#PeristiwaHariIni : Hari ini 21 tahun yang lalu, tentera Israel berundur dari Lubnan.

Ini adalah bebenang.
Segalanya bermula rentetan penubuhan negara haram Israel pada 1948 yang mencetuskan pelbagai perang susulan. Selepas Tebing Barat ditakluk rejim Zionis pada Perang Enam Hari 1967, tentera Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) mengalihkan kem mereka ke Jordan.

#PeristiwaHariIni
Bersama Angkatan Bersenjata Jordan (JAF) mereka berjaya menyekat kemaraan tentera Israel pada Pertempuran Karameh. Namun bermula 1970, berlaku konflik apabila PLO mahu menggulingkan monarki Bani Hashim di Jordan.

#PeristiwaHariIni
Hasrat PLO itu bertemu kegagalan apabila mereka berjaya dipatahkan JAF, memaksa mereka berundur ke selatan Lubnan dan kemudian terlibat dalam Perang Saudara Lubnan pada 1975. Dalam pada itu, PLO terus memberi tekanan kepada Israel.

#PeristiwaHariIni
Pada Mac 1978 Mereka melancarkan serangan dari selatan Lubnan menyeberang sempadan jajahan Israel, dan tentera Zionis bertindak balas dengan menceroboh wilayah tersebut dalam Operasi Litani.

#PeristiwaHariIni
Majlis Keselamatan PBB menggesa Israel segera berundur apabila meluluskan Resolusi 425 dan menubuhkan Angkatan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL). Mereka berundur, namun mengekalkan penguasaan dengan menggunakan Tentera Selatan Lubnan (SLA) sebagai proksi.

#PeristiwaHariIni
Pada 16 September 1989, satu pelan damai diajukan oleh jawatankuasa dibentuk oleh Liga Arab (Saudi-Maghribi-Algeria) dan dipersetujui semua pihak. Bulan yang sama, Parlimen Lubnan menandatangani Persetujuan Taif untuk menamatkan konflik di selatan negara itu.

#PeristiwaHariIni
Walaupun ketegangan terus wujud antara pihak penentang Lubnan dengan Israel, akhirnya pada 25 Mei 2000, selepas 22 tahun, tentera Israel berundur. Ia diraikan sebagai Hari Pembebasan Lubnan.

Sumber: On This Day, LebGuide, The Daily Star Lebanon

#PeristiwaHariIni

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @501Awani

26 May
#PeristiwaHariIni: Hari ini 2,644 tahun yang lalu, dipercayai Siddhartha Gautama telah dilahirkan.

Ini adalah bebenang. Image
Beliau adalah seorang putera raja Sakya yang lahir di Lumbini, sebuah wilayah di Nepal hari ini. Ketika dilahirkan, beliau diramal menjadi sama ada seorang raja atau panglima perang yang hebat, atau seorang pemimpin rohani yang ulung.

#PeristiwaHariIni
Bapanya mahu menjadikannya seorang raja, maka Siddhartha dibesarkan dalam penuh kemewahan, melindungi Siddhartha daripada dunia luar, sebarang pengetahuan tentang agama dan kepayahan serta kesengsaraan manusia.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
24 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 177 tahun yang lalu, mesej telegram pertama berjaya dihantar.

Ini adalah bebenang.
Samuel F.B. Morse, menghantar mesej dari U.S. Capitol, Washington disaksikan para ahli Kongres kepada rakan penciptanya, Alfred Vail di sebuah stesen kereta api di Baltimore, Maryland. Mesejnya berbunyi ‘What Hath God Wrought?” (Apa tuhan sudah buat?).

#PeristiwaHariIni
Ciptaan yang menjadi mencetus kepada telefon dan internet hari ini sebenarnya terlahir daripada sebuah tragedi. Morse sebenarnya adalah seorang pelukis, mendapat komisyen untuk menghasilkan satu lukisan pada 1825 di Washington, D.C.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
23 May
Hari ini 24 tahun yang lalu. Malaysia berjaya menawan Everest.

Ini adalah bebenang

#PeristiwaHariIni
Buat pertama kalinya, Jalur Gemilang berkibaran di puncak dunia pada ketinggian 8,848 meter tatkala M. Mohanadas dan N.Magendran menjadi dua rakyat Malaysia pertama yang menjejakkan kaki ke sana.

#PeristiwaHariIni
Magendan tiba dahulu, pada jam 11.55 pagi waktu Nepal (2.10 petang waktu Malaysia) sebelum Mohanadas sampai 15 minit kemudian. Menjadikan juga mereka warga Asia Tenggara yang pertama menakluk gunung tertinggi dunia itu.

#PeristiwaHariIni
Read 7 tweets
22 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 82 tahun yang lalu, Jerman dan Itali memeterai perjanjian dipanggil Pakatan Besi.

Ini adalah bebenang.
Pakatan ini adalah satu persetujuan kerjasama politik dan ketenteraan, yang asalnya melibatkan tiga negara termasuk Jepun. Bagaimanapun Jepun menarik diri untuk fokus menentang kuasa Soviet ketika Jerman-Itali terarah ke Empayar British dan Perancis.

#PeristiwaHariIni
Ia ditandatangani oleh Menteri Luar kedua-dua negara; mewakili Benito Mussolini adalah Galeazzo Ciano sementera Adolf Hitler diwakili Joachim von Ribbentrop bertempat di Reichskanzlei, Berlin.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
21 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 89 tahun yang lalu, Amelia Earhart menjadi wanita pertama terbang secara solo merentas Lautan Atlantik.

Ini adalah bebenang.
Ia dilakukan Amelia lima tahun selepas Charles Lindbergh menjadi manusia pertama memandu pesawat secara solo tanpa henti merentas lautan yang sama. Earhart terbang sejauh 2,000 batu dari Newfoundland kurang daripada 15 jam.

#PeristiwaHariIni
Sebenarnya lebih awal sebelum Lindbergh, Earhart sudah merentas Lautan Atlantik terlebih dahulu dalam penerbangan tiga kru pada 1928, lantas menjulang namanya sebagai wanita pertama yang berbuat demikian.

#PeristiwaHariIni
Read 6 tweets
20 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 52 tahun yang lalu, Tun Fatimah Hashim menjadi wanita pertama dilantik sebagai Menteri Kabinet.

Ini adalah bebenang.
Pada usia 45 tahun, beliau dilantik menjadi Menteri Kebajikan Am dan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Sultan Haji Zainal Abidin Mu’azam Shah.

#PeristiwaHariIni
Tun Fatimah dilahirkan pada 25 Disember 1924 di Parit Keroma, Muar, Johor. Menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Parit Keroma, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Melayu Perempuan Mersing.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(