#PeristiwaHariIni: Hari ini 2,644 tahun yang lalu, dipercayai Siddhartha Gautama telah dilahirkan.

Ini adalah bebenang.
Beliau adalah seorang putera raja Sakya yang lahir di Lumbini, sebuah wilayah di Nepal hari ini. Ketika dilahirkan, beliau diramal menjadi sama ada seorang raja atau panglima perang yang hebat, atau seorang pemimpin rohani yang ulung.

#PeristiwaHariIni
Bapanya mahu menjadikannya seorang raja, maka Siddhartha dibesarkan dalam penuh kemewahan, melindungi Siddhartha daripada dunia luar, sebarang pengetahuan tentang agama dan kepayahan serta kesengsaraan manusia.

#PeristiwaHariIni
Selama 29 tahun Siddhartha hidup dalam ‘syurga’, hingga pada satu hari ketika keluar bersiar-siar, beliau ternampak seorang tua, seorang yang uzur, sekujur mayat mereput dan seorang petapa. Dari saat itu, Siddhartha tersedar untuk mencari kebenaran kehidupan.

#PeristiwaHariIni
Keesokan harinya, Siddhartha meninggalkan istananya dan merantau dalam mencari makna diri dan jalan menamatkan kesengsaraan manusia. Enam tahun seterusnya diluangkan dalam pertapaan, pembacaan serta perbincangan dengan guru-guru di bawah sepohon pokok Bodhi.

#PeristiwaHariIni
Begitupun, Siddhartha tidak menemui jawapan kepada persoalannya. Dia menggandakan usaha, menahan lebih banyak penderitaan dan berpuasa secara ekstrem, sehinggalah satu hari beliau menyedari itu bukan caranya.

#PeristiwaHariIni
Beliau menemui Jalan Tengah, iaitu keseimbangan dalam segala aspek kehidupan. Pada satu malam bulan mengambang seminggu sebelum berusia 35 tahun, Siddhartha melalui pengalaman rohani luar biasa lalu digelar Buddha, bererti ‘Yang Tersedar’.

#PeristiwaHariIni
Beliau kemudian menghabiskan 45 tahun mengembara ke serata Utara India menyampaikan makna Dharma kepada sesiapa sahaja. Pada usia 80 tahun, Siddhartha menghembuskan nafas terakhir di Kushinagar, India.

Sumber: UNESCO, Biography

#PeristiwaHariIni

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @501Awani

27 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 26 tahun yang lalu, 'Superman' jatuh kuda dan lumpuh.

Ini adalah bebenang. Image
Pelakon yang masyhur dengan membawa watak Superman, Christopher Reeve, mula menceburkan diri dalam sukan ekuestrian pada 1985 selepas belajar menunggang kuda untuk lakonan dalam filem ‘Anna Karenina’.

#PeristiwaHariIni
Dia sebenarnya alah kepada kuda, tetapi mengambil antihistamin untuk mengatasi masalah tersebut. Dia mula menyertai pertandingan pada 1989 dan alahan itu lama-kelamaan hilang. Reeve membeli seekor kuda ‘thoroughbred’ yang dipanggil Buck.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
25 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 21 tahun yang lalu, tentera Israel berundur dari Lubnan.

Ini adalah bebenang.
Segalanya bermula rentetan penubuhan negara haram Israel pada 1948 yang mencetuskan pelbagai perang susulan. Selepas Tebing Barat ditakluk rejim Zionis pada Perang Enam Hari 1967, tentera Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) mengalihkan kem mereka ke Jordan.

#PeristiwaHariIni
Bersama Angkatan Bersenjata Jordan (JAF) mereka berjaya menyekat kemaraan tentera Israel pada Pertempuran Karameh. Namun bermula 1970, berlaku konflik apabila PLO mahu menggulingkan monarki Bani Hashim di Jordan.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
24 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 177 tahun yang lalu, mesej telegram pertama berjaya dihantar.

Ini adalah bebenang.
Samuel F.B. Morse, menghantar mesej dari U.S. Capitol, Washington disaksikan para ahli Kongres kepada rakan penciptanya, Alfred Vail di sebuah stesen kereta api di Baltimore, Maryland. Mesejnya berbunyi ‘What Hath God Wrought?” (Apa tuhan sudah buat?).

#PeristiwaHariIni
Ciptaan yang menjadi mencetus kepada telefon dan internet hari ini sebenarnya terlahir daripada sebuah tragedi. Morse sebenarnya adalah seorang pelukis, mendapat komisyen untuk menghasilkan satu lukisan pada 1825 di Washington, D.C.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
23 May
Hari ini 24 tahun yang lalu. Malaysia berjaya menawan Everest.

Ini adalah bebenang

#PeristiwaHariIni
Buat pertama kalinya, Jalur Gemilang berkibaran di puncak dunia pada ketinggian 8,848 meter tatkala M. Mohanadas dan N.Magendran menjadi dua rakyat Malaysia pertama yang menjejakkan kaki ke sana.

#PeristiwaHariIni
Magendan tiba dahulu, pada jam 11.55 pagi waktu Nepal (2.10 petang waktu Malaysia) sebelum Mohanadas sampai 15 minit kemudian. Menjadikan juga mereka warga Asia Tenggara yang pertama menakluk gunung tertinggi dunia itu.

#PeristiwaHariIni
Read 7 tweets
22 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 82 tahun yang lalu, Jerman dan Itali memeterai perjanjian dipanggil Pakatan Besi.

Ini adalah bebenang.
Pakatan ini adalah satu persetujuan kerjasama politik dan ketenteraan, yang asalnya melibatkan tiga negara termasuk Jepun. Bagaimanapun Jepun menarik diri untuk fokus menentang kuasa Soviet ketika Jerman-Itali terarah ke Empayar British dan Perancis.

#PeristiwaHariIni
Ia ditandatangani oleh Menteri Luar kedua-dua negara; mewakili Benito Mussolini adalah Galeazzo Ciano sementera Adolf Hitler diwakili Joachim von Ribbentrop bertempat di Reichskanzlei, Berlin.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
21 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 89 tahun yang lalu, Amelia Earhart menjadi wanita pertama terbang secara solo merentas Lautan Atlantik.

Ini adalah bebenang.
Ia dilakukan Amelia lima tahun selepas Charles Lindbergh menjadi manusia pertama memandu pesawat secara solo tanpa henti merentas lautan yang sama. Earhart terbang sejauh 2,000 batu dari Newfoundland kurang daripada 15 jam.

#PeristiwaHariIni
Sebenarnya lebih awal sebelum Lindbergh, Earhart sudah merentas Lautan Atlantik terlebih dahulu dalam penerbangan tiga kru pada 1928, lantas menjulang namanya sebagai wanita pertama yang berbuat demikian.

#PeristiwaHariIni
Read 6 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(