Malam tu, ibu ayah ni duduk di depan saya dan saya terangkan satu-satu pada mereka.

“Bayi yang sumbing bibir dan lelangit ni kami risau dia tak dapat minum susu dengan baik.

Minum sikit, susu boleh terkeluar dari hidung.

Minum sikit, boleh tersedak.
Jadi kami pantau dulu cara ibu beri susu pada bayi di sini.

Kalau bayi tak dapat minum dengan baik, berat badan makin turun pula.”

Mereka mengangguk perlahan.

Saya teruskan lagi.
“Bayi itu berisiko jadi sumbing bibir dan lelangit bila ibu jadi perokok pasif (secondhand smoker) atau ibu ada ambil ubat sawan sepanjang tempoh kehamilan.”

Terus bulat mata si ibu.

Rupa-rupanya ibu ni jadi perokok pasif sepanjang trimester pertama beliau hamil.
Walaupun suaminya tak merokok, tapi adik beradik dia yang duduk serumah semuanya kuat merokok.

Muka ibu dan ayah ni nampak kesal.

Ada satu kajian di China. Satu kumpulan ibu yang hamil dan terdedah pada asap dari 1 batang rokok seminggu (Kumpulan pertama).
Satu lagi kumpulan ibu hamil dan terdedah pada asap lebih dari 6 batang rokok seminggu (Kumpulan kedua).

Kajian ni dapati ibu-ibu dalam kumpulan kedua, anak mereka lebih tinggi risiko menjadi sumbing bibir dan sumbing lelangit.
4 perkara ni kita boleh buat supaya ibu/isteri tak terdedah pada asap rokok :

✅ Jadikan rumah dan kereta kita bebas dari asap rokok. Walaupun perokok sudah selesai merokok, asap rokok masih boleh berlegar dalam ruang rumah dan kereta selama beberapa jam.
✅ Makan di tempat yang ditulis menjadi tempat larangan merokok.

✅ Elakkan dari masuk ke ruangan bertutup di tempat awam yang membenarkan orang lain merokok.
✅ Ajarkan pada anak kita untuk tak merokok. Makin lama makin sedikit bilangan mereka yang tak merokok pada masa akan datang.

Yang terakhir, sumbing bibir dan lelangit tak ada kaitan dengan ibu yang minum atau makan dari cawan atau pinggan yang sumbing (pecah sedikit).
Tolong saya #sebarkan ilmu mahal ni pada mak ayah yang lain ya.

Kita cuma nak pastikan anak yang kita lahirkan tu sihat.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Follow TikTok saya sekali ya ▶️ vt.tiktok.com/ZSWCp4WP/

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Redza Zainol

Redza Zainol Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DrRedzaZainol

21 Apr
“Isteri encik ada cucuk ubat insulin untuk kencing manis setiap hari?”

“Isteri saya ada kencing manis?”

Eh. Saya pula yang jadi terkejut.

“Macam mana suami sendiri tak tahu isteri ada kencing manis ni,” saya cakap dalam hati.
Sebenarnya saya nak terangkan keadaan bayinya yang baru lahir.

Tapi sekarang saya kena terangkan pula yang isterinya memang dah bertahun ada kencing manis.

Haru betul.
“Anak encik bila saya periksa, dia sihat. Cuma saya perasan bahagian punggungnya terlalu lembut.
Bila kami buat x-ray pada bahagian tulang belakang sampai ke punggung, rupa-rupanya dia lahir tanpa tulang sakrum (sacral bones).”

Nama lainnya ialah Sacral Agenesis.
Read 14 tweets
19 Apr
“Tau-tau je anak saya dah terbaring. Macam nak gugur jantung saya.”

Saya teringat lagi kata si ibu ni.

Anaknya terus lembik lepas terkena renjatan elektrik.

Muka pucat dan tak ada respon bila dipanggil namanya.
Mereka berjalan di bandar dan duduk di bawah satu pokok besar yang dikelilingi oleh beberapa lampu sorot (spotlight).

Setiap satu lampu sorot tu ditutup dengan penutup besi berjaring.

Tapi tangan kecil anak ni masuk ke celah jaring dan menyentuh lampu sorot tu.
Terus menjerit anaknya dan rebah ke tanah.

Pada tapak tangan ada satu kesan terbakar kecil.

Berlari ibu ni membawa anak ke kereta.

Anaknya sedar semula semasa dikejarkan ke hospital.
Read 11 tweets
29 Mar
Kawan baik saya runsing sangat.

Umur baru 34 tahun, dah disahkan ada darah tinggi dan kencing manis. Saya tahu dia susah hati.
Dia mesej saya itu ini. Saya duk terbayang wajah dia. Berkerut dan tertekan. Dulu kami belajar sama-sama. Pergi kelas sama-sama. Makan sama-sama.

Di akhir mesej tu, dia cakap dia cuma nak berkongsi rasa kusutnya dengan seseorang. Apa yang saya syak rupanya betul.
“Isteri kau dah tahu ke?”

Dia cuba sembunyikan dari isterinya. Tak nak susahkan isteri. Tak nak buat dia bimbang.
Read 10 tweets
27 Mar
“Anak sawan 5 kali di rumah?”

Terkejut juga saya. Ke saya yang salah dengar.

“Saya telefon suami. Suami kata tunggu dia balik rumah dulu.
Tunggu punya tunggu, tak balik-balik juga. Bila dia sawan kali ke 5, saya dah tak tahan. Saya terus telefon ambulan.

Saya tak tahu pun anak saya tengah sawan. Tapi saya tahu ni memang tak normal.”

Ibu ni kata dia cuma ikut kata hati.
“Saya cuma tak nak anak saya jadi lagi teruk.“

Hati ibu, mana mungkin dibiar anaknya begitu saja.

Mesti dia akan berjuang selagi boleh supaya anaknya selamat. Semuanya sanggup dia korbankan, janji anaknya selamat.
Read 9 tweets
23 Mar
7 cara ni simple je sebenarnya tapi boleh buatkan anak kita tu lebih dengar cakap kita berbanding kita duk jerit atau pukul.
Bila anak tak nak dengar cakap kita, tengok sama ada keperluan asas dia dah dipenuhi atau tak.

Adakah dia lapar, penat, tak cukup tidur, rimas atau emosi tak stabil sebab bergaduh adik beradik.
Kalau semua keperluan asas dia dah dipenuhi, kita boleh tengok 7 cara ni pula.

✅ Bercakap sambil pandang mata anak pada sama aras. Maknanya kita kena melutut atau duduk supaya kita separas dengan anak.
Read 11 tweets
22 Mar
Saya nak kongsikan 5 fakta menarik tentang bayi yang ramai orang tak tahu.

1️⃣ Bayi mengelip mata sebanyak 1-2 kali sahaja seminit, manakala orang dewasa mengelip mata 15-20 kali seminit.

Jadi kalau nak lawan tenung mata dengan bayi, belum tentu kita boleh menang.
2️⃣ Bayi selalunya bernafas sekitar 30-60 kali seminit.

Jadi bayi yang baru lahir, jika nafasnya laju melebihi 60 kali dalam seminit boleh jadi tu mungkin tanda yang dia sedang mengalami jangkitan pada sistem pernafasan.
3️⃣ Bayi mempunyai 300 tulang, manakala orang dewasa hanya 206 sahaja. Kenapa jumlah tulang makin sedikit? Sebab sebahagian tulang dalam tubuh kita ni bercantum ketika usia meningkat.

Contohnya tengkorak dan tulang pinggul.
Read 7 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!