"#COVID19 ni tanda DAJJAL DAH NAK KELUAR!"
"15 Ramadhan 2020 ni akan berlaku dukhan dan kucar-kacir yang dahsyat!"
Persoalannya..
Betul ke semua dakwaan ni? Boleh ke kita percaya dan sebarkan?
Ini adalah thread.
#AdninBercerita
"15 Ramadhan ni akan ada dukhan! Meteor akan jatuh dekat bumi!"
"15 ramadhan tahun ni pada hari jumaat, akan berlaku kucar kacir yang dahsyat!"
"Covid19 tanda dajjal dah nak muncul!"
Orang jadi takut, anxiety, dan macam-macam lagi tentang benda ni. Yela, siapa tak takut, kan?
Bila kita tegur, depa kata:
"Eh, aku dengar dari Ustaz ni cakap. Takkanla ustaz menipu.."
Saya akn menjawab 2 soalan:
1) Betul ke covid19 ni tanda DAJJAL dah nak muncul?
2) Betul ke 15 Ramadhan 2020 ni dukhan akan terjadi?
Kalau korang jenis tak minat membaca, jangan risau. Saya ada buat VIDEO untuk korang tengok.
"Betul ke covid19 tanda DAJJAL dah nak muncul?"
Boleh tengok jawapan saya di sini:
👇
"Betul ke 15 ramadhan 2020 ni akan berlaku dukhan dan kucar-kacir yang dahsyat?"
Boleh tengok di sini.
👇
BETUL KE COVID19 NI TANDA DAJJAL NAK MUNCUL?
Untuk menjawab ni, saya akan buat dalam bentuk point. Bagi memudahkan korang untuk faham insyaAllah🤲
Orang lain pulak cakap: "Mekah baru-baru ni ditutup sebab takde org tawaf, itu tanda dajjal dah nak keluar!!"
Alih-alih wujud orang yang sedap hati dia je meramal bila kiamat, dan benda ni ditentang oleh ramai ulama'.
Golongan pertama ialah, dia akan malas beramal dan berterusan buat maksiat. atas alasan:
"Ala, nanti dah nak kiamat baru aku taubat.."
"takutnya kiamat. Malas nak nak kerja, malasla nak belajar, malasla nak kahwin. Sbb kiamat dah dekat. nak duk rumah duk masjid jela.."
Hikmah kiamat dirahsiakan ni, sama macam Allah rahsiakan kematian. Agar kita sentiasa bersedia.
Soalan pertama:
"Masjidil Haram ditutup dan takde orang tawaf baru-baru ni adalah tanda kiamat?"
Actually kalau korang nak tahu, Masjidil Haram pernah ditutup berpuluh kali dalam sejarah, sebab wabak, sebab perang, sebab banjir, sebab terbakar dan bermacam-macam sebab lagi.
Ini bukan kali pertama. Lagi satu, masih ada yg tawaf dekat bahagian atas.
Ada orang kata, "Kiamat akan berlaku apabila orang alim dan orang soleh ramai yang mati."
Jawapannya:
Memang kiamat akan berlaku pada zaman manusia ketika itu jahil dan orang beriman semua mati, yang tinggal hanya orang kafir.
Di Arab Saudi, di Yaman, di India, di Pakistan, di Mesir, di Malaysia, & di pelbagai lagi negara Islam masih ada ulama'.
"Dajjal dah nak keluar?"
Jawapannya:
Nabi salallahualaihiwassalam telah memberikan petanda bilakah akan keluarnya Dajjal. Jom tengok satu persatu.
