ق :- لا يجوز لأحد أن يتصرف في ملك الغير أو حقه بلا إذن صاحبه.
Kaedah :- menyebutkan tidak dibenarkan oleh syarak untuk urus atau rintah barangan atau milikan individu lain tanpa izin pemiliknya atau pemilik yang berkongsi konsesi milik yang sama seperti penyewa yang lain.
قال الإمام ابن حجر :- (مسألة)(وَأَمَّا الْجِدَارُ الْمُشْتَرَكُ) بَيْنَ اثْنَيْنِ (فَلَيْسَ لِأَحَدِهِمَا وَضْعُ جُذُوعِهِ عَلَيْهِ بِغَيْرِ إذْنٍ) وَلَا ظَنِّ رِضًا (فِي الْجَدِيدِ) . . .
Al-imam Ibn Hajār :- (permasalahan) bagi mereka yang menyewa,
Secara umumnya mereka akan berkongsi dinding yang sama, maka tidak dibenarkan salah seorang daripada mereka selaku penyewa mengubah struktur dinding tersebut dengan menokok tambah sesuatu elemen padanya tanpa izin tuan rumah atau penyewa bersebelahan,
walaupun terdapat kononnya mereka akan meredhai penambahan pada dinding rumah tersebut menurut dzān (sangkaan kuat kita) menurut Qaul Jadīd dalam Mazhab . . .
Al-imam Mawardī berpendapat walaupun tidak terdapat izin pemiliknya secara jelas, namun jika pemiliknya secara zahir boleh menerima sebarang pengubahsuaian,
maka tidak timbul isu disebalik pengubahsuaian atau penambahan tersebut dalam erti kata pemudah bicara 'mudoh baso' . . .
Asal hukum membeli dan menyimpan sebarang patung-patung yang berbentuk seperti manusia mahupun haiwan adalah haram kerana pada awal pensyariatan islam patung-patung tersebut dijual dan dijadikan berhala sembahan di rumah,
Namun setelah melalui beberapa fasa perubahan zaman, anak-anak kecil fitrahnya sukakan permainan maka syara' memperharuskan pembelian dan penyimpanan patung-patung demikian untuk tujuan tersebut,
[Mas'alah] permusafiran atau berpergian seorang wanita tanpa kelibat mahramnya bukanlah suatu bentuk ibadat yang bersifat jelas arahannya berdasarkan dalil-dalil yang tuntas seperti kewajipan solat . . .
Yang mana ia juga tidak dikaitkan dengan tuntutan maslahat, sebaliknya hukum berkenaan polemik permasalahan ini realitinya masih berkisar dalam ruang lingkup sejauh manakah kemaslahatan dan kemafsadan perbuatan tersebut,
Jika permusafiran atau berpergian wanita tersebut dalam keadaan aman dan selamat, maka perbuatan tersebut adalah harus sama ada melibatkan kelibat mahram bersamanya ataupun tidak, selama mana permusafiran dan berpergian itu adalah permusafiran dan berpergian yang harus...
فيصرفها في أهم المصالح إن عرف، وإلا سأل عارفا بها ويقدم الأحوج . . .
Maka ia perlu diuruskan oleh pihak yang bertanggungjawab selagi mana tidak ditemui pemiliknya, bahkan jika terdapat pihak yang mana berkeahlian untuk menjaga dan mencari siapakah pemilik asalnya,
juga dipertimbangkan, konklusinya diutamakan inisiatif yang lebih'oblige-compel' . . .
Al-Imam Ibn Hajar Al-Haitami dalam Hasyiyahnya menyebutkan bahawa pendapat yang muktamad menyatakan tidak sah jual beli barangan yang majhul (tidak jelas Apakah ia?, Apakah klasifikasinya?, Apakah jenisnya?)