Saya dah maklumkan pada anggota polis berkenaan hanya Sabah dan Sarawak benarkan ziarah raya pada 1 Syawal, KL mana boleh.
Polis tu jawab sebaliknya. Dia bagitau KL boleh ziarah raya dengan had bilangan tetamu pada pagi 1 Syawal.
MasyaAllah
Polis tu kemudian bagitau kes tu dah selesai.
Kalau nak tau lebih lanjut, saya kena datang ke balai.
MasyaAllah.
Saya call polis sebab nak dapatkan kepastian je. Sebab kenyataan media tersebut ada tertulis ‘pengerakan di dalam kawasan WPKL bagaimanapun dibenarkan’.
Cuma nak dapatkan kepastian kenyataan itu.
Dah dua tahun tak balik raya. Saya pun nak cium tangan mak ayah pagi 1 Syawal.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Sebuah kapal selam jenis KRI Nanggala 402 milik Tentera Laut (Navy), Tentera Nasional Indonesia (TNI) masih lagi hilang dan belum dijumpai sejak 3 petang semalam.
Ada 53 orang kru dalam kapal selam. Moga mereka semua selamat.
Mohon doa semua!!
Sebelum hilang, kapal selam itu dikatakan menjalani latihan tembakan torpedo di perairan Bali.
Ada yang mengatakan kapal selam itu tenggelam pada dasar lautan melebihi 700 meter.
Kedalaman itu sudah melebihi kapasiti dan keupayaan kapal selam tersebut untuk menyelam.
Laporan berita BBC melaporkan hanya ada baki 72 jam bekalan oksigen. Kapal selam itu perlu dijumpai secepat mungkin.
6 kapal perang termasuklah dari Malaysia dan Singapura sedang membantu mencari sekarang. bbc.com/news/world-asi…
Pakar forensik pada hari ini telah mengesahkan punca kematian Pegawai Kadet Laut UPNM itu adalah kerana jangkitan kuman dan luka lecur utama ‘sequela’.
Kecederaan yang dialami mangsa itu tidak dapat disangkal memang akan menyebabkan kematian.
5 orang suspek dituduh membunuh mangsa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Seorang suspek pula dituduh bersubahat membunuh.
Tuduhan 302 Kanun Keseksaan dan bersubahat membunuh membawa hukuman gantung sampai mati, jika didapati bersalah.
12 suspek lagi dituduh atas kesalahan cederakan mangsa (Seksyen 330 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan-niat bersama).
Kes akan disambung perbicaraan pada 12 Januari 2021.
[KISAH BENAR] Pagi kejadian, seorang budak perempuan menaiki basikal seorang diri pergi ke sekolah.
Dia lalu tempat yang sunyi. Kemudian, ada kereta berhenti. Pemandu kereta tarik budak tu masuk dalam kereta.
Budak tu dibawa ke kubur.
Apa jadi? Sambung malam ni..
Hari kejadian, mangsa menaiki basikal melalui satu jalan yang sempit dan sunyi. Tiba-tiba ada sebuah kereta Proton Saga berhenti di hadapannya. Terkejut budak tu.
Pemandu kereta tu keluar dari kereta dan terus tarik budak tu masuk dalam kereta. Apa hal?
Mangsa diarahkan duduk di bawah stereng. Bayangkan keadaan mangsa ketika itu. Terus dibawa ke satu tempat yang mangsa sendiri tidak tahu.
Mereka pergi ke satu kawasan berdekatan dengan kubur Cina.
Mangsa yang masih berada di bawah stereng berasa takut.