Setiap pagi, kita bangun dengan impian & semangat untuk menjadi lebih produktif daripada hari semalam.

Tapi, rupa-rupanya impian hanya tinggal impian. Kerja makin menimbun, tapi satu pun tak siap!

Nak tak kami kongsikan 5 ciri-ciri individu produktif yg boleh korang follow? 🧵
1. Fokus Pada Kebahagiaan

Salah satu halangan terbesar menjadi orang yang produktif adalah pada pemikiran kita sendiri.

Menurut kajian Universiti Warwick, orang yang bahagia ni adalah 12% lebih produktif dalam persekitaran kerjanya.

Kenapa agaknya?
Kalau difikirkan, memang logik pun. Memandangkan motivasi kita akan menurun bila berlakunya gejala kemurungan.

Bila semangat rendah, memang apa pun tak jalanlah cerita dia!

So, usahakan untuk capai rasa bahagia dan tenang supaya hidup kita akan jadi lebih produktif ❤
2. Mengutamakan Aktiviti Riadah

Orang yang produktif ni, takkan tinggalkan aktiviti riadah.

Sebab mereka tahu, menjaga kesihatan diri dengan memastikan tubuh cergas adalah salah satu kunci kepada keproduktivitian!
Cuba luangkan masa untuk bersenam sekurang-kurangnya 2 ke 3 sesi senaman 30 minit dalam seminggu.

Lagipun, senaman ni akan merangsang hormon endorfin yang dapat memperbaiki tekanan seterusnya merangsang kepada peningkatan produktiviti.
3. Tahu Bila Waktunya Untuk Berhenti Rehat

Individu produktif adalah mereka yang pandai menguruskan masa. Bukannya setiap masa mereka berkerja tanpa berehat langsung!

Bila kita dapat rehat yang cukup, maka kita akan refresh kembali semangat dan motivasi untuk berikan terbaik.
Bayangkan kalau kita hanya kerja, kerja dan kerja sahaja tanpa berehat?

Mestilah burnout teruk!

Akhirnya, membawa kepada kemurungan dan perasaan tak mahu untuk meneruskan sebarang pekerjaan yang dibuat.
4. Tiada Multitasking!

Kami pernah kongsikan dulu keburukan multitasking.

So, boleh faham sendirilah kenapa individu produktif ni membuat kerja satu per satu hinggalah selesai.

Bila kita fokus satu tugasan sahaja, kita memusatkan segala keupayaan untuk menyempurnakannya.
Hasilnya?

Kerja menjadi lebih cemerlang berbanding tugasan multitask yang mungkin ada cacat celanya.

Nak ke hasilkan pekerjaan tanpa kualiti?
5. Mendapatkan Tidur Yang Cukup

Tolong dapatkan tidur yang secukupnya!

Bukannya berjaga malam yang lebih membawa mudarat berbanding kebaikan.

Kalau pun ada banyak kerja sekalipun, tidurlah awal dan usahakan bangun awal juga.
Tidur yang tidak berkualiti hanya akan mendorong kepada penurunan produktiviti seseorang lalu mengakibatkan hasil kerja yang tidak cemerlang.

Kalau jenis susah tidur, ubahlah tabiat dan rutin sebelum tidur yang mungkin mengganggu waktu tidur korang tu 😊
So, ada 5 ciri individu produktif yang boleh korang follow. Kami ringkaskan di bawah:

1. Fokus pada kebahagiaan
2. Mengutamakan aktiviti riadah
3. Tahu bila waktunya untuk berehat
4. Tidak multitasking!
5. Dapatkan tidur yang cukup
Semoga perkongsian ini membantu korang untuk berjaya di dunia dan akhirat 💪

Jangan lupa follow @MyFundAction tau. Kami adalah sebuah NGO yang membantu golongan memerlukan di Malaysia dan beberapa negara lain.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with MyFundAction

MyFundAction Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @MyFundAction

28 Mar
Nak tau satu rahsia?

Sebenarnya halangan terbesar dalam hidup ini adalah diri kita sendiri.

Kita sendirilah yang menghalang laluan kejayaan hakikatnya.

Nak tak kalau kami kongsikan 7 cara untuk ubah kehidupan kita dalam masa 7 hari?

[Thread]
1. Bangun Awal Pagi

Masih ramai sebenarnya yang bangun lewat pada setiap hari.

Kadangkala tu, ada yang sampai terlajak Subuh 😓

Tau kan, bila kita bangun awal pagi, kita mempunyai lebih banyak masa terluang untuk menyusun perancangan pada hari tersebut.
Ramai sangat orang berjaya yang berkongsi salah satu resipi kejayaan mereka adalah bangun pada awal pagi.

Pada mereka, beberapa jam terawal selepas bangun tidur adalah waktu terpenting untuk hari yg akan dilalui.

