Pernah dengar tak orang kata:

"Hawa adalah punca Nabi Adam makan buah khuldi!"

Persoalannya, betul ke kisah tersebut?🤔

Ini adalah thread.
Sebelum saya mulakan thread, saya nak bagitahu, insyaAllah 25 JUN ini, jam 10 pagi, saya akan buka PRE ORDER 2 buku baru saya bertajuk "INI SEMUA MITOS" & "SAAT KIAMAT MENGHAMPIRI".

InsyaAllah saya akan maklumkan dari hari ke hari☺️ ImageImageImage
Baik. Jom kita mula.

Pernah tak korang dengar kisah yang kata Hawa punca Nabi Adam makan buah khuldi?

Sebenarnya, tuduhan sebegini adalah sangat menyimpang. Namun, kisah ini telah berlegar-legar daripada kita kecil. Kesannya apa?
 
Orang mula menyalahkan wanita dalam hal ini.
“Hawa punca nabi Adam makan buah khuldi!’
 
“Perempuan memang bermasalah! Kalau tak, kita sekarang ada dekat syurga!”

Akhirnya, kaum wanita diperlekehkan, dihina, dipandang rendah, dan dituduh menjadi punca segalanya.
 
Sedangkan, tuduhan di atas adalah mitos!
Dari manakah sebenarnya asal mitos ini?
 
Hakikatnya, ia adalah dari bible yang telah terseleweng. Orang barat yang kononnya mengaku mengangkat martabat wanita, kononnya memperjuangkan hak asasi wanita, namun mereka sendirilah yang seleweng Bible dan mendiskriminasi Wanita...
...dengan menuduh bahawa Hawa yang menggoda nabi Adam untuk memakan buah khuldi.

Saya ambil petikan bible tersebut: Image
Lihatlah! Bible yang terseleweng ini degan jelas mengatakan bahawa punca kepada malapetaka adalah Hawa, kononnya Hawa menipu Adam, dgn memberi Adam buah dari pohon terlarang itu dan menipu Adam, di mana dia beri buah itu kepada Adam tanpa beritahu Adam bahawa itu buah terlarang.
Persoalannya, APA KISAH YANG SAHIH? Baik, jom saya ceritakan dengan beberapa noktah penting.
1) NOKTAH PERTAMA: IBLIS PUNCA MALAPETAKA.
 
Sebenarnya, dalam Al-Quran, sangat jelas bahawa iblis menipu daya dan menggoda Adam dan Hawa, dan kedua-dua Adam dan Hawa tertipu dengan godaan tersebut. Allah SWT berfirman: Image
Nampak tak? Allah menyatakan bahawa iblis menghasut mereka berdua.
 
Kemudian Allah menyambung: Image
2) NOKTAH KEDUA: JANGAN SALAHKAN ADAM DAN HAWA.
 
Sangat jijik tuduhan yang mengatakan Adam dan Hawa sebagai punca bagi segala masalah. Sedangkan, apa yang berlaku kepada mereka adalah sesuatu yang mereka sendiri tak mendugainya.
Para ulama’ mengatakan bahawa Adam dan Hawa adalah manusia pertama yang digoda oleh Iblis. Dan, godaan tersebut tersangatlah licik, sehingga mereka tidak sedar akan tipu daya tersebut.
Antara cara iblis menggoda ialah:
 
a) Iblis menggoda Adam dan Hawa dengan sesuatu yang Allah tidak sebutkan kepada mereka, iaitu tentang hidup abadi di dalam syurga jika makan buah dari pohon terlarang.
Allah SWT ketika menyebutkan tentang kenikmatan syurga kepada Adam dan Hawa, Allah tak sebut tentang keabadian. Yang mana Allah SWT berfirman: Image
Dekat ayat ini, kita boleh nampak, iblis goda Adam dan Hawa dengan tiga janji palsu, iaitu:
 
- Kehidupan yang kekal.
- Kerajaan syurga yang kekal.
- Menjadi penguasa, raja dan pemilik syurga.
 
Dahsyat tipu daya iblis ini.
b) Iblis menamakan pohon terlarang dengan nama “Syajaratul khuld” yang bermaksud “pohon keabadian”.
 
Ini satu pendustaan! Allah tak pernah namakan pohon tersebut sebagai pohon khuldi.
Dan Allah tak pernah kata kalau makan buah dari pohon khuldi, mereka akan hidup kekal. Bahkan buah tersebut kalau makan, tidaklah mendatangkan keabadian.
c) Iblis menghias godaannya dengan bersumpah, dan kononnya berniat baik kepada Adam dan Hawa.
 
Allah SWT berfirman: Image
Ibn Qayyim menyebutkan bahawa, ada tiga cara bagaimana iblis menegaskan & meyakinkan Adam & Hawa. 1st, dgn bersumpah atas nama Allah. 2nd, iblis menyatakan kesungguhannya dgn huruf “inna”. 3rd, Iblis meyakinkan Adam & Hawa bahawa ia semata2 menginginkan kebaikan untuk keduanya.
Pada ayat sebelumnya, iblis mengatakan: Image
Namun, sebagaimana yang disebutkan sebahagian ulama, Adam dan Hawa bersangka baik pada iblis dan akhirnya ikut godaan iblis tersebut.
Kenapa?
 
