri adalah saksi yang credible.

Pihak pendakwaan gagal buktikan adakah benar si suami datang ke tempat kejadian dengan membawa pisau.
Si isteri hanya mengesahkan ada pisau ditangan suaminya. Tetapi, tiada kepastian dibuat sama ada pisau diambil dari tempat kejadian di rumah tersebut atau sebaliknya.

Semuanya menimbulkan persoalan.
Pegawai penyiasat gagal siasat apa yang sebenarnya berlaku sehari sebelum kejadian. Panggilan telefon daripada si suami ada dibuat banyak kali kepada si mangsa.

Si suami memberitahu skandal isterinya supaya jangan mengusik isterinya.
Si isteri selalu berhubungan dengan skandalnya tetapi pegawai penyiasat gagal membuat follow up status analisis telefon bimbit yang dirampas.

Jadi, apa yang berlaku pada malam sebelum kejadian menjadi persoalan.
Mahkamah memutuskan si suami tidak didapati bersalah membunuh.

Sebaik sahaja si skandal tadi masuk ke dalam rumah, tiba-tiba berlaku pergaduhan.

‘Sudden fight’ ini berlaku ekoran adanya provokasi yang mana si suami telah hilang pertimbangan.
Si skandal pula tercabar egonya kerana si suami telah ceroboh masuk rumahnya dan masuk ke biliknya.

Dalam situasi bilik yang sempit dan si skandal sanggup masuk ke dalam bilik tersebut walaupun dinasihatkan jangan berbuat demikian,
ianya adalah wajar bagi si suami mempertahankan diri daripada dicederakan oleh si skandal itu tadi.

Disebabkan tindakan si suami bertindak lebih-lebihan dengan memotong leher mangsa, tindakan itu melebihi had untuk pertahankan diri.
Tetapi tindakan tersebut adalah kerana adanya provokasi dan situasi serangan mengejut. Jadi, tindakan suspek tidak dianggap berniat untuk membunuh si mangsa.

Ia cuma dianggap perlakuan yang menyebabkan kematian pada mangsa.
Kesalahan membunuh dan menyebabkan kematian adalah dua kesalahan jenayah yang berbeza.

‘It is a culpable homicide if the bodily injury intended to be inflicted is likely to cause death’.
‘It is a murder if the bodily injury intended to be inflicted is sufficient in ordinary cause to cause death’ (kes Mahakamah Persekutuan Tham Kai Yau v PP).
Walaupun pada awalnya kes ini dibawa ke mahkamah atas tuduhan membunuh di bawah Seksyen 302, mahkamah kemudian menukar tuduhan tersebut kepada Seksyen 304A (‘culpable homicide not amounting to murder’).

Setelah tuduhan ditukar, si suami terus mengaku bersalah.
Mahkamah mengenakan hukuman penjara 16 tahun kepada si suami.

Perlakuan si suami kepada mangsa tidak dianggap membunuh, tetapi hanyalah kesalahan menyebabkan kematian.
Mahkamah mengusahkan fakta bahawa si isteri lari daripada suaminya dan tinggal bersama skandalnya 7 hari sebelum kejadian.

Fakta dan keadaan ini diambil kira mahkamah dalam menentukan tempoh pemenjaraan yang dikenakan kepada si suspek (si suami).
Si suami terus mengaku salah setelah tuduhan menyebabkan kematian mangsa dibacakan kepadanya. Si suami juga tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah lampau sebelum kejadian berlaku.
Kes ini berlaku di kawasan perumahan Bagan Teochew, Pulau Ketam, Klang Selangor pada Julai 2017.

Si suami, si isteri dan si skandal dalam kes ini merupakan warganegara Indonesia.
Si isteri dikatakan mengenali skandalnya melalui laman sosial Facebook.

Perbuatan si isteri dihidu suaminya yang kemudian bertindak di luar kawalan hingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Sir kamarul

Sir kamarul Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @kamarul14

13 Feb
Peringatan kepada semua:

Jika sesiapa terlibat atau nampak polis salah guna kuasa, korang buat je laporan kat JIPS (Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard) PDRM.

Semua anggota polis takut JIPS ni. Dia merupakan polis kepada polis.

Ingat no badan dan nama anggota polis tu.
Buat surat hantar direct e-mail ke alamat bawah ni.

