Hangat diperkatakan ttg isu ini. Cuma izinkan saya memberi pandangan dlm hal ini berdasarkan apa yg saya bljr dari murabbi saya.
Jika ada salah silap, tegurlah saya. Apapun, tgok video ini dulu & BACALAH THREAD ini smp habis☺️
Bismillah.
Seperti biasa, dalam thread-thread saya sebelum ni, saya akan ulas dengan ketengahkan noktah-noktah penting, supaya tiada siapa yang miss point dan dengan harapan kita sama-sama dapat jelas dalam hal ini, insyaAllah.
Isu ini bagi saya perlu dibincangkan, kerana ia tidak melibatkan satu perintah Allah sahaja, tetapi pelbagai perintah-perintah Allah dan yang mana satu kita perlu utamakan.
Apa maksud saya?
Maksud saya, dalam hal lelaki menegur aurat wanita ajnabi atau wanita menegur aurat lelaki ajnabi, di sana ada beberapa sudut pandang yg kita perlu sama2 teliti.
Apakah ia?
1) kewajipan dakwah 2) kewajipan menutup aurat 3) Menjaga diri dari fitnah wanita 4) Hikmah dalam dakwah
Kalau kita kata lelaki tak boleh tegur aurat wanita secara mutlak, ia seolah menafikan kewajipan dakwah. Kalau wanita menolak teguran pula, ia seakan menolak kewajipan menutup aurat.
Sebab tu saya kata, benda ni tak semudah ABC untuk buat kesimpulan.
Kerana itu, saya cuba apa yang saya mampu untuk ulas perkara ini dengan beberapa NOKTAH PENTING, agar kita fahami benda ni, mudah-mudahan ada jalan tengah yang terbaik untuk kita sama-sama ubah masyarakat.
Jom mulakan! Sorry kalau panjang😅
1) NOKTAH PERTAMA: "Kewajipan menutup aurat".
Kepada lelaki dan wanita sekalian, ketahuilah, menutup aurat adalah satu kewajipan. Membuka aurat adalah dosa besar. Apatah lagi ia dipaparkan di media sosial, betapa banyaknya dosa yang mengalir.
Isu aurat ini bukanlah isu kecil.
Tetapi isu aurat adalah isu yang sangat besar, sehingga Nabi SAW pernah memberi satu ancaman kepada wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Cukuplah saya kongsikan hadith ini sebagai peringatan buat kita semua.
Saya kongsi sedikit huraian kepada hadith di atas.
Kalau perasan, dekat sini ada beberapa jenis wanita yang nabi bagitau.
a. Pertama, Wanita yang berpakaian tetapi telanjang.
Apa maksudnya?
Di antara tafsirannya adalah wanita yang menutup sebahagian tubuhnya dan menyingkap sebahagian lainnya. Contoh, pakai tudung, tapi rambutnya terlihat.
Contoh lagi, pakai jubah atau baju kurung, namun kakinya masih terlihat. Ada juga yang sengaja keluar rumah tanpa memakai tudung sama sekali.
Padahal aurat wanita menurut kebanyakan ulama adalah seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan.
Kaki dan rambut kepala masih termasuk aurat yang wajib ditutup.
Ada juga tafsiran lainnya, wanita yang memakai pakaian yang nipis yang menampakkan warna badannya. Elakkanlah.
b. Kedua, Wanita yang maa-ilaat wa mumiilaat (berlenggang-lenggok)
Di antara maksud sifat kedua ini, “maa-ilaat” adalah berjalan sambil memakai wangi-wangian dan “mumilaat” iaitu berjalan sambil menggoyangkan kedua punggung atau bahunya.
Sekarang kita nampak ada perempuan macam ni. Time jalan tu ya Allah dia punya gedik dan lenggok. Time ambik gambar pun nak acah-acah kaki kedepan supaya nampak kurus. Come on guys.. Elakkan please. InsyaAllah, banyak pahala kalau kita jaga aurat betu-betul.
c. Wanita yang kepalanya seperti bonggol unta yang senget.
