#PeristiwaHariIni : Hari ini 26 tahun yang lalu, 'Superman' jatuh kuda dan lumpuh.

Ini adalah bebenang.
Pelakon yang masyhur dengan membawa watak Superman, Christopher Reeve, mula menceburkan diri dalam sukan ekuestrian pada 1985 selepas belajar menunggang kuda untuk lakonan dalam filem ‘Anna Karenina’.

#PeristiwaHariIni
Dia sebenarnya alah kepada kuda, tetapi mengambil antihistamin untuk mengatasi masalah tersebut. Dia mula menyertai pertandingan pada 1989 dan alahan itu lama-kelamaan hilang. Reeve membeli seekor kuda ‘thoroughbred’ yang dipanggil Buck.

#PeristiwaHariIni
Dalam satu acara di Virginia pada 27 Mei 1995, Buck tiba-tiba berhenti selepas melompat pagar, menyebabkan Reeve tercampak ke hadapan dengan kepalanya mendarat dahulu, membawa kepada keretakan pada vertebra pertama dan keduanya.

#PeristiwaHariIni
Paramedik tiba tiga minit kemudian dan pantas membawa Reeve ke hospital terdekat sebelum diterbangkan ke University of Virginia Medical Center dengan helikopter. Dia lumpuh seluruh tubuh sehingga meninggal dunia pada 2004 di usia 54 tahun.

#PeristiwaHariIni
Insiden itu dikaitkan dengan siri kejadian malang yang menimpa individu-individu yang pernah terlibat dalam penerbitan kandungan berkaitan adi wira ikonik itu yang dipanggil sebagai ‘sumpahan Superman’.

#PeristiwaHariIni
Joe Shuster, salah seorang pencipta Superman, mengalami kejatuhan karier yang teruk sebelum secara perlahan menjadi buta; Max Fleischer, salah seorang penerbit kartun Superman di awal 40-an juga meninggal dunia dalam kemiskinan.

#PeristiwaHariIni
Kirk Allen, pelakon pertama Superman, menderita untuk mendapatkan sebarang kerja selepas memainkan watak itu; Superman TV kedua, George Reeves lebih malang apabila ditemui mati dalam keadaan yang mencurigakan pada 1959.

#PeristiwaHariIni
’Sumpahan’ itu kemudian melanda Reeve, diikuti isterinya yang mati pada 2006 kerana kanser paru-paru walaupun tidak pernah merokok. Ramai lagi menyusul kemudian, dihantui oleh ‘sumpahan’ ini yang hingga hari ini tak dapat dijelaskan.

Sumber: On This Day, KQED

#PeristiwaHariIni

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @501Awani

28 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 57 tahun yang lalu, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) diasaskan.

Ini adalah bebenang. Image
Pertubuhan tersebut bertujuan untuk menyatukan kumpulan-kumpulan Arab untuk bersama memperjuangkan kemerdekaan Palestin daripada penjajahan rejim Zionis yang membentuk Israel secara haram di tanah suci tiga agama itu.

#PeristiwaHariIni
Pada Sidang Kemuncak Liga Arab pada 28 Mei 1964, orang Palestin bersatu menubuhkan sebuah organisasi pusat, maka lahirlah PLO dengan Ahmad Shuqayrī sebagai pengerusinya yang pertama.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
26 May
#PeristiwaHariIni: Hari ini 2,644 tahun yang lalu, dipercayai Siddhartha Gautama telah dilahirkan.

Ini adalah bebenang.
Beliau adalah seorang putera raja Sakya yang lahir di Lumbini, sebuah wilayah di Nepal hari ini. Ketika dilahirkan, beliau diramal menjadi sama ada seorang raja atau panglima perang yang hebat, atau seorang pemimpin rohani yang ulung.

#PeristiwaHariIni
Bapanya mahu menjadikannya seorang raja, maka Siddhartha dibesarkan dalam penuh kemewahan, melindungi Siddhartha daripada dunia luar, sebarang pengetahuan tentang agama dan kepayahan serta kesengsaraan manusia.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
25 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 21 tahun yang lalu, tentera Israel berundur dari Lubnan.

Ini adalah bebenang.
Segalanya bermula rentetan penubuhan negara haram Israel pada 1948 yang mencetuskan pelbagai perang susulan. Selepas Tebing Barat ditakluk rejim Zionis pada Perang Enam Hari 1967, tentera Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) mengalihkan kem mereka ke Jordan.

#PeristiwaHariIni
Bersama Angkatan Bersenjata Jordan (JAF) mereka berjaya menyekat kemaraan tentera Israel pada Pertempuran Karameh. Namun bermula 1970, berlaku konflik apabila PLO mahu menggulingkan monarki Bani Hashim di Jordan.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets
24 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 177 tahun yang lalu, mesej telegram pertama berjaya dihantar.

Ini adalah bebenang.
Samuel F.B. Morse, menghantar mesej dari U.S. Capitol, Washington disaksikan para ahli Kongres kepada rakan penciptanya, Alfred Vail di sebuah stesen kereta api di Baltimore, Maryland. Mesejnya berbunyi ‘What Hath God Wrought?” (Apa tuhan sudah buat?).

#PeristiwaHariIni
Ciptaan yang menjadi mencetus kepada telefon dan internet hari ini sebenarnya terlahir daripada sebuah tragedi. Morse sebenarnya adalah seorang pelukis, mendapat komisyen untuk menghasilkan satu lukisan pada 1825 di Washington, D.C.

#PeristiwaHariIni
Read 9 tweets
23 May
Hari ini 24 tahun yang lalu. Malaysia berjaya menawan Everest.

Ini adalah bebenang

#PeristiwaHariIni
Buat pertama kalinya, Jalur Gemilang berkibaran di puncak dunia pada ketinggian 8,848 meter tatkala M. Mohanadas dan N.Magendran menjadi dua rakyat Malaysia pertama yang menjejakkan kaki ke sana.

#PeristiwaHariIni
Magendan tiba dahulu, pada jam 11.55 pagi waktu Nepal (2.10 petang waktu Malaysia) sebelum Mohanadas sampai 15 minit kemudian. Menjadikan juga mereka warga Asia Tenggara yang pertama menakluk gunung tertinggi dunia itu.

#PeristiwaHariIni
Read 7 tweets
22 May
#PeristiwaHariIni : Hari ini 82 tahun yang lalu, Jerman dan Itali memeterai perjanjian dipanggil Pakatan Besi.

Ini adalah bebenang.
Pakatan ini adalah satu persetujuan kerjasama politik dan ketenteraan, yang asalnya melibatkan tiga negara termasuk Jepun. Bagaimanapun Jepun menarik diri untuk fokus menentang kuasa Soviet ketika Jerman-Itali terarah ke Empayar British dan Perancis.

#PeristiwaHariIni
Ia ditandatangani oleh Menteri Luar kedua-dua negara; mewakili Benito Mussolini adalah Galeazzo Ciano sementera Adolf Hitler diwakili Joachim von Ribbentrop bertempat di Reichskanzlei, Berlin.

#PeristiwaHariIni
Read 8 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(