Pernah tak kita dah bertaubat, tapi jatuh dalam dosa yang sama, berkali-kali?
Adakah taubat kita itu sia-sia? Adakah orang sebegini layak mendapat pengampunan dan syurga Allah?🥺
Ini adalah thread.
Sebelum saya mula, saya nak beritahu bahawa, insyaAllah 25 JUN jam 10 pagi, saya akan buka PRE ORDER untuk 2 buku terbaru saya bertajuk:
"INI SEMUA MITOS" & "SAAT KIAMAT MENGHAMPIRI".
Dan, ahad 20 jun jam 9pm, saya akan buka VIP WAITING LIST. Saya akan maklumkan nanti🥰🤲
Baik, bismillah, jom kita mula. Izinkan saya guna "aku".
Setiap kali bagi perkongsian di sekolah atau universiti, antara soalan yang paling ramai orang tanya ialah:
“Ustaz, kalau saya buat dosa, kemudian taubat, lepas tu buat dosa semula, adakah Allah akan ampunkan saya?”
Juga, ada yang selalu tanya:
“Adakah kalau saya taubat dan buat balik dosa, berulang-ulang kali begitu, saya ni dikira mempermainkan taubat dan menipu Allah?”
Sampai satu tahap, ada yang keluarkan statement:
“Ustaz, kawan saya cakap kat saya, lebih baik tak payah taubat kalau saya buat balik dosa. Taubat saya tu sia-sia bak kata kawan saya. Betul ke ustaz…”
Lebih aku sedih, ada juga yang aku jumpa, dia siap cakap:
“Aku ni dah confirm masuk neraka. Allah takkan ampunkan dosa aku. Peminum arak macam aku ni, doa pun tak makbul, solat pun Allah tak terima…”
Aku mengeluh. Memandang langit seorang diri. Aku sedih, sebab, ramai yang tak nak taubat, ramai yang tak nak kembali pada Allah, ramai yang putus-asa dengan Allah, bukanlah kerana mereka ini jahat. Tak, mereka bukan orang jahat. Mereka cuma tak tahu.
Mungkin mereka tak kenal Allah, dan tiada siapa yang pernah kenalkan mereka kepada Allah, sehingga akhirnya, mereka bersangka buruk dengan Allah.
Wahai kawanku…
Wahai teman yang aku cintai…
Aku nak tanya kau, pernah tak kau terdetik soalan-soalan seperti tadi?
“Aku benci aku…”
“Allah xkan ampunkan aku."
“Aku confirm masuk neraka."
“Aku teruk, aku bodoh, aku jahat, aku pemaksiat tegar, aku x layak masuk syurga"
Aku tahu, kau tahu, yang sebenarnya Allah tak seperti yang kau sangkakan.
Aku tahu, di sudut hati kau, ya, di sudut hati kecil kau, aku tahu, kau tahu bahawa, Allah akan ampunkan kau.
Cuma, terkadang, kau MALU dengan Allah atas segala dosa yang kau lakukan, sehingga sampai satu tahap, kau rasa yang Allah takkan terima kau lagi.
Wahai kawanku, andai kau rasa benda ni semua, hari ini, aku nak kau tahu bahawa, Allah sayang kau wahai kau.
1) NOKTAH PERTAMA: ALLAH SENTIASA ADA UNTUK AMPUNKAN KAU.
Wahai kawan…
Buanglah segala persangkaan burukmu pada Allah. Buang sebentar, tarik nafas, pejamkan mata, dan kau hayati apa yang aku nak cakap dengan kau ni.
Tenangkan diri wahai kawan. Pejam mata.
Bayangkan, Allah sedang berbicara pada kau. Memujuk kau dengan penuh kasih-sayang. Allah swt telah berfirman dalam sebuah hadith qudsi riwayat Tirmidzi:
Andai ini pun tidak membuatkan kau rasa bahawa Allah amat-amat mencintai kau, andai ini pun kau rasa tak yakin bahawa Allah akan ampunkan kau, sekali lagi, aku ingin kau hayati hadith seterusnya❤️🤲
Kali ini, apa yang rasa wahai teman?
Aku nampak, kau dah mula tersenyum. Kau dah mula bergenang air mata. Jangan tahan air mata kau. Biarkan ia mengalir wahai kawan!
Atau, ia masih tak cukup untuk membuatkan hati kau terpujuk? Baik, aku rasa, kau kena dengar yang ni pula.
Kadang, kau sangka, bila kau buat dosa, Allah dah tak pandang kau.
