Ramai pula yang bertanya tentang tweet saya berkenaan qada solat subuh dengan ikut imam solat tarawih.

Sebulan yang lepas, saya ada kongsikan di laman telegram saya satu kuiz di bawah.

Dari hampir 6100 orang menjawab, majoriti sebanyak 3391 orang menjawab dengan tepat. Image
Sebenarnya isu qada solat fardu subuh semasa solat tarawih sama sahajalah dengan isu dalam soalan kuiz tersebut.

Teras isu, bolehkah orang yang solat fardu (termasuk solat qada’ dan bukan semestinya ada’ sahaja) menjadi makmum kepada imam yang solat sunat (seperti tarawih) ?
Maka huraian lanjut, saya sertakan hujahan dari seorang ulama Syafi’eyyah moden iaitu Al-Syaikh Nawawi Banten seperti di bawah 👇🏻

Perbezaan niat di situ maksudnya: Imam niat solat sunat manakala makmum pula niat solat fardu. Image
Adakah dengan cara sedemikian akan mendapatkan pahala berjemaah ?

Maka ia juga turut dijawab oleh Syaikh Nawawi Banten 👇🏻 Image
Pertamanya, saya lihat ramai yang faham menunjukkan tahapan keilmuan pembaca yang baik, kerana pada twit tersebut saya menggunakan bahasa paling mudah dan juga huraian yang ringkas dan padat.
Kemudiannya ada sebahagian pula yang bertanya dalil, dan ayat-ayat seperti “tak pernah dengar pun”, “tak pernah tahu pun”. 😅

Saya sejujurnya, kalau dalam kuliah-kuliah saya di hadapan jemaah, saya akan kata begini :
Kita duk kata ‘tak pernah dengar pun’, soalnya, berapa banyak ceramah yang anda pernah dengar ?

Jika anda dengar ceramah pula, versi bagaimana ? Yang benar bahas fekah secara ilmiah atau ceramah versi lawak-lawak seronok-seronok ?
Kedua : Kita duk kata: “tak pernah tahu pun”, soalan kepada kita kembali : Berapa banyak kitab yang kita telah baca ?

Kedua kenyataan hendaklah dibaca dengan nada serius untuk kebaikan diri kita.

Sama sekali bukan bermakna saya bongkak atau sombong. Nauzubillah min zalik.
Panjang lagi saya nak tulis. Tapi rasanya ia sudah memadai. Semoga bermanfaat.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Muhammad Fahmi

Muhammad Fahmi Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @fahmirusliMFR

24 Apr
Isu ‘Sedekah Subuh’

1- Benarkah bersedekah pada waktu subuh mempunyai kelebihan khusus berbanding bersedekah pada waktu-waktu yang lain ?

2- Dalil yang mungkin menjadi sandaran bagi kenyataan ini ialah sebuah hadis, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
Maksudnya : Tidak ada hari yang mana para hamba itu berpagian padanya melainkan terdapat dua malaikat yang turun, lalu salah satu dari mereka berkata : “Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang yang melakukan infaq (sedekah)”. Manakala malaikat yang satu lagi berkata :
Read 15 tweets
23 Apr
Umumnya, ada sebuah kaedah yang menyebut : Tidak diingkari berubahnya hukum disebabkan perubahan tempat dan juga zaman.

Contohnya apa yang berlaku kepada Imam Al-Syafi’e yang ada dua pendapat. Qaul Qadim dan Qaul Jadid.

Pendapat lama masa di Iraq. Pendapat baharu masa di Mesir. Image
Jadi perubahan tempat menjadi faktor berubahnya fatwa terhadap sesebuah hukum.
Bahkan berbeza individu juga boleh jadi faktor berbezanya fatwa. Dahulu saya pernah kongsikan di FB tentang fatwa Ibn Abbas.

Ada dua orang lelaki tanya beliau soalan yang sama iaitu : Adakah terdapat taubat bagi pembunuh ?
Read 5 tweets
19 Mar
Maaf, yang menjadi masalah apabila kita kongsi sesuatu amalan tanpa ada sandaran dalil ini, orang ramai mungkin akan keliru mengingatkan ia sebahagian dari agama.

Sedangkan ia bukan ajaran agama.

Agama ini milik Allah. Rasulullah tidak cipta agama, baginda sebagai penyampai.
Rasulullah S.A.W dahulu, jika ada sebarang isu yang berlaku, contoh tuduhan ke atas A’isyah dan juga menanti keputusan Allah terhadap Ka’b bin Mālik, baginda tidak buat keputusan sendiri.

Baginda tunggu wahyu Allah.
Ini sangat jelas menunjukkan bahawa agama ini milik Allah. Rasulullah S.A.W sebagai utusan yang menyampaikan.

Jadi, sangat-sangat berat sebenarnya apabila seseorang kongsikan sesuatu amalan tanpa ada dalil.
Read 6 tweets
18 Mar
1- Ada satu isu yang saya perlu ulas secara terbuka.

2- Saya perasan terdapat beberapa video yang menceritakan berkenaan pasangannya yang baru meninggal dunia.

3- Tidak dinafikan, semua orang sedih saat kematian orang tersayang.

4- Isunya, mereka berdua belum berkahwin.
5- Pasangan yang belum berkahwin, adalah haram berdua-duaan (khalwat) serta haram bersentuhan kulit sesama mereka. Meski tunang sekalipun adalah haram bersentuhan dan berduaan.
6- Kadang ada yang kongsikan video berpegangan tangan, mencium tangan, berdua-duaan. Ini semuanya belum halal tanpa ikatan perkahwinan.
Read 6 tweets
13 Jan
Memahami Makna Hadis Pelacur Memberi Anjing Minum

1- Kita biasa dengar tentang kisah seorang pelacur pada zaman Bani Israel dengan seekor anjing yang hampir mati kerana dahaga.

2- Kisah ini ada dalam Sahih Muslim (2245)

3- Disebab perbuatan ini, Allah ampunkan dosa dosanya.
4- Perbuatan yang dibenci lagi dikeji adalah melacur atau berzina. Sedang perbuatan berbuat baik (ihsan) kepada semua jenis binatang adalah dipuji dan dimulia.

5- Sifat ihsan datang dari hati yang penyayang. Ada hadis sahih sebut : Orang-orang yang penyayang akan dikasihi oleh..
Allah Ar-Rahman (yang Maha Penyayang). Kasihilah kamu kepada mereka yang berada di atas muka bumi, nescaya Allah yang di atas langit akan mengasihi kamu. Riwayat Abu Daud (4941).
Read 5 tweets
2 Jan
Semasa saya di Jordan dahulu, guru saya memberi anjuran untuk membaca اللهمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى نَبِيِّنا مُحَمَّد sebaik mendengar nama Rasulullah ﷺ disebut.

Sedangkan sebelumnya, yang menjadi kebiasaan adalah sebutan صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم iaitu dengan mengulang -
sebut apa yang kita dengar daripada mereka yang menyebut nama Rasulullah ﷺ

Al-Imām Ibn Hajar Al-Haitami ditanyakan, yang manakah lebih afdhal antara sebutan -
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم dan sebutan اللهمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى نَبِيِّنا مُحَمَّد sebaik kita mendengar nama baginda disebut ?

Beliau - rahimahullāh - menjawab :

بِصِيغَةِ الطَّلَب ، لِأَنَّهَا الْوَارِدَة فِي الخَبَرِ ، وَلَا يُعَلِّمُهُمْ إِلَّا الأَفْضَل
Read 5 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!