Maksudnya adalah wanita yang sengaja memperbesar kepalanya dengan mengumpulkan rambut di atas kepalanya seakan-akan memakai serban Contohnya seperti wanita yang memakai sanggul.
Sekarang macam-macam fashion-fashion tudung yang macam ni.
Bertaqwalah pada Allah.
Selesai huraian hadith ini.
Baik, kita sambung.
Yang menjadi isu besar sekali, wujudnya segelintir wanita yang bukan sahaja tak menutup aurat, bahkan bangga, tak rasa bersalah, menolak teguran, menyalahkan pihak yang menegurnya, dan pelbagai lagi.
Ini satu perkara yang sangat bahaya.
Menolak teguran adalah salah satu tanda takabbur dan sombong.
Dan orang yang mempunyai sifat sombong, dalam hadith, diharamkan syurga untuknya(melainkan setelah dosa-dosanya diampuni setelah diseksa).
Sebab tulah, nasihat saya kepada para wanita yang masih belum menutup aurat lagi, terimalah teguran. Tak kisah teguran tu cara baik atau cara salah, teguran tu dtg dari orang yang kita rapat atau yg kita benci, ambillah intipatinya dan berubahlah sedikit demi sedikit.
Ya saya tahu, berubah ni tak mudah. Tapi insyaAllah, bulat dan ikhlaskan niat, Allah akan bantu dan buka jalan. Saya doakan.
Okay, selesai bab asa iaitu isu kewajipan menutup aurat.
Supaya takdelah perempuan guna hujah-hujah saya utk pertahankan dosa tak menutup aurat mereka.
2) NOKTAH KEDUA: "Kewajipan berdakwah".
Tiada siapa nafikan, dakwah adalah satu kewajipan. Besar pahala mereka-mereka yang berdakwah. Manakala, meninggalkan dakwah adalah salah satu dosa besar.
Banyak dalil dari Alquran dan sunnah menyatakan tentang perkara ini.
Saya kongsikan 4 dalil kewajipan dakwah, yang saya petik dari buku tulisan saya, bertajuk MAKSIAT AKHIR ZAMAN.
Jelas dekat sini, bila kita nampak satu kemungkaran, kita perlu UBAH berdasarkan kemampuan kita. Jika ada kuasa, guna kuasa yang ada. Kuat kuasakan undang-undang misalnya. Jika tidak, gunalah lisan, penulisan, radio, tv, buku, atau apa sahaja untuk beri kefahaman tentang aurat.
Dan jika tidak mampu mengubah maksiat tersebut, ubahlah dengan hati, iaitu membenci maksiat tersebut(bukan benci pelaku maksiat), doakan hidayah untuk diri kita dan mereka, serta berazam untuk ubah jika kita mampu.
Namun, dalam berinteraksi dengan kewajipan dakwah ini, ada beberapa benda yang kita perlu fahami dalam konteks "perlukah lelaki menegur aurat wanita ajnabi".
Saya kongsikan.
3) NOKTAH KETIGA: "Jenis dan pendekatan dalam dakwah".
Mungkin ada pihak yang menolak terus lelaki menegur aurat wanita ajnabi secara mutlak.
Dan, ada pula pihak yang menyokong perbuatan lelaki menegur aurat wanita ajnabi secara mutlak.
Saya cuba mengambil jalan tengah.
Sahabat sekalian.
Secara ringkasnya, dakwah ini ada 2.
a. DAKWAH UMUM
b. DAKWAH KHUSUS
Bagi saya, menjadi kewajipan kita semua utk melaksanakan dakwah umum, mengingatkan masyarakat agr menutup aurat dengan sempurna, betapa besar pahalanya & betapa ngeri ancaman jika tak tutup.
Contoh dakwah umum ialah ceramah, tazkirah, dakwah melalui penulisan, buku-buku, tv, radio, media sosial samada dalam bentuk video atau tulisan. Apa sahaja medium yang ada, kita gunakan utk dakwah.
Bagi saya, tiada masalah utk seorang lelaki menegur aurat wanita dgn dakwah umum.