Kadang kau sangka, bila kau bermaksiat, Allah sangat benci kau.
Sebenarnya kau silap wahai kawan..
Berkali-kali aku cakap, hakikatnya, Allah amat-amat mencintai kau wahai kawanku.
Takkanlah kau tak rasa bersalah pada Allah sebab selama ni kau telah tersalah sangka padaNya. Tak cukup dengan itu! Aku bagi satu lagi pujukan dari Allah untuk kau wahai kawanku! Nabi saw bersabda yang sabdaan yang cukup menyentuh jiwa:
Istighfarlah, dan bersyukurlah, kerana Allah tak seperti yang kau sangkakan selama ini.
Selama ni, kau rasa Allah benci kau. Tak! Allah cinta kau!
Selama ni, kau rasa Allah takkan ampunkan kau. Tak! Dia sentiasa ada untuk ampunkan kau!
Allah sayang kita😭
2) NOKTAH KEDUA: TAUBAT DAN ULANG DOSA, ADAKAH DIAMPUNI?
Pernah kita tertanya tentang ini, kan?
Adakah taubat kita sia-sia andai kita terjatuh dalam lubang yang sama semula?🥺
Kadang, bila kita dah terlalu banyak dosa, sampai satu tahap, kita putus-asa dari rahmat Allah, kita rasa tiada lagi sisa harapan yang ada. Namun, seperti biasa wahai kawan, Allah sentiasa ada wahai kawan…
Allah memujuk kita semua, kau dan aku, dalam surah Az Zumar ayat 53:
Allah pujuk kita berkali2. Dia bagitahu kita yg dh byk dosa ni, Allah bagitahu kita,
“janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya…”
Maha suci Engkau ya Allah. Maafkan kami kerana selama ini telah bersangka buruk denganMu..
Imam An-Nawawi berkata:
”Seandainya seseorg berulang kali melakukan dosa hingga 100 kali, 1000 kali atau lebih, lalu ia bertaubat setiap kali berbuat dosa, maka pasti Allah akan menerima taubatnya setiap kali ia bertaubat, dosa2nya pun akn gugur."
(kitab Alminhaj Syarh Muslim)
Imam ghazali pernah berkata:
“Jika kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali melakukan dosa, maka, bersegeralah bertaubat kembali! Katakanlah pada dirimu:”Moga-moga aku mati sebelum sempat mengulangi dosa kali ini….”
Betapa pengampunnya Allah. Banyak peluang yang Dia beri pada kita agar kita segera kembali padaNya🥺
Cuma kadang, kita je ego tak nak kembali pada Dia dan sombong untuk meminta ampun padaNya.
Maafkan kami ya Allah😭🤲
3) NOKTAH TIGA: BEZA ORANG MUKMIN DAN ORANG FASIQ.
Semua orang pernah melakukan dosa, walau soleh dan alim mana pun dia. Melainkan Nabi SAW yang maksum.
Namun, apakah perbezaan orang beriman dan orang fasiq ketika melakukan dosa?
Orang beriman, bila mereka melakukan dosa, mereka akan:
1) Rasa menyesal, rasa bersalah, tak tenang. 2) Segera minta ampun dan usaha untuk melawan nafsu, dan andai terjatuh, dia akan bangkit tanpa putus asa. 3) Malu dengan dosa. 4) Menerima teguran. 5) Mencegah kemungkaran.
Manakal orang fasik, apabila melakukan dosa, mereka akan:
1) Bangga dengan dosa 2) Tak rasa bersalah, seronok dan berterusan dalam dosa. 3) Tak minta ampun pada Allah. 4) Tak menerima teguran. 5) Ajak orang lain untuk buat dosa sekali.
Janganlah jadi orang yang fasik!
4) NOKTAH KEEMPAT: SALAH FAHAM TENTANG TAUBAT.
Malangnya, ada sesetengah org, dia gunakan “pengampunan Allah” sbg alasan utk dia melakukan dosa.
Apakah ini semua wahai kawan?
Dalam hal ini, Ibn Qayyim pernah berkata dalam kitabnya Al-jawab Alkafi Li Man Saala Dawa’ Assyafi:
Orang yang yakin bahawa Allah maha pengampun, dia akan bersegera meminta ampun.
Orang yang bersangka baik dengan Allah, dia akan segera melakukan kebaikan.
Jika tidak, hakikatnya, kita telah memperbodohkan diri sendiri.