Dan tadi baru hujan di shah alam, maknanya belum masanya dajjal keluar.🙅♂️
Dan sekarang, Satu dunia tengah pening dengan wabak Covid-19, belum mampu nak berperang. Maknanya belum masanya dajjal keluar.🙅♂️
Hari ini, Madinah masih berfungsi, pekerja tengah sibuk membersihkan Masjid Nabawi. Maknanya belum tiba lagi masa dajjal keluar.🙅♂️
Hari ini, Korang hari-hari bercerita dan teringat pasal Dajjal, sampaikan buat lambang jari minilove pun korang hendak kaitkan dgn Dajjal. Maknanya belum masanya lagi dajjal keluar.🙅♂️
Jadi berhentilah daripada menjadi org yang berdusta dan meyesatkan manusia.
Namun, kita x diperintahkan utk MERAMAL bilakah tarikh kiamat, bila dajjal & imam mahdi muncul. Itu semua urusan Allah. Jgn buat kerja Allah.
Sekarang kita masuk soalan yang kedua pula.
BETUL KE 15 RAMADHAN 2020 NI AKAN BERLAKU DUKHAN?
Saya akan jawab dalam bentuk point juga ya. Baca sampai habis tau☺️
Tiba-tiba ada orang sedap-sedap meramal semua benda ni.
Persoalannya, betul ke hadith ni? Baik, saya masuk noktah yang kedua.
muslim.or.id/8018-hadits-pa…
"Tidak boleh bagi sesiapa pun berhujah dengannya dan dia telah menyusun kitab al-Fitan dengan menyebutkan di dalamnya keanehan-keanehan serta kemungkaran-kemungkaran.”
Berdusta atas nama nabi, sebarkan hadith palsu, dosanya besar!
KALAUPUN hadith itu dhaif, hadith dhaif tak boleh dijadikan sebagai hujah lebih-lebih lagi dalam bab hukum ataupun benda-benda ghaib apatah lagi ramalan.
Orang beriman dan bertaqwa dia akan mengambil sikap berhati-hati dan meninggalkan syubhan. Dia takkan sebarkan benda-benda yang bertentangan dengan Alquran dan sunnah.
"Semua hadith-hadith yang menceritakan BILAKAH HARI KIAMAT, semuanya adalah hadith palsu!"
Ada banyak hadith sahih bahawa nabi pun tak tahu bila kiamat, nabi hanya ceritakan tanda-tanda kiamat, dan nabi juga tak tahu bila tarikh berlakunya setiap tanda-tanda itu.
"Fa akhbirni anissa'ah."
"Ceritakan aku tentang kiamat..."
Nabi jawab:
"Mal mas'ulu anha bia'lam minassail"
"Saya pun tak tahu, jibril pun tak tahu.."
"mereka bertanya padanu tentang bilakah kiamat? katakanlah wahai muhammad, sesungguhnya, ilmu tentang kiamat itu hanya ada pada Allah, dan tiada siapa yang tahu bila kiamat melainkan Allah".
Ini semua dusta dan tak boleh dipercayai dan jangan disebarkan.
1) Pertama, kita kena sentiasa bersedia menghadapi kiamat. Kalaupun kita tak hidup zaman kiamat, mati boleh datang bila-bila. Dan mati itu pun kiamat kecil bagi kita.
Namun, meramal-ramal bilakah tanda kiamat besar akan terjadi, dan bilakah kiamat, ianya satu bid'ah.
Elakkanlah wahai sahabat.
Apa akan terjadi?
Golongan pertama, org yg aka menangguh-nangguhkan taubat. "Ala, tarikh kiamat kan lama lagi, so buat maksiat dulu, dah nak kiamat, taubatla.."
Golongan kedua pula?
"buat apa aku kerja, buat ap aku kahwin, buat apa aku belajar, kiamat nak dekat. Baik aku duk masjid je.."
Hikmah kiamat dirahsiakan ni,sama mcm Allah rahsiakan kematian. Agar kita sentiasa bersedia.
Moga twit panjang ni bermanfaat. Korang bolehla sebarkan andai korang dapat sesuatu dari apa yang saya sampaikan ni.
Apapun, andai saya salah, tegur je sebab saya pun manusia biasa.
Jumpa lagi di thread akan datang☺️