Tulis detail no badan, nama anggota polis, masa, tempat kejadian semua.

Ceritakan apa yang berlaku. Jangan takut dengan polis kalau polis yang buat salah.

Laporkan je.
Pernah terjadi dulu, kes polis mencabul mangsa yang datang buat report polis di balai polis.

Kes naik sampai Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Anggota polis terbabit didapati bersalah.
Read 8 tweets
6 Feb
[KISAH BENAR] Petang kejadian, jiran sebelah rumah nampak seorang ayah keluar dari rumah.

Menaiki motosikal bersama 3 anak kecilnya. Mungkin nak pergi beli jajan agaknya.

Beberapa minit kemudian, si ayah pulang ke rumah. Tetapi, 3 anaknya tadi tidak kelihatan.

Apa dah jadi? 👀
Park!
Pada petang kejadian itu, emak kepada ketiga-tiga anak kecil itu tiada di rumah. Dia pergi ke hospital kerana mengalami kecederaan.

Emak bagitau doktor bahawa dia dipukul suaminya. Setelah mendapatkan rawatan, pihak hospital nasihatkan dia untuk buat laporan polis.
Read 23 tweets
29 Dec 20
[UPDATE KES BUNUH ZULFARHAN OSMAN]

Pakar forensik pada hari ini telah mengesahkan punca kematian Pegawai Kadet Laut UPNM itu adalah kerana jangkitan kuman dan luka lecur utama ‘sequela’.

Kecederaan yang dialami mangsa itu tidak dapat disangkal memang akan menyebabkan kematian.
5 orang suspek dituduh membunuh mangsa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Seorang suspek pula dituduh bersubahat membunuh.

Tuduhan 302 Kanun Keseksaan dan bersubahat membunuh membawa hukuman gantung sampai mati, jika didapati bersalah.
12 suspek lagi dituduh atas kesalahan cederakan mangsa (Seksyen 330 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan-niat bersama).

Kes akan disambung perbicaraan pada 12 Januari 2021.
Read 8 tweets
12 Dec 20
[KISAH BENAR] Pagi kejadian, seorang budak perempuan menaiki basikal seorang diri pergi ke sekolah.

Dia lalu tempat yang sunyi. Kemudian, ada kereta berhenti. Pemandu kereta tarik budak tu masuk dalam kereta.

Budak tu dibawa ke kubur.

Apa jadi? Sambung malam ni..
Hari kejadian, mangsa menaiki basikal melalui satu jalan yang sempit dan sunyi. Tiba-tiba ada sebuah kereta Proton Saga berhenti di hadapannya. Terkejut budak tu.

Pemandu kereta tu keluar dari kereta dan terus tarik budak tu masuk dalam kereta. Apa hal?
Mangsa diarahkan duduk di bawah stereng. Bayangkan keadaan mangsa ketika itu. Terus dibawa ke satu tempat yang mangsa sendiri tidak tahu.

Mereka pergi ke satu kawasan berdekatan dengan kubur Cina.

Mangsa yang masih berada di bawah stereng berasa takut.
Read 29 tweets
25 Oct 20
Tiada keperluan untuk isytihar darurat- titah YDPA.

Semua ahli politik perlu segera berhenti bermain politik, titah Baginda.

Full respect to our King ♥️
Kenyataan rasmi daripada Istana Negara ImageImage
Titah Baginda YDPA mengenai tiadanya keperluan darurat seperti yang dimohon oleh Perdana Menteri
Read 7 tweets
23 Oct 20
Kuasa isytihar darurat ada pada Agong (Perkara 150(1) Perlembagaan). Tetapi keputusan dibuat Agong bukanlah mutlak. Kena ikut nasihat jemaah menteri diketuai Perdana Menteri.

Final say is on Perdana Menteri. Agong is bound to the advice of PM.

Kenapa perlu adanya darurat? Fuh
Perdana Menteri dijangka mengadap Agong seketika nanti. Fuhhhh
Jika betul ada pengisytiharaan darurat atau 'proclamation of emergency', ianya atas kehendak Perdana Menteri.

Perdana Menteri bertindak atas kuasa budi bicara untuk nasihat YDPA di bawah Perkara 40(1) Perlembagaan.

PM is the decision maker (Privy Council case of Teh Cheng Poh).
Read 9 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!