Kerana itu, Ibn Qayyim juga pernah berkata:
“Orang yang paling bodoh ialah orang yang tahu Allah maha pengampun, namun dia gunakan pengampunan Allah sebagai alasan untuk terus melakukan dosa…”
(Ibn Qayyim)
Ada beza, orang yang ikhlas dalam taubat dan orang yang memperolok-olokkan taubat. Ada beza. Ala, kau pun boleh tahu.
Bila ada orang buat satu kejahatan pada kita, dan orang tu minta maaf, kita sendiri boleh tahu orang tu minta maaf ikhlas ataupun tidak. Kan?
5) NOKTAH KELIMA: SYARAT TAUBAT.
Kawanku, actually, ada beberapa tanda bahawa kita ni ikhlas dlm taubat. Sebenarnya, kita sendiri pun boleh tahu, taubat kita tu ikhlas atau main2. Tapi, aku still nak kongsi juga dgn kau, dgn harapan kau akan lebih faham tentang apa itu taubat.
a) Pertama, taubat kita itu mematuhi syarat taubat.
Syarat taubat itu ada TIGA.
Satu, mengakui dan menyesal dengan dosa yang kita lakukan.
Dua, meminta ampun pada Allah atas dosa tersebut.
Tiga, berazam untuk tidak ulangi dosa tersebut.
Jika, hati kita betul-betul ikhlas bertaubat hingga terhasil dalam jiwa dan hati sanubari ini perasaan menyesal, perasan bersalah, dan seterusnya meminta ampun, serta azam yg bulat & tekad utk x ulanginya, maka ketika itu, yakinlah bahawa taubat kita adalah taubat yang ikhlas.
b) Kedua, melazimi taubat setiap kali jatuh dalam dosa semula.
Antara tanda kedua, org yg ikhlas dlm taubat, dia akn usaha sedaya mungkin utk x ulang dosa dia kembali.
Tapi, dalam pertarungan melawan nafsu ni, ada kalanya kita menang, dan ada kalanya kita tewas dan akhirnya terjatuh dalam dosa kembali.
Maka, sifat orang yang ikhlas dalam taubat ialah, setiap kali dia melakukan dosa, kita akan segera bertaubat lagi dan lagi.
Buat dosa, taubat, buat dosa, taubat, buat dosa, taubat.
Dia tak pernah rasa selesa bila buat dosa. Tiap kali buat dosa, terbit dalam hati dia rasa bersalah dan gelisah, sehingga dia tak boleh tidur melainkan kalau dah bertaubat.
Berbeza dengan orang yang tak ikhlas, bila buat dosa, dia tak rasa apa-apa, tak rasa bersalah, dan menangguhkan taubat, & silap hari bulan, dia mati tanpa sempat bertaubat. Nauzubillah.
Kerana itu, bersegeralah dalam taubat dan jadikan taubat sebagai amalan lazim setiap waktu.
Usahalah untuk istighfar 100 kali sehari, & usahakan juga solat taubat sblm tidur, doa, luahkan pd Allah, minta Allah ampunkn kita, minta Allah beri kita kekuatan utk lwn nafsu & tgalkan maksiat, doa pada Allah agar masukkan iman dlm hati kita hingga kita rasa nikmat dlm ibadah.
Jangan rasa malu untuk taubat semula setiap kali kita terulang balik dosa.
Sebenarnya iblis yg cucuk perasaan malu itu agar kita tak segera bertaubat.
c) Ketiga, dia akan melakukan amalan soleh dan mendekati orang soleh.
Orang yang ikhlas dalam taubat, dia akan mula menjaga ibadah-ibadah wajibnya. Dia tidak tinggalkan solat dengan sengaja, dia berpuasa di bulan Ramadhan dengan sempurna.
Dia usaha untuk belajar agama, belajar Al-Quran, dan menghadiri majlis-majlis ilmu.
Dia akan mula cinta untuk mendekati agama.
Dia rasa seronok berkawan dengan orang-orang soleh.
Dia mula rasa tenang dan bahagia tika melakukan ketaatan.
Mustahil, orang yang bertaubat, dia akan rasa benci kepada kebaikan. Mustahil.
Orang yang bertaubat, dia akan mencintai kebaikan dan ketaatan.
Dan, dia juga akan mencintai orang-orang yang taat.
Kerana itulah, dalam taubat, selain kena taubat, kita juga kena bergaul dengan orang-orang soleh dan jauhi orang yang sering mengajak kita pada maksiat.
Kita akan rasa tak selesa bila bergaul dengan orang yang buat maksiat.
Dan, perasaan tak selesa tu akhirnya akan mendorong kita untuk meninggalkan mereka.
