Jika kamu ditangkap & disoalsiasat polis, protect yourself dan jangan jawab soalan polis. Bagi jawapan:
"Saya gunakan hak saya bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah untuk menolak daripada menjawab soalan ini kerana jawapan saya boleh mendedahkan saya pada pertuduhan jenayah"
Jawab soalan pasal butir-butir peribadi (nama, IC, alamat, pekerjaan, pendidikan) dan soalan yg kamu rasa selamat utk dijawab, tapi tolak utk jawab semua soalan lain yg kaitkan diri kamu dengan kes yg disiasat polis. Kamu ada hak utk berdiam diri dan tidak kantoikan diri kamu.
Aku dah banyak kali kena soalsiasat polis, tahun ni saja dah 5 kali. Setakat ni aku tak pernah lagi kena belasah polis bila aku jawab macam ni. Kalau polis pukul kamu, kamu boleh laporkan pada Jabatan Integriti & Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan saman polis di mahkamah.
Jika kamu disoalsiasat polis tanpa kehadiran peguam, kamu jawab:
"Sebelum saya jawab soalan tuan, benarkan saya utk call peguam saya dulu & minta dia hadir masa saya disoalsiasat"
Bila kamu ditangkap polis kamu ada hak utk buat satu phone call. Telefon peguam kamu atau YBGK utk dapatkan free legal aid. Kamu ada hak utk berunding dgn peguam sebelum kamu jawab setiap soalan polis.
"Sebelum saya jawab soalan ni benarkan saya consult dengan peguam saya dulu"
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Tahanan Patrick Teoh dilanjutkan sebab dia lupa password & tak serahkan pada polis & SKMM. Bawah #AktaSakitHati pegawai SKMM memang ada kuasa untuk minta password & rampas akaun FB atau Twitter kamu yg disiasat. Aku kongsi petua kalau kamu tak nak bagi...
Pegawai SKMM ada kuasa utk rampas akaun FB & Twitter kamu jika kamu disiasat bawah Akta Komunikasi & Multimedia a.k.a. #AktaSakitHati.
Di bawah adalah keterangan mahkamah dari seorang Juruanalisa Forensik SKMM semasa perbicaraan kes aku untuk kes muka badut Najib. #clowntrial
PEGUAM SKMM: Bagaimana kerja siasatan digital forensic dan “data preservation” selalunya dilakukan oleh SKMM?
SAKSI SKMM: Biasanya ikut S.O.P. kita lakukan rampasan terhadap akaun Facebook tersebut. Kita buat rampasan dengan menukar password akaun tersebut dan... 👇
Tahukah kamu sambutan Hari Buruh (Hari Pekerja) atau May Day pertama dalam sejarah negara kita telah diadakan 99 tahun dahulu oleh golongan Anarkis di Ipoh, Perak?
Hari Pekerja yg kita sambut pada 1hb Mei setiap tahun sebenarnya disambut buat pertama kali pada tahun 1921 oleh golongan Anarkis di Ipoh.
Sebelum kemunculan kelompok anarcho-punk di Malaysia pada era '90an, kelompok Anarkis dari China dah mula bertapak di Malaya seawal 1908.
Pada tahun 1918, kolektif Anarkis bernama Chan-she (Truth Society) sudah ditubuhkan di Singapura, Kuala Lumpur dan Ipoh untuk sebarkan karya-karya, buku-buku dan risalah-risalah Anarkisme.
[THREAD] Dalam negara ini kamu masih boleh ditahan polis kerana satu tweet yg mengkritik pemerintah atau mempersenda orang berkuasa.
Panduan ini untuk mereka yg tak pernah ditangkap polis & tak tahu apa yg perlu dibuat kalau ditahan kerana satu tweet.
Baca dan save info ni.
(1) Walaupun kerajaan dah bertukar 2 kali, tapi undang-undang #AktaSakitHati masih wujud & masih boleh digunakan ke atas kamu. #AktaSakitHati ialah nama glamer utk Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi & Multimedia.
Jadi kamu masih boleh ditangkap & disiasat hanya kerana satu tweet.
(2) Jika ada orang yg sakit hati dengan tweet kamu yg mengkritik atau mempersenda pemimpin mereka, dan mereka buat report polis, kamu boleh ditangkap.
Aku sendiri pernah lalui benda ni bila aku tweet poster muka badut Najib dahulu. Aku kena tangkap, kena soalsiasat & kena dakwa.
4. THE PHILOSOPHY OF PUNK: MORE THAN NOISE! - Craig O’ Hara (1995)
Buku yang memperkenalkan dan menarik minat aku kepada aspek politik disebalik muzik punk masa umur aku 18 tahun dan inspire aku untuk mendalami subculture punk.
Pada tahun 1947 dah wujud sebuah bendera kebangsaan yg bernama 'Bendera Rakyat' yg telah dikibarkan secara rasmi di seluruh Malaya genap 72 tahun dulu pada 10 Disember 1947. Peristiwa ini telah dirakamkan di muka depan akhbar Utusan Melayu. #BenderaRakyat
Menurut akhbar Utusan Melayu bertarikh 11 Disember 1947, hampir semua bandar-bandar dan pekan-pekan di Malaya termasuk Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Sungai Siput, Alor Setar dan Singapura telah mengadakan istiadat menaikkan 'Bendera Rakyat'. #BenderaRakyat
Utusan melaporkan ucapan Setiausaha Agung PUTERA, Taha Kalu:
"Bendera Rakyat yg baru kita naikkan ini ialah sebagai cogan persatuan rakyat yg berjiwa maju progresif. Bendera ini telah sama2 diukir & diputuskan oleh dua badan gabungan yg besar di Malaya, iaitu PUTERA & AMCJA."