Kerana, ia lebih selamat dari fitnah, mesej juga sampai kepada pendengar. Ya, kita tak mampu nak ubah semua, tapi sekurang-kurangnya kita berusaha.
Dakwah umum ini, kita tidak tujukan kepada spesifik individu wanita tertentu, tapi ia umum kepada semua wanita.
Ok. Kedua ialah DAKWAH KHUSUS. Yang ini yang saya nak perincikan.
Nasihat saya mudah. Dalam dakwah khusus, untuk terselamat dari fitnah, lebih baik jika LELAKI DAKWAH KHUSUS PADA LELAKI manakala PEREMPUAN DAKWAH KHUSUS PADA PEREMPUAN.
Kenapa?
Sebelum saya jawab kenapa, saya nak bagi contoh dakwah khusus tu apa.
Dakwah khusus ni ialah dakwah yang kita tujukan kpd personal. Samada dia lelaki, dia dakwah khusus kwn perempuan dia ataupun dia lelaki, dia dakwah khusus dgn komen2 dekat semua gambar wanita x tutup aurat.
Bagi saya, sekiranya lelaki muda, sibukkan diri dengan dakwah khusus kepada wanita muda, yang akan terjadi adalah fitnah yang berleluasa.
Kerana dalam hal ini, ada satu benda yg sgt penting utk dijaga iaitu menjaga pandangan, menjaga ikhtilat, & menjaga diri dari fitnah wanita.
Dh byk kes saya jumpa, lelaki yg smgt tegur wanita ajnabi. Dia sibukkan diri dgn perkara tersebut. Rupanya, bila saya selidik, why dia beria2 nk tegur, sbb dia suka perempuan tu.
Akhirnya, tertipu dgn tipu daya iblis. Disangka dakwah, rupanya pikat wanita guna dakwah.
Ada pula orang yang sibuk menegur di setiap video-video atau gambar aurat wanita, tapi dalam diam, dia sendiri melihat video tersebut. Dia sendiri pun tidak menundukkan pandangan, lalu akhirnya hatinya juga rosak.
Dalam hal dakwah khusus ini, saya lebih cenderung untuk menasihatkan semua lelaki untuk fokus dakwah pada lelaki. Dalam soal wanita, sebagai lelaki, kita tegur umum sahaja pada mereka.
Itu lebih menyelamatkan hati dan iman kita.
"Habis tu, siapa nak tegur khusus perempuan-perempuan tu? Kalau tak ditegur, makin liar!!"
Saya pernah tengok komen macam ni.
Jawapan saya, biarlah wanita yg menegur wanita secara khusus. Ataupun keluarga dia(mak ayah, adik beradik, pakcik maksiat, saudara mara), atau guru dia.
"Ala ustaz, kalau perempuan yg tegur perempuan, nanti depa bukan berubah pun. Nanti depa perli balik perempuan yg tegur dia.."
Bagi saya, tugas kita hanya menyampaikan dakwah mengikut kemampuan. Soal hidayah ni di tangan Allah. Bukan kita.
Ala, mcmla laki tegur, depa berubah?😅
Kerana itulah dalam hal ini, saya menyarankan kepada lelaki, fokus dakwah pada lelaki. Kalau ternampak aurat wanita, mute/block/tekan button not interested dan doakan hidayah utk mereka. Dan kalau nak dakwah mereka, cukuplah dakwah umum.
Ia lebih selamat buat iman kita.
Iman kita pun selamat, terselemat dari fitnah, dakwah pun kita dapat buat. Alhamdulillah.
Kenapa saya sarankan benda macam ni?
Sebab, sebagai lelaki, nak lawan godaan wanita ini bukan benda mudah.
Allah dan rasul dah pesan benda ni. Cuba baca.
Saya khawatir, dlm kesibukan lelaki berdakwah khusus pada wanita, end up berakhir dgn terkena tipu daya syaitan yg memerangkap nafsu lelaki tersebut.
Bermula dgn dakwah, berakhir dgn x tundukkan pandangan & timbulnya syahwat.
Bermula dgn dakwah, berakhir dgn tak jaga ikhtilat.