Dalam hal ni, Imam Nawawi & Ibn Qayyim berkata:
Ibn Qushairi dan Nabi SAW juga pernah bersabda:
Kerana itulah, tanda orang tu ikhlas dalam taubat, dia akan meninggalkan orang yang mendorong dia buat maksiat, dan dia akan rasa sangat nikmat dan manis bila bergaul dan bersahabat dengan orang-orang soleh.
d) Keempat, dia akan rasa malu untuk buat dosa.
Sifat orang yang ikhlas dalam taubat, setiap kali dia kembali melakukan dosa, dia akan rasa sangat malu dan dia akan rasa bahawa dia sedang melakukan aib yang cukup besar.
Dan dia tak nak orang lain tahu, dan dia tak bagitahu orang, serta dia tak berbangga dengan dosanya.
Perasaan malu tu akan membuatkan dia segera bertaubat.
Berbeza dengan orang yang tak ikhlas, dia tak malu dan tak rasa bersalah pun tiap kali buat dosa.
Bahkan, dia bangga dengan dosa, ego dan menolak teguran orang padanya, lebih malang, bila dia ajak orang lain buat dosa tu.
Nauzubillah.
e) Kelima, dalam hati dia sentiasa ada sifat TAKUT dan BERHARAP.
Ya, bila dia taubat, dia takut Allah tak terima taubat dia, dan pada masa yang sama, dia berharap agar Allah ampunkan dia.
Bila kita ada sifat takut dan harap ni, kita takkan bermudah-mudah buat dosa. Dan, kita takkan jadi orang bodoh yang menggunakan pengampunan Allah sebagai alasan untuk berterusan melakukan dosa.
Kerana apa?
Kerana dia TAKUTKAN azab neraka, dan HARAPKAN SyurgaNya.
Dia sedar, Allah maha pengampun.
Pada masa yang sama…
Dia juga sedar, Allah maha memberi azab.
Kesedaran inilah yang membuatkan dirinya orang yang baik. Sebab itulah Allah buat syurga dan neraka.
Kalau ada syurga je, maka semua orang akan buat maksiat tanpa henti, bunuh orang, rogol orang, mencuri, merompak, menzalimi, dan sebagainya, sebab takde neraka. Tapi, bila ada neraka, benda tu la yang membuatkan orang rasa takut untuk bermaksiat.
Kerana itu, orang yang bertaubat ni, sentiasa terhimpun dalam hatinya 2 sifat ini, iaitu TAKUT dan HARAP.
Cuba lihat firman Allah swt yang indah ini:
Lihat. Allah suruh nabi khabarkan 2 perkara. Khabarkan pada manusia bahawa Allah itu maha pengampun. Tak cukup dengan itu, Allah suruh nabi khabarkan bahawa Allah itu juga mempunyai azab yang amat pedih!
Sebelum ini, aku ada kongsi dengan kau surah Az-Zumar ayat 53 tentang pujukan Allah agar kita tak putus-asa dari rahmatNya, dan Allah memujuk kita bahawa Dia sentiasa ada untuk ampunkan kita.
TAPI, ramai orang yang hanya baca ayat 53 surah Az-Zumar tu sahaja. Kali ni, aku nak kongsi dengan kau ayat yang ke 54, supaya kau tidak salah faham tentang taubat. Cuma, aku akan mulakan dengan ayat yang ke 53 dahulu, supaya kau dapat hayati rentetan ayat ini.
Kawanku!
Lihat!
Selepas Allah memujuk kita pada ayat yang ke 53, Allah juga bagi amaran bahawa kalau kita masih tak mahu taubat dan menangguhkan taubat, azabNya menanti.
Tapi, kau kena tahu.
Aku cerita benda ni bukanlah untuk menakut-nakutkan kau semula setelah aku berkongsi harapan pada kau. Cuma, kau perlu tahu. Orang beriman ni perlu ada DUA sifat di dalam hatinya. Iaitu:
TAKUT dan BERHARAP.
Takut akan neraka Allah, pada masa yang sama mengharap syurga Allah. Takut Allah tak ampunkan dosa, pada masa yang sama mengharap agar Allah ampunkan dosa.
Kalau kita hanya takut, akhirnya kita akan putus-asa dari rahmat Allah.
Kalau kita hanya berharap, kita akan over confident rasa kita ni akan masuk syurga.
Kerana itu, kita perlu ada dua sifat ni.
Kerana itu, nabi di utus bukan untuk menceritakan nikmat syurga sahaja. Tetapi, nabi di utus untuk mengingatkan manusia tentang azab neraka.
