Sebenarnya halangan terbesar dalam hidup ini adalah diri kita sendiri.
Kita sendirilah yang menghalang laluan kejayaan hakikatnya.
Nak tak kalau kami kongsikan 7 cara untuk ubah kehidupan kita dalam masa 7 hari?
[Thread]
1. Bangun Awal Pagi
Masih ramai sebenarnya yang bangun lewat pada setiap hari.
Kadangkala tu, ada yang sampai terlajak Subuh 😓
Tau kan, bila kita bangun awal pagi, kita mempunyai lebih banyak masa terluang untuk menyusun perancangan pada hari tersebut.
Ramai sangat orang berjaya yang berkongsi salah satu resipi kejayaan mereka adalah bangun pada awal pagi.
Pada mereka, beberapa jam terawal selepas bangun tidur adalah waktu terpenting untuk hari yg akan dilalui.
So, kalau kita nak berjaya di dalam kehidupan ni, bangunlah awal!
2. Belajar Sesuatu Yang Baru Setiap Hari
Tahu tak, ada sebuah penjara di Uruguay yang bernama kebebasan?
Yup, nama asalnya adalah libertad, di mana bila diterjemah bermaksud freedom atau kebebasan!
Lihat, korang belajar sesuatu yang baharu hari ni 🤓
Belajarlah apapun, tak kisahlah apa topiknya, bagaimana korang mempelajarinya dan sebagainya.
Yang penting, korang belajar sesuatu kerana otak kita sentiasa memerlukan rangsangan maklumat.
Lebih penting, sebagai Muslim, belajarlah sesuatu yang memberi manfaat 😉
3. Berhenti Mengambil Gula Buatan
Yup, hentikan semua makanan dan minuman yang diproses dengan gula buatan.
Kalau nak tau, gula ni sangat buruk kepada usus dan kesihatan mental kita.
Kononnya mood booster, tapi itu semua adalah ilusi semata-mata.
Gantilah gula dan manisan buatan kepada sesuatu yang lebih berkhasiat.
Semua minuman manis tu, gantikanlah dengan air putih yang bermanfaat.
Terasa nak makan coklat? Cuba tukar dengan makan buah-buahan pula.
Cuba ya, kita mulakan sedikit kurangkan gula dalam kehidupan harian.
4. Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Netflix, Viu, AstroGo Dan Lain-Lain
Relax dan chill sekali-sekala boleh je, tapi bayangkanlah setiap hari kita habiskan masa menonton drama dan movie tanpa henti?
Sia-sia je masa terbuang begitu sahaja.
Masalah zaman sekarang adalah kita ni terlalu banyak meluangkan masa kepada perkara-perkara pasif seperti scroll media sosial, menonton TV dan sebagainya.
Cuba gunakan teknologi yang tersedia untuk aktiviti aktif yang merangsang kita menjadi kreatif.
Kan lebih bagus!
5. Lakukan Senaman
Jujur cakap, 50.1% orang dewasa di Malaysia adalah gemuk. Sama ada mereka ni terlebih berat atau termasuk golongan obesiti.
Dan hakikat ini amatlah membimbangkan kerana kegemukan melampau akan membuka pintu-pintu penyakit yang lain pula 😥
Luangkan masa dan paksalah diri untuk bersenam walaupun sekejap.
Sekurang-kurangnya, bersenamlah 2-3 kali seminggu.
Tak lama mana pun kena bersenam tu, cukup 20 ke 30 minit per sesi!
6. Dapatkan Satu Perbincangan Yang Mendalam Setiap Hari
Perasan tak, kita ni lebih banyak berborak kosong berbanding bincang perkara yang lebih mendalam?
Asyik bercakap pasal artis, tapi kita langsung tak cuba ambil tahu dengan lebih akrab sahabat atau ahli keluarga kita.
Cuba kita ajak insan terdekat berbincang hal-hal yang rapat di hati mereka?
Tak kisahlah, bincang pasal pengalaman, pandangan peribadi, matlamat hidup & lain-lain.
Yang penting, perbincangan yang berilmu. Bukannya berborak perkara yg nampak berilmu seperti majlis kahwin artis.
7. Menulis Jurnal
Manusia mudah lupa.
So, tulislah apa-apa perkara menarik yang telah berlaku pada hari tersebut.
Contohnya, hari ini iaitu 28 Mac.
Apa yang kita buat siang tadi? Apa pendapat peribadi berkenaan kejadian yang berlaku hari ini?
Tulislah apa sahaja yang terlintas di fikiran atau hati semasa menulis tu.
Boleh je nak tulis satu patah perkataan untuk rumuskan segalanya.
Tak kisah, jurnal tu adalah milik kita. Memang hanya kita yang patut bermuhasabah tentang hidup kita sendiri 😊
Orait, ada 7 perkara yang boleh kita lakukan dalam masa 7 hari untuk ubah hidup kita. Jom jadikannya sebagai tabiat!
Jangan lupa follow @MyFundAction tau. Kami adalah sebuah NGO yang membantu golongan memerlukan di Malaysia dan beberapa negara lain.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Mu'az bin Jabal r.a berkata bahawa beliau bertanya Rasululullah ﷺ,
Wahai Rasulullullah, beritahulah kepadaku tentang suatu amal yang dapat memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku daripada neraka.
Apa jawapan Rasulullah ﷺ?
Nabi ﷺ jawab,
Engkau bertanya tentang pekara yang besar namun sesungguhnya ia adalah mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah SWT.
Sembahlah Allah dan jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, kerjakanlah solat, keluarkanlah zakat, berpuasalah pada bulan Ramadhan dan kerjakanlah ibadah Haji ke Baitullah.
Kemudian baginda ﷺ bersabda,
Inginkah engkau kuberi petunjuk akan pintu-pintu kebaikan?