Lalu, wanita yang ditegur khusus oleh lelaki tersebut tak berubahpun, dan kesannya lebih buruk kepada lelaki yang terjatuh dalam fitnah dan godaan wanita tersebut.
Kerana itulah, saya sekali lagi menekankan, lelaki, fokuslah dakwah khusus pada lelaki, manakala wanita, fokuslah dakwah khusus pada wanita. Kita sama-sama main peranan dalam dakwah dan usaha. Soal hidayah, kita doa pada Allah.
Seperti yang kita tahu, akhir zaman ini, membuka aurat dah dianggap normal oleh segelintir masyarakat, sedangkan ianya dosa yg sangat besar. Sudah hilang rasa malu, bahkan lahir sifat bangga akan dosa.
Lalu, siapakah yg berperanan untuk mengubah perkara ini?
Sahabat sekalian..
Saya berharap, setiap individu disegenap lapisan dan institusi bahkan negara, memainkan peranan yg besar dalam hal ini.
a) Peranan individu.
Kita sendiri sebagai orang yang mengaku islam dan beriman, perlu perbaiki diri kita dengan berpegang pada Alquran dan sunnah, serta usaha melazimi ilmu, lalu berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna.
Kerana boleh jadi, bermula dgn diri kita yg menutup aurat, ia akan membuatkan keluarga, adik beradik, kawan-kawan kita atau siapa sahaja yg melihat kita, terinspirasi lalu ingin menutup aurat juga.
Bygkan betapa besarnya pahala yg kita dapat.
b) Keluarga.
Sebagai ayah dan ibu, jadilah contoh yg baik kepada anak-anak, dengan membimbing mereka untuk menutup dan menjaga aurat, bukan sekadar kata-kata, tapi melalui perbuatan juga.
Kebanyakan kes, berpunca dari mak ayah yang tak sensitif akan hal aurat diri dan anaknya.
Bayangkan kalau setiap keluarga betul-betul mendidik anak-anak mereka dengan kefahaman islam yang syumul, insyaAllah, perkara normalisasi dalam pembukaan aurat ini dpt dibendung sedikit sebanyak insyaAllah.
c) Masyarakat.
Sebagai guru di sekolah, tunjukkanlah contoh yg baik pada anak murid. Isu mendidik anak murid menutup aurat ini bukan tugas ustaz ustazah yg mengajar pendidikan islam sahaja. Tapi semua perlu berperanan.
Sebagai penceramah, penulis, penyanyi, pelakon, gunakanlah segala bakat kalian untuk dakwah dan tunjukkan tauladan yg baik dalam hal penutupan aurat ini. Lebih2 lagi yg ramai pengikut & berpengaruh.
Setiap tindak tanduk dan kata2 kalian akan mmberi impak besar pada masyarakat.
Industri hiburan juga, perlulah menitik beratkan soal ini. Artis-artis perlu belajar menutup aurat kerana apa yg masyarakat lihat di kaca tv atau media sosial, itulah yg akan menjadi ikutan lantas dosa tersebut akan menjadi normal.
Para asatizah pula, jangan pernah jemu dan usah berputus-asa dlm menyampaikan ilmu pada masyarakat. Mereka-mereka yang ada title ustaz, atau sebagainya juga wajib tunjukkan contoh yg baik. Kerana jika tidak, masyarakat akan memandang serong lantas hilang kepercayaan pada mereka.
d) Negara.
Bagi kepimpinan negara, mahu tak mahu, kalianlah yang paling wajar menjadikan contoh yg baik kepada rakyat. Jika pimpinan, menteri, dan sewaktu dengannya tidak menjadi contoh yg baik, bagaimana rakyat ingin ikut?
Laksanakanlah undang-undang yang hikmah bagi menyelesaikan perkara ini.
Jabatan mufti pula teruskan tanpa jemu memberi panduan dan etika penutupan aurat, dan sebarkan di segenap sudut media massa samada tv, radio, media sosial, blog, youtube, dan sebagainya.
Bayangkan sahabat sekalian, kalau setiap dari kita memainkan peranan masing-masing, insyaAllah normalisasi maksiat membuka aurat ini akan dapat dibendung.
Ya, mungkin sesetengah orang menganggap apa yg saya tulis ini terlalu ideal.
Saya sedar, hakikatnya, kita tak mampu ubah semua orang. Tapi apa yang kita mampu adalah usaha sebaik mungkin dengan segala kapasiti yang kita ada.
Allah pandang usaha, bukan hasil.
***KESIMPULAN***
Sebelum saya tamatkan thread ni, saya simpulkanlah beberapa perkara.
a) Tutup aurat tu wajib. Buka aurat itu dosa. Jika disebabkan kita buka aurat, kita ditegur atau dikecam, sebelum salahkan org lain, salahkan diri sendiri dulu sebab kita yg buka ruang fitnah.
b) Andai kita buka aurat, apapun alasan dan salah macamana pun teguran yg diberikan kepada kita, itu bukan alasan utk kita pertahankan dosa kita. Jgn sesekali pertahankan dosa kita dengan menyatakan dosa org lain. Ambil je teguran, usaha utk berubah. Itu lebih baik utk diri kita.
c) Dakwah itu wajib. Namun, berstrategi dan berhikmahlah dalam dakwah, agar tidak timbul fitnah yang lebih besar.
d) Gencarkanlah dakwah umum. Lelaki nak dakwah umum menegur wanita atau sebaliknya, tiada masalah bahkan amat perlu dibudayakan.
e) Namun dakwah khusus pula, yg lebih terselamat dari fitnah ialah, lelaki fokus dakwah khusus pada lelaki, & wanita perlu fokus dakwah khusus pada wanita.
Wallahua'lam.
Itu sahajalah thread kali ini.
Kalau ada yang nak tambah atau nak tegur, sgt dialu2kan.
Moga bermanfaat☺️
Kalau korang nak dapatkan buku terbaru saya, MAKSIAT AKHIR ZAMAN, boleh dapatkan di kedai buku Popular, Mph, SMO, atau nak mudah dan diskaun, dapatkan di website kami.
Kes "pendakwah" yang didakwa merogol ni, ada beberapa benda yang kita sama-sama boleh belejar. Kes tu siapa betul siapa salah, kita doakan Allah tunjukkan kebenaran.
Tapi, apa pengajaran yang kita boleh ambil?
Saya kongsikan beberapa noktah.
1) Noktah pertama, IKUT PERINTAH ALLAH, PASTI SELAMAT.
Dalam hal ini, saya nak umumkan isu, yang mana kes rogol di Malaysia meningkat setiap tahun, yang mana, purata dari 1500 hingga 3000 kes setahun. Itu rogol.
Zina pula? Kes anak luar nikah yang didaftarkan, purat 50,000 kes!
Dalam hal ni, apa yang Allah perintahkan? Satu ayat yg sangat famous tapi amat ramai yg pandang remeh.
"Jangan kamu DEKATI ZINA. sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.."
(Surah Al Isra' ayat 32).
Kalau aku suruh kau cari semut, susah tak nak cari? Susah la jugak. Semut ni, kadang-kadang ada kat celah-celah, dan sebagainya.
Tetapi, ada cara mudah utk kau jumpa semut. Caranya ialah, kau kena jemput semut tu. Kau letak bnda manis kat lantai, nanti semut tu akn dtg sendiri, keluar dari sarang & tmpt sorok mereka, & berkumpul mengelilingi gula yg kau tabur di lantai tadi. Dia dtg sendiri tnpa kau cari!
Sebelum apa2, saya nak tegaskan, dalam hidup ini, kita x boleh jadikan pengalaman peribadi atau pengalaman org lain sebagai DALIL & kayu ukur KEBENARAN.
Sebab setiap orang pengalamannya berbeza2.
Tapi lihatlah apa panduan yg Alquran, sunnah serta ijtihad ulama' telah gariskan.
Juga, apa yg RAMAI ORG BUAT, x boleh dijadikan dalil & kayu ukur kebenaran.