So, kalau kita nak berjaya di dalam kehidupan ni, bangunlah awal!
Read 16 tweets
26 Mar
Rupanya kurang daripada 1% daripada keseluruhan air di dalam dunia ini yang boleh digunakan dan diminum.

Ya, air yang kita buat minum, mandi, membasuh, mencuci tu semua rupa-rupanya tak sampai 1% jumlah air seluruh dunia!

Patutlah krisis air semakin membimbangkan 😰
Kebanyakan sumber air yang kita gunakan selama ni berasal daripada sungai, tasik, mata air bawah tanah dan sebagainya.

Semua ni adalah takungan air semulajadi yang akan menakung, membersihkan dan menyimpan keperluan air kehidupan dunia ni.
Takungan ni memastikan sumber air dapat disalurkan secara berterusan dengan proses-proses yang disebutkan di atas.

Dari mana pula takungan air itu menakung sumber air?

Melalui hujan dan banjir.

Tapi, semua ni terganggu apabila berlakunya kekacauan pada sistem tersebut.
Read 17 tweets
9 Mar
Perasan tak setiap kali lepas habis solat, biasanya imam akan baca ayat ni:

اللهُمَّ اَجِرنَا مِنَ النَّار

Biasanya imam akan baca 3 kali. Kalau lepas maghrib, ada imam yang baca 7 kali.

Doa ni sebenarnya adalah berdasarkan sabdaan baginda Rasulullah ﷺ.
Dari Anas bin Malik r.anh, Rasulullah ﷺ bersabda,

Siapa yang memohon Syurga sebanyak 3 kali, maka Syurga akan berkata:

’Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam Syurga.’
Dan siapa yang memohon perlindungan dari Neraka sebanyak 3 kali, maka Neraka akan berkata:

’Ya Allah, lindungilah dia dari neraka.'

HR Nasai (5521)
Read 4 tweets
8 Mar
Mu'az bin Jabal r.a berkata bahawa beliau bertanya Rasululullah ﷺ,

Wahai Rasulullullah, beritahulah kepadaku tentang suatu amal yang dapat memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku daripada neraka.

Apa jawapan Rasulullah ﷺ?
Nabi ﷺ jawab,

Engkau bertanya tentang pekara yang besar namun sesungguhnya ia adalah mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah SWT.
Sembahlah Allah dan jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, kerjakanlah solat, keluarkanlah zakat, berpuasalah pada bulan Ramadhan dan kerjakanlah ibadah Haji ke Baitullah.

Kemudian baginda ﷺ bersabda,

Inginkah engkau kuberi petunjuk akan pintu-pintu kebaikan?
Read 11 tweets
26 Dec 20
"Aduh, sikitlah gaji bulan ni sebab takde OT."

Keluh seorang pekerja kolar biru ketika menikmati makanan malamnya.

Dia duduk di sebuah restoran, menikmati nasi goreng kampung yang dipesan.

Rasa tawar sebab hilang selera makan, gundah gulana memikirkan nasib anak bininya.
"Kenapa ni bang?"

Pelayan restoran datang mendekat. Dari tadi dia nampak brader ni macam tak lalu makan. Hidangannya macam tak berusik!

"Entahlah dik, susah hati ni. Gaji sikit sebab takde OT bulan ni. Abang ni harapkan OT aje. Maklumlah, gaji kecik."

Jawap lelaki itu.
Pelayan itu duduk di hadapannya tanpa dipelawa. Dia pandang brader itu lama.

"Abang, abang nak tau tak, ada 10 jenis rezeki menurut Islam?"

"Eh, yeker?"

"Iya, kalau ada 10 jenis rezeki yang boleh kita terima, kenapa abang nak risau?"

"Apa 10 jenis rezeki tu?"
Read 25 tweets
25 Dec 20
Kalau semua dah ditakdirkan, kenapa kita mesti berdoa? 🤔

"Eh, buat apa nak doa? Kan Allah dah tetapkan qada' dan qadar!?"

"Aku doa pun kalau takdir kata gitu, dapat gitu jugak."

Okay, jom kami huraikan kenapa kita semua wajib berdoa walaupun semuanya dah tertulis!

[Bebenang]
#1 Doa Sebagai Sebab Meraih Keinginan

Manusia tak lari daripada mempunyai keinginan. Itulah salah satu kelemahan manusia, di mana kita akan sentiasa nak kan sesuatu.

Nak iPhone baru
Nak baju baru
Nak kerja baru
Nak gaji tinggi
Nak duit banyak

Dan macam-macam lagilah!
Sebab itulah Allah SWT menuntut para hamba-Nya untuk berdoa.

Dah banyak sangat keinginan, mestilah kena berdoa kat Allah dengan harapan Allah memakbulkan hajat-hajat kita!

Allah berfirman dalam Surah Ghafir ayat 60:

"Dan Tuhan kamu berfirman: (+)
Read 14 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!