Tapi hari ni, bila kita cerita pasal neraka sikit, dah marah-marah, terasa lebih-lebih, pastu tuduh kita menghukum. Kita cuma mengingatkan. Bukan menghukum. Haish, geram aku dengan gelagat sesetengah manusia ni. Moga Allah ampunkan dosa aku dan umat ini!
Akhirnya, ramai orang yang menangguh-nangguh taubat, mereka mati sebelum sempat bertaubat. Kalau jasad mereka tak mati pun, Allah matikan hati mereka, sehingga Allah tidak detikkan hati mereka untuk bertaubat walau sedetik.
Tidakkah kita takut?
Moga Allah ampunkan kita semua.
Wallahua'lam. Itulah sedikit perkongsian dari saya yang lemah ini.
Moga bermanfaat dan doakan saya dapat amalkan apa yang saya tulis😭🤲🤲
Dan, saya nak ajak korang semua untuk dapatkan 2 buku terbaru saya iaitu "INI SEMUA MITOS" & "SAAT KIAMAT MENGHAMPIRI".
VIP WAITING LIST AKAN DIBUKA PADA : Ahad, 20 jun, jam 9PM.
PRE ORDE AKAN DIBUKA PADA: Jumaat. 25 Jun, jam 10 pagi.
Moga bermanfaat!
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
"Tak boleh campur makanan laut dan darat dalam satu lauk. Nabi larang!"
Korang pernah dengar tak benda ni?
Persoalannya, betul ke Nabi larang?
Ini adalah thread.
Sebenarnya sahabat sekalian, tiada sebarang ayat Al-Quran atau hadis pun yang melarang perbuatan mencampurkan makanan laut dan darat. Sebab tu perkataan “nabi larang” itu adalah satu kemitosan.
APA YANG SAHIH?
1. ALLAH DAN RASUL TAK MELARANG.
Seperti yang saya sebuat tadi, tiada satu dalil pun yang melarang perbuatan mencampurkan makanan darat dan laut.
Kalau macam tu, tom yam, kuey teow dan lain-lain tu tak boleh makan la? Rugi kot. Sedap tu!
Sebelum saya mulakan thread, saya nak bagitahu, insyaAllah 25 JUN ini, jam 10 pagi, saya akan buka PRE ORDER 2 buku baru saya bertajuk "INI SEMUA MITOS" & "SAAT KIAMAT MENGHAMPIRI".
InsyaAllah saya akan maklumkan dari hari ke hari☺️
Baik. Jom kita mula.
Pernah tak korang dengar kisah yang kata Hawa punca Nabi Adam makan buah khuldi?
Sebenarnya, tuduhan sebegini adalah sangat menyimpang. Namun, kisah ini telah berlegar-legar daripada kita kecil. Kesannya apa?
Hangat diperkatakan ttg isu ini. Cuma izinkan saya memberi pandangan dlm hal ini berdasarkan apa yg saya bljr dari murabbi saya.
Jika ada salah silap, tegurlah saya. Apapun, tgok video ini dulu & BACALAH THREAD ini smp habis☺️
Bismillah.
Seperti biasa, dalam thread-thread saya sebelum ni, saya akan ulas dengan ketengahkan noktah-noktah penting, supaya tiada siapa yang miss point dan dengan harapan kita sama-sama dapat jelas dalam hal ini, insyaAllah.
Isu ini bagi saya perlu dibincangkan, kerana ia tidak melibatkan satu perintah Allah sahaja, tetapi pelbagai perintah-perintah Allah dan yang mana satu kita perlu utamakan.
Kes "pendakwah" yang didakwa merogol ni, ada beberapa benda yang kita sama-sama boleh belejar. Kes tu siapa betul siapa salah, kita doakan Allah tunjukkan kebenaran.
Tapi, apa pengajaran yang kita boleh ambil?
Saya kongsikan beberapa noktah.
1) Noktah pertama, IKUT PERINTAH ALLAH, PASTI SELAMAT.
Dalam hal ini, saya nak umumkan isu, yang mana kes rogol di Malaysia meningkat setiap tahun, yang mana, purata dari 1500 hingga 3000 kes setahun. Itu rogol.
Zina pula? Kes anak luar nikah yang didaftarkan, purat 50,000 kes!
Dalam hal ni, apa yang Allah perintahkan? Satu ayat yg sangat famous tapi amat ramai yg pandang remeh.
"Jangan kamu DEKATI ZINA. sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.."
(Surah Al Isra' ayat 32).