1- Isu paling besar yang perlu difahami terlebih dahulu adalah membezakan antara dalil bersifat tasyri', dengan dalil yang tidak bersifat tasyri', atau dalam istilahnya dikenali sebagai Sunnah Jibilliyyah / Ghayr Tasyri'iyyah.
2- Dalil Tasyri' sifatnya tertutup, tidak fleksibel. Kerana itu kita solat Subuh 2 rakaat, bukan 3. Kita wajib puasa di bulan Ramadhan, bukan Muharram. Semua perkara ibadat sebegini perlu dilaksanakan secara tepat, tanpa tambah dan kurang, kerana ia adalah Tasyri'.
3- Berbeza pula dengan dalil bukan Tasyri', dalil sebegini sifatnya fleksibel dan menerima perubahan selari dengan perubahan tempat dan masa. Maksud sebenar disebalik saranan Nabi terhadap dalil sebegini adalah lebih luas dan berkembang, tidak tertutup seperti dalil Tasyri'.
4- Contoh bagi dalil bukan Tasyri' adalah seperti pakaian Nabi, kenderaan Nabi, makanan Nabi dan seumpamanya. Apabila Nabi berpakaian, tumpuannya bukanlah pada jenis kain dan baju, tetapi maksud yang ingin disampaikan adalah etika berpakaian, iaitu menutup aurat, longgar, sopan..
.. Apabila Nabi berkenderaan, tumpuannya bukanlah pada unta dan kuda, tetapi tumpuannya adalah mekanisma untuk bergerak. Apabila Nabi makan, tumpuannya bukanlah pada gandum dan kambing, tetapi tumpuannya adalah pada pemilihan makanan yang berzat, teratur, dan sihat.
5- Perkara yang sama berlaku pada perubatan Nabi. Ia adalah termasuk pada dalil bukan Tasyri'. Tumpuan pada perubatan Nabi bukanlah pada jenis penawarnya, seperti madu dan habbatus sawda'. Tetapi tumpuannya adalah penekanan penjagaan kesihatan, iaitu segera berubat apabila sakit.
6- Kerana itu kita akan dapati perubatan Nabi tidak terhad dan tidak tertutup. Bahkan perubatan Nabi itu luas dan pelbagai. Seperti madu, habbatus sawda', air, susu unta, bahkan juga kencing unta.
7- Lebih daripada itu, Nabi juga tidak menghalang para tabib dikalangan penduduk Arab zaman itu untuk mengubati pesakit. Ini menunjukkan perubatan Nabi itu luas dan terbuka.
8- Bahkan, Nabi menjemput al-Harith bin Kaladah untuk mengubati Saad bin Abi Waqqas. Al-Harith bin Kaladah merupakan seorang yang bukan muslim pada zaman tersebut. Ini juga menguatkan lagi bahawa perubatan Nabi bersifat terbuka, luas, tidak tertutup dan tidak terhad.
9- Justeru dalam memahami perubatan Nabi, para ulamak Hadith sering mengaitkan hadith-hadith perubatan dengan suasana, tempat dan zaman.
10- Dalam hadith Bukhari : "Habbatus Sawda' penawar bagi segala penyakit", kata al-Kirmani : maksud hadis ini bukanlah mengatakan Habbatus Sawda' penawar bagi semua penyakit secara total, tetapi ia kembali melihat kepada sifat penyakit itu...
... Sifat Habbatus Sawda' adalah kering dan panas, maka ia hanya penawar bagi penyakit yang bersifat sejuk dan basah. Umum mengetahui bahawa penawar mestilah sifatnya berlawanan kepada sifat penyakit tersebut.
11- Oleh kerana keluasan perubatan Nabi, maka para ulamak kita menerima kemajuan dalam perubatan, selari dengan kemajuan teknologi, perbezaan tempat dan zaman, dan sebagainya.
12- Semua perkara yang mencapai maksud merawat penyakit dan menjaga kesihatan, ianya telah dikira mwncapai maksud gesaan Nabi bagi topik perubatan.
13- Isunya sama dengan pakaian Nabi, semua yang mencapai maksud menjaga etika pakaian, longgar, menutup aurat. Maka ia telah melaksanakan saranan Nabi bagi perkara ini, walaupun dia tidak pakai jubah dan serban...
... seperti mana mereka yang berjubah dan berserban, tetapi ketat, sempit, nampak bentuk tubuh badan, mereka sebenarnya bercanggah dengan sunnah Nabi, walaupun itemnya 'jubah' dan 'serban'.
14- Sama juga dalam aspek senjata Nabi, walaupun Nabi guna pedang dan panah, tetapi maksud Nabi adalah mempertahankan agama dan menentang musuh. Jadi para pejuang yang menggunakan pistol dan bom, sebenarnya mereka telah mengimplementasi maksud Nabi dalam isu ini.
15- Kesimpulannya, mereka yang menghadkan pada jenis dan item, mereka sebenarnya telah menyempitkan konsep perubatan Nabi yang luas. Mereka tersalah letak dalil bukan tasyri' pada tempat dalil tasyri', dan ini adalah kesalahan.
16- Akhir kalam, semua perubatan moden, yang telah disahkan suci, bersih, halal, tidak bernajis : menggunakan semua perubatan ini termasuk dalam maksud mempraktikkan saranan Nabi SAW dalam topik perubatan.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Dua buah buku Bahasa Arab yang bagi saya perlu dibaca bagi memahami konflik yang berlaku dikalangan sahabat, seterusnya merungkaikan segala fitnah yang dilemparkan kepada mereka.
1- Hiqbah Min al-Tārīkh, Dr Uthman al-Khamīs 2- Haqiqah al-Khilāf Bayna al-Sahabah, Dr 'Alī Sallābī
Untuk buku Bahasa Melayu, boleh baca Tesis Master Dr MAZA yang telah dibukukan, bertajuk :
Fitnah Terhadap Rasulullah : Merungkai Kontroversi Menyingkap Realiti
Juga terjemahan Hiqbah Min al-Tārīkh ke Bahasa Indonesia, yang diterjemahkan dengan tajuk : Inilah Faktanya.
Jujurnya saya simpati dengan para doktor perubatan yang terus menerus ditentang oleh falasi antivaks. Lebih parah penentangan ini juga datang dari ahli agama. Secara jujur, saya nasihat agar tinggalkan para ustaz yang menyeru penentangan kepada vaksin dan penentangan kepada SOP.
Kita kena faham bahawa semua orang hanya boleh bercakap pada linkungan bidangnya sahaja. Sepertimana para doktor tidak perlu bercakap tentang agama, maka begitu juga para agamawan perlu hormat dan tidak masuk campur tentang bidang perubatan.
Lebih teruk, sebahagian ustaz kita hari ini bukan sahaja menentang bidang perubatan, bahkan mereka sebenarnya bertentangan dengan bidang sendiri !!. Setakat dapatan saya, belum lagi saya jumpa fatwa rasmi dari mana-mana majlis fatwa yang melarang vaksin. Semuanya membenarkan !
Lama tak nampak gambar Ustazah Hawa. Jujurnya, waktu saya masih bertatih Bahasa Arab, Ustazah Hawa lah yang paling bersungguh gilap bakat saya, sehingga lah saya boleh berdiri di kaki sendiri hari ini.
Kebetulan hari ni ada alumni Maahad yang upload video diorang bagi hadiah kepada para asatizah, maka saya pun ternampak gambar Ustazah dikalangan guru-guru lain. Semoga Allah sentiasa menjaga ustazah.
Yahudi tu ceroboh rumah dia.. dia balek tengok2 rumah dah kena ceroboh..
Palestine (P) : ni rumah aku, kamu penceroboh, perompak.
Yahudi (Y) : aku duduk sini sekarang, apa nak buat pun aku tak akan keluar.
P : ini rumah aku, bukan rumah kau !
Y : mahkamah bagi kami rumah ni.
Y : pergi tanya mahkamah, mahkamah yang bagi.
P : ini rumah aku, ni pintu aku !
Y baju putih : jangan sembang dengan orang bodoh. Kenapa layan org bodoh macam mereka ?.. then dia tutup pagar..
Pada pandangan saya, kesilapan pada berlebihan mengagungkan logo capal ini sebenarnya berpunca dari salah faham atau tidak faham tentang pembahagian antara Sunnah Tasyri'iyyah dan Sunnah Ghayr Tasyri'iyyah.
Ada perkara yang Nabi SAW lakukan yang merujuk kepada syarak, seperti sabda Nabi : "Solatlah kamu seperti kamu lihat aku solat", atau sabda Nabi SAW tentang ibadah haji : "ambillah tatacara (haji) daripada aku".
Ada pula perlakuan Nabi SAW yang merujuk kepada sifat Baginda sebagai seorang manusia, atau merujuk kepada suasana persekitaran Baginda, atau zaman Baginda hidup, atau tempat Baginda di Tanah Arab. Perlakuan Nabi SAW bagi perkara sebegini dipanggil Sunnah Ghayr Tasyri'iyyah.
Amalan meletakkan tangan diatas ubun-ubun isteri selepas berkahwin adalah warid dalam hadith. Namun amalan ini tidak sepatutnya dilakukan dihadapan khalayak ramai, dengan dikelilingi orang ramai, bahkan ada pula yang mengambil gambar ketika itu.
Melakukan amalam ini dikhalayak ramai sepertinya tidak bertepatan dengan konsep doa yang mempunyai makna izhar al-zillah wa al-maskanah (menzahirkan kedhaifan seorang hamba ketika berdoa kepada Allah SWT).
Nabi SAW sangat mementingkan isu menzahirkan kedhaifan diri ketika berdoa. Antara cara Baginda zahirkan kedhaifan diri adalah dengan mengangkat tangan ketika berdoa, kata Syeikh 'Atiyyah Saqr : "ianya seperti seorang fakir menadah tangan memohon bantuan dari orang lain untuknya".