Kerana, Adam adalah manusia pertama yang menghadapi godaan iblis yang membinasakan, bukan digoda oleh syaitan biasa, tapi digoda oleh raja sang penggoda, iaitu iblis laknatullah.
3) NOKTAH KETIGA: ADAM DAN HAWA TELAH BERTAUBAT DAN ALLAH TERIMA TAUBAT MEREKA.
 
Namun, Adam dan Hawa telah bertaubat dan Allah maha Pengampun, telah mengampuni segala dosa mereka. Allah berfirman: Image
Inilah doa taubat yang dibaca oleh Nabi Adam. Allah menerima taubat Adam & Hawa. Dalil ini bukti bahawasanya tiada dosa warisan. Kristian menganggap tiap org yg lahir akan mewarisi dosa Adam, lalu dtglah Jesus untuk menebus segala dosa warisan tersebut. Ia salah.
Dalam islam, semua orang menanggung dosanya sendiri.

Allah swt berfirman: Image
Baik. Selesai satu isu. Sekarang, wujud pula orang yang kata:

“Jika nabi Adam tak makan buah khuldi, nescaya kita akan terus hidup di dalam syurga!”
 
Inilah mitos yang akhirnya wujud kelompok yang menyalahkan nabi Adam sebagai punca umat manusia berada di dunia.
Apa yang sahih?
 
1) SEBELUM ADAM DICIPTAKAN, MEMANG ALLAH DAH KATA AKAN JADIKAN DIA SEBAGAI KHALAIFAH DI MUKA BUMI.
 
Sejak sblum nabi Adam diciptakan lagi, Allah berfirman kpd malaikat bahawa Dia ingin menjadikan Adam,kemudian turunkan Adam ke bumi utk menjadi khalifah di bumi.
Allah swt berfirman: Image
Hakikatnya, turunnya Nabi Adam ke bumi bukanlah bentuk penghinaan, tetapi ia adalah permulaan kepada bermulanya umat manusia menjadi khalifah dimuka bumi.
Kerana itu Nabi SAW bersabda:

"Hari terbaik matahari terbit padanya adlaah hari jumaat, pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu Adam diwafatkan, pada hari itu Adam dimasukkan dlm syurga, dan pada hari itu Adam dikeluarkan dari syurga"
(HR Ahmad)
APA KESIMPULAN KEPADA KISAH ADAM DAN HAWA NI?

Secara ringkas, saya boleh kongsikan:

a) Musuh utama kita adalah iblis.

Dari awal penciptaan Adam, Iblis dan berjanji pada Allah untuk sesatkan anak Adam.

Ini sepatutnya menjadi titik tolak untuk kita melawan hasutan iblis.
b) Iblis akan sentiasa menghiasi maksiat agar ia kelihatan indah.

Maksiat hakikatnya membuatkan kita gelisah, resah dan sengsara. Namun Iblis menghiasinya sehingga akhirnya manusia ketagih dengan maksiat. Nauzubillah.
c) Jangan salahkan Adam atau Hawa. Salahkanlah iblis.

d) Allah maha pengampun. Lihatlah bagaiman ketika Adam dan Hawa tersilap, mereka meminta ampun pada Allah dan Allah ampunkan.

Allah amat mencintai hambaNya yang bertaubat.
e) Tiada istilah dosa warisan. Dan tiada istilah menanggung dosa orang lain. Semua orang menanggung dosanya sendiri dan mendapat mudharat atas dosa yang dia sendiri lakukan.
Wallahua'lam. Itu sahajalah perkongsian kali ini. Actually, apa yang saya sampaikan ni adalah sebahagian kecil dari isi dari buku terbaru saya yang akan dibuka PRE ORDER pada 25 jun ini.

InsyaAllah kalau korang nak dapatkan, saya akan umumkan tak lama lagi☺️

Moga bermanfaat! ImageImage

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with ADNIN ROSLAN

ADNIN ROSLAN Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @adninroslan

19 Jun
Pernah tak kita dah bertaubat, tapi jatuh dalam dosa yang sama, berkali-kali?

Adakah taubat kita itu sia-sia? Adakah orang sebegini layak mendapat pengampunan dan syurga Allah?🥺

Ini adalah thread.
Sebelum saya mula, saya nak beritahu bahawa, insyaAllah 25 JUN jam 10 pagi, saya akan buka PRE ORDER untuk 2 buku terbaru saya bertajuk:

"INI SEMUA MITOS" & "SAAT KIAMAT MENGHAMPIRI".

Dan, ahad 20 jun jam 9pm, saya akan buka VIP WAITING LIST. Saya akan maklumkan nanti🥰🤲
Baik, bismillah, jom kita mula. Izinkan saya guna "aku".

