Isu ‘Sedekah Subuh’

1- Benarkah bersedekah pada waktu subuh mempunyai kelebihan khusus berbanding bersedekah pada waktu-waktu yang lain ?

2- Dalil yang mungkin menjadi sandaran bagi kenyataan ini ialah sebuah hadis, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
Maksudnya : Tidak ada hari yang mana para hamba itu berpagian padanya melainkan terdapat dua malaikat yang turun, lalu salah satu dari mereka berkata : “Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang yang melakukan infaq (sedekah)”. Manakala malaikat yang satu lagi berkata :
“Ya Allah, berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan hartanya (dari sedekah)”.

Riwayat Al-Bukhari (1442), Muslim (1010)

3- Justeru, seolah hadis ini beri gambaran kepada sedekah subuh.
4- Setelah diteliti, sebenarnya tidak terdapat sebarang petunjuk yang jelas yang mengkhususkan perbuatan bersedekah di situ dilakukan pada waktu subuh.
5- Bahkan, yang jelas adalah dua malaikat itu turun pada waktu subuh, dan salah satunya mendoakan gantian yang baik dari Allah kepada orang yang bersedekah.
6- Ini sebenarnya meliputi orang yang bersedekah pada bila-bila masa, baik subuh, petang, atau malam. Doa ini tidak terkhusus kepada mereka yang melakukan sedekah pada waktu subuh sahaja.
7- Ini juga dapat difahami, dengan melihat kepada doa yang berikutnya. Apakah mereka yang menahan hartanya dari sedekah pada waktu subuh sahaja yang termasuk dalam doa malaikat agar Allah binasakan hartanya ?
8- Ini menunjukkan bahawa kedekut & bakhil dengan harta tidak dianggap mempunyai keburukan yang lebih pada waktu subuh berbanding waktu-waktu lain.

9- Sama keadaannya bersedekah harta tidak dianggap mempunyai keutamaan yang lebih pada waktu subuh berbanding waktu-waktu lain.
10- Bahkan sebenarnya dalam sebahagian riwayat, Rasulullah S.A.W bukan sekadar menyebutkan dua malaikat itu turun pada waktu subuh. Bahkan juga turut turun pada waktu maghrib.

11- Berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W :
وَلَا غَرَبَتْ إِلَّا بِجَنْبَتَيْهَا مَلَكَانِ يُنَادِيَانِ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا وَأَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
Maksudnya: Dan tidak terbenam matahari melainkan pada dua sudutnya terdapat dua malaikat yang menyeru : Ya Allah, berikanlah gantian kepada orang yang menginfaqkan (hartanya). Dan berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan hartanya (kedekut dan bakhil).
Riwayat Ibn Hibban dalam Sahih Ibn Hibban (3329)

12- Maka ini tidak mendatangkan satu istilah baharu iaitu ‘Sedekah Maghrib’.

13- Kesimpulan, bersedekah itu merupakan suatu kebaikan yang besar. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa. Baik subuh, petang, mahupun malam.
Tidak ada waktu yang mengatasi fadilat waktu yang lain dari sudut ini.

14- Adapun dari sudut bersedekah di dalam bulan Ramadan, atau dalam bulan-bulan haram, atau di dua tanah haram, maka di sini berbeza keadaannya kerana telah sabit nas akan
ganjaran beramal soleh menjadi lebih besar apabila dilakukan padanya.

والله الموفق

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Muhammad Fahmi

Muhammad Fahmi Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @fahmirusliMFR

23 Apr
Umumnya, ada sebuah kaedah yang menyebut : Tidak diingkari berubahnya hukum disebabkan perubahan tempat dan juga zaman.

Contohnya apa yang berlaku kepada Imam Al-Syafi’e yang ada dua pendapat. Qaul Qadim dan Qaul Jadid.

Pendapat lama masa di Iraq. Pendapat baharu masa di Mesir.
Jadi perubahan tempat menjadi faktor berubahnya fatwa terhadap sesebuah hukum.
Bahkan berbeza individu juga boleh jadi faktor berbezanya fatwa. Dahulu saya pernah kongsikan di FB tentang fatwa Ibn Abbas.

Ada dua orang lelaki tanya beliau soalan yang sama iaitu : Adakah terdapat taubat bagi pembunuh ?
Read 5 tweets
22 Apr
Ramai pula yang bertanya tentang tweet saya berkenaan qada solat subuh dengan ikut imam solat tarawih.

Sebulan yang lepas, saya ada kongsikan di laman telegram saya satu kuiz di bawah.

Dari hampir 6100 orang menjawab, majoriti sebanyak 3391 orang menjawab dengan tepat. Image
Sebenarnya isu qada solat fardu subuh semasa solat tarawih sama sahajalah dengan isu dalam soalan kuiz tersebut.

Teras isu, bolehkah orang yang solat fardu (termasuk solat qada’ dan bukan semestinya ada’ sahaja) menjadi makmum kepada imam yang solat sunat (seperti tarawih) ?
Maka huraian lanjut, saya sertakan hujahan dari seorang ulama Syafi’eyyah moden iaitu Al-Syaikh Nawawi Banten seperti di bawah 👇🏻

Perbezaan niat di situ maksudnya: Imam niat solat sunat manakala makmum pula niat solat fardu. Image
Read 9 tweets
19 Mar
Maaf, yang menjadi masalah apabila kita kongsi sesuatu amalan tanpa ada sandaran dalil ini, orang ramai mungkin akan keliru mengingatkan ia sebahagian dari agama.

Sedangkan ia bukan ajaran agama.

Agama ini milik Allah. Rasulullah tidak cipta agama, baginda sebagai penyampai.
Rasulullah S.A.W dahulu, jika ada sebarang isu yang berlaku, contoh tuduhan ke atas A’isyah dan juga menanti keputusan Allah terhadap Ka’b bin Mālik, baginda tidak buat keputusan sendiri.

Baginda tunggu wahyu Allah.
Ini sangat jelas menunjukkan bahawa agama ini milik Allah. Rasulullah S.A.W sebagai utusan yang menyampaikan.

Jadi, sangat-sangat berat sebenarnya apabila seseorang kongsikan sesuatu amalan tanpa ada dalil.
Read 6 tweets
18 Mar
1- Ada satu isu yang saya perlu ulas secara terbuka.

2- Saya perasan terdapat beberapa video yang menceritakan berkenaan pasangannya yang baru meninggal dunia.

3- Tidak dinafikan, semua orang sedih saat kematian orang tersayang.

4- Isunya, mereka berdua belum berkahwin.
5- Pasangan yang belum berkahwin, adalah haram berdua-duaan (khalwat) serta haram bersentuhan kulit sesama mereka. Meski tunang sekalipun adalah haram bersentuhan dan berduaan.
6- Kadang ada yang kongsikan video berpegangan tangan, mencium tangan, berdua-duaan. Ini semuanya belum halal tanpa ikatan perkahwinan.
Read 6 tweets
13 Jan
Memahami Makna Hadis Pelacur Memberi Anjing Minum

1- Kita biasa dengar tentang kisah seorang pelacur pada zaman Bani Israel dengan seekor anjing yang hampir mati kerana dahaga.

2- Kisah ini ada dalam Sahih Muslim (2245)

3- Disebab perbuatan ini, Allah ampunkan dosa dosanya.
4- Perbuatan yang dibenci lagi dikeji adalah melacur atau berzina. Sedang perbuatan berbuat baik (ihsan) kepada semua jenis binatang adalah dipuji dan dimulia.

5- Sifat ihsan datang dari hati yang penyayang. Ada hadis sahih sebut : Orang-orang yang penyayang akan dikasihi oleh..
Allah Ar-Rahman (yang Maha Penyayang). Kasihilah kamu kepada mereka yang berada di atas muka bumi, nescaya Allah yang di atas langit akan mengasihi kamu. Riwayat Abu Daud (4941).
Read 5 tweets
2 Jan
Semasa saya di Jordan dahulu, guru saya memberi anjuran untuk membaca اللهمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى نَبِيِّنا مُحَمَّد sebaik mendengar nama Rasulullah ﷺ disebut.

Sedangkan sebelumnya, yang menjadi kebiasaan adalah sebutan صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم iaitu dengan mengulang -
sebut apa yang kita dengar daripada mereka yang menyebut nama Rasulullah ﷺ

Al-Imām Ibn Hajar Al-Haitami ditanyakan, yang manakah lebih afdhal antara sebutan -
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم dan sebutan اللهمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى نَبِيِّنا مُحَمَّد sebaik kita mendengar nama baginda disebut ?

Beliau - rahimahullāh - menjawab :

بِصِيغَةِ الطَّلَب ، لِأَنَّهَا الْوَارِدَة فِي الخَبَرِ ، وَلَا يُعَلِّمُهُمْ إِلَّا الأَفْضَل
Read 5 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!