Setiap kali bagi perkongsian di sekolah atau universiti, antara soalan yang paling ramai orang tanya ialah:
 
“Ustaz, kalau saya buat dosa, kemudian taubat, lepas tu buat dosa semula, adakah Allah akan ampunkan saya?”
Read 66 tweets
18 Jun
"Tak boleh campur makanan laut dan darat dalam satu lauk. Nabi larang!"

Korang pernah dengar tak benda ni?

Persoalannya, betul ke Nabi larang?

Ini adalah thread.
Sebenarnya sahabat sekalian, tiada sebarang ayat Al-Quran atau hadis pun yang melarang perbuatan mencampurkan makanan laut dan darat. Sebab tu perkataan “nabi larang” itu adalah satu kemitosan.
APA YANG SAHIH?
 
1. ALLAH DAN RASUL TAK MELARANG.
 
Seperti yang saya sebuat tadi, tiada satu dalil pun yang melarang perbuatan mencampurkan makanan darat dan laut.
 
Kalau macam tu, tom yam, kuey teow dan lain-lain tu tak boleh makan la? Rugi kot. Sedap tu!
Read 11 tweets
24 Mar
Boleh ke lelaki menegur aurat wanita ajnabi?

Hangat diperkatakan ttg isu ini. Cuma izinkan saya memberi pandangan dlm hal ini berdasarkan apa yg saya bljr dari murabbi saya.

Jika ada salah silap, tegurlah saya. Apapun, tgok video ini dulu & BACALAH THREAD ini smp habis☺️
Bismillah.

Seperti biasa, dalam thread-thread saya sebelum ni, saya akan ulas dengan ketengahkan noktah-noktah penting, supaya tiada siapa yang miss point dan dengan harapan kita sama-sama dapat jelas dalam hal ini, insyaAllah.
Isu ini bagi saya perlu dibincangkan, kerana ia tidak melibatkan satu perintah Allah sahaja, tetapi pelbagai perintah-perintah Allah dan yang mana satu kita perlu utamakan.

Apa maksud saya?
Read 62 tweets
27 Nov 20
Kes "pendakwah" yang didakwa merogol ni, ada beberapa benda yang kita sama-sama boleh belejar. Kes tu siapa betul siapa salah, kita doakan Allah tunjukkan kebenaran.

Tapi, apa pengajaran yang kita boleh ambil?

Saya kongsikan beberapa noktah.
1) Noktah pertama, IKUT PERINTAH ALLAH, PASTI SELAMAT.

Dalam hal ini, saya nak umumkan isu, yang mana kes rogol di Malaysia meningkat setiap tahun, yang mana, purata dari 1500 hingga 3000 kes setahun. Itu rogol.

Zina pula? Kes anak luar nikah yang didaftarkan, purat 50,000 kes!
Dalam hal ni, apa yang Allah perintahkan? Satu ayat yg sangat famous tapi amat ramai yg pandang remeh.

"Jangan kamu DEKATI ZINA. sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.."
(Surah Al Isra' ayat 32).

Sabar. Baca sampai habis tau🙏
Read 57 tweets
28 Jun 20
Viral isu rogol. Orang bergaduh sakan. Satu kumpulan salahkan perempuan sebagai punca. Satu lagi menyalahkan laki sebab tak tundukkan pandangan.

So, dari sudut apa kita perlu melihat isu ni sebenarnya?

Ini adalah thread. Jom baca sampai habis.
Saya nak kongsikan isu ini kepada beberapa noktah.

1. Kes rogol. Perogol salah atau mangsa rogol?

2. Apa punca kepada kes rogol atau zina ni makin hari makin berleluasa?

3. Apa tindakan yang perlu kita buat untuk cegah isu ini dari terus menular?
1) NOKTAH PERTAMA. Kes rogol. Perogol salah atau mangsa rogol yang salah?

Jawapannya sangat clear. Semestinya perogol yang salah dan wajar dikenakan hukuman didunia dan diakhirat.

Rogol adalah satu dosa besar, bahkan satu jenayah berat disisi undang-undang.
Read 81 tweets
30 Mar 20
Kecoh sekarang, orang kata:

"#COVID19 ni tanda DAJJAL DAH NAK KELUAR!"

"15 Ramadhan 2020 ni akan berlaku dukhan dan kucar-kacir yang dahsyat!"

Persoalannya..

Betul ke semua dakwaan ni? Boleh ke kita percaya dan sebarkan?

Ini adalah thread.

#AdninBercerita
Ada ramai orang cakap, dan saya sendiri dapat banyak soalan, orang kata:

"15 Ramadhan ni akan ada dukhan! Meteor akan jatuh dekat bumi!"

"15 ramadhan tahun ni pada hari jumaat, akan berlaku kucar kacir yang dahsyat!"

"Covid19 tanda dajjal dah nak muncul!"
Benda ni viral dekat whats app, FB, twitter, youtube dan segala media sosial.

Orang jadi takut, anxiety, dan macam-macam lagi tentang benda ni. Yela, siapa tak takut, kan